Soalan Temuduga & Peperiksaan (PSEE) Pembantu Makmal C19

Contoh Soalan temuduga & peperiksaan Pembantu Makmal Gred C19. Masih tercari-cari contoh soalan temuduga & contoh soalan peperiksaan online Pembantu Makmal C19? Teruskan membaca jika jawapan anda ya. Terutama anda yang dipanggil ke sesi temuduga Secara Online In Situ (TSOI) Pembantu Makmal C19 (calon Sarawak) pada 27 September 2021 – 1 Oktober 2021 ini.

Note: Bagi anda yang dipanggil ke PSEE Pembantu Makmal C19 ambilan Jabatan Kimia Malaysia pada 19 Ogos 2021 ini. Post lain yang lebih sesuai untuk anda rujuk adalah contoh soalan peperiksaan Pembantu Makmal C19 ini.

contoh soalan temuduga & peperiksaan online Pembantu Makmal Gred C19

Post ini dipecahkankan kepada dua bahagian utama, iaitu :

  1. Panduan Temuduga Pembantu Makmal Gred C19
  2. Panduan peperiksaan PSEE Pembantu Makmal C19

Perkongsian ini agak panjang, jadi sila sediakan diri anda untuk meluangkan masa bersama kami.

Permohonan jawatan Pembantu Makmal C19

Sekiranya ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Makmal C19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan Pembantu Makmal C19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

1) Panduan Temuduga Pembantu Makmal Gred C19

Sebelum kita melihat lebih lanjut beberapa panduan temuduga Pembantu Makmal Gred C19 yang akan dikongsikan, kita lihat dulu unjuran statistik berkaitan jawatan ini. Data ini sudah agak lama, tapi masih boleh dijadikan sebagai rujukan.

Statistik permohonan jawatan Pembantu Makmal C19

SPA telah mengesahkan bahawa sepanjang tahun 2012 jumlah permohonan yang diterima untuk jawatan Pembantu Makmal Gred C19 adalah sebanyak 220,506. Ini merupakan suatu angka yang besar dan memberikan gambaran bahawa jawatan Pembantu Makmal Gred C19 adalah antara jawatan SPA yang amat popular dijadikan pilihan para calon. Daripada 220,506 permohonan yang diajukan itu, hanya sebanyak 1,523 calon sahaja yang cukup bertuah untuk dipanggil ke stage seterusnya yakni temuduga.

Jangan lupa, rujuk : senarai penjadualan temuduga SPA 2020

Penempatan Pembantu Makmal C19

Barangkali masih ada kalangan pembaca terutama calon yang akan menduduki temuduga Pembantu Makmal Gred C19 yang agak kabur dimanakah mereka kelak akan ditempatkan sekiranya dipilih menjawat jawatan ini. Untuk makluman, jawatan sebagai Pembantu Makmal Gred C19 tidak ditentukan secara spesifik tempat bertugas. Biasanya akan ditempatkan dipelbagai jabatan dan kementerian kerajaan. Misalnya Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, Jabatan Kerja Raya dan sebagainya.

*Nota : Selain SPA, KPM juga membuat pengambilan untuk jawatan ini dan mengadakan temuduga  menerusi SPP untuk lantikan Pembantu Makmal Gred C19

Berikut dikongsikan 6 panduan dan tips menjawab soalan temuduga Pembantu Makmal Gred C19:

1. Apakah bidang tugas seorang Pembantu Makmal?

Ini bergantung di jabatan atau kementerian mana anda bertugas kelak. Agensi yang berlainan, akan mempunyai perbezaan skop kerja bagi jawatan Pembantu Makmal.

Tapi biasanya, seorang Pembantu Makmal Gred C19 akan bertanggungjawab menjalankan analisis kimia atau mikrobiologi ke atas sampel-sampel rutin, membantu penyelenggaraan peralatan analisis, penyediaan stok reagen dan menjalankan kerja-kerja lain yang diarahkan oleh pegawai atasan dari semasa ke semasa.

2.Besar kemungkinan penemuduga akan bertanya soalan yang ada sangkut paut dengan agensi atau jabatan dimana anda akan bertugas kelak.

Misalnya anda ditemuduga untuk penempatan di Jabatan Kimia Malaysia, maka contoh soalan temuduga :  ‘apa yang kamu tahu tentang Jabatan Kimia Malaysia?’ atau ‘Jabatan Kimia Malaysia di bawah kementerian apa?’ atau lain-lain soalan seumpama itu.

Untuk mempersiapkan diri andai disoal pertanyaan berkaitan Jabatan Kimia Malaysia, kami galakkan anda untuk melayari portal rasmi Jabatan Kimia Malaysia bagi mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan. Sediakan payung sebelum hujan.

Kalau sekiranya anda bakal ditemuduga oleh SPP, sudah pasti anda perlu ambil tahu berkenaan Kementerian Pendidikan. Jangan lupa melayari portal rasmi KPM untuk mendapatkan info-info yang sepatutnya.

3. Boleh perkenalkan diri anda?

Jangan ketawa! Percaya atau tidak, ini soalan paling popular di dalam mana-mana temuduga! Di sinilah silapnya kebanyakan calon. Mereka menjawab soalan ini dengan sambil lewa dan tidak bersungguh-sungguh.

Jangan jadi seperti mereka. Tunjukkan keseriusan anda dan jawablah dengan berasaskan kronologi masa. Peruntukan masa yang wajar untuk menjawab soalan ini adalah sekitar 5 minit. Jangan meleret-leret, jangan merapu, jangan meninggi diri, angkat bakul dan jangan menipu.

Info tambahan : 6 contoh jawapan PADU dalam temuduga

4. Kenapa anda memohon jawatan Pembantu Makmal C19 ini?

Pertama sekali, nyatakan bahawa ini merupakan minat anda. Kaitkan tugas-tugas seorang Pembantu Makmal Gred C19 sebagai perkara yang anda sukai. Jangan lupa juga menyatakan bahawa ini merupakan peluang anda untuk menabur bakti kepada negara yang tercinta. Biasa la. Kena poyo ckit. Nak hidup la katakan.. Haha..

5. Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri yang sesuai untuk menjadi Pembantu Makmal?

Ini merupakan antara soalan killer yang membuat 30% – 50% calon tergamam. Tidak ada jawapan yang sesuai untuk soalan ini. Gunakan segala daya kreativiti anda untuk membuat satu jawapan yang paling bernas dan mampu menarik hati penemuduga. Siapkan jawapan anda awal-awal. Mana tahu nasib anda agak baik kerana diajukan soalan ini.

6. Saya belum pernah menduduki temuduga dan agak gementar. Jadi saya tidak mahu membuang masa mencari info yang belum tentu betul. Dimana mencari panduan temuduga paling lengkap dan menyeluruh untuk menjimatkan masa saya?

Anda boleh dapatkan panduan temuduga yang lengkap dan mencakupi semua aspek temuduga termasuk cara berpakaian, skema jawapan, kesilapan temuduga dan banyak lagi di rujukan persiapan temuduga kerja kerajaan. Panduan ini tidak menjamin anda lulus. Kami cadangkan khusus untuk mereka yang mahu menjimatkan masa dan mahu fokus pada persiapan untuk lulus sahaja.

Rujukan contoh soalan temuduga Pembantu Makmal C19

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada lapan sebab utama kenapa anda kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling mustahak!

1) Anda jadi insan mulia

Untuk makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi temuduga Pembantu Makmal C19, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.

2) Hati jadi riang gembira

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..

3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil.

Siapakah beliau?

Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.

Anda rasa?

4) Lebih masa main COC

Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga (yg sesuai digunakan oleh calon temuduga Pembantu Makmal C19) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

5) Guna pengalaman 13 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.

Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 13 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga kerajaan.

6) Memudahkan hidup anda

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan temuduga ni murah giler. Cuma RM30 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM30 pada masa ini? Tiada apa sangat. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Dan lagi hawau..

Disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

Panduan soalan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku (tambah-tambah lagi dalam musim COVID ni) dah la banyak tempat PKPD / PKPB. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Anda akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 2 jam (kalau anda beli menggunakan billpliz / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!

Demikian 5 contoh soalan temuduga Pembantu Makmal Gred C19 yang dikongsikan kali ini. Diharapkan ia akan membantu persediaan anda sedikit sebanyak sebelum ke sesi temuduga itu nanti. Namun untuk panduan yang lebih lengkap dan komprehensif, anda mungkin boleh pertimbangkan rujukan persiapan temuduga yang kami cadangkan berikut.

Syarat lantikan Pembantu Makmal C19

Oh.. ya, syarat lantikan. Berikut adalah syarat yang masih digunapakai oleh SPA : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 1. warganegara Malaysia; 2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Kepujian dalam subjek Matematik atau salah satu daripada subjek sains pada peringkat peperiksaan tersebut.

(Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,357.00); atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,413.40); atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred C19: RM1,469.80).

Baca juga : Senarai tugas Penolong Pegawai Farmasi U29

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Maklumat lanjut: Untuk lain-lain contoh soalan temuduga C19, boleh baca perkongsian lanjut di soalan temuduga Pembantu Makmal C19 ini.

Sekarang kita beralih ke bahagian kedua post ini, panduan peperiksaan online pula.

2) Panduan Peperiksaan online (PSEE) Pembantu Makmal Gred C19

Sebelum ke temuduga seperti yang sudah kami jelaskan dalam bahagian pertama post ini, anda terlebih dahulu dikehendaki menduduki satu tapisan.

Tapisan ini bertujuan menyingkirkan calon-calon yang tidak layak atau kurang menepati bagi jawatan ini.

Kali terakhir SPA menjalankan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Makmal C19 ialah pada 27 Jun 2019 yang lepas.

Semakan keputusan peperiksaan Pembantu Makmal C19

Bagi yang baru menduduki, keputusan boleh disemak melalui pautan berikut :

http://e-semakan.spa.gov.my/ pembantu_makmal/

Objektif exam online Pembantu Makmal

Peperiksaan online SPA ini bertujuan mengukur kebolehan daya pemikiran calon-calon yang dipanggil. Anda akan diuji kemahiran mengaplikasikan maklumat yang sudah dipelajari semasa pembelajaran di intitusi pendidikan dan juga menerusi pengalaman. Matlamat utama exam online Pembantu Makmal C19 selain untuk membuat penyingkiran calon ialah melihat sejauh mana kebolehan calon-calon yang datang daripada pelbagai latar belakang akademik dengan format peperiksaan tersebut.

Info tambahan : Tutorial cara-cara menduduki peperiksaan online SPA

Kalau begitu, mari kita kenali format exam ini.

Format exam online (PSEE) Pembantu Makmal C19

Exam ini melibatkan 2 kertas berasingan.

  • Seksyen A – Daya menyelesaikan Masalah
  • Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Setiap seksyen atau kertas adalah penting untuk mengukur prestasi calon. Anda dikehendaki mempamerkan prestasi yang baik untuk kesemua kertas. Jika hanya satu kertas yang cemerlang, manakala satu lagi kurang cemerlang. Maka prestasi keseluruhan calon adalah kurang memuaskan. Jadi kami nasihatkan agar calon mendapatkan markah yang menggalakkan bag kedua-dua kertas, supaya prestasi keseluruhan dianggap baik. Ingat : kelulusan peperiksaan ini merupakan salah satu syarat lantikan ke dalam skim Pembantu Makmal C19.

Contoh soalan Seksyen A peperiksaan online (PSEE) Pembantu Makmal C19

Dalam seksyen ini, calon dikehendaki menyelesaikan permasalahan-permasalahan yang berkaitan dengan :

  • Logik
  • Interpretasi Data
  • Matematik

Berikut kami paparkan beberapa contoh soalan daya menyelesaikan masalah :

  1. Dalam tertib nombor 2,3,5,8, … , apakah nombor yang ke 7?

a) 12
b) 17
c) 23
d) 25

  1. Nasri boleh menyelesaikan 5 soalan matematik dalam tempoh 7 minit. Berapa jumlah soalan matematik yang dapat dia selesaikan dalam masa 1 jam?

a) 41
b) 42
c) 43
d) 44

  1. Dari nombor 1 hingga 30. Berapa jumlah digit 2?

a) 11
b) 12
c) 13
d) 14

  1. Tukarkan 15300 saat kepada jam dan minit

a) 2 jam 15 minit
b) 2 jam 55 minit
c) 4 jam 15 minit
d) 4 jam 25 minit

  1. Selesaikan, 2 jam 25 minit – 75 minit =

a) 1 jam 01 minit
b) 1 jam 20 minit
c) 1 jam 50 minit
d) 60 minit

  1. Antara berikut yang manakah betul?

a) 0.32km bersamaan 3020m
b) 1.12km bersamaa 1012m
c) 0.45km bersamaan 4500m
d) 1.25km bersamaan 1250m

  1. Diberi 125, 120, 110, x, 75 dan 50. Apakah nilai x?

a) 105
b) 100
c) 95
d) 85

  1. Antara nombor berikut yang mankah paling dekat kepada 7.5?

a) 7.055
b) 8.065
c) 7.005
d) 8.005

contoh soalan peperiksaan online Pembantu Makmal C19 daya menyelesaikan masalah

Atau,

Anda boleh rujuk post khas kami mengenai contoh-conth soalan Seksyen A exam Pembantu Makmal di Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Makmal C19.

Seksyen bahasa Inggeris peperiksaan online (PSEE) Pembantu Makmal C19

Dalam seksyen ini, anda akan diberikan petikan berbahasa Inggeris. Soalan akan diajukan dengan beberapa pilihan jawapan. Seperti namananya, kertas ini dibuat untuk menguji kebolehan dan tahap pemahaman calon berbahasa Inggeris.

Jika belum ada perubahan daripada format asal sebelum ini, seksyen ini akan merangkumi dua (2) petikan pendek diikuti 10 soalan kefahaman dan 20 soalan tatabahasa (grammar). Susah juga exam ni rupanya. Ada rujukan untuk memudahkan persediaan tak? Ada. InsyaAllah akan membantu sedikit persiapan calon. Cuma, seperti biasa, kami tak jamin lulus.

Itu bergantung kepada rezeki masing-masing la kan, pun macam selalu juga.

contoh soalan peperiksaan online Pembantu Makmal C19 bahasa inggeris

Beberapa FAQ Mengenai Pembantu Makmal C19

Tugas Pembantu Makmal C19

Seorang Pembantu Makmal C19 adalah bertanggungjawab:

Membantu dalam menjalankan analisis kimia serta ujian fizikal terhadap sampel-sampel mineral berlogam, logam, aloi, lempung, batu kapur, pasir silikat, bahan seramik, bijih, air tanah, batu arang, sampel eksplorasi seperti sedimen, tanih dan sebagainya untuk unsur-unsur utama berkaitan dengannya, membantu Pegawai Penyelidik dalam menjalankan tugas-tugas penyelidikan dan pembangunan dalam bidang teknologi nuklear dan teknologi yang berkaitan dengannya. Memastikan kebersihan makmal dan peralatannya dalam keadaan baik dan sentiasa boleh digunakan serta menjaga rekod stok bahan-bahan makmal.

Gaji Pembantu Makmal C19

Basic gaji Pembantu Makmal C19 ialah RM1,357.00.

Demikianlah perkongian kami mengenai tips peperiksaan online dan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Makmal C19 untuk kali ini.

Akhir kata, kami doakan kejayaan anda!

10 thoughts on “Soalan Temuduga & Peperiksaan (PSEE) Pembantu Makmal C19”

  1. Salam…saya dapat temuduga di putrajaya…masalahnye…saya ada degree.perlu ke bawa degree?saya harap sgt akan berjaya dlm temuduga ni sbb mmg minat kerja makmal

    Reply
  2. Mengikut surat tawaran tu, xde tertulis untuk bawa degree memandangkan jawatan ini peringkat SPM…Saye pon kurg pasti… Better call bahagian urusetia temuduga!!

    Reply
  3. :), yg ada degree tu cari la kerja gred tinggi sikit. Yg gred 20 keatas diploma sekurang2nya kalau tak silap saya. Kalau start sama2 dengan budak2 lepasan spm apa salahnya :). Tp sayang la, sijil tinggi2 dpt kerja taraf2 orang biasa2 aja :D. Cuba search kerja2 spt pegawai2 ke. Biasanya syarat2nya sekurang2nya diploma atau mungkin degree. Cer check tengok.

    Reply
  4. Perjawatan Pembantu Makmal C17 lebih banyak diperlukan di Sekolah sekolah. Boleh memohon dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran.

    Reply
  5. saya ad diploma teknologi makmal dgn CGPA yg agk 'kuat',tp sayangnya pemilihan menggunakan kelayakan SPM yg kurang menyerlah..sedih betul!

    Reply
  6. Saya pun lepasan degree, tapi malangnya semua jawatan yang saya mintak memang tak dapat. sekarang sambung belajar lagi. dan sekarang baru dapat jawatan PM gred c19 ni. entah tahun bila saya mintak, saya pun tak pasti. mungkin sekarang saya dipandang. Harap-harap dapat la kerja ni. buat masa sekarang tawakkal aje la. Kalau ditolak. Nak buat macam mana. Takda rezeki.

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!