Tips Mengawal Emosi Semasa TemuDuga Berlangsung

Tips mengawal emosi semasa sesi temuduga

Tips mengawal emosi semasa temuduga berlangsung. Bukan semua sesi temuduga berlangsung dalam suasana yang statik dan aman damai. Pelbagai iklim boleh terjadi dalam bilik temuduga.

Seperti yang anda mungkin sedia maklum, jenis soalan memainkan peranan dalam mencorakkan situasi ini. Soalan temuduga jenis provokasi antara soalan yang paling ditakuti oleh calon-calon temuduga. Jadi kali ini, ikuti sedikit tips bagaimana mengawal emosi semasa temuduga berlangsung. Agar anda nampak cool dan boleh diharapkan untuk menggalas jawatan yang ditawarkan.

Baca: Job Interview – Frequently Asked Questions

Semasa berada di bilik temuduga, sering kali anda akan ditanyakan soalan-soalan yang anda kurang bersedia. Soalan-soalan ini kebanyakkannya seolah-olah “mencabar” kewibawaan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah :

1. Ingatkan diri anda bahawa penemuduga sedang menguji anda

2. Jawab dengan jelas dan lantang

3. Kikiskan sifat ego anda

Baca: Masalah Bahasa Inggeris Dalam Temuduga

4. Tenangkan diri anda sebelum menjawab soalan, selalunya penemuduga akan cuba menggunakan jawapan anda untuk membidas

5. Banyakkan senyuman

6. Berikan penekanan dalam jawapan anda yang menyokong butiran-butiran yang tertulis dalam CV/Resume anda. Berikan penekanan kepada pencapaian anda yang tidak boleh dicapai orang lain

7. Jangan sesekali menunjukkan anda hilang minat terhadap pekerjaan/jawatan yang ditawarkan.

8. Selain itu, anda dinasihatkan supaya jangan tergopoh gapah menjawab soalan-soalan sebegini dari temuduga, ambil masa untuk berfikir sejenak,dan jawablah dengan fikiran yang tenang.

Baca: 7 persiapan wajib sebelum tarikh temuduga sampai

Untuk lebih bersedia, lebih baik anda ketahui malah lebih baik lagi kalau dapat hafal 250 soalan dan jawapan temuduga yang terkandung dalam rujukan di bawah.

Jika anda belum pernah menduduki sesi temuduga, sudah tentulah anda belum mengetahui apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya. Anda amat perlu memiliki rujukan menduduki temuduga di bawah untuk rujukan pantas. Ia sebuah pakej lengkap menghadiri temuduga secara am kerana mengandungi banyak topik penting untuk calon-calon temuduga seperti:

  1. – Cara menangani situasi cemas ketika temuduga berlangsung,
  2. – Apa perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas temuduga,
  3. – Etika pemakaian temuduga untuk jawatan bertaraf sijil, diploma dan ijazah,
  4. – Dan beberapa topik penting lagi.

Rujukan ini amat sesuai untuk dimanfaatkan calon-calon temuduga dan paling best-nya ialah ia boleh digunapakai untuk semua jenis temuduga bagi jawatan kerajaan yang dipohon dan bakal ditemuduga kelak:

Tips mengawal emosi semasa temuduga berlangsung

Leave a Comment

error: Content is protected !!