Soalan Temuduga Pembantu Pustakawan S19

Anda dipanggil ke Temuduga Secara Online In Situ (TSOI) Pembantu Pustakawan S19 ambilan Perpustakaan Negara Malaysia (calon Semenanjung) pada 24 Ogos 2021 – 30 Ogos 2021 ini? Masih tercari-cari rujukan contoh soalan temuduga Pembantu Pustakawan S19 yg bagus untuk digunakan sebelum hadir sesi iv kelolaan SPA kali ini? Teruskan membaca jika jawapan anda adalah ya. Kerana di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Pustakawan S19. Siapa tahu, mungkin perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda!

Bagi yg terlibat dengan sesi temuduga Penolong Pustakawan S29 utk ambilan Perpustakaan Negara Malaysia pada 27 Mei 2021 – 16 Jun 2021 ini. Selain info di sini, anda juga boleh dapatkan beberapa lagi contoh soalan temuduga lain di soalan temuduga Penolong Pustakawan S29.

contoh soalan temuduga Pembantu Pustakawan S19

Untuk makluman awal, perkongsian kali ini kami bahagikan kepada dua subtopik, iaitu :

A) Soalan temuduga Pembantu Pustakawan

B) Ujian psikomterik Pembantu Pustakawan

a) Panduan Temuduga Pembantu Pustakawan Gred S19

Satu lagi jawatan yang berada di bawah SPA untuk proses pengambilannya ialah Pembantu Pustakawan Gred S19 Jawatan ini termasuk di dalam kumpulan sokongan dengan gaji Pembantu Pustakawan S19 permulaan minimum (RM1,352.00), gaji maksimum (RM4,003.00), sementara kadar kenaikan gaji tahunan adalah sebanyak RM100.00 setahun.

Jangan lupa : mengemaskini dan menyemak SPA9 anda selalu

Sebelum itu, barangkali anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawasanya kami adalah sebuah blog kerjaya yang menerbitkan iklan jawatan-jawatan kosong terkini setiap hari, di samping sering berkongsi tips-tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda baca ini.

Statisik pengambilan Pembantu Pustakawan Gred S19

Berbalik kepada topik, berdasarkan statistik yang dikeluarkan oleh SPA, mereka merekodkan bilangan permohonan sebanyak 328,383 sehingga kini. Untuk temuduga Pembantu Pustakawan Gred S19 yang akan dijalankan pada bulan Disember 2012 lepas, SPA telah menghantarkan surat panggilan temuduga kepada seramai 767 calon yang bertuah.

Baca juga : Tutorial cara-cara menjawab exam online SPA

Jadi panduan temuduga Pembantu Pustakawan ini khas kami kongsikan untuk pembaca yang terlibat dalam temuduga kali ini.

Syarat dan kelayakan Pembantu Pustakawan S19

Warganegara Malaysia; Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00); atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40); atau

  • Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

(Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

  • Calon Pembantu Pustakawan Gred S19 hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

Definisi perpustakaan

Sebelum kita pergi lebih jauh dalam panduan ringkas ini, sila baca dan fahami dahulu defini asas perpustakaan berikut:

Perpustakaan merupakan bangunan / ruang yang menyimpan pelbagai koleksi sumber maklumat dan menyediakan perkhidmatan, diuruskan untuk digunakan, dan diuruskan oleh perbadanan awam (kerajaan), institusi mahupun persendirian.

Info tambahan : 6 contoh jawapan PADU dalam temuduga

Awal dahulu perpustakaan hanya digunakan untuk menyimpan pelbagai koleksi bahan bercetak seperti buku dan majalah. Kini, dengan kepesatan dunia maklumat, perpustakaan dijadikan gudang yang mengumpulkan pelbagai sumber yang bersifat bahan bercetak, elektronik, mahupun bahan bukan cetakan. Malah, kebanyakan perpustakaan pada hari ini turut menyediakan perkhidmatan internet untuk kegunaan umum.

Info – Perpustakaan terbesar adalah “Library of Congress”.

Kami jamin, soalan berkisar Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) dan lain-lain program atau perkhidmatan yang ada sangkut paut dengan PNM pasti akan keluar. Jadi sila dapatkan maklumat sebanyak-banyaknya di portal rasmi PNM.

Berikut dikongsikan 9 panduan temuduga Pembantu Pustakawan Gred S19:

1. Dimana saya akan ditugaskan kelak andai dilantik ke dalam jawatan ini?

Ambilan untuk temuduga kali ini tidak ditentukan oleh SPA dimanakah akan ditempatkan. Boleh jadi di PNM sendiri, kolej-kolej komuniti dan lain-lain tempat. Walaubagaimanapun, itu bukan persoalan utama kerana apa yang paling penting buat masa ini ialah lulus temuduga dahulu.

2. Apakah skop tugas seorang Pembantu Pustakawan Gred S19?

  • Empat skop kerja atau bidang tugas utama seorang Pembantu Pustakawan S19 adalah:
  • Berperanan sebagai tempat simpanan dan rujukan bahan Pustakawan.
  • Berperanan sebagai pusat penyerahan hadiah dan rujukan terbitan keluaran jabatan.
  • Penglibatan dalam program hadiah dan pertukaran.
  • Menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan, termasuk pinjaman antara perpustakaan.

3. Buat rujukan lanjut berkaitan asas-asas ilmu perpustakaan, termasuklah:

  1. Definasi dan Konsep.
  2. Jenis-Jenis bahan perpustakaan.
  3. Jenis-jenis perpustakaan.
  4. Kaedah-Kaedah memperolehi bahan.

4. Anda seharusnya sudah mahir asas-asas teknologi maklumat

Kerana ini akan mempengaruhi fungsi anda sebagai seorang Pembantu Pustakawan Gred S19, termasuklah:

  1. – Word
  2. – Excel
  3. – Access
  4. – Power-Point

5. Kenali jenis-jenis perpustakaan

Sebagai seorang Pembantu Pustakawan S19, anda harus kenal dan tahu perbezaan 5 jenis Perpustakaan di Malaysia iaitu :

  • Perpustakaan Negara
  • Perpustakaan Akademik

Perpustakaan Akademik ialah memenuhi keperluan maklumat Institusi Pendidikan atau Latihan dalam kegiatan pembelajaran, pengajaran, penyelidikan dan perundingan. Mengoptimumkan penggunaan pelbagai kemudahan dan sumber maklumat dan memperkukuhkan program pendidikan pelanggan ke arah pembelajaran sepanjang hayat.

  • Perpustakaan Awam
  • Perpustakaan Khusus / Khas
  • Perpustakaan Sekolah / Pusat Sumber

6. Asas pentadbiran dan perkhidmatan perpustakaan

Sebagai seorang Pembantu Pustakawan S19, asas pentadbiran dan perkhidmatan perpustakaan mesti anda kuasai, termasuklah:

– Perpustakaan sebagai pusat ilmu dan maklumat.

– Perkara-perkara perkhidmatan

• Surat-menyurat

• Fail-memfail

• Memelihara dan menyimpan rekod

• Jabatan dan orang-ramai

– Perkhidmatan pinjaman / pemulangan.

– Perkhidmatan rujukan. – Promosi.

7. Pengorganisasian dan pengaksesan katalog dan kelas

Lakukan kerja rumah dengan membuat bacaan lanjut berkenaan pengorganisasian dan pengaksesan katalog dan kelas, mencakupi:

– Pengenalan asas katalog.

– Tujuan dan fungsi katalog.

– Jenis-Jenis Katalog.

– Deskripsi katalog.

– Entri utama dan entri tambahan.

– Peraturan-peraturan dalam mengkatalog

8. Sediakan awal-awal jawapan terbaik dan menarik untuk soalan temuduga Pembantu Pustakawan Gred S19 yang lazim di bawah:

– Diminta memperkenalkan diri.

– Ditanya mengapa memilih jawatan Pembantu Pustakawan Gred S19.

– Disoal apakah ciri yang sesuai untuk menjadi seorang Pembantu Pustakawan S19.

– Disoal kenapa anda layak diberikan jawatan ini.

Lagi beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Pustakawan S19

1. Boleh perkenalkan diri anda dan latar belakang?

2. Sebelum ini kerja sebagai apa dan dimana?

3. Kenapa pilih Pembantu Pustakawan?

4. Macam mana nak tingkatkan amalan membaca di kalangan penduduk?

5. Sebut tugas-tugas Pembantu Pustakawan?

6. Jelaskan isu membaca semasa terkini di dalam negara.

7. Siapa pengarah PNM?

8. Siapa pula timbalan beliau?

9. Suka membaca? Apa buku terakhir kamu baca?

9. Rujukan persiapan temuduga

Rujukan contoh soalan temuduga Pembantu Pustakawan S19

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada lapan sebab utama kenapa anda kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling urgent!

1) Anda jadi insan mulia

Untuk makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi temuduga Pembantu Pustakawan S19, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.

2) Hati jadi riang gembira

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..

3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil.

Siapakah beliau?

Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.

Anda rasa?

4) Lebih masa main COC

Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga (yg sesuai digunakan oleh calon temuduga Pembantu Pustakawan S19) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

5) Guna pengalaman 13 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.

Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 13 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga kerajaan.

6) Memudahkan hidup anda

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan temuduga ni murah giler. Cuma RM30 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM30 pada masa ini? Tiada apa sangat. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Dan lagi hawau..

Disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

Panduan soalan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku (tambah-tambah lagi dalam musim COVID ni) dah la banyak tempat PKPD / PKPB. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Anda akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 2 jam atau kurang (kalau anda beli menggunakan FPX (via billplz) / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!

Akhir kata, tolong lakukan kerja rumah dengan membuat carian dan bacaan tambahan seperti yang dicadangkan di atas. Semoga berjaya di dalam temuduga anda. InsyaAllah!

Sekarang, kita ke subtopik kedua entri ini iaitu mengenai ujian psikomterik.

b) Ujian Psikometrik Pembantu Pustakawan S19

Sebelum layak dipanggil ke temuduga, terlebih dahulu anda harus melalui satu tapisan awal iaitu ujian psikometrik ini. Ujian ini adalah secara online. Ia memerlukan persiapan rapi agar tidak duduk sia-sia menatap skrin laptop / smartphone saja pada hari ujian. Adakah anda sedang mencari contoh soalan ujian psikomterik untuk jawatan Pembantu Pustakawan Gred S19? Jika anda dipanggil ke ujian ini, sudah pasti persiapan yang lengkap dan teratur perlu dibuat. Tiada sesiapa yang mahu menjawab ujian psikometrik tanpa bersedia. Itu hanya menempa gagal namanya.

Contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Pustakawan S19

Anda sebagai calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan personaliti calon iaitu kepimpinan, kebolehan sosial, komunikasi, toleransi, kerjasama, kestabilan emosi, integriti, disiplin dan kejujuran.

Apabila peluang ada, kita tidak perlu lagi berusaha

A. Ya
B. Tidak

Saya selalu didenda di zaman persekolahan dahulu

A. Setuju
B. Tidak setuju

Apabila ada seseorang yang mencurigakan, saya akan berjaga-jaga

A. Setuju
B. Tidak setuju

Idea saya banyak tetapi saya sukar mengeluarkannya

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

Mengambil risiko terhadap sesuatu tindakan adalah tidak menjadi masalah kepada saya kerana ianya kesukaan saya.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

Saya kurang gemar dengan aktiviti yang memajukan saya.

A. Ya
B. Tidak
C. Tidak Pasti

Untuk lebih banyak contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Pustakawan S19 (turut disertakan jawapan lengkap), anda boleh dapatkan melalui pautan di bawah :

contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Pustakawan S19

Beberapa FAQ Mengenai Pembantu Pustakawan S19

Tugas Pembantu Pustakawan S19

Seorang Pembantu Pustakawan S19 adalah bertanggungjawab:

Menyediakan perkhidmatan pinjaman bahan perpustakaan termasuk pinjaman antara perpustakaan.

Gaji Pembantu Pustakawan S19

Basic gaji Pembantu Pustakawan S19 ialah RM1,352.00. Dan ini belum masuk elaun lagi.

Demikianlah perkongian kami mengenai tips ujian psikometrik dan juga beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Pustakawan S19 untuk kali ini.

Semoga bermanfaat!

51 thoughts on “Soalan Temuduga Pembantu Pustakawan S19”

    • Salam. Rujukan sama juga yg digunakan. Rujukan ini cuma memberi idea asas bagaimana bentuk soalan. Juga turut disertakan nota-nota padat untuk mengembalikan ingatan terhadap pembelajaran semasa sekolah.

      Reply
  1. Kali terakhir dpanggil temuduga 4 o 5 tahun lepas.. Sekarang nak cecah 40tahun.. Harap ada rezeki lepas buat peperiksaan online 5 mac nanti.. Aamiin

    Reply
  2. Kalau semasa kita mohon kat SPA guna peringkat spm, lepas tu bila kita dah ada sijil stpm/diploma, pastu dpt jawatan pembantu pustakawan, boleh ke kita guna sijil yg lebih tinggi berbanding spm? Adakah ada perbezaan gaji?

    Reply
    • Salam Fit.

      Tiada perbezaan gaji. Pembantu Pustakawan Gred S19 mmg guna kelayakan SPM.

      Nasihat kami, jika lulus exam online S19 ni. InsyaAllah.

      Jgn guna kelayakan stp/diploma semasa temuduga nanti.

      Penemuduga akan anggap Fit terlebih layak utk jawatan S19.

      Reply
  3. Terima kasih admin atas serba sedikit pengkongsian ni .. doa kan saya Nurfarhana lulus peperiksaan online ni sebagai langkah pertama saya untuk mencapai kejayaan .. moga ada rezeki saya, dan dipermudahkan urusan semasa menjawab soalan exam tersebut ..aaminn

    Reply
  4. Segala Puji Bagi Allah. Terima kasih admin sudi memberi penerangan. Pencerahan admin sangat membantu saya. Semoga admin serta para calon semua sentiasa dalam pelukan ALLAH. Aamin.

    Reply
  5. Bismillahirrahmanirrahim, terima kasih atas perkongsian , doakan saya Nursyazleen Anissa berjaya dalam exam online dan ke peringkat seterusnya, Goodluck untuk rakan seperjuangan semua

    Reply
  6. saya pun..doakan sya Lulus exam 5 march ni..pertama Kali dpt panggilan SPA…umur dah 35 tahun. Terima kasih atas info & sharing anda..

    Reply
  7. Terima kasih admin sharing info dan doakan saya Nurfatihah lulus exam SPA dan dapat ke peringkat seterusnya.. 1st time dpt panggilan SPA setelah setahun menunggu , doakan saya dan rakan2 5mac nanti

    GOODLUCK DAN DIPERMUDAHKAN URUSAN UNTUK SEMUA CALON YG MENGAMBIL EXAM 5 MAC NI! 🙂

    Reply
  8. Exam kali nie tak sempat nak jawab.masa tu singkat sangat sampai 10.30 sempat lah .. Saya harap ada rezeki saya dapa temuduga kerajaan.tak sempat nak baca kesemua soalan tak sempat jawap

    Reply
  9. Asslmualaikum..tuan admin
    Sy ada 2 soaln
    Adakh akan ada ujian psikometrik jika berjaya ujian psee pem. Pustakawan s19 .
    Soalan ke dua
    jika pendidikan tertinggi calon adalh diploma,semasa sesi temuduga ketika sesi memperkenalkan diri adakah calon perlu nyatakan pendidikan tertinggi.

    Reply
    • Wkslm Norhanis,

      Utk soalan pertama, sama ada ada ujian psikometrik Pembantu Pustakawan S19 selepas PSEE. Ini sukar dijangka. Ada tahun, ada. Ada tahun, tiada dan terus ke temuduga. Hal ini terpulang kepada keputusan semasa yg dibuat oleh pihak SPA.

      Utk soalan kedua, admin secara personal tidak menggalakkan Norhanis berbuat demikian. Adalah lebih baik andai tidak dinyatakan. Kecuali ditanya oleh penemuduga.

      Reply
  10. Alhamdullillah, saya lulus Online Exam. Sekarang tengah tunggu panggilan termuduga. Katanya akan diberitahu kelak. Tak tahu bila akan dipanggil. Bulan puasa ada ke temuduga?

    Reply
  11. Saya ada 1 soalan.
    Saya dapat panggilan temuduga , tetapi saya ada kelayakan diploma . Adakah perlu saya bawa sekali sijil diploma saya semasa temuduga tu nanti?

    Reply
    • Ini memang menjadi persoalan ramai. Pada pendapat kami, elok jangan. Bawa hanya kelayakan yg diperlukan sahaja.

      Kita bimbang penemuduga akan mempersoalkan kelayakan yg melebihi keperluan perjawatan. Nanti dia suggest mohon jawatan yg lebih sesuai pula. Dah satu hal lagi kan..

      Reply
  12. Asslamualaikum admin. Saya dapat panggilan temuduga pembantu pustakawan s19. Saya dah baca kebanyakan komen tidak perlu bawa kelayakan diploma.

    Tapi, di surat panggilan ada tertulis diploma dan transkrip dari pusat pengajian tinggi (jika berkenaan). Saya jadi ragu-ragu perlu bawa ke tidak sebab takut tiba-tiba penemuduga minta.

    Reply
    • Wkslm Eyma,

      Boleh jer bawa. Takda masalah.

      Ramai tak bawa, sebab kelayakan cuma SPM. Bila ada kelayakan lagi tinggi. Kita risau penemuduga akan persoalkan kenapa mohon jawatan SPM. Dah satu hal nak goreng pula.

      Camtu la adanya..

      Reply
  13. Semoga rezeki saya zubaidah untuk dpt jawatan pembantu perpustaakn desa kg rncgan klias.. Terus dipanggil temuduga 15 mac nie. Tanpa ujian.. Alhamdulillah

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!