Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29

Masih tercari-cari rujukan contoh soalan temuduga Penolong Juruaudit W29 yg bagus untuk digunakan sebelum hadir sesi iv kelolaan SPA bagi calon Semenanjung pada 09 Januari 2022 – 21 Januari 2022 dan bagi calon Sarawak pada 24 Januari 2022 – 28 Januari 2022 ini? Teruskan membaca jika jawapan anda adalah ya. Kerana di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Juruaudit W29. Siapa tahu, mungkin perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda!

Contoh Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29

Untuk yg dipanggil ke ujian psikometrik Penolong Juruaudit W29 pada kali ini. Jangan sia-siakan peluang yang diberi. Dapatkan bahan ulangkaji dan set latih tubi ujian psikometrik di contoh soalan ujian psikometrik Penolong Juruaudit W29.

Sementara, bagi yg terlibat dengan peperiksaan Penolong Juruaudit W29 pada kali ini utk ambilan Jabatan Audit Negara. Bahan ulangkaji dan set latih tubi khas Gred W29 boleh diperolehi di contoh soalan peperiksaan Penolong Juruaudit W29.

Permohonan jawatan kosong Penolong Juruaudit W29

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Juruaudit W29 secara rasmi di sektor awam, pendaftaran boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Pendaftaran jawatan Penolong Juruaudit W29 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Tempoh sahlaku permohonan jawatan kosong Penolong Juruaudit W29 bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Semakan penjadualan temuduga Penolong Juruaudit W29

SPA sudah mengeluarkan jadual temuduga bagi jawatan Penolong Juruaudit W29.

Semakan boleh dibuat melalui pautan berikut :

Statistik Pengambilan Penolong Juruaudit W29

Pada tahun 2012, seramai 11 532 calon telah mengemukakan permohonan untuk mengisi kekosongan jawatan sebagai Penolong Juruaudit W29. Daripada jumlah permohonan tersebut, seramai 552 orang amat bertuah dipanggil ke sesi temuduga yang dianjurkan oleh pihak SPA.

Jika anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawa kami adalah sebuah blog kerjaya yang menerbitkan jawatan-jawatan kosong terkini setiap hari dari seluruh negara, di samping berkongsi tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda tatap ini.

Wajib baca : 6 jawapan Paling Padu dalam temuduga

Menurut data yang dikeluarkan oleh pihak SPA sendiri, jumlah kekosongan jawatan Penolong Juruaudit Gred W29 yang ada hanyalah sebanyak 41 tempat sahaja (data 2012). Ini memang suatu berita yang membimbangkan terutamanya kepada para calon dipanggil temuduga Penolong Juruaudit W29.

Disebabkan persaingan sengit itu, kami di Blog Tips Kerjaya mengambil langkah membantu dengan berkongsikan tips temuduga Penolong Juruaudit W29 di bawah.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29 (berkaitan skop tugas)

1. Anda sudah tahu diskripsi tugas seorang Penolong Juruaudit W29? Kalau belum, baca di bawah..

– Penolong Juruaudit W29 adalah bertanggungjawab menolong Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.

Baca juga: Panduan temuduga Pembantu Tadbir Kewangan W19

Contoh Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29 (berkaitan kementeran / jabatan)

2. Ketahui di jabatan manakah anda akan ditugaskan kelak.

– Jabatan Audit Negara.

3. Dapatkan sebanyak mungkin maklumat Jabatan Audit Negara daripada laman rasminya.

Kunjungi laman rasmi Jabatan Audit Negara ini.

4. Pengetahuan am tentang Jabatan Audit Negara dan perundangan audit anda mestilah mantap.

– Jadi hafal nama menteri, pembantu menteri, pengarah dan lain-lain jawatan utama di Jabatan Audit Negara. Misi dan visi pun jangan lupa.

Contoh Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29 (jenis teknikal)

5. Sebagai seorang Penolong Juruaudit Gred W29, mahu atau tidak, anda sewajarnya faham dan megetahui akan Asas Pengurusan Kewangan seperti:

  1. Pengurusan akaun awam (penerimaan, panjar wang runcit dan bayaran).
  2. Perolehan kerajaan (bekalan, perkhidmatan dan kerja)
  3. Pengurusan aset (inventori, tatacara hapus kira dan tatacara pelupusan aset)
  4. Pengurusan stor (verifikasi stok dan pemeriksaan stor)

6. Paling penting, seorang Juruaudit tidak lari daripada memperkatakan tentang Asas Pengauditan, ini termasuklah:

– Pengenalan Audit Dalam a. Sejarah perkembangan b. Fungsi dan peranan audit – Teknik Asas dan Pendekatan Audit a. Objektif Audit b. Bidang tugas dan tatacara audit – Peranan Audit Dalam dan Luar a. Perbezaan peranan dan fungsí

Penting: 44 fakor gagal dalam temuduga. Elakkan semuanya!

– Sistem Kawalan Dalaman bagi Perakaunan Manual dan Berkomputer a. Asas dan konsep Sistem Kawalan Dalaman b. Fungsi kawalan dalaman c. Perbezaan antara perakaunan secara manual dan komputer – Kaedah-Kaedah Pengauditan a. Jenis-jenis pengauditan b. Kaedah pengauditan – Pengurusan Stor Kerajaan – Pengurusan Fail dan Rekod (Jenis-jenis fail dan rekod) – Penyediaan Kertas Kerja dan Laporan Audit – Pengauditan Berkomputer – Temuramah Audit

Contoh Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29 (yang popular)

  1. Ok.. ceritakan serba sedikit tentang diri awak.
  2. Semasa belajar, ada terima sebarang biasiswa atau pinjaman?
  3. Kenapa awak nak join government?
  4. Apakah yang awak tahu tentang tugas Penolong Juruaudit?
  5. Tahu tentang audit report?
  6. Berapa jenis audit report yang ada?
  7. Apa jabatan yang memerlukan laporan audit ye?
  8. Mengapa mereka memerlukannya?
  9. Katakanlah laporan audit silap. So apa jadi?

Contoh Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29 di atas ni hanyalah sebagai rujukan sahaja. Mungkin dapat yang sama dan mungkin juga dapat soalan lain. Tapi elok sangat kalau dapat siapkan jawapan awal-awal. Jadi persediaan tu lebih baik.

Rujukan Temuduga Penolong Juruaudit W29

7. Tips terakhir untuk temuduga ini, suka kami mencadangkan agar anda mendapatkan segera panduan menghadapi sesi temuduga kerja sektor kerajaan di bawah.

Bagi yang pertama kali menduduki sesi temuduga Penolong Juruaudit W29, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya. Anda patut dan mesti miliki panduan menduduki temuduga di bawah.

Rujukan ni amat sesuai dimanfaatkan calon-calon temuduga Penolong Juruaudit W29 dan boleh digunapakai untuk semua jenis jawatan ambilan kerajaan yang dipohon. Dapatkan secepatnya. Ia sebuah pakej lengkap. Mengandungi banyak topik mustahak untuk seorang calon temuduga Penolong Juruaudit W29.

Rujukan contoh soalan temuduga Penolong Juruaudit W29

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada lapan sebab kenapa anda kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu adalah yg paling mustahak!

1) Anda jadi insan mulia

Untuk makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi temuduga Penolong Juruaudit W29, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.

2) Hati jadi riang gembira

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan masa dan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..

3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil.

Siapakah beliau?

Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.

Anda rasa?

4) Lebih masa main COC

Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga (yg sesuai digunakan oleh calon temuduga Penolong Juruaudit W29) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll. Jom.. streaming sampai pagi!

5) Guna pengalaman 14 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar soalan temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.

Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 14 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga kerajaan.

6) Memudahkan hidup anda

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan temuduga ni murah giler. Cuma RM30 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM30 pada masa ini? Tiada apa sangat. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Malah, ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Dan lagi hawau..

Disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrggh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

Panduan soalan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku (tambah-tambah lagi dalam musim COVID ni) dah la banyak tempat PKPD / PKPB. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Anda akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 1 jam (kalau anda beli menggunakan billplz / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat untuk mula prepare iv anda!

Beberapa FAQ Mengenai Penolong Juruaudit W29

Tugas Penolong Juruaudit W29

Seorang Penolong Juruaudit W29 adalah bertanggungjawab:

Membantu Juruaudit dalam menjalankan auditan terhadap akaun dan aktivit-aktiviti Kerajaan, Badan Berkanun, Pihak Berkuasa Tempatan dan lain-lain kumpulan wang yang di bawah bidang kuasa Ketua Audit Negara.

Gaji Penolong Juruaudit W29

Basic gaji Penolong Juruaudit W29 ialah RM1,498.00.

Demikianlah perkongian kami mengenai tips dan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Juruaudit W29 untuk kali ini.

Semoga berjaya!

14 thoughts on “Soalan Temuduga Penolong Juruaudit W29”

  1. gud luck buat kamu berdua..
    jgn gentar..buat sehabis baik..
    iallah rezeki berpihak pada kita..
    – dr meja penolong juruaudit.. 😉

    Reply
  2. 4hb ritu staff SPA ada call sy bertnya sy kerja atau x skrg n beberapa soalan lg… Sy tnya camner ngan result dia jwb sedang bt semakan terakhir… Hopefully ada rezki InsyaAllah…

    Reply
  3. Salam .. semo sya akan mendudkim ujian tersebut pada 17 May 2013 ni .. doakan saya berjaya .. tips ini sungguh bermakna

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!