Bagaimana Menjadi Warga Kerja Cemerlang Sesebuah Organisasi?

“A boss fixes blame. A leader fixes mistakes”.

“A boss makes work drudgery. A leader makes work interesting”

-William Glasser (1990)-

Bagaimana Menjadi Warga Kerja Cemerlang Sesebuah Organisasi?

Oleh: Mohamad Hata Ghazali

Slogan tanpa pengisian tidak berguna. Pengisian tanpa iltizam yang tinggi juga tidak berguna. Iltizam yang tinggi tanpa maklumat yang jelas, strategi yang berkesan dan budaya kerja yang jelas juga tidak bermakna.

Oleh itu demi menjamin sumbangan yang berkesan dan cemerlang daripada warga organisasi, pihak pengurusan harus dapat mengenal pasti bakat dan personaliti warganya (mungkin melalui ujian personaliti dan bakat) supaya meletakkan warganya di tempat yang sesuai dengan personaliti dan bakatnya.

“Right person – right place – right time – excellence”.

Minda individu mesti diisi dengan pelbagai ilmu dan pelbagai kemahiran. Individu juga mesti dapat mengawal emosinya sama ada dalam keadaan selesa atau tertekan. Jika minda individu itu terbiar, emosinya akan menjadi liar dan akan menghasilkan individu yang tingkah laku yang biadab, mementingkan diri sendiri, curi tulang, bengis tidak tentu fasal, suka menciplak atau mencuri hasil intelek dan sebagainya yang menggambarkan insan tidak bermaruah dan berkualiti.

Perkongsian yang dikehendaki dalam mana-mana organisasi adalah menghasilkan warga kerja yang berhemah tinggi, berperibadi mulia, menepati dan menghargai waktu, mengutamakan aturan dan pelbagai lagi yang dianggap sebagai nilai-nilai murni.

Andaikata warganya tidak dapat memenuhi kriteria yang diharapkan oleh organisasi daripada mereka janganlah salahkan sistem sama ada sistem saraan Malaysia ( SSM ) atau apa-apa sistem sekalipun. Jangan juga salahkan pihak organisasi ( majikan ) jika anda tidak pernah mendapat pengiktirafan pekerja cemerlang atau anda anda hanya mendapat ganjaran gaji statik.

Warga organisasi yang dianggap cemerlang adalah warga yang dapat melakukan tugasnya dengan dengan penuh tanggungjawab dan disamping itu itu juga dapat memberi sumbangan yang berkesan kepada organisasi dan masyarakat.

Untuk mencapai peringkat cemerlang individu itu mesti melangkaui daripada melakukan sesuatu kerja atau tanggungjawab yang biasa atau rutin sahaja yang sememangnya menjadi tugasnya. Individu itu mesti melalui peringkat menghasilkan “output” dari tahap biasa kepada tahap luar biasa, dari luar biasa kepada luar dugaan, dari luar dugaan kepada cemerlang.

Kesimpulannya, sebagai warga organisasi, perkara penting yang mesti dilakukan ialah memberikan perkhidmatan mengikut teras perkhidmatan iaitu bekerja penuh tanggungjawab, berazam meninggikan mutu perkhidmatan, berusaha mengikis sikap mementingkan diri sendiri, berkhidmat dengan penuh muhibbah dan kemesraan.

Leave a Comment

error: Content is protected !!