Panduan Temuduga Untuk Latihan Jururawat

Panduan Temuduga Untuk Latihan Jururawat

Panduan Temuduga Untuk Latihan Jururawat. SPA sudah mengeluarkan surat/emel panggilan temuduga kepada para calon yang layak menduduki temuduga untuk latihan jururawat pada 24 Ogos 2020 – 04 September 2020 (calon Sabah). Sebelum anda membuat persediaan demi persediaan dalam rangka menduduki sesi temuduga itu nanti, dipaparkan statistik untuk panggilan temuduga latihan jururawat kali ini.

Baca : Ciri-ciri jururawat professional

SPA secara rasmi mengeluarkan angka calon yang membuat permohonan untuk kali ini adalah sejumlah 72 625 orang. Sementara yang dipanggil ke sesi temuduga hanya sebanyak 679 orang sahaja. Untuk makluman anda, percaya atau tidak SPA sudah menetapkan jumlah calon yang akan diambil sebagai jururawat pelatih hanya dalam lingkungan 140 orang sahaja! Jumlah ini sedikit mengejutkan pihak kami.

Namun, apakan daya kuasa untuk penetapan ini ada sepenuhnya di tangan pihak SPA (hal ini bergantung kepada keperluan yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia). Setelah melihat statistik yang kurang menggalakkan itu, pastinya anda berasa tawar hati untuk meneruskan perjuangan. Jangan begitu, kerana pepatah lama ada menyebut – untung batu tenggelam, untung sabut timbul.

Baca juga : Soalan sering ditanya dalam temuduga Jururawat U29

Tapi tidaklah patut cuma berdoa dan berharap mendapat untung sabut sahaja tanpa berusaha. Untuk mendapat untung sabut, seorang calon wajib menyediakan diri dengan pengetahuan dan kemahiran terlebih dahulu. Pengetahuan daripada segi apa? Tahu dan sedar pelbagai perkara yang ada hubungkait dengan dunia perubatan dan kejururawatan. Mahir dari segi apa pula? Mahir dalam penguasaan sesi temuduga dan pandai mendepani pelbagai jenis penemuduga yang bakal menyoal anda.

Beberapa cadangan utama daripada kami dalam rangka penyediaan diri adalah seperti di bawah:

Melengkapkan diri dengan pelbagai maklumat

Adalah sesuatu yang amat tidak wajar sekiranya calon jururawat tidak pernah mengambil tahu akan dunia yang ada sangkut-paut dengan latihan kejururawatan ini. Kesediaan menambahkan pengetahuan dalam bidang ini cukup dituntut. Bacalah apa saja buku atau terbitan yang ada hubungan dengan dunia perubatan.

Layarilah Internet untuk mencapatkan maklumat tambahan daripada portal rasmi Kementerian Kesihatan dan lain-lain laman. Jangan bataskan diri anda setakat itu sahaja. Kukuhkan pengetahuan dengan isu-isu terkini bidang kejururawatan di Malaysia.

Baca seterusnya : Gaji pokok, elaun khas dan kemudahan Jururawat

Tahu Deskripsi Tugas Jururawat Gred U29

Tugas-Tugas Jururawat Kesihatan U29

Perawatan Kesihatan Keluarga

  • Perkhidmatan kesihatan ibu dan kanak-kanak.
  • Perkhidmatan lawatan ke rumah.
  • Perkhidmatan kesihatan di sekolah.
  • Perkhidmatan perancang keluarga.
  • Pendidikan kesihatan.

Latihan

  • Membantu dalam mengajar pelbagai kategori pelatih separa perubatan semasa latihan mereka.

Menyelia

  • Menyelia pekerja-pekerja ‘Auxilliary’ dan kakitangan kesihatan lain dalam kawasan operasi.
  • Menyelia bidan kampung dan bidan swasta berdaftar.

Pentadbiran

  • Mentadbir klinik.
  • Merancang dan menjalankan lawatan ke rumah.
  • Menyimpan rekod-rekod dan reten perkhidmatan kesihatan keluarga di dalam kawasan operasi.
  • Membantu dalam penilaian kakitangan bawahan.

Sediakan Jawapan Untuk Contoh Soalan Temuduga Latihan Jururawat berikut

  • Sila duduk. Boleh terangkan sedikit mengenai diri awak.
  • Ada pengalaman kerja sebelum ni?
  • Cuba terangkan tentang apa itu nilai integriti?
  • Apa nama penuh untuk COVID-19?
  • Apakah cara terbaik menangani wabak COVID-19 ini pada pendapat awak?
  • Dalam banyak2 bidang yang ditawarkan ni, mana paling awak minati? Kenapa?
  • Nampaknya awak memang begitu berminat dengan bidang ini. Baiklah cuba terangkan kepada kami skop kerja seorang Jururawat?
  • Boleh awak terangkan sedikit tentang darah A?
  • Kalau begitu, golongan darah jenis apakah yang boleh menderma kepada darah jenis A?
  • Mengapa golongan lain tak boleh derma darah kepada darah jenis O?
  • Baiklah. Siapakah menteri kesihatan kita?
  • Nama Ketua Pengarah Kesihatan Sarawak.
  • Berikan 4 jenis penyakit berjangkit?

Sempurnakan persediaan dengan Panduan & Simulasi Temuduga Separa Perubatan

Sudah bersedia untuk hadir pada sesi temuduga kali ini? Lengkapkan diri anda dengan membaca simulasi temuduga separa perubatan ini? Ia memang berguna dan sangat bermanfaat digunakan dalam temuduga Jururawat anda!

Contoh Soalan Temuduga Untuk Latihan Jururawat

Bagi yang dipanggil exam online Jururawat, sila dapatkan maklumat secukupnya dengan mendapatkan rujukan peperiksaan online separa perubatan.

Leave a Comment

error: Content is protected !!