2 Perkara Penting Dalam Temuduga Kerja Swasta

Temuduga swasta ada sedikit berbeza dengan temuduga kerajaan. Perbezaan paling ketara ialah pada kehendak majikan. Bukan itu sahaja, temuduga kerja swasta turut mencari kualiti yang boleh diperolehi daripada calon. Jom baca secara ringkas apakah 2 perkara penting dalam temuduga kerja swasta.

2 Perkara Penting Dalam Temuduga Kerja Swasta

Baca juga: Persediaan dan latihan temuduga

Sebagai organisasi yang menjadikan keuntungan sebagai keutamaan penting, bagaimana anda boleh menyumbang kepada kadar keuntungan mereka menjadi tarikan utama. Apa yang anda boleh sumbangkan dan apa perancangan anda untuk mereka. Ini yang paling minat bakal majikan swasta dengari. Jangan lupa menegaskan perkara ini dalam sesi temuduga anda nanti.

2 perkara penting dalam temuduga swasta adalah :

1. Faham jawatan yang dipohon.

Ertinya anda tahu skop kerja dan tugasan yang perlu anda lakukan. Jadi masa temuduga, percakapan anda mestilah BERAT kepada bagaimana anda sesuai dengan jawatan itu. Jangan melencong jauh sangat sebab bahagian HR yang interview anda itu mencari calon SPESIFIK yang sesuai dengan jawatan yang ditawarkan.

Baca juga: Panduan semasa mengikuti sesi temuduga

2. Tunjukkan apa yang anda boleh bantu syarikat dalam posisi jawatan anda.

Lebih jelas adalah, anda tunjukkan yang anda boleh terus menyumbang. Contohnya jika jawatan yang ditawarkan itu ‘DESIGNER’, anda boleh komen pada web design syarikat dan bawa artwork mock-up web cadangan kepada syarikat. (sekadar contoh). Jadi syarikat nampak anda efisien dan mampu menyumbang dengan segera kepada syarikat.

Dapat sesuatu?

Leave a Comment

error: Content is protected !!