Resume – Pelajari ‘Kemahiran Rahsia’ Dapat Kerja Cepat!

Kepada yang baru sahaja menamatkan pengajian di institusi pengajian, tahniah diucapkan. Anda telah membuktikan bahawa anda boleh lakukan sesuatu yang mungkin sebelum ini anda tak pernah terfikir pun. Bertahun juga anda berhempas-pulas berusaha menyiapkan segala keperluan untuk menamatkan pengajian anda, akhirnya berbaloi jua. Sekali lagi, anda berjaya membuktikan kepada kedua orang tua bahawa pelaburan mereka selama ini berbaloi. Next, kita nak cari kerja. Jadi dah tahu apa itu resume? Hapo tu? Resume – Pelajari ‘Kemahiran Rahsia’ Dapat Kerja Cepat!

Resume - Pelajari 'Kemahiran Rahsia' Dapat Kerja Cepat!

Episod kehidupan baharu

Setelah tamat pengajian, maka akan bermulalah satu lagi episod kehidupan. Lembaran baru sebagai seorang warga yang mencari pekerjaan. Lembaran yang selama ini anda tidak pernah terlintas di benak. Walau apapun keputusan yang anda perolehi selepas tamat pengajian, sama ada cemerlang atau kurang. Tidak menjadi soal.

Anda telah mencuba sehabis baik selama ini. Kehidupan sebenar anda bermula sekarang dan selamat datang ke pasaran pekerjaan – punca rezeki dan dunia yang akan anda huni selamanya!

Namun, sebelum memulakan pencarian mana-mana pekerjaan, anda bakal bergelumang dengan satu kemahiran yang akan mempromosikan diri anda kepada bakal majikan. Apakah kemahiran yang dimaksudkan itu?

Kemahiran mendapatkan pekerjaan

Itulah dia “kemahiran menulis resume”. Kemahiran inilah yang akan mampu membawa diri anda ke alam pekerjaan yang hebat. Kemahiran inilah yang akan menjarakkan anda daripada bekas rakan sepengajian. Kemahiran inilah yang akan memacu anda lebih pantas daripada orang lain.

Inilah kemahiran yang akan membolehkan anda mendapat pekerjaan lebih awal berbanding orang lain. Tanpa kemahiran penulisan resume yang baik, anda mungkin tidak mampu meyakinkan bakal majikan anda.

Keyakinan mereka adalah sasaran utama anda. Yakinkan majikan dan kunci hati majikan dengan kemahiran penulisan resume yang baik. Inilah kemahiran rahsia yang dimaksudkan.

Baca juga – 5 Panduan Cara Menulis Resume Kerja Yang Killer!

Dua kemahiran penting

Bertahun-tahun lamanya anda berhempas-pulas memperbaiki keputusan semasa belajar dahulu. Anda pernah nyaris-nyaris gagal dan terpaksa mengulang / repeat dalam sesatu subjek. Ada juga daripada daripada anda yang cemerlang sedari awal memasuki universitu sehinggalah tamat pengajian.

Tapi, kini anda cemerlang atau tidak sudah bukan menjadi faktor kritikal lagi. Jika anda memerlukan pekerjaan, kemahiran inilah yang perlu anda tumpukan perhatian dan pertajamkan kerana bukan semua pelajar yang cemerlang itu pandai atau tahu menulis resume dengan baik dan seterusnya memberi keyakinan yang tinggi kepada bakal majikan.

Dan kita tidak perlu terkejut (tidak perlu sama sekali), jika ada (memang ramai sebenarnya pun) graduan yang kurang cemerlang keputusannya mampu meraih kerja yang hebat hasil daripada kemahiran penulisan resume beliau dan kemahiran menjawab soalan temuduganya yang benar-benar mantap.

Menarik hati majikan adalah seni. Ia bukan boleh dengan setakat mempunyai keputusan cemerlang. Kalau ini diperkirakan, puluhan ribu pencari kerja yang lain juga punya keputusan yg lebih cemerlang.

Jadi, inilah yang perlu ditekankan jika ingin meraih pekerjaan yang hebat dan gaji yang lumayan. Keikhlasan dan kemahiran anda menulis resume yang diasah mampu melakukan sesuatu yang terbaik untuk masa depan anda. InsyaAllah.

Dengan itu, kami memperkenalkan kepada anda Rahsia Resume Kerja – sebuah panduan yang memperturunkan seni memikat bakal majikan. Sebuah panduan yang mempertajamkan lagi kemahiran menulis resume anda.

Rujukan Resume – Pelajari ‘Kemahiran Rahsia’ Dapat Kerja Cepat!

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rahsia Resume Kerja Ni?

Ada tujuh sebab utama kenapa anda kena dapatkan rahsia resume kerja ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling tak boleh blah!

1) Anda jadi insan mulia

Untuk makluman anda, sebahagian daripada hasil jualan rahsia resume kerja ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, andai anda gagal dipanggil ke sesi temuduga sekali pun, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.

2) Hati jadi riang gembira

Nota ringkas & padat dlm rujukan rahsia resume kerja ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menulis resume yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..

3) Lebih masa main Mobile Legend

Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rahsia resume kerja ni. Pastu baca nota-nota tu. Guna template resume yg diberi. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa dipanggil temuduga je. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

4) Guna pengalaman 13 tahun kami sepenuhnya

Rahsia resume kerja yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar penulisan resume kerja kerajaan dan kerja swasta. Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 13 tahun dalam dunia kerjaya di Malaysia (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji resume yg mantap.

5) Memudahkan hidup anda

Template resume pasang siap tu memang memudahkan hidup. Tak payah susah-payah karang resume daripada kosong. Ada saja kekosongan kerja dimana-mana, terus hantar resume anda. Memang kacang goreng la kan..

6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rahsia resume kerja ni murah giler. Cuma RM40 sahaja (pakej basic). Apa yang anda boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rahsia resume kerja ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

Baca juga – Contoh resume yang menggoda bakal majikan.

7) Dan lagi hawau..

Disebabkan kemurahan rahsia resume kerja ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

Rahsia resume kerja ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku (tambah-tambah lagi dalam musim COVID ni) dah la banyak tempat PKPD / PKPB. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Anda akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 1 jam – 2 jam (kalau anda beli menggunakan FPX (billplz) / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat untuk anda mula menulis resume power!

Leave a Comment

error: Content is protected !!