Soalan Temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41

Masih tercari-cari rujukan contoh soalan Temuduga Secara Online In Situ (TSOI) Pegawai Penguatkuasa KP41 yg bagus untuk digunakan sebelum hadir sesi iv kelolaan SPA pada 01 Jul 2021 – 09 Jul 2021 ini? Ini adalah sesi Temuduga Secara Online In Situ (TSOI) utk ambilan Kementerian Dalam Negeri. Teruskan membaca jika jawapan anda adalah ya. Kerana di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41. Siapa tahu, mungkin perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda!

Soalan temuduga Pegawai Penguatkuasa Gred KP41

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pegawai Penguatkuasa KP41 secara rasmi di sektor awam, pendaftaran boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Pendaftaran adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Sebelum itu, untuk yg dipanggil ke ujian psikometrik Pegawai Penguat Kuasa KP41 ambilan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) yg dijadualkan pada 7 Januari 2022 ini. Bahan-bahan utk persiapan ke ujian psikometrik Gred KP41 boleh anda perolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Penguatkuasa KP41 ini.

Sementara, untuk yg dipanggil ke peperiksaan online Pegawai Penguat Kuasa KP41 ambilan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna pada kali ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir ke PSEE ini. Bahan-bahan utk ulangkaji dan contoh soalan exam KP41 boleh anda baca di contoh soalan peperiksaan Pegawai Penguatkuasa KP41 ini.

Panduan Temuduga Pegawai Penguatkuasa Gred KP41

Sebelum kita ke panduan temuduga Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 yang akan dibincangkan sebentar lagi.

Statistik pengambilan Pegawai Penguatkuasa KP41

Sebelum ini, gred asal jawatan ini adalah N41 tetapi SPA telah membuat perubahan dan ditukar menjadi KP41. Kita teliti dahulu statistik pengambilan yang dikeluarkan oleh pihak SPA berhubung jawatan ini. Sehingga kini, bilangan permohonan yang telah diterima untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 adalah sebanyak 40 135.

Baca : Tutorial menduduki peperiksaan online SPA

Bilangan individu yang dipanggil ke sesi temuduga untuk ambilan kali ini adalah seramai 12 104 orang. Dukacita dimaklumkan, bilangan tempat kosong yang ditawarkan cuma 38 posisi sahaja. Itu kalau nasib baik.

Kalau tidak, mungkin anda hanyay berpeluang menjadi calon simpanan di antara 110 tempat itu.

Seperti yang anda sedia maklum, pada kali ini SPA mengadakan temuduga bagi pengambilan untuk Kementerian Dalam Negeri. Sesi temuduga akan diadakan pada 01 Julai 2021 – 09 Julai 2021.

Sehubungan itu, sukalah pihak kami mencadangkan anda membuat persiapan lebih bagi menghadapi soalan-soalan temuduga yang berkaitan dengan GST dan pelaksanaannya.

Tidak dijamin keluar, tetapi kemungkinannya untuk keluar dalam temuduga kali ini adalah setinggi 61%. Jangan sia-siakan peluang anda dengan mengabaikan topik mustahak ini!

Baca juga : Panduan temuduga Penolong Juruaudit W29

Ini sekadar perkongsian maklumat sahaja. Tidak semestinya apa yang dinyatakan di bawah akan ditanya semasa sesi temuduga Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 itu nanti.

Ia lebih kepada soalan ramalan sahaja. Jadi dengan itu anda simpan dalam ingatan, maka berikut dikongsikan beberapa panduan temuduga Pegawai Penguatkuasa Gred KP41:

Jadual gaji Pegawai Penguatkuasa KP41

Gaji yangditawarkakn untuk jawatan ini agak menarik. Patutlah ia menarik ramai sekali calon untuk memohonnya;

Gaji minimum – RM2,081.00
Gaji maksimum – RM9,547.00
KGT – RM225.00

Contoh soalan temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41

1. Dimana calon Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 yang berjaya akan ditempatkan?

Biasanya, Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 akan ditempatkan di agensi kerajaan yang utama yakni:

a) Jabatan Pengangkutan jalan (JPJ).

b) Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNHEP).

c) Kementerian Dalam Negeri (KDN)

2. Sekiranya saya ditemuduga untuk ambilan SPA Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 bagi JPJ, apakah soalan yang mungkin bakal ditanya berkaitan JPJ?

Paling popular, anda akan ditanya mengenai nama Menteri Pengangkutan, nama ketua pengarah JPJ, isu panas semasa berkaitan jalan raya (misalnya berita terbaharu yang sedang rancak diperkatakan) dan kemungkinan besar topik berkaitan hala tuju semasa negara seperti NKRA. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan JPJ, anda boleh ke Laman Rasmi JPJ.

3. Bagaimana pula sekiranya saya ditemuduga untuk ambilan SPA Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 bagi KPDNHEP apakah soalan yang mungkin bakal ditanya berkaitan KPDNHEP?

Soalannya sahaja lebih kurang seperti di atas. Cuma luaskan bacaan anda. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan KPDNKK, anda boleh ke Laman Rasmi KPDNKK.

4. Sebenarnya, apakah bidang tugas seorang Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 ini?

Biasanya jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41 akan ditempatkan di Kementerian Dalam Negeri. Bergantung kepada jabatan mana anda akan ditempatkan kelak. Berikut adalah deskripsi tugas berdasarkan penempatann yang mungkin.

Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan)

Pegawai Penguatkuasa KP41 adalah bertanggungjawab menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan / Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 adalah bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.

Baca seterusnya : Panduan temuduga Pembantu Makmal C19

Jabatan Pengangkutan Jalan

Seorang Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 adalah bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.

5. Apa lagi soalan lain yang mungkin bakal ditanya kelak?

Antara soalan lazim temuduga (yang wajib disoal) adalah:

  1. Sila kenalkan diri anda secara ringkas?
  2. Kenapa kami perlu pilih awak?
  3. Kenapa anda ingin bekerja dengan kerajaan, sedangkan gaji di sektor swasta lebih tinggi?
  4. Bagaimanakah awak boleh memberi sumbangan sekiranya dipilih untuk jawatan ini?
  5. Sanggup kalau kami hantar awak ke jauh ke pedalaman Sabah?

Peringatan:

a) Untuk jawatan ‘pengurusan dan profesional’ seperti Pegawai Penguatkuasa Gred KP41 ini, kemungkinan adalah tinggi untuk penemuduga menyoal calon menggunakan bahasa Inggeris. Ia memang sering terjadi dan akan terjadi lagi. Jadi siapkanlah diri anda dengan penguasaan perbualan bahasa Inggeris sedari sekarang!

Baca juga : Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan Pegawai Penguatkuasa KP41

Sebelum dipanggil ke sesi temuduga di atas, calon dikehendaki melalui tapisan UKJK atau Ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan terlebih dahulu. Apakah pemeriksaan dan ujian yang dilakukan ke atas calon?

Ujian pemeriksaan fizikal termasuk BMI

Fizikal zalon akan diperiksa untuk memastikan syarat-syarat berikut dipenuhi : Sekurang-kurangnya 48 kg bagi lelaki dan 46kg bagi wanita. Jadi kalau anda agak berisi. Sila jangan makan dahulu sebelum menjalani pemeriksaan. Mempunyai sekurang-kurangnya 81sm ukuran dada yang biasa dan 86sm semasa menarik nafas (lelaki sahaja). Mempunyai ukuran Indeks Jisim Badan (BMI) di antara julat 19 hingga 26

Ujian Vision Acquity

Pemeriksaan pancaindera calon hendaklah menenuhi syarat yang telah ditetapkan, yakni : Lulus ujian penglihatan bagi mata kiri dan kanan dengan ketetapan V6/9 tanpa menggunakan cermin mata. Juga, pengecaman warna (rabun warna) dan pendengaran yang tidak cacat.

Ujian pemeriksaan Tubuh

Calon akan diuji dan ditentusahkan sama ada cukup sihat dan cergas. Latar belakang kesihatan juga akan disemak, sama ada calon pernah menjalai pembedahan sebelum ini atau tidak.

Ujian kawad

Ujian ini paling getir. Calon lulus atau tidak akan ditentukan sebahagian besar adalah melalui ujian ini. Pemeriksaan akan dilakukan ke atas lutut dan tangan. Lengan bengkok sedikit pun sudah menjadi satu kekurangan yang ketara. Aduh..

Ujian kecergasan

Ujian kedua getir. Kenapa? Setelah lepas semua ujian di atas, anda akan diuji tahap kecergasan. Bagi memastikan calon mempunyai fizikal dan mental yang kuat. Antara ujian kecergasan yang dilakukan adalah :

  • Larian 2.4km dalam 14 minit.
  • Bangun tubi dalam masa dua minit sebanyak 30 kali.
  • Lari ulang alik 4x10m dalam 11 saat.
  • Lompat jauh berdiri.

Nota : Calon yang berjaya melepasi ujian pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan akan dipanggil ke sesi temuduga.

Tips tambahan :

a) Calon hendaklah lengkap berpakaian sukan (termasuk kasut).

b) Bawa bersama IC dan surat panggilan pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan.

c) Patuhi semua arahan ketua penguji / pemeriksa.

d) Berada di pusat pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan lima belas (15) minit lebih awal sebelum masa pemeriksaan bermula.

Pada akhirnya..

Tidak kira sesi temuduga bersemuka (face to face) atau Temuduga Secara Online In Situ (TSOI) atau ujian UKJK, penemuduga bukan setakat melihat kelayakan akademik anda, kerana ada ramai calon lain yang lebih cemerlang keputusannya.

Penilaian calon lebih kepada sahsiah, etika, pemakaian, komunikasi dan kesesuaian untuk jawatan berkenaan. Bukan semata-mata akademik!

Jangan terlalu bergantung kepada kelayakan akademik anda. Ia memainkakn peranan yang kecil sahaja.

Oleh kerana itulah, anda amat disarankan agar memperkemaskan diri dengan rujukan tambahan menghadapi sesi temuduga di bawah..

Rujukan contoh soalan temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada lapan sebab utama kenapa anda kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling urgent!

1) Anda jadi insan mulia

Untuk makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.

2) Hati jadi riang gembira

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..

3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil.

Siapakah beliau?

Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.

Anda rasa?

4) Lebih masa main COC

Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga (yg sesuai digunakan oleh calon temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll. Jomm.. streaming sampai pagi besok!

5) Guna pengalaman 13 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis-jenis soalan temuduga yang hampir sama.

Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 13 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga kerajaan.

6) Memudahkan hidup anda

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan temuduga ni murah giler. Cuma RM30 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM30 pada masa ini? Tiada apa sangat. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Dan lagi hawau..

Disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

Panduan soalan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku (tambah-tambah lagi dalam musim COVID ni) dah la banyak tempat PKPD / PKPB. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Anda akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 1 jam (kalau anda beli menggunakan billpliz / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!

Beberapa FAQ Mengenai Pegawai Penguatkuasa KP41

Tugas Pegawai Penguatkuasa KP41

Tugas seorang Pegawai Penguatkuasa KP41 berdasarkan tempat bertugas:

Kementerian Pertanian (Jabatan Perkhidmatan Haiwan): Menyelaras dan membuat pengesanan terhadap Pentadbiran Am dan perlaksanaan aktiviti Penguatkuasaan Undang-undang Jabatan di peringkat Cawangan/Unit Penguatkuasaan Negeri serta membantu Pengarah dalam melaksanakan Pentadbiran Am Bahagian Penguatkuasaan.

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna: Bertanggungjawab ke atas Unit Tugas-tugas Khas yang berkaitan dengan Penguatkuasaan Undang-undang, Unit Perlesenan serta Unit Pendakwaan dan Kompaun.

Jabatan Pengangkutan Jalan: Bertanggungjawab menguatkuasakan Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Akta 333), Akta Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan 1987 (Akta 334) serta Kaedah-kaedah Pengangkutan Jalan, mengurus, memantau, mengkaji segala aktiviti penguatkuasaan operasi, pendakwaan dan siasatan dengan cekap dan berkesan serta memberi khidmat nasihat, memenuhi keperluan dan harapan stakeholders.

Gaji Pegawai Penguatkuasa KP41

Basic gaji Pegawai Penguatkuasa KP41 ialah RM2,081.00.

Demikianlah perkongian kami mengenai tips dan beberapa contoh soalan temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41 untuk kali ini.

Akhir sekali, selamat menduduki temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41 dan semoga berjaya!

2 thoughts on “Soalan Temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41”

Leave a Comment

error: Content is protected !!