Seminar Strategi Kepimpinan Cemerlang

Nama seminar:-
Seminar Strategi Kepimpinan Cemerlang, Membina Organisasi Terbilang.
Penceramah seminar:-
3 tokoh termasuk Dr. Azizuddin Mohd Sani, Tuan Azmi A. Bakar dan Tuan Zuhairi Mohd Nopiah.
Penganjur seminar:-
Breakthrough Consultant (MP0005582-D).
Tempat seminar diadakan:-
Hotel De Palma, Ampang, Kuala Lumpur.
Tarikh seminar diadakan:-
06-07 November 2012.
Tempoh masa seminar diadakan:-
2 hari
Peserta sasar:-
Individu, organisasi, jabatan kerajaan dan syarikat swasta.
Sinopsis Seminar:-
Setiap daripada kita adalah pemimpin. Sama ada memimpin sebuah kelompok kecil mahupun sebuah organisasi besar. Tidak kira kecil atau besar, tanggungjawab yang dipikul adalah datang bersama cabaran dan rintangan. Sebagai seorang pemimpin, kita wajib melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu dan kemahiran untuk memastikan tugas serta amanah yang diletakkan di atas bahu kita dapat dijalankan sebaik mungkin.
Perkara yang dilakukan dengan ilmu yang mencukup akan menjadi semakin mudah dan dapat disempurnakan dengan berkesan. Bagi memastikan semua ini dapat dicapai, sertailah Seminar Strategi Kepimpinan Cemerlang, Membina Organisasi Terbilang yang akan dianjurkan oleh Breakthrough Consultant (MP0005582-D). Seminar ini mengandungi pelbagai pengisian berimpak tinggi dan disampaikan melalui 8 slot oleh tiga tokoh penceramah pakar dalam bidang masing-masing.
Pengisian seminar:-
Slot 1 – Pemimpin Cemerlang, Organisasi Terbilang
Memberi gambaran dan hakikat seorang pemimpin cemerlang yang bukan sekadar memiliki kuasa tetapi mempunyai pengaruh yang mempu memberi inspirasi kepada semua insan yang berada di bawah kepimpinannya. Antara teknik membolehkan seseorang menjadi pemimpin berpengaruh adalah LUA dan NLP.
Slot 2 – Kemahiran Memimpin Dengan NLP I
Peserta akan mendalami teknik Matching and Mirroring yang membolehkan peserta membina hubungan dengan mudah dan berkesan.
Slot 3 – Kemahiran Memimpin Dengan NLP II
Neuro Linguistic Programming adalah kajian terkini tentang kuasa minda dan bagaimana cara terbaik menguruskannya. Digunakan meluas untuk mencapai kejayaan dan kegemilangan. Ianya ringkas dan praktikal, jadi sesuai untuk diaplikasikan oleh pelbagai pihak.
Slot 4 – Kemahiran Memimpin Dengan NLP III
Peserta akan diajar kemahiran membimbing dan mempengaruhi serta dilatih untuk menguasai kemahiran ini.
Slot 5 – Self Empowerment
Memecahkan halangan memperkasakan diri termasuklah proses kerja tidak sempurna, bimbang berhadapan masalah dan tiada keyakinan diri.
Slot 6 – It’s All About Choice
Pendedahan tindakan memperkasakan diri termasuk mengenalpasti apa yang paling penting, membina mentaliti KAIZEN dan melibatkan semua sumber manusia.
Slot 7 – Falsafah kepimpinan
Slot ini akan meninjau idea umum mengenai kepimpinan. Pandangan tokoh-tokoh falsafah dunia termasuk Plato, Al-Gazali dan Nelson Mandela yang akan diselidiki secara idealistik bagi melihat kaedah melahirkan pemimpin hebat dari segi fizikal, emosi dan spiritual. Beberapa teori dan praktis kepimpinan akan dianalisis dalam memberikan gambaran pemahaman yang lebih jelas.
Slot 8 – Kepimpinan Gaya Steve Job
Siapa tidak kenal Steve Job? Pemilik Apple yang terkenal kerana syarikatnya berjaya menghasilkan produk-produk kegilaan generasi muda di samping kualiti yang amat tinggi. Pelajari bagaimana beliau memimpin syarikatnya sehingga membawa kepada kejayaan melahirkan produk-produk unggul.
Kadar yuran dan borang pendaftaran boleh dimuaturun daripada pautan di bawah:-
>> Borang pendaftaran Seminar Strategi Kepimpinan Cemerlang <<

Leave a Comment

error: Content is protected !!