Konflik sering berlaku di tempat kerja. Hal ini perlu ditangani dengan bijaksana agar tidak menjejaskan prestasi dan pengeluaran syarikat atau pencapaian jabatan. Elakkan 14 tanda konflik di tempat kerja ini.
Sebagai majikan atau sebagai rakan sekerja, sila perhatikan dan ambil langkah pencegahan atau baikpulih dengan kadar segera.
Berikut adalah 14 tanda yang boleh diperhatikan yang menunjukkan kewujudan konflik di tempat kerja anda.
- Sikap tidak bekerjasama
- Percanggahan personaliti
- Perbezaan matlamat
- Matlamat yang tidak cukup penjelasannya
- Kemahiran berbincang secara terbuka
- Rendah kemahiran mendengar
- Penggunaan bahasa yang rendah
- Peranan yang bersesuaian
- Mengabai perintah
- Kurang keterbukaan
- Kurang kerjasama
- Perbezaan pendapat tentang cara kerja
- Kekaburan kawasan tanggungjawab persendirian
- Kekurangan maklumat berguna
Baca juga : Kenaikan pangkat secara time-based sektor awam
Antara punca konflik secara umumnya adalah :
- Keperluan
- persepsi
- kuasa
- nilai
- perasaan dan emosi
Sebagai peringatan bersama, jika kerana tanda konflik di tempat kerja anda sudah kelihatan. Suka kami mengingatkan mengenai beberapa perkara yang boleh mencetuskan konflik di tempat kerja seperti yang dijelaskan secara ringkas di bawah agar anda boleh mencari cara segera menyelesaikannya.
Baca seterusnya : faedah dan imbuhan kerja sebagai penjawat awam
Punca konflik di tempat kerja
perebutan sumber
Dalam sesebuah organisasi seperti syarikat atau pejabat atau jabatan atau agensi, persaingan sumber yang terhad akan mterjadi. Misalnya merebut peluang untuk jawatan, kewangan, keperluan pejabat untuk memenuhi keperluan masing-masing.
persandaran tugas
Seterusnya, persandaran tugas yang memelukan kerjasama di antara dua atau lebih pihak untuk menyelesaikan sesuatu tugasan atau amanah. Ketidaksefahaman dalam komunikasi misalnya akan menjadikan hasil kerja tidak efektif dan kurang bermutu.
ketidakjelasan tugas dan tanggungjawab
Satu lagi yang ingin kami ingatkan kepada ketua jabatan atau majikan, mengenai ketidakjelasan tanggungjawab dan kuasa. Apabila orang bawahan atau pekerja tidak jelas atau samar dengan kerjanya dan mengharapkan orang lain menyelesaikan tugasan tersebut. Ini biasanya walaupun tidak semestinya didorong oleh penyalahgunaan kuasa orang atasan yang mengamalkan pilih kasih dan ini juga akan mencetuskan konflik di tempat kerja.
Lebih lanjut, anda boleh baca tulisan awal kami mengenai 3 konflik di tempat kerja.