Soalan Temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Tgh cari rujukan contoh soalan temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 yg sesuai dijadikan rujukan pada 15 Mac 2021 – 18 Mac 2021 untuk ambilan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis? Teruskan bacaan, jika ya adalah jawapan anda. Di bawah adalah koleksi beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19.

contoh soalan temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Permohonan jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat N19 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat N19 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Panduan Temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Untuk sepanjang bulan September dan Oktober ini sahaja, pihak SPA menjalankan tiga sesi temuduga untuk jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat N19. Jika anda baru pertama kali sampai ke sini, ketahuilah bahawasanya kami adalah sebuah blog kerjaya yang berkongsikan iklan-klan jawatan kosong terkini setiap hari dari seluruh negara. Di samping selalu berkongsi tips kerjaya misalnya panduan temuduga jawatan yang sedang anda baca ini.

Penempatan Pembantu Setiausaha Pejabat

Sedikit imbasan, anda sebagai calon temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19 pasti sedia maklum bahawasanya jawatan ini akan ditempatkan sama ada di pelbagai kementerian, jabatan kerajaan, pentadbiran kerajaan Negeri Sembilan, pentadbiran kerajaan Melaka, pentadbiran kerajaan Pulau Pinang atau di pentadbiran kerajaan Perlis.

Sekiranya anda dipanggil ke ujian psikometrik, sila baca : 2 perangkap dalam ujian psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Situasi temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat

Sebelum itu, ingin kami tegaskan bahawa situasi temuduga setiap orang atau calon adalah unik. Ini bermakna, tidak ada dua orang calon yang akan disoal dengan pertanyaan yang serupa 100%. Pasti ada perbezaan. Kalau tidak banyak, sikit pasti ada. Sebab itulah, jangan hairan jika ada antara calon yang berada di bilik temuduga lebih daripada 15 minit manakala yang lain pula kurang daripada 5 minit! Jadi adalah suatu perkara yang mustahil untuk kami mampu kongsikan apakah soalan yang bakal ditanya kepada anda dengan tepat. Perkara itu hanya Tuhan yang maha Esa saja yang tahu.

Baik. Dengan perkara itu anda sudah faham, maka kita teruskan.

Baca juga : 44 sebab utama gagal dalam temuduga

Contoh soalan temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Berikut merupakan lapan tips & panduan temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19:

1. Paling lazim, biasanya kami akan mengesyorkan anda membaca dan menghafal deksripsi tugas sebagai seorang Pembantu Setiausaha Pejabat N19. Kenapa? Jarang-jarang sekali calon tidak diajukan dengan soalan popular ini. Jadi sediakan diri anda dengan jawapan yang paling bagus anda boleh perolehi.

Tips: Tugas seorang Pembantu Setiausaha Pejabat N19 mirip kepada tugas seorang Pembantu Tadbir N19 dengan sedikit perbezaan sahaja.

2. Satu lagi soalan bonus daripada panel penemuduga ialah meminta anda memperkenalkan diri. InsyaAllah inilah soalan jarang tidak diajukan. Sediakanlah skrip jawapan yang baik dan hafal.

Tips: Terangkan serba sedikit berkenaan anda dan latar belakang keluarga. Apa yang lebih menarik minat panel ialah latar belakang pendidikan anda.

Tekankan lebih mengenai pengalaman kerja anda (jika ada). 3. Kadang-kadang panel penemuduga akan bertanya rancangan anda untuk melanjutkan pelajaran.

Tips: Jawab ‘iya’ dan nyatakan peluang untuk melanjutkan pelajaran jika bekerja di sektor awam lebih terbuka luas.

4. Adakalanya, panel akan mengajukan soalan jenis provokasi misalnya – “hmm.. nampaknya kelayakan awak terlalu bagus untuk jawatan ini”.

Tips: Soalan jenis ini memerangkap paling ramai calon. Jangan cepat melenting dan jangan cepat membuat andaian.

Juga jangan terlalu cepat mengalah dan menjadi kurang bermotivasi. Boleh jadi panel ingin melihat sejauh mana kematangan anda dalam menghadapi situasi menekan dan ditekan.

Tips untuk soalan temuduga teknikal Pembantu Setiausaha Pejabat

5. Sediakan diri anda untuk menghadapi soalan-soalan berbentuk teknikal yang melibatkan bidang tugas Pembantu Setiausaha Pejabat N19. Secara am,

Berikut adalah bidang tugas atau deskripsi tugas Pembantu Setiausaha Pejabat N19 :

Seorang Pembantu Setiausaha Pejabat adalah bertanggungjawab memastikan urusan harian di pejabat / pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi / pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail.

Di samping itu, Pembantu Setiausaha Pejabat juga wajib memastikan semua keperluan rasmi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi / pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.

Skop kerja Pembantu Setiausaha Pejabat

Selain itu, sila ulangkajji dan baca mengenai skop kerja yang kami cadangkan di bawah :

Baca seterusnya : Step by step tutorial menduduki peperiksaan online SPA

a) Pengurusan kewangan: Perancangan, penyediaan dan kawalan belanjawan, Pengurusan perbelanjaan, Pengurusan perolehan, Pengurusan aset dan stor, Pengurusan hasil kerajaan, Akauntabiliti dan integriti dalam pengurusan kewangan, Arahan Kewangan dan Perakaunan LKW 2006 dan Elaun-elaun dalam perkhidmatan

b) Pentadbiran: Pengurusan fail dan rekod, Keurusetiaan (Urusan mesyuarat/bengkel/seminar/kursus) dan Pengurusan Dokumen Terperingkat.

c) Pengurusan Aset: Pengurusan Aset Alih Kerajaan dan Pengurusan Stor.

d) Arahan Keselamatan: Keselamatan Fizikal, Keselamatan Dokumen dan Keselamatan Peribadi.

Tips untuk soalan temuduga pengetahuan am Pembantu Setiausaha Pejabat

6. Tidak terkecuali, ada masanya panel penemuduga ingin mengetahui sejauh mana pengetahuan am anda. Sila sediakan diri anda dengan pengetahuan am termasuklah:

a) Isu politik semasa dalam dan luar negara

b) Isu semasa pengurusan sumber dan pembangunan negara

c) Perkembangan sukan dalam dan luar negara

Penguasaan bahasa Inggeris dalam temuduga

7. Selain di atas, satu lagi yang turut tidak kurang pentingnya ialah meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris. Siapa tahu, dalam temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19 ini barangkali melibatkan beberapa soalan dalam bahasa Inggeris.

Jangan lupa : Menyemak & mengemaskini permohonan SPA8i anda

Anda pun tahu undang-undangnya, ‘Panel penemuduga tanya dalam Bahasa Melayu, jawab dengan Bahasa Melayu yang amat baik’ ‘Panel penemuduga tanya dalam Bahasa Inggeris jawab dengan Bahasa Inggeris yang fasih’.

Rujukan persiapan temuduga sektor kerajaan

8. Bagi mereka yang pertama kali menduduki sesi temuduga, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya. Anda amat patut memiliki panduan menduduki temuduga kerja kerajaan di bawah untuk kemudahan anda.

Rujukan contoh soalan temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada lapan sebab utama kenapa anda kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling mustahak!

1) Anda jadi insan mulia

Untuk makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19 itu nanti, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.

2) Hati jadi riang gembira

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..

3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil.

Siapakah beliau?

Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.

Anda rasa?

4) Lebih masa main COC

Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga (yg sesuai digunakan oleh calon temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19 ini). Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

5) Guna pengalaman 13 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan dlm rujukan ni akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.

Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 13 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga kerajaan.

6) Memudahkan hidup anda

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan temuduga ni murah giler. Cuma RM30 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM30 pada masa ini? Tiada apa sangat. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Dan lagi hawau..

Disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

Panduan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku (tambah-tambah lagi dalam musim COVID ni) dah la banyak tempat PKPD / PKPB. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Anda akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 2 jam (kalau anda beli menggunakan billpliz / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!

Beberapa FAQ Mengenai Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Tugas Pembantu Setiausaha Pejabat N19?

Seorang Pembantu Setiausaha Pejabat N19 adalah bertanggungjawab:

Memastikan urusan harian di pejabat Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail. Di samping itu, memastikan semua keperluan rasmi Hakim Mahkamah Atasan/ pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.

Gaji Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Basic gaji Pembantu Setiausaha Pejabat N19 ialah RM1,352.00. Belum termasuk elaun-elaun lain.

Selamat menduduki temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19 daripada kami dan semoga berjaya!

Oh.. ya, sekali lagi diingatkan, bagi yang terlibat dengan Ujian Psikometrik bagi jawatan ini, sila baca post lepas kami mengenai ujian psikometrik jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat.

Leave a Comment

error: Content is protected !!