Soalan Temuduga Pembantu Kesatria S19

Masih tercari-cari rujukan contoh soalan temuduga Pembantu Kesatria S19 yg bagus untuk digunakan sebelum hadir sesi iv kelolaan SPA kali ini? Teruskan membaca jika jawapan anda adalah ya. Kerana di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Kesatria S19. Siapa tahu, mungkin perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda!

Panduan temuduga Pembantu Kesatria Gred S19

Sebelum itu, bagi anda yg terpilih menduduki peperiksaan online (PSEE) Pembantu Kesatria S19 pada 21 Mei 2021 ini utk ambilan Kementerian Belia dan Sukan. Jemput baca beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Kesatria S19 ini. Moga bermanfaat!

Anda dipanggil ke temuduga Pembantu Kesatria Gred S19?

Salam hormat daripada kami. Anda menemui perkongsian ini sudah barang tentu kerana anda adalah salah seorang calon yang menerima surat panggilan daripada pihak SPA untuk hadir ke sesi temuduga Pembantu Kesatria Gred S19.

Jangan lupa, selalu semak dan kemaskini permohonan SPA9

Awal kalimah pada pertemuan ini, tahniah kami ucapkan terlebih dahulu. Pencarian artikel mengenai panduan ke temuduga Pembantu Kesatria Gred S19. Ini tentunya salah satu daripada daya usaha anda untuk membuat persediaan rapi menghadapi hari temuduga kelak.

Sebelum itu..

Jika anda first time tiba ke blog ini, ketahuilah bahawasanya kami adalah sebuah blog kerjaya yang berkongsikan iklan-klan jawatan kosong terkini setiap hari dari seluruh pelosok negara. Di samping, sekerap mungkin berkongsi tips-tips kerjaya (bila ada saja peluang dan kelapangan) misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda baca ini.

Info tambahan : 6 contoh jawapan PADU semasa temuduga

Jadual gaji Pembantu Kesatria Gred S19

Antara yang menarik untuk dilihat ialah kadar gaji yang ditawarkan oleh skim perkhidmatan Pembantu Kesatria Gred S19. Rujuk di bawah :

  • Kadar Gaji minimum – RM1,355.00
  • Kadar Gaji maksimum – RM4,007.00
  • KGT – RM100.00

Situasi temuduga Pembantu Kesatria S19

Sebelum meneruskan bacaan, ingin kami tegaskan bahawa situasi temuduga setiap calon adalah unik dan tersendiri. Ini bermakna, tidak ada dua orang calon yang datang pada hari temuduga yang sama dan untuk jawatan yang sama, akan melalui situasi dan pertanyaan yang serupa 100%. Pasti ada perbezaan. Kalau tidak banyak, sikit pasti ada. Sebab itulah, jangan hairan jika ada antara calon temuduga yang berada di bilik temuduga lebih daripada 25 minit manakala yang lain pula kurang daripada 8 minit saja!

Anda dipanggil ke exam online SPA? Baca tutorial cara-cara menduduki peperiksaan online SPA ini

Disebabkan itulah, maka adalah perkara yang mustahil untuk kami mampu memberikan soalan yang bakal ditanya kepada anda dengan setepat-tepatnya. Perkara itu hanya Allah SWT saja yang tahu. Baik. Dengan perkara itu anda sudah faham, maka marilah kita teruskan.

Soalan temuduga popular Pembantu Kesatria S19

01. Paling lazim, biasanya kami akan mengesyorkan para calon membaca dan menghafal deksripsi atau bidang tugas sebagai seorang Pembantu Kesatria S19. Ini kerana, soalan ini jarang sekali tidak ditanyakan. Sediakan diri dengan jawapan yang paling elok boleh perolehi (walau dari mana pun sumbernya).

Tips: Seorang Pembantu Kesatria S19 bertanggungjawab membantu pegawai atasan atau organisasi dalam mengatur sukatan pelajaran kawad, menjalankan latihan kawad seperti peraturan yang ditetapkan, mengawal serta menguatkuasakan displin di kalangan para pelatih di institusi latihan tertentu.

Soalan temuduga bonus Pembantu Kesatria

02. Anda percayakah, jika kami kata ada satu soalan bonus dalam setiap sesi temuduga? Apakah soalan bonus tersebut? Iaitu soalan yang meminta anda memperkenalkan diri. Sila sediakan skrip jawapan yang paling bernas anda boleh fikirkan mengenai diri anda dan hafal dengan baik. Hanya bentuk soalannya sahaja yang diolah dengan cara yang berbeza oleh panel yang berlainan. Soalan wajib ini kekadang ditanya dalam bahasa Melayu, kekadang anda diminta memperkenalkan diri dalam bahasa Inggeris. Bergantung kepada nasib badan.

Tips: Jangan menjawab terlalu panjang soalan ini, pastikan lengkap dan padat. Terangkan nama, no ic, alamat dan sedikit latar belakang keluarga. Paling penting tekankan latar belakang pendidikan anda yang berkaita dengan tugas sebagai Pembantu Kesatria S19.

Soalan temuduga mengenai pengalaman kerja Pembantu Kesatria

03. Perispkan diri anda dengan soalan berkaitan pengalaman kerja. Ini biasanya menjadi keutamaan kebanyakan panel temuduga untuk kebanyakan jawatan kerana ia melibatkan kebolehan anda melakukan kerja apabila dilantik ke jawatan Pembantu Kesatria S19 kelak. Bentuk soalannya berubah-ubah dan tidak menentu.

Tips: Untuk soalan jenis pengalaman kerja ini, penekanan penting harus anda berikan kepada tugas-tugas yang anda pernah lakukan. Senaraikan kesemua tugas dari yang paling utama sehingga yang paling kecil. Soalan ini special, anda boleh bercakap seberapa banyak dan sepanjang mana pun yang anda suka.

Soalan temuduga provokasi Pembantu Kesatria

04. Seterusnya, jika anda diajukan dengan pertanyaan – ‘Apakah yang membuatkan awak rasa lebih layak untuk jawatan Pembantu Kesatria S19 ini berbanding calon lain?’ Apa nak cakap ni? Mula-mula, jangan keterlaluan memuji diri dan jangan sekali-kali memburukkan calon lain. Bahaya!

Tips: Jelaskan dengan suara yang yakin dan percakapan yang lancar kenapa panel penemuduga perlu memilih anda untuk jawatan ini dengan mengaitkan pengalaman kerja yang anda miliki. Beritahulah mereka, anda seorang yangn bersemangat tinggi, komited terhadap tugasan dan bersungguh-sungguh mencapai matlamat. Cuba ingat lain-lain nilai positif yang anda miliki dan olah dengan baik semasa menjawab soalan ini.

Soalan temuduga teknikal Pembantu Kesatria S19

05. Sering kali calon juga turut diuji dengan soalan berkaitan Kementerian atau Jabatan dimana mereka akan ditempatkan kelak. Biasanya Pembantu Kesatria S19 akan ditempatkan di Kementerian Belia dan Sukan. Tetapi itu tidak semestinya kerana jawatan ini juga boleh ditempatkan di pelbagai kementerian atau jabatan. Ketahui dimanakah anda akan ditempatkan kelak. Kemudian, baca dan dapatkan maklumat lanjut berkaitan kementerian dan jabatan-jabatan terbabit melalui portal rasmi mereka.

06. Seterusnya, sila persiapkan diri anda untuk menghadapi soalan-soalan temuduga berbentuk teknikal yang melibatkan tugas atau skop kerja Pembantu Kesatria S19 seperti berikut:

a) Rancangan dan Pelaksanaan Latihan Kawad: Latihan Kawad Harian dan Latihan Kawad acara rasmi di dalam dan di luar.

b) Penguatkuasaan Pelaksanaan Peraturan Tetap dan kawalan disiplin Pelajar: Peraturan asrama, Peraturan dewan makan, Peraturan bengkel, Peraturan surau, Peraturan bilik kuliah dan Semua peraturan-peraturan lain yang termaktub dalam Peraturan Tetap Institusi terbabit.

c) Pengurusan Tindakan Tatatertib Pelajar: Penyediaan laporan/aduan, Penyiasatan, Urus setia Lembaga Tatatertib Institusi Terbabit dan Hukuman dan tindakan tatatertib.

d) Pengurusan Aktiviti dan Maklumat Pelajar: Cuti, Keselamatan dan Kebajikan.

Tips tambahan: Jangan hadkan diri anda dengan mencari maklumat setakat bagi soalan (a)-(d) di atas saja. Luaskan bacaan dan rajin-rajinlah bertanya kepada mereka yang punya pengalaman ditemuduga untuk jawatan Pembantu Kesatria S19.

Bahan bacaan tambahan jawatan Pembantu Kesatria S19

07. Sila cari dan baca empat rujukan di bawah (rujukan-rujukan ini penting untuk diambil perhatian):

a) Kawad Kaki – Huraian dan Panduan Cara-Cara Mengajar.

b) Peraturan Tetap Pelajar Institut Kemahiran Belia Negara, Kementerian Belia dan Sukan.

c) Semua peraturan-peraturan di premis IKBN (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara).

d) Peraturan dan buku panduan yang dikeluarkan oleh IKBN.

Baca: Temuduga Swasta : Apa Patut Dilakukan Sebelum Hadir?

Soalan temuduga Pembantu Kesatria dalam Bahasa Inggeris

08. Seperkara lagi yang turut amat penting diberi perhatian ialah usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Calon seharusnya bersedia ditemuduga dalam Bahasa Inggeris untuk jawatan Pembantu Kesatria S19 ini. Anda pun tahu peraturannya, ‘penemuduga tanya dalam BM maka jawab dalam BM yang bagus‘, ‘penemuduga tanya dalam BI maka jawab dalam BI yang fasih‘.

Soalan temuduga pengetahuan am Pembantu Kesatria

09. Kerap kali didapati, panel penemuduga ingin mengetahui sejauh mana pengetahuan am anda (atau kadang-kadang hanya sekadar untuk berbual kosong tetapi dengan tujuan tertentu). Macamana kalau perkara pertama yang keluar daripada mulut panel penemuduga selepas anda dibenarkan duduk ialah – ‘Kelantan Vs JDT semalam, berapa skor ya?’. Apa nak jawab kalau tak tahu menahu. Sila sediakan diri anda dengan pengetahuan am lain termasuklah:

a) Isu-isu politik

b) Perkembangan-perkembangan sukan

c) Isu-isu semasa sosial / kesihatan hangat

Rujukan persiapan temuduga kerja

10. Panduan terakhir, sekiranya anda belum pernah menduduki sesi temuduga untuk apa jua jawatan bagi sektor awam, pasti anda belum tahu apakah situasi yang bakal berlaku dan bagaimana pula cara menanganinya. Kami cadangkan rujukan menduduki temuduga di bawah untuk rujukan pantas anda.

Dapatkan rujukan persiapan temuduga Ia sebuah pakej lengkap menghadiri temuduga kerana mengandungi banyak topik penting untuk calon-calon temuduga seperti:

  1. apakah soalan lazim yang diajukan,
  2. apakah pula jawapan yang sesuai,
  3. apakah cara menangani situasi cemas ketika temuduga,
  4. apakah perlu dibuat sebelum, semasa dan selepas temuduga,
  5. apakah etika pemakaian untuk jawatan bertaraf sijil, diploma dan ijazah,
  6. dan beberapa topik penting lagi.

Rujukan ini adalah umum dan sesuai untuk semua jenis temuduga anjuran SPA (tetapi amat sesuai untuk dimanfaatkan calon-calon temuduga Pembantu Kesatria S19).

Anda amat disarankan untuk mendapatkan panduan utama menghadapi sesi temuduga kerja sektor kerajaan di bawah.

Rujukan contoh soalan temuduga Pembantu Kesatria S19

Atau pun,

Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan temuduga (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Selain itu,

Anda juga boleh baca tujuh (7) soalan temuduga kerja dan jawapan ni. Soalan temuduga yang lazim naik dlm temuduga. Hafal cara menjawab yg kami berikan di sana.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada lapan sebab kenapa anda kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu adalah yg paling mustahak!

1) Anda jadi insan mulia

Untuk makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi temuduga Pembantu Kesatria S19, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.

2) Hati jadi riang gembira

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..

3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil.

Siapakah beliau?

Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.

Anda rasa?

4) Lebih masa main COC

Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga (yg sesuai digunakan oleh calon temuduga Pembantu Kesatria S19) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll. Jom.. streaming sampai pagi!

5) Guna pengalaman 15 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.

Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 15 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga kerajaan.

6) Memudahkan hidup anda

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan temuduga ni murah giler. Cuma RM30 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM30 pada masa ini? Tiada apa sangat. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Malah, ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Dan lagi hawau..

Disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

Panduan soalan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Anda akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 1 jam (kalau anda beli menggunakan billplz / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!

Beberapa FAQ Mengenai Pembantu Kesatria S19

Tugas Pembantu Kesatria S19

Seorang Pembantu Kesatria S19 adalah bertanggungjawab:

Membantu menyelaras kursus kokurikulum badan beruniform, menyelia/mengawal jurulatih kawad dan pelajar, menyelenggarakan peralatan logistik kokurikulum dan membantu tugas-tugas pentadbiran unit.

Gaji Pembantu Kesatria S19

Basic gaji Pembantu Kesatria S19 ialah RM1,352.00.

Demikianlah perkongian kami mengenai tips dan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Kesatria S19 untuk kali ini.

Selamat menduduki temuduga Pembantu Kesatria S19 daripada kami dan semoga berjaya!

2 thoughts on “Soalan Temuduga Pembantu Kesatria S19”

Leave a Comment

error: Content is protected !!