Portal SPA8i – Pendaftaran, Kemaskini & Semakan!

spa8i semakan temuduga, spa8i login masuk, spa8i panggilan temuduga

Kami percaya, kebanyakan daripada anda sudah pun mendaftarkan diri sebagai pemohon pekerjaan di Portal SPA8i secara online dengan mengisi Borang SPA8i atau ada juga menyebutnya SPA8 sahaja. Semua sudah memaklumi bahawasanya permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online. Tidak perlu surat menyurat dan tidak perlu kabel. ๐Ÿ™‚

Baca – Step by step Tutorial cara menduduki peperiksaan online SPA

Apa itu Portal SPA8i?

Nama penuh portal ini ialah Sistem Pendaftaran Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i). Sistem ini adalah sebahagian daripada Sistem Pengambilan Sepanjang Masa atau lebih dikenali sebagai SMSM. Urusan pengambilan melalui SPA bermula dengan permohonan yang diterima melalui ePengisian dari Kementerian/Jabatan.Terlebih awal, status calon simpanan jawatan yang dipohon akan disemak. Secara ringkas, proses yang terlibat adalah:

1. proses pemerolehan calon dari Bank Data SPA,

2. penyediaan Penyata Lembaga Permulaan (PLP),

3. urusan temu duga,

4. penyediaan Kertas Suruhanjaya, dan

5. kemudian proses tawaran kepada calon yang berjaya.

Jadi pendek kata, sekiranya anda tidak mengisi permohonan SPA8i, maka data anda tiada dalam  Bank Data SPA. Camtu je kisahnya..

Baca juga – faedah, manfaat dan imbuhan bekerja di sektor awam

Bagi yang sudah mengisi permohonan spa8i 2019, hanya doa dan tawakal yang mampu dilakukan moga adalah panggilan  exam online dan seterusnya temuduga untuk mana-mana jawatan yang dipohon hendaknya. Aaminn..

Bagi yang belum pernah membuat permohonan apa tah lagi login masuk SPA8i, sebelum anda mulai mengisi borang SPA8i, suka kami kongsikan video di bawah mengenai tatacara pendaftaran borang SPA8i yang betul.

Berikut video ringkas manual cara-cara daftar masuk SPA8i secara online.

Sudah tonton video pendaftaran spa8i di atas? Jadi, sekiranya anda ingin membuat permohonan atau kemaskini atau semakan SPA8i di portal SPA8i, bolehlah berbuat demikian dengan melayari pautan yang kami sediakan ini.

Soalan lazim mengenai Portal SPA8i

1. Saya telah membuat pendaftaran spa8i untuk mendapatkan MyID dan kata laluan tetapi sehingga kini masih belum menerima e-mel daripada pihak SPA untuk mengaktifkan akaun dan kata laluan?

– Sejak tahun 2014, pendaftaran SPA8i telah ditambahbaik dan ia tidak memerlukan pengaktifan melalui e-mel. E-mel hanya digunakan untuk pengumuman SPA atau sekiranya anda melepasi tapisan serta dipanggil untuk menduduki peperiksaan atau temuduga.

2. Mengapa semakan spa8i perlu dibuat kalau-kalau tidak didaftarkan?

– Sesuatu permohonan itu tidak didaftarkan disebabkan kegagalan calon mengisi borang dengan tepat mengikut panduan yang telah ditetapkan. Ini penting kerana urusan pendaftaran kini dibuat secara berkomputer sepenuhnya. Walau bagaimanapun, permohonan calon yang berstatus KIV akan mengambil masa 3 hari untuk didaftarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.    

Baca seterusnya – 44 sebab utama gagal dalam temuduga

3. Pendaftaran spa8i saya sudah berjaya jadi mengapa saya perlu memperbaharui atau kemaskini pendaftaran?

– Setiap pendaftaran SPA8i perlu diperbaharui dengan menggunakan ID yang telah diberikan walaupun pemohon tidak pernah dipanggil peperiksaan atau temu duga dalam tempoh lima tahun. Ini membolehkan SPA mendapatkan serta menyimpan maklumat terkini pemohon yang benar-benar berminat di dalam bank data SPA.

Info untuk anda : Apa itu ujian psikometrik SPA?

Selain itu, ia juga mengelakkan pemohon terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga disebabkan tempoh sah laku pendaftaran yang telah luput selepas tempoh lima tahun. Bagi pemohon KPSL dan Pegawai Sedang Berkhidmat, pembaharuan pendaftaran SPA8i juga perlu dilakukan sendiri dengan mendapatkan ID terlebih dahulu di Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA8i).

Bagaimana mendapatkan MyID bagi mengisi permohonan pendaftaran SPA8i?

MyID adalah nombor kad pengenalan anda. Anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu menggunakan MyID sebelum mengisi SPA8i.

Kenapa bila daftar SPA8i baharu keluar mesej ‘Harap maaf! MyID telah wujud’?

Pendaftaran MyID hanya dibenarkan sekali sahaja. Jika anda mendapat mesej tersebut, klik pada pautan LUPA KATA LALUAN dan ikuti arahan di skrin dan Panduan Pengguna ms 4-6.

Bagaimana mendapatkan semula kata laluan SPA8i sekiranya terlupa?

Sekiranya terlupa kata laluan, sila klik pautan LUPA KATA LALUAN dan pilih cara reset kata laluan menggunakan dua pilihan iaitu:- 

i. Nama Ibu dan Negeri Kelahiran Calon (Sewaktu Pendaftaran)

ii. Alamat Pada Kad Pengenalan

Secara automatik pilihan (i) akan dipilih. Jika anda ingin mengubah pada pilihan (ii), sila tukar pilihan anda di medan Jenis Soalan Keselamatan.

Bagi pilihan (i), anda diminta memasukkan Kad Pengenalan dan Nama Penuh (seperti di dalam Kad Pengenalan).Masukkan nama pertama ibu dan negeri kelahiran anda. Kemudian masukkan kata laluan baharu (minima 8 aksara), sahkan kata laluan, masukkan Kod Keselamatan (case sensitive) dan klik HANTAR. Anda perlu mengingati nama pertama ibu (first name tanpa last name) dan negeri kelahiran sama seperti yang didaftarkan semasa pendaftaran MyID.

Bagi pilihan (ii), anda diminta masukkan alamat anda sama seperti di dalam Kad Pengenalan.

Pastikan semua medan bertanda * diisi. Selepas semua medan diisi, klik butang HANTAR. Anda boleh log masuk terus ke SPA8i sekiranya reset kata laluan berjaya.

Sekiranya masih gagal untuk reset kata laluan, mohon baca dan fahami Panduan Pengguna ms 4-6.

Sekiranya masih juga bermasalah, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada ePertanyaan SPA :

i. Nombor Kad Pengenalan
ii. Nama Penuh
iii. Nama Pertama Ibu (Ketika Pendaftaran MyID)
iv. Negeri Kelahiran Calon (Ketika Pendaftaran MyID)
v. Alamat Seperti Di Dalam Kad Pengenalan

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Lain-lain soalan mengenai SPA

Untuk lain-lain soalan lazim (FAQ) yang ditanya berkaitan urusan berkaitan SPA8i, anda boleh rujuk senarai soalan lazim (FAQ). Kalau persoalan di minda anda masih juga belum terjawab, tiada masalah, hantarkan saja kemusykilan anda terus ke pihak SPA melalui pautan ePertanyaan / Maklumbalas ke SPA

Sekian dahulu.

Jangan lupa untuk selalu login masuk spa8i, bagi membuat semakan panggilan peperiksaan online, atau membuat semakan panggilan temuduga.

Tahniah, jika anda dipanggil ke temuduga kerja kerajaan! Hargai peluang ini dan buat persediaan yang paling rapi untuk hadir ke temuduga penting tersebut melalui pautan Pakej Rujukan Temuduga Kerja Sektor Awam.

89 thoughts on “Portal SPA8i – Pendaftaran, Kemaskini & Semakan!”

  1. Terima kasih spa,terjawab sudah yang bermain di minda saya…..saya sentesa berdoa supaya mendapat panggilan temuduga..amin

    Reply
  2. xboleh nak semak status permohonan..knp ehh
    ssh la mcm ni,..mcm mana nak tau kita di ambil ke x..
    hadoiii
    nak perbaharui borang pun xblh,,,

    Reply
  3. Assalam tuan/puan,knp sy xblh nk log in id sy sdgkn id yg sy key in da btl ..n da byk kli sy try tp msh invalid password..apa sbnrnya yg trjd ?? Stiap hri sy trima email jawatan ksong dr plbgai jabatan tp sy amt brduka cita skali krn xdpt nk isi form spt yg di tawarkan Olh jabatan2 yg trbbit ..mslh sy skg,sy xblh nk semak status pngglan tmuduga yg Di tawarkan ..sy mtk tlg pihak spa8 lbh peka trhadap mslh ini ..sekian .

    Reply
  4. hari tu saya dah buat PEPERIKSAAN ONLINE LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA ,tp knp ujian psikometrik xkeluar.sedang kn masa sdg berjln dan jadual exam pukul 10.55 lps tu,sya dpt maklumat dr kwn saya yg ujian tu bermula pada pukul 12.30 tgh hari.

    Reply
    • Cik syafiqah…sebelum membuat permohonan pada mana2 jawatan.cik kena cek dlu dia punya required tu.dama ada spm..stpm..sijil…dip.deg atau apa.bru apply.

      Reply
  5. Suruhan jaya penipuan awam…dri umur saya 21-29…saya update..turun naik gi interview….cuma dpt satu kli simpanan…yang lain…saya cuma dtg utk temuduga…..yang gagal fizikal test pun boleh dapat pasal ada KABEL….telus ke….

    Reply
  6. Kenapa bila semak panggilan temuduga asyik keluar perkataan ini "maaf, maklumat anda tiada dalam urusan" sedangkan saya membuat permohonan. Susah la macam ni bila tak boleh semak.

    Reply
  7. apehal nie jem jee nie.. stu hal lg invalid p/s dh knape nie?? nk kne daftar p/s bru kew???? aduh… knape lr makin rumit nie..

    Reply
  8. Asslam….sy dah lbih 10 kli d pgl tmuduga…simpnan pun pnh p dh luput kot..ada skli tu intrview bhgian attndent ksihatn x bjya jga..x tau lah apa sbab yg heran adalh kwnni dah keja pun dia bjya biaslah kabel kuat..sush bkan sy nak slhkan mn2 phak…tolnglah bg pluang dgn org yg mmrlukan kerja…ni dah dpt.kja smbl lewa plk….

    Reply
  9. salam en saya nak tanya kenapa saya punya spa dalam spa tu takda ehh? saya try tekan semak permohonan pastu saya tengok permohonan draf. mksudnyaa???

    Reply
  10. Salam. Maaf bertanya. Kenapa saya tak boleh nak bukak laman web putra6.spa tu ek? Ada waktu2 tertentu je ke boleh bukak? Boleh sesape bantu? Terima kasih.

    Reply
  11. Kenapa tak boleh nak masuk spa tu ye? Dah sign in tp bila dah masuk ntah apa2 je kuar..ada masalah ke laman spa ne? Nak kemaskini pun tak boleh..hmmm

    Reply
  12. salam, tumpang tanya..saya dah apply menggunakan SPA..tapi kenapa slip permohonan tak keluar ye? dia just tulis kt situ permohonan telah di simpan.

    Reply
  13. balik2 da apply ni x dapat2 juha hairan betul laaaa…sekrg mau log in log in balik2 tak dapat lagi niii…apa hal niii…cuba la bagi aku peluang kerja ..kan bagus….lama da apply nii dr 2003 niii….

    Reply
  14. sy buat permohonan dari tahun 2010.. smpai sekarang masih 'tidak melepasi syarat2 blaaa blaaa….' . kawan suami sy.. suami isteri tak de isi pon borg2 or permohonan kejadah semua ni. tp dorg dapat keje kerajaan. dapat secara serentak.. nak tau knpa.. sbb ada isu ORANG DALAM. adil ke mcm tu? pelik betol lah… -.-

    Reply
  15. assalamualaikum…sy pon ad masalah same..da dftar nk semak xbleh nk log in..nk semak tp tiada dlm permohonan plak bila masukkan no ic….mcmner nk semak ni..

    Reply
  16. assalam….mcm mna nk semak spa…sbelum dpt jew,mohon kongsi maklumat sesiapa y tau mna caranya???,tq krana bgi kerjasama keorg smua

    Reply
  17. Asslmmualaikm..ni sya nk tnye..knpe sye pnye semakan pemohonan tu..asyik lepas tarikh jer..tp email/surat temuduga xsmpai2 dekt sy..sedngkn org same tmpt tinggl sy..senang2 jer dpt kerja krajaan..sy pn nk jugk cmtu..spe blh jwb..

    Reply
  18. Bila nama saya nak di panggil..dah 2tahun saya nanti..harap maklum tau..kesihankan laa anak2 muda malay ni..sekarang kerja semua susah nak hidup zaman sekarang..perbagai bende perlukan duit..

    Reply
  19. assalam, tuan/puan maaf bertanya . knapa bila saya dh kemaskini tp tarikh permohonan still tahun 2015 dan jawatan yg dpohon pon tetap x berubah dh hampir berpuluh kali saya kemaskini. pelik tetap jdi benda yg sama jgk pada permohonan jawatan yg dipohon. harap diambil tindakan segera , ramai lg yg memerlukan pekerjaan, trima kasih.

    Reply
  20. Saya dapat panggilan ujian psikometrik 24-28 julai ni.. masalahnya saya x tahu bila jadual saya sebab saya tak dapat buka emel yg saya sudah daftarkan di spa8.. mcmna ya? Mcmna sya nak tahu jadual sya ambil exam.. dekat portal SPA pun takda jadual. Dia hanya beritahu ujian tu 24-28 shj. Takda bagitahu masa dan tarikh yang tepat.

    Reply

Leave a Comment