Soalan Temuduga Pembantu Akauntan W19

Masih tercari-cari contoh soalan temuduga Pembantu Akauntan Gred W19 yg bagus untuk digunakan sebelum hadir sesi iv kelolaan SPA pada 16 Mei 2023 – 18 Mei 2023 ini? Temuduga Pembantu Akauntan W19 kali ini adalah untuk ambilan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (Sarawak). Teruskan membaca jika jawapan anda adalah ya. Kerana di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Akauntan W19. Siapa tahu, mungkin perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda!

Contoh soalan temuduga Pembantu Akauntan W19

Nota: Sebelum itu, bagi anda yg terlibat dengan ujian psikometrik Pembantu Akauntan W19 untuk ambilan di Jabatan Akauntan Negara Malaysia (calon Sarawak) pada 10 Mac 2023 ini. Sila bahan latih tubi dan nota ulangkaji untuk ujian ini di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Akauntan W19 ini. Semoga bermanfaat!

Permohonan jawatan kosong Pembantu Akauntan W19

Sekiranya ingin memohon jawatan Pembantu Akauntan W19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan Pembantu Akauntan W19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Untuk info, sebelum ini gred asal Pembantu Akauntan adalah W17 tetapi kini telah dinaikkan kepada W19 (sudah tentu ia turut bersama kenaikan gaji juga). Alhamdulillah.

Sebelum kita ke panduan temuduga, berikut adalah imbasan syarat dan kelayakan, jadual gaji dan tugas-tugas bagi jawatan Pembantu Akauntan W19.

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Tadbir Kewangan Gred W19

Anda hendaklah mempunyai : Kewarganegaraan Malaysia; Umur 18 tahun atau lebih pada tarikh iklan; dan Memiliki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Kepujian dalam subjek Matematik dan Prinsip Perakaunan pada peringkat peperiksaan tersebut.

  • (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,353.00); atau

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

  • (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

  • (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,409.40); atau

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

  • (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80); atau

Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

  • (Gaji permulaan ialah pada Gred W19: RM1,465.80).

Memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Jadual gaji Pembantu Akauntan Gred W19

Berikut jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Akauntan;

Gaji minimum – RM1,353.00

Gaji maksimum – RM4,005.00

KGT – RM100.00

Di samping elaun-elaun dan imbuhan lain yang layak diterima.

Tugas Pembantu Akauntan W19

Berikut merupakan deskripsi tugas seorang Pembantu Akauntan W19 di Pelbagai Kementerian / Jabatan Kerajaan di Malaysia:

Secara am, bertanggungjawab menjalankan tugas-tugas kewangan dan perakaunan. Selain itu, seorang Pembantu Akauntan juga bertanggungjawab dalam menjalankan tugas-tugas pengurusan kewangan sepenuh masa berhubung urusan-urusan kawalan belanjawan, kewangan am, terimaan, perolehan, bayaran emolumen, pembayaran, akaun, pelaburan dan pinjaman.

Panduan Temuduga Pembantu Akauntan W19

Tahniah kerana menemui blog ini. Itu bermakna anda adalah calon temuduga Pembantu Akauntan W19 yang dipanggil. Jika anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawa kami adalah sebuah blog kerjaya yang sentiasa menerbitkan kekosongan jawatan terkini dari seluruh negara di samping sering berkongsi tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan ini.

Jangan lupa untuk selalu kemaskini dan semak permohonan SPA8i anda.

Statistik pengambilan jawatan Pembantu Akauntan W19

Anda mungkin akan terkejut melihat fakta ini:

Daripada sejumlah 579 calon yang dipanggil temuduga oleh pihak SPA pada kali ini, mereka hanya mengambil 2 orang sahaja untuk dilantik ke jawatan sebagai Pembantu Akauntan W19! Sementara 50 orang lagi akan dijadikan sebagai calon simpanan.

Menggusarkan bukan? Tapi anda memang bertuah terpanggil kerana ada lagi seramai 22 157 calon lain yang juga memohon untuk jawatan Pembantu Akauntan W19 ini tetapi tidak langsung dipanggil pun ke temuduga.

Bacaan tambahan : elakkan 44 sebab gagal dalam temuduga.

Jadi gunakanlah peluang yang diberikan ini sebaiknya. Manfaatkan setiap peluang dan ruang yang ada. Jangan sia-siakan. Dengan itu di dalam minda, ikutilah tips & soalan temuduga Pembantu Akauntan W19 yang kami kongsikan kali ini. Moga ada kebaikannya..

Lima (5) Tips temuduga Pembantu Akauntan W19:

#1. Jangan pilih lokasi bertugas.

Sekiranya lulus di dalam temuduga ini, anda akan ditempatkan di mana-mana jabatan kerajaan yang memerlukan. Jadi memang tidak boleh memilih tempat yang anda suka. Elakkan sama sekali menyuarakan tentang lokasi kerja yang anda suka. Jika ditanya penemuduga, beritahu saja ‘saya sanggup bertugas dimana-mana sahaja yang diarahkan’.

Baca juga : 6 contoh jawapan PADU semasa temuduga

#2. Antara lain tugas sebagai Pembantu Akauntan W19 adalah berkaitan dengan tugas-tugas kewangan.

Ini menandakan anda seharusnya tahu serba sedikit perihal pengurusan kewangan. Jadi pelajari sedikit apa itu modal, harta modal, aset tunai, hutang tertanggung, hutang terakru dan lain-lain.

#3. Selain itu, anda juga perlu menguruskan hal-hal perakaunan.

Kami cadangkan anda membaca subjek ‘Prinsip Akaun’. Buku subjek SPM ini boleh dibeli di kedai-kedai buku berhampiran. Ini agak mustahak. Tidaklah patut seorang Pembantu Akauntan W19 langsung tidak tahu menahu mengenai dunia perakaunan.

#4. Ketahui juga selok belok Jabatan Akauntan Negara.

Ini merupakan jabatan yang berkait rapat dengan tugas anda sebagai seorang Pembantu Akauntan W19. Cukup elok jika tahu misi, visi, berita-berita terkini dunia perakaunan, maklumat korporat dan sebagainya.

#5. Pengetahuan tentang cara menghadapi sesi temuduga dengan betul juga amat perlu.

Walaupun dilengkapi pengetahuan yang ‘up-to-date‘ tentang dunia kewangan dan perakaunan, tetapi jika sahsiah diri, perlakuan, personaliti dalaman dan pemakaian tidak sesuai sebagai seorang Pembantu Akauntan W19 tidak boleh juga.

Adakah anda dipanggil exam? Kalau begitu, cuba baca tutorial cara-cara menduduki peperiksaan online SPA.

Faktor individu itu sendiri juga merupakan penyumbang terbesar kepada pemilihan seseorang di dalam sesi temuduga. Jadi berhati-hati tentang ini. Oleh itu, kami cadangkan anda membaca panduan lengkap menduduki temuduga ini sebagai pelengkap persediaan anda.

Contoh soalan temuduga Pembantu Akauntan W19

Contoh-contoh soalan temuduga Pembantu Akauntan W19 di bawah kami kumpulkan daripada beberapa sumber.

  1. Sila kenalkan diri awak.
  2. Baru kahwin ni. Boleh tinggal jauh kalau dihantar ke pedalaman?
  3. Terangkan mengenai cara memproses tuntutan bayaran pembekal.
  4. Tahu cara menguruskan pemprosesan LPO?
  5. Apa beza tuntutan perjalanan dan tuntutan pelbagai?
  6. Jelaskan pada saya tentang terimaan.
  7. Berikan contoh aktiviti bayaran yang kamu tahu.
  8. Jadi Pembantu akauntan ni memang kena keja di ANM ka?
  9. Apa pendapat awak tentang perkhidmatan ANM? Huraikan.

Bukan setakat akademik

Penemuduga bukan setakat melihat kelayakan akademik anda, kerana ada ramai lagi calon lain pada hari temuduga yang lebih baik keputusannya.

Dalam mana-mana temuduga SPA : tidak kira sesi Temuduga Secara Online In Situ (TSOI) mahu pun Temuduga Secara Bersemuka (TSB). Titik penilaian oleh panel penemuduga biasanya terarah kepada sahsiah, kesantunan, etika, pemakaian, komunikasi dan paling penting – kesesuaian anda untuk jawatan berkenaan.

Titik-titik ini pula perlu diketahui dengan jelas satu persatu. Ia tidak berjaya dilakonkan secara spontan. Kerana ia memerlukan latihan dan harus selalu diamalkan. Jadi temuduga bukan setakat kelayakan akademik!

Sila jangan terlalu bergantung harap pada kelayakan akademik anda. Ia memainkan peranan yang agak kecil sahaja dan tidak menjamin apa-apa.

Rujukan Temuduga Kerja Kerajaan

Sebab itulah anda digalakkan mendapatkan rujukan temuduga di bawah.

Rujukan contoh soalan temuduga Pembantu Akauntan W19

Atau pun,

Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan temuduga (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Kedua-dua rujukan temuduga ini adalah persediaan kerangka umum untuk semua jawatan kerja kerajaan. Walaupun ia tidak spesifik bagi satu-satu jawatan (tetapi amat sesuai sekali dimanfaatkan sebagai bacaan tambahan oleh calon temuduga Pembantu Akauntan W19).

Selain itu,

Anda juga boleh baca 7 soalan temuduga kerja dan jawapan ni. Soalan temuduga yang lazim naik dalam temuduga SPA. Hafal cara menjawab yang diberikan di sana.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada lapan sebab kenapa anda kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada dijelaskankan di bawah. Poin nombor 3 tu adalah yg paling mustahak!

1) Anda jadi insan mulia

Untuk makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi temuduga Pembantu Akauntan W19, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini. Malah anda dikira berjaya sebenarnya!

2) Hati jadi riang ceria

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ceria di hari raya. Haha..

3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga kerja kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil.

Siapakah beliau?

Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.

Anda rasa?

4) Lebih masa main COC

Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga (yg sesuai digunakan oleh calon temuduga Pembantu Akauntan W19) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll. Moh kite.. streaming sampai pagi!

5) Guna pengalaman 15 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.

Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 15 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga kerajaan.

6) Memudahkan hidup anda

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan temuduga ni murah giler. Cuma RM30 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM30 pada masa ini? Tiada apa sangat pun. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Malah, ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Dan lagi hawau..

Disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

Panduan soalan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada sebarang pengeposan berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Anda akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun kesemua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 2 jam (kalau anda beli menggunakan billplz / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!

Anda harus dapatkannya hari ini juga!

Dapatkan rujukan ini hari ini juga. InsyaAllah sekiranya anda lakukan apa yang dibincangkan di atas dan lebih lagi (kalau rajin), itu bermakna anda sudah jauh lebih bersedia berbanding ramai calon yang lain.

Beberapa FAQ Mengenai Pembantu Akauntan W19

Tugas Pembantu Akauntan W19

Seorang Pembantu Akauntan W19 adalah bertanggungjawab:

Membantu melaksanakan sistem perakaunan kerajaan mengikut prosedur dan peraturan yang berkaitan.

Gaji Pembantu Akauntan W19

Basic gaji Pembantu Akauntan W19 ialah RM1,353.00. Belum masuk elaun ya..

Demikianlah perkongian kami mengenai tips dan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Akauntan W19 untuk kali ini.

Selamat menghadapi temuduga Pembantu Akauntan W19 daripada kami. Semoga berjaya!

14 thoughts on “Soalan Temuduga Pembantu Akauntan W19”

  1. Salam
    Alhamdulillah, sy terpilih utk temuduga 24/7. skrg sdg berkhidmat di sektor kerajaan as N1, saya nak tingkatkan gred jawatan. i'll try my best!! thanks for the info (pttla unit kewangan di jbtn kpt skrg pun kekurangan org)

    Reply
  2. saya pn dapat juga temuduga 19/7 utk jwtan w17 ni..skrg tgah keje swasta,nak sgt keje dgn kerajaan..mudah2an dpt bt yg terbaik dalam temuduga..

    Reply
  3. salam, kita pat temuduga penolong akauntan w27.14 sept ni.
    belum ag wt preparation. hihi.
    baru nk searching pe yg patot siap sedia.
    amin, da lulus exam btulis jwtn w27 ni.
    senang juga. nta cmnu la interbiew nnti.
    wish a luck to me 🙂

    Reply
  4. if kena panggil interview di negeri atau daerah tertera dalam surat panggilan temuduga, adakah penempatan berdasarkan tempat temuduga dibuat?

    Reply
  5. Alhamdulillah terpilih dalam temuduga pada 5/8/2020
    Amat risau dan gementar sekiranya soalan2 yang susah2 ditanya….boleh share sikit ape soalan yang diajukan ? 😍

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!