Contoh Resume – Cara Menulis Resume Yang Power!

Menulis resume adalah mandatori kepada pemohon kerja. Resume membezakan calon-calon yang dipanggil ke temuduga. Pandai tak pandai, kena tulis. Mahu tak mahu, kena buat. Kali ini kami kongsikan contoh resume. Contoh penulisan resume yang betul. Cara menulis resume yg power! Takdela penemuduga gelak2 atau senyum2 semasa membaca resume anda lepas ni.

Contoh Resume - Cara Menulis Resume Power!

1. Maklumat Peribadi (Personal Information)

Maklumat peribadi adalah merangkumi nama, alamat, nombor telefon dan e-mail. Anda boleh juga memasukkan profail ringkas yang merangkumi objektif kerjaya anda. Pastikan bahawa maklumat peribadi adalah ringkas. Tak payah nak masukkan info yang tidak relevan seperti warna rambut, status, tempat lahir, jumlah anak, jumlah isteri, opsss… Tolong simpan huraian lanjut anda untuk bahagian yang lebih penting.

2. Hobi / Aktiviti Masa Lapang (Interests/ Hobbies)

Majoriti majikan gemar mengambil calon yang mempunyai keseimbangan dalam kerjaya dan hidup. Menerangkan apa yang ada buat di masa senggang dapat menolong future employer menilai karektor anda. Adakah anda seorang yang suka menyertai kerja – kerja amal? Gemar fotografi? Menyelam? Penulisan kreatif? Sebutkan. Hobi yang dinyatakan tidak semestinya berkaitan dengan kerjaya anda. Malah anda juga boleh memilih untuk tidak menyertakan maklumat berkaitan hobi.

Baca juga – Resume – Pelajari Rahsia Dapat Kerja Cepat!

3. Pendidikan dan Kelayakan Profesional (Education and Professional Qualifications)

Masukkan maklumat yang paling terkini sahaja. Misalnya, anda baru sahaja tamat pengajian ijazah. Maklumat tersebut adalah mencukupi, ditambah dengan maklumat sekolah menengah. Tak payah letak maklumat sekolah rendah, tadika dan taska. Sekiranya anda berkeras jugak (degil sungguh) nak letak maklumat sekolah rendah sebab anda lompat darjah dua kali (pandainyeeee… anak sape ni..), anda boleh berkongsi maklumat tersebut semasa temuduga, itupun sekiranya diperlukan. Bukan dalam resume.

Maklumat kelayakan profesional adalah kursus – kursus yang pernah anda ikuti atau persijilan (certification) tambahan yang anda perolehi. Misalnya, kursus keusahawanan, Six Sigma, LCCI cerification, kursus andaman dan sebagainya. Ingat! Hanya letakkan kelayakan profesional yang berkaitan dengan jawatan kosong yang anda pohon sahaja. Jangan beria – ia nak masukkan semua maklumat sampaikan kursus kahwin pun nak dimasukkan.

4. Skil / Kemahiran (Skills)

Sertakan ringkasan skil: kemahiran mengunakan aplikasi komputer, book keeping, kelajuan menaip, project management, menggubah bunga, penyediaan western food, dan sebagainya. Ingat! Hanya letakkan skil yang paling relevan dengan kerjaya anda sahaja. Kalau apply untuk kerja network engineer , jangan letak ‘mahir menjahit cross-stitch‘. Kena baling ngan telur busuk.

5. Bahasa (Language)

Letakkan seberapa banyak bahasa utama yang anda tahu, berserta tahap penggunaan. Sekiranya anda tahu bahasa asing seperti bahasa Jepun atau Perancis, pastikan maklumat tersebut turut disertakan. Contoh: Language Spoken Written English 8 10 Malay 10 10 Mandarin 8 6 Arab 10 7 Kriteria bahasa adalah lebih mudah dibaca dalam bentuk jadual. Pilihan jadual juga mempelbagaikan kandungan resume anda supaya tidak nampak mendatar.

6. Pengalaman Kerja (Working Experience)

Maklumat yang paling penting dalam penulisan resume anda adalah pengalaman kerja. Mengapa?

  1. Perkara pertama yang akan dipertimbangkan oleh majikan.
  2. Membezakan antara yang experienced dan fresh graduate .
  3. Memutuskan sama ada anda mampu memikul tanggungjawab yang lebih berat.
  4. Menentukan basic salary anda (fuiyo! penting tu).

So camane nak start cerita pasal working experience nih?

  • The best would be in reverse chronological order (didahului dengan pengalaman kerja yang paling akhir). Semasa temuduga juga, majikan akan lebih menekankan soalan yang berkaitan dengan pengalaman kerjaya anda yang terkini.
  • Nyatakan tarikh (tahun/ bulan) bila anda bermula dan mengakhiri setiap kerjaya. Pastikan tiada ruang kosong atau jarak yang lama di antaranya. Sekiranya ada, pastikan anda boleh menyatakan sebabnya apabila disoal semasa temuduga kelak.
  • Terangkan dengan jelas tentang tugas dan tanggungjawab anda untuk setiap kerjaya. Tekankan skil yang paling relevan dengan kerjaya yang anda pohon. Anda boleh menggunakan beberapa perkataan yang power untuk memberikan professional feel kepada penulisan resume anda.
  • Hadkan pengalaman kerja anda kepada tiga yang terakhir. Lima paling maksima. Sekiranya anda nyatakan lebih dari itu, majikan mungkin akan mendapat tanggapan bahawa anda suka job hopping (bertukar – tukar kerja).
  • Fresh graduates : Anda boleh abaikan bahagian ini. Tapi jangan lupa menyatakan tentang kursus atau praktikal yang pernah anda ikuti sekiranya ada.

7. Pencapaian dalam Kerjaya (Accomplishments)

Fikirkan. Apakah yang akan membezakan penulisan resume anda dengan yang lain? Calon lain pun ada skil yang diperlukan, calon lain pun ada beberapa tahun pengalaman, calon lain pun ada rujukan yang baik.

Jadi apa yang anda boleh buat untuk membezakan atau menaikkan taraf resume anda daripada mereka?

Jawapannya adalah: pencapaian anda dalam bidang kerjaya!

Inilah kriteria penghulu dalam penulisan sebuah resume. Biasanya diletakkan selepas atau digabungkan dengan kriteria Working Experience. Sekiranya kriteria ini dihuraikan dengan baik (dan segala aspek resume yang lain dipatuhi), saya jamin bahawa kemungkinan anda dipanggil temuduga adalah 110%. Begitulah kuatnya impak Accomplishments. It can work wonders. Tetapi jarang sekali saya lihat kriteria di atas dititik beratkan oleh calon. Pencapaian dalam kerjaya bermaksud pencapaian atau sumbangan anda yang ketara semasa bertugas. Ia mungkin dalam bentuk keuntungan, penjimatan, pembaik pulihan, pengiktirafan, anugerah dan sebagainya. Lihat dua contoh di bawah:

Contoh A: Prepared training modules for new hires.

Contoh B: Developed comprehensive training modules (Softskill & Product Knowledge) for new hires that lead to 32% increase in service level.

Nampak tak perbezaan antara A dan B? Kedua – duanya menerangkan perkara yang sama tetapi ayat B mempunyai 3 kekuatan:

  1. pengunaan perkataan yang power – developed, comprehensive
  2. penerangan yang lebih fokus – softskill & product knowledge
  3. pencapaian – that lead to 32% increase in service level

Ayat manakah yang anda rasa akan menarik perhatian bakal majikan? Tepuk dada dan tanyalah selera.

8. Rujukan (Referees)

Maklumat berkaitan dengan orang yang boleh menjadi rujukan anda. Jumlah optimum adalah empat orang. Dua dari bidang akademik, dua dari bidang pekerjaan. Maklumat yang perlu ada adalah nama, jawatan, syarikat dan nombor untuk dihubungi. Tempoh perkenalan adalah tidak perlu. Penting! Mintak izin dulu ye. Jangan memandai nak sumbat maklumat orang lain sesuka ati korang.

Pentingnya meminta izin adalah supaya rujukan anda bersedia untuk bekerjasama sekiranya dihubungi oleh bakal majikan anda. Bukan semua syarikat memerlukan rujukan. Jadi, anda boleh memilih untuk tidak menyertakan rujukan. Sekiranya diperlukan, maklumat rujukan boleh diberikan semasa temuduga atau diisi dalam borang temuduga.

Baca juga – Resume Kerja Kerajaan Yang PASTI Memikat Bakal Majikan!

9. Gaji (Salary)

Gaji sekarang (current salary) Ada yang suka menipu dengan meletakkan amaun yang lebih tinggi untuk current salary, dengan harapan akan mendapat expected salary yang diinginkan. Ketahuilah bahawa majoriti syarikat akan meminta slip gaji terakhir sebelum menawarkan anda kerja. Kalau terbukti anda menipu, lupakan saja peluang anda untuk menjawat jawatan tersebut. Dengan kata lain, anda kantoi.

Gaji yang dikehendaki (expected salary) Expected salary mestilah setimpal dengan kelayakan dan pengalaman anda. Setiap kali anda bertukar kerja, secara kasarnya anda boleh menaikkan expected salary dengan penambahan RM500 – RM2000 (pastikan setimpal dengan pengalaman). Atau gunakan prinsip kenaikan 30% – 50% dari gaji lama. Jangan sekali – kali meletakkan gaji yang spesifik. Nyatakan lingkungan gaji yang dikehendaki sahaja. Jangan lupa letakkan terma ‘Negotiable’ atau yang seangkatan dengannya. All the little details count! Terma ini menggambarkan bahawa gaji yang anda kehendaki masih boleh dirundingkan semasa proses temuduga nanti.

Contoh: Expected Salary RM2500 – RM3200 (Negotiable) RM3200 RM2500 – RM3200 (Nego) RM2500 – RM3200 (Negotiate) Salary is fully negotiable Salary is negotiable, depending on the responsibilities of the position. Isu gaji paling baik dibincangkan semasa temuduga. Nyatakan gaji yang dikehendaki (expected salary) dalam resume hanya jika diminta berbuat demikian. Dikhuatiri, jika anda meletakkan gaji yang terlalu tinggi atau terlalu rendah, risiko untuk anda diketepikan dari panggilan temuduga juga sangat tinggi. The bottom line is this: ‘if it’s not asked, don’t volunteer’. Senang citer.

Nak lagi banyak kaedah, teknik dan skill power menulis resume? Boleh ajer..

Perkenalkan..

Rujukan Contoh Resume & Cara Menulis Resume Yang Power

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rahsia Dan Contoh Resume Kerja Ni?

Ada tujuh sebab utama kenapa anda kena dapatkan rahsia dan contoh resume kerja ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling tak boleh blah!

1) Anda jadi insan mulia

Untuk makluman anda, sebahagian daripada hasil jualan rahsia dan contoh resume kerja ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, andai anda gagal dipanggil ke sesi temuduga sekali pun, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.

2) Hati jadi riang gembira

Nota ringkas & padat dlm rujukan rahsia dan contoh resume kerja ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menulis resume yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..

3) Lebih masa main Mobile Legend

Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rahsia dan contoh resume kerja ni. Pastu baca nota-nota tu. Guna template resume yg diberi. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa dipanggil temuduga je. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

4) Guna pengalaman 13 tahun kami sepenuhnya

Rahsia dan contoh resume kerja yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar penulisan resume kerja kerajaan dan kerja swasta. Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 13 tahun dalam dunia kerjaya di Malaysia (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji resume yg mantap.

5) Memudahkan hidup anda

Template resume pasang siap tu memang memudahkan hidup. Tak payah susah-payah karang resume daripada kosong. Ada saja kekosongan kerja dimana-mana, terus hantar resume anda. Memang kacang goreng la kan..

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rahsia dan contoh resume kerja ni murah giler. Cuma RM40 sahaja (pakej basic). Apa yang anda boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rahsia dan contoh resume kerja ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

Baca juga – 5 Panduan Cara Menulis Resume Kerja Yang Killer!

7) Dan lagi hawau..

Disebabkan kemurahan rahsia dan contoh resume kerja ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

Rahsia dan contoh resume kerja ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku (tambah-tambah lagi dalam musim COVID ni) dah la banyak tempat PKPD / PKPB. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Anda akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 1 jam – 2 jam (kalau anda beli menggunakan FPX (billplz) / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat untuk anda mula menulis resume power!

Semoga perkongsian contoh resume – cara menulis resume yang power ini memberikan manfaat kepada anda. Kami di blogtipskerjaya.net mendoakan semoga anda beroleh pekerjaan dengan segera. Aamin..

P/s: Barangkali ada yang sedikit keliru atau kurang faham dengan cara perkongsian di atas. Jadi klik eBook panduan di atas untuk mempelajari penulisan resume secara lengkap A to Z, intensif, komprehensif dan tidak memeningkan!

3 thoughts on “Contoh Resume – Cara Menulis Resume Yang Power!”

  1. Impressive sum-up guides, it’s especially since I’m a reader type. Walaupun banyak mukadimah setiap topic, tapi sebenaqnya those words tu lah filler. Keep it up!

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!