Ingatan Tulus Ikhlas Sempena Aidilfitri 2023

Kepada semua pembaca, kami tenaga kerja di Blog Tips Kerjaya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan batin. Beberapa Ingatan Tulus Ikhlas Sempena Aidilfitri 2023.

Ingatan tulus ikhlas

Untuk mereka yang pertama kali merayakan lebaran sebagai seorang pekerja, tahniah kami ucapkan. Kepada yang masih gagal mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan anda, janganlah berputus asa.

InsyaAllah berkat sokongan anda, blog ini akan terus membantu anda dalam pencarian anda selepas sambutan dan kemeriahan Aidilfitri ini.

Beberapa ingatan tulus ikhlas daripada kami:

Jimatkan perbelanjaan

Jimatkan perbelanjaan dalam merayakan hari bahagia ini kerana ini bukanlah alasan untuk tidak memperdulikan masa hadapan. Gaji yang diterima mempunyai banyak lagi kegunaan selepas ini nanti. Jangan lupa simpan sikit untuk duit minyak ke tempat kerja selepas raya.

Pandulah dengan cermat

Pandulah dengan penuh kewaspadaan dan ikutlah peraturan yang telah ditetapkan. Tahun depan kita masih mahu merayakannya bukan?

Balik dengan penuh semangat

Balik kerja dengan penuh semangat kerana pekerja yang komited dan amat berinspirasi adalah bintang di tempat kerja. Ia sukar dicari dimana-mana. Jadilah bintang di tempat kerja anda.

Jangan kedekut

Jangan lokek bersedekah dalam bentuk ‘duit raya’ dan ‘belanja’ kepada keluarga atau ibubapa kerana sedekah tidak pernah ‘hangus’. Ia akan dibalas oleh Allah dalam pelbagai bentuk.

Selamat Hari Raya Aidilfitri daripada kami.

Leave a Comment

error: Content is protected !!