Siapakah Pengasas Bidang Kejururawatan Moden?

soalan temuduga jururawat U29

Siapakah Pengasas Kejururawatan Moden?

Anda bercadang menduduki temuduga Jururawat? Nah.. Kalau begitu, ini satu pengetahuan am yang harus anda kuasai.
Amat ketara sekali kurangnya pengetahuan seseorang jika pengasas bidang kejururawatan pun tidak tahu.
Lebih-lebih lagi jika anda sudah mengaku kepada penemuduga sebelum itu bahawa anda amat-amat meminati kerjaya sebagai seorang Jururawat.
Jadi berhati-hati menjawab soalan pada lain kali dan hafal info berikut!

Pengasas kejururawatan moden

Florence Nightingale, (12 Mei 1820 – 13 Ogos 1910) telah mencatatkan sejarah kejururawatan melalui sumbangannya semasa peperangan Crimea (1852 – 1854).
Beliau mendapat gelaran Lady With The Lamp kerana dengan bersuluhkan sebuah pelita dalam cuaca yang gelap dan sejuk beliau merawat dan menjaga tentera-tentera yang tercedera dan berada di dalam kesakitan.
Bermula dari peperangan itu wanita- wanita yang mempunyai pendidikan tinggi dan mempunyai sifat terpuji diberi latihan dalam bidang kejururawatan.
Seterusnya bidang kejururawatan yang formal terus berkembang pesat dan diberi pengiktirafan di seluruh dunia.
Tapi, jauh sebelum Florence Nightingale. Ada satu lagi sosok yang perlu kita kenali. Siapakah dia?

Pengasas kejururawatan awal

Rufaidah binti Sa’ad Al-Aslami. Beliau adalah pengasas kejururawatan yang benar-benar pertama. Sebelum Florance nightingale lagi.
Nama sebenarnya ialah Rufaidah binti Sa’ad dan berasal daripada kaum Khazraj. Beliau dilahirkan di Yathrib sebelum nabi Muhamad (s.a.w) tiba di kota Mekah dan antara orang Ansar yang memeluk Islam dan ayahnya merupakan seorang tabib (doktor).
Rufaidah binti Sa’ad mempelajari ilmu kejururawatan semasa membantu ayahnya bekerja. Rufaidah binti Sa’ad mempunyai klinikal skill yang tinggi dan beliau mampu mengajarkan kepada para wanita lain.
Beliau juga merupakan “public health nurse” di mana beliau telah keluar ke kawasan masyarakat untuk memberi servis kepada masyarakat secara percuma.
Pada ketika perang Badar, Uhud, Khandaq dan Khaibar, Rufaidah binti Sa’ad menjadi sukarelawan dan merawat tentera Islam yang terluka akibat perang. Nabi Muhammad صلى الله عليه وسلم sendiri memerintahkan tentera yang cedera dirawat oleh Rufaidah binti Sa’ad.
Sejarah juga mencatatkan beberapa nama yang bekerja bersama Rufaidah seperti :
  • Ummu Ammara,
  • Aminah,
  • Ummu Aiman,
  • Safiyah,
  • Ummu Sulaim
  • Hind.
Selain itu, jururawat Islam lain yang terkenal antaranya :
  • Ku’ayibah,
  • Aminah binti Abi Qays al Ghifariyah,
  • Umm ‘Atiyyah al Ansariyah,
  • Nusaibah binti Ka’ab al Maziniyyah,
  • Rubayyi’ bt Muawwiz.
Ini dua nama yang sering menjadi sebutan apabila kita membicarakan pengasas kejururawatan moden.



Leave a Comment

error: Content is protected !!