TANGGA GAJI JURURAWAT
Peringkat dan tangga gaji pokok Jururawat mengikut gred adalah seperti berikut:
- Gred U29 – RM 1493.44 (P1T6) hingga RM 3057.39 (P1T27)
- Gred U32 – RM 1959.29 (P1T1) hingga RM 3656.38 (P1T20)
- Gred U36 – RM 3057.36 (P1T1) hingga RM 4521.51 (P1T11)
- Gred U42 – RM 1999.19 (P1T1) hingga RM 4723.81 (P1T24)
- Gred U44 – RM 3028.90 (P1T1) hingga RM 5018.81 (P1T14)
- Gred U48 – RM 4431.54 (P1T1) hingga RM 5882.85 (P1T08)
- Gred U52 – RM 4992.31 (P1T1) hingga RM 6443.62 (P1T08)
- Gred U54 – RM 5258.09 (P1T1) hingga RM 6843.02 (P1T08)
ELAun khas jururawat
Jururawat adalah layak menerima elaun khas tertakluk kepada syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan. Elaun-elaun tersebut adalah seperti berikut:
1. Bantuan Sara Hidup (COLA) pada kadar RM 100.00 hingga RM 300.00 bergantung pada tempat bertugas.
2. Bayaran Insentif Perudara kepada Jururawat yang terlibat dalam aktiviti rawatan perubatan udara iaitu RM 30.00 bagi satu penerbangan pergi dan balik.
3. Bayaran Insentif Merawat Pesakit Jiwa, Tibi dan Kusta diberikan kepada Jururawat yang bertugas sepenuh masa merawat pesakit jiwa, tibi, dan kusta pada kadar RM 60.00 sebulan.
4. Bayaran Insentif Pos Basik kepada semua anggota paramedik yang memenuhi syarat pada kadar RM 100.00 sebulan.
5. Elaun Khas Mengikut Lokasi dan Tahap Kesusahan & Elaun Balik Kampung bagi anggota yang memenuhi syarat
kemudahan lain yang layak jururawat terima
Kemudahan-kemudahan lain yang layak diterima oleh Jururawat adalah seperti berikut:
01. Kemudahan perubatan percuma untuk individu, keluarga dan ibu bapa
02. Kuarters (jika memenuhi syarat yang telah ditetapkan) iii. Pinjaman perumahan
03. Pinjaman komputer
04. Pinjaman kenderaan
05. Skim pencen atau KWSP
06. Peluang melanjutkan pelajaran/latihan
07. Elaun dalam perkhidmatan seperti berikut:
– Elaun bertugas rasmi
– Elaun kemudahan dan bayaran bertukar / berpindah rumah dalam negeri
– Elaun berkursus
– Elaun bertugas di seberang laut
08. Kelayakan cuti seperti berikut:
– Cuti tahunan sebanyak 25 hari
– Cuti separuh gaji
– Cuti tanpa gaji
– Cuti mengerjakan haji selama 40 hari
– Cuti sakit dan cuti sakit lanjutan
– Cuti kerana berkursus
– Cuti tanpa rekod (perayaan, gantian, menghadiri peperiksaan dan lain-lain)
09. Kemudahan pengurusan jenazah anggota sebanyak RM 1,000.00 (Sila rujuk Perintah Am Bab C)
Bagaimana?
Menarik bukan gaji dan elaun yang ditawarkan. Jadi kepada yang berminat menyertai kerjaya sebagai seorang jururawat, jemput baca cara-cara memohon Jururawat yang betul.
Bagi korang yang dipanggil ke temuduga latihan Jururawat. Setakat hari ini, rujukan yang paling sesuai sebelum korang menyerah diri kepada penemuduga berkenaan adalah rujukan temuduga separa perubatan.
jururawat masyarakat u19 tiada dalam senarai golongan JURURAWAT jgk kn….apala nasib JM U19..tiada elaun cola..tiada elaun kritikal…JM U19 pn bekerja guna alat2 tajam jgk…hmm…nasib xmyebelahi golongan JM U19..sedihnyerr….
jururawat yang bertugas di setiap klinik 1 malaysia yang bekerja hari minggu iaitu sabtu dan ahad layak tak menerima bayaran kerja lebih masa?
x layak..sebb klinik 1 Malaysia t BN punye….
kalo pas or dap or keadilan punya..layak ke dpt?
jururawat gredu29 boleh tak naik pangkat ke gred lebih tinggi?atau slamanya d takuk yg lama cuma gaji sja yg mungkin naik?answer plss
Boleh kalau minta kenaikan pangkat U32..boleh jadi sister
berkhidmat 13 tahun boleh naik gred u32
Dengan diploma sahaja boleh naik pangkat ke gred U54 sekarang ni
smbung study la .. dr 29 -41. leh jd pgjar
Bru sye faham.. cola tuh sre hidup.. itp itp thanks… elaun nih berbeze ikot tmpt eek?
JM masih menyerlah peranan mereka kat KD/KK/atau MCH unit/wad bersalin….
Tapi perlu diingat sesuatu perubahan besar perlu dilakukan oleh para pemikir JM…buat satu post mortem tugas dan halatuju masa depan mereka..
Jadikan apa yang berlaku dan akan berlaku sebagai batu loncatan untuk menambah baik profesion JM itu sendiri, tiada orang lain yang boleh membantu, kecualilah para penjawat jawatan JM itu sendiri…
Salah satu yang boleh dibuat kertas kerja adalah menaik taraf sijil JM kepada Diploma…JM tetap JM, tidak usah nak tukar profesion jadi PPP atau JT..biarlah JM dengan identitinya sendiri, tapi yang penting taraf sijil itu ditambah taraf sebagai Diploma.
Bagi JM yang dah dapat gred U26 (5 tahun pad gred tersebut) bagilah satu 'penganugerahan' khas, mereka boleh dinaik serap ke Diploma skill (U29)..seperti mana PPP & SN yang sekarang ni yang tiada degree tapi dah pada gred U36 mereka boleh naik ke U41/U42…
Bagi JMU19 – berilah mereka kursus anjakan selama 6 bulan untuk membolehkan mereka ditempatkan pada skill gaji JMU29..
Begitu juga dengan JM U24…mereka pula diwajibkan mengikuti kursus selama 3 bulan untuk membolehkan mereka menjawat skill JMU29
Bagi kursus asas untuk JM pula..tempoh 2 1/2 tahun sekarang bolehlah ditambah kepada 3 tahun, dengan penambahbaikan kepada kursus dan program yang diberikan. Dengan itu bilamana mereka keluar nanti, jawatan JM gred U29 semestinyalah dalam tangan..
siape setuju ni..
sangat2 setuju saya jm ,saya rasa tidak adil
Kalau nak sambung study utk kenaikan gred ke U41,mesti ada pengalaman brapa lama bkerja?
bersyukur la nak sudah kerja kerajaan…daripada kerja company biasa gaji 800
Salam, saya ada sijil Associate Degree in nursing dari US. Kalau nak kerja di hospital Malaysia, Gred apa yer?
u29-misi
u32-sister
u36-matron
u41 keatas panggil apa?
Assalam ada potongan kwsp x? rahmat.raup[at]gmail.com
Saya memang dalam industri jururawat, tapi jururawat swasta, 6 taun dalam medical surgical, boleh apply kerajaan x? apply spa xpnah pggil pn.
boleh jer…..try mintak hospital under KPT mcm UIA Unisza
Kalau ada gred U41 boleh jadi tenaga pengajarkan? Kebiasaannya dalam sekitar umur berapa ye boleh ke gred U41 ni??