Pelantikan Kontrak Bagi Jururawat Bersara

Pesara Jururawat boleh dilantik semula secara kontrak sebagai Jururawat di KKM tertakluk kepada keperluan kementerian dan disahkan sihat oleh pengamal perubatan/pergigian berdaftar. Perlantikan kontrak selepas bersara dalam agensi kerajaan adalah menggunapakai Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 2 Tahun 2008 (Dasar dan Prosedur Perlantikan Secara Kontrak).

Calon yang diambil berkhidmat secara kontrak dalam agensi kerajaan adalah tertakluk kepada syarat berikut:
A) Memenuhi semua syarat yang ditetapkan dalam skim perkhidmatan bagi jawatan yang ditawarkan kepada calon. Bagi skim perkhidmatan yang mensyaratkan calon berdaftar dengan badan profesional, urusan pendaftaran hendaklah dibuat terlebih dahulu sebelum calon dilantik secara kontrak;
B) Sebarang kelonggaran daripada syarat-syarat dalam skim perkhidmatan perlu mendapat kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA). Permohonan kelonggaran skim perkhidmatan hendaklah dikemukakan kepada Bahagian Pembangunan Organisasi, (BPO) Jabatan Perkhidmatan Awam.

Panduan Lengkap Menjadi Seorang Jururawat!


2 thoughts on “Pelantikan Kontrak Bagi Jururawat Bersara”

Leave a Comment

error: Content is protected !!