Tutorial Cara-Cara Menduduki Peperiksaan Online SPA

Berikut dikongsikan senarai penjadualan peperiksaan (PSEE) – ujian psikometrik yg sedang dijalankan oleh SPA pada bulan ini serta tutorial cara-cara menduduki peperiksaan online SPA. Tutorial langkah demi langkah menunjukkan cara menduduki peperiksaan online SPA dengan betul. Video turut disediakan di bawah.

Cara Menjawab Peperiksaan Online SPA

Nota: Tutorial cara-cara menduduki peperiksaan online SPA ini kami ambil dan adaptasi daripada terbitan media pihak SPA pada tahun 2015. Jadi, mungkin sudah ada beberapa perkara yang diubah / ditukar oleh SPA dalam peperiksaan online mereka bagi tahun 2023. Ini di luar kawalan dan pengetahuan kami. Harap maklum.

Format Peperiksaan Online SPA

Secara asasnya, peperiksaan online SPA dibahagikan kepada 3 seksyen utama: Seksyen Pengetahuan Am, Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik) dan Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.

Setiap jawatan mempunyai seksyen yang berbeza. Mengikut gred jawatan tersebut.

Gred 11

Contohnya Pembantu Awam H11 mengandungi 1 seksyen sahaja iaitu Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik).

Gred 19 dan kebanyakan Gred 41

Contohnya – Pembantu Tadbir N19 mengandungi 2 seksyen iaitu Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik) dan Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.

Gred 41 khas

Contohnya – PTD M41 mengandungi 3 seksyen iaitu Seksyen Pengetahuan Am, Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik) dan Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.

Untuk mendalami setiap seksyen dalam peperiksaan online SPA, sila lihat penerangan format dan contoh soalan melalui pautan berikut:

1) Contoh soalan SPA Online Seksyen Pengetahuan Am,

2) Contoh soalan SPA Online Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah (Matematik), dan

3) Contoh soalan SPA Online Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris.

Tutorial Cara-Cara Menjawab Peperiksaan Online SPA

Kami menerima banyak permintaan agar menulis sebuah tutorial mengenai peperiksaan online SPA (PSEE). Jadi dalam entri ini, kami akan kongsikan bagaimana cara menduduki / cara menjawab peperiksaan online SPA. Rakyat Malaysia secara umum sudah mengetahui bahawa Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) bertanggungjawab dalam urusan pengiklanan, penapisan dan pelantikan anggota baru ke dalam perkhidmatan awam kini mengambil inisiatif menjalankan peperiksaan secara atas talian.

  • Semakan permohonan  pekerjaan melalui SPA boleh dibuat dari masa ke masa melalui portal online SPA9.

Pengelolaan peperiksaan secara online adalah salah satu langkah menyambut kempen berjimat-cermat yang diperkenalkan oleh kerajaan. Jadi, di sini kami akan menunjukkan cara-cara menduduki peperiksaan online SPA dengan betul.

Satu lagi jenis peperiksaan online yang dijalankan oleh SPA ialah ujian psikometrik. Sekiranya anda dipanggil ke ujian ini, kami cadangkan anda baca penjelasan detil mengenai ujian psikometrik SPA online.

Kami kongsikan video di bawah untuk langkah-langkah menduduki peperiksaan online SPA yang lebih jelas.

Sekiranya anda mahu menjimatkan data internet dan lebih suka membaca. Tiada masalah. Anda boleh ikuti tutorial bertulis yang kami sediakan berikut.

Untuk mengelakkan anda daripada keliru,  sila ingat : cara penulisan tutorial di bawah ialah gambar dahulu, kemudian penerangan.

Gambar (atas), penerangan (bawah).

emel panggilan peperiksaan online SPA

Langkah 01:

Pastikan anda dipanggil menduduki peperiksaan online terlebih dahulu. Biasanya SPA akan menghantarkan panggilan menduduki peperiksaan melalui emel. Di dalam emel tersebut mengandungi butiran seperti:

  1. Nama Peperiksaan bagi jawatan yang anda dipanggil,
  2. No. Angka Giliran,
  3. Pautan ke laman peperiksaan online SPA,
  4. Tarikh Peperiksaan online SPA diadakan,
  5. Seksyen A, B dan C (jika ada)
  6. Serta masa mula dan masa tamat peperiksaan online bagi setiap seksyen.
cara menjawab peperiksaan online spa

Langkah 02:

Apabila tarikh peperiksaan online tiba, buka pautan (link) yang diberikan SPA di dalam emel panggilan. Anda terlebih dahulu dikehendaki Log Masuk ke dalam sistem peperiksaan online dengan memasukkan Id Pengguna. Apa Id Pengguna anda? Sudah tentu No. Kad Pengenalan. Masukkan No. Kad Pengenalan anda tanpa tanda sengkang (-).

cara jawab peperiksaan online spa

Langkah 03:

Seterusnya, masukkan Katalaluan. Apa Katalaluan anda? Katalaluan anda ialah No. Angka Giliran yang anda perolehi daripada emel panggilan yang dihantarkan oleh pihak SPA.

cara jawab peperiksaan online spa psee

Langkah 04:

Selesai memasukkan Id Pengguna dan Katalalauan dalam Langkah 2 dan 3 di atas, klik butang ‘Login’.

cara menjawab peperiksaan online spa psee malaysia

Langkah 05:

Anda akan dibawa ke muka laman seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas. Di sini, anda akan dikehendaki memilih sama ada mengambil peperiksaan online dari Malaysia atau luar Malaysia. Jika anda mengambil peperiksaan online SPA dari dalam negara, sila tanda (tick) ‘Malaysia’.

psee spa

Langkah 06:

Kemudian, pilih dari negeri mana anda menduduki peperiksaan online itu.

psee spa8

Langkah 07:

Setelah selesai mengisi maklumat di Langkah 5 dan 6, klik butang ‘Hantar’.

exam online spa gov my

Langkah 08:

Anda akan dibawa ke muka laman seperti di atas jika anda masuk beberapa minit lebih awal daripada jadual peperiksaan. Jangan buat apa-apa atau klik apa-apa. Tunggu sahaja.

exam online spa8

Langkah 09:

Secara automatik, laman di atas pula akan terpapar. Biasanya, Seksyen A yang akan dipaparkan dahulu. Di sini, anda sudah mula menjawab soalan.

exam online psee

Langkah 10:

Kita kenali dahulu makna warna-warna yang ada di dalam sistem peperiksaan online SPA ini:

  • Warna putih – soalan BELUM dilihat
  • Warna merah – soalan SEDANG dijawab
  • Warna hijau – soalan TELAH dijawab
  • Warna kuning – soalan sudah dilihat TAPI belum dijawab

Warna-warna ini akan memudahkan anda menyemak soalan-soalan ketika peperiksaan online SPA sedang berlangsung.

peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam

Langkah 11:

Apabila masa tamat, secara automatik satu tetingkap kecil akan terpapar. Anda perlu klik butang ‘OK’. Jadi pastikan anda menjawab kesemua soalan sebelum masa peperiksaan tamat. Pastikan kesemua soalan sudah berwarna hijau.

peperiksaan online daya menyelesaikan masalah

Langkah 12:

Selepas butang ‘OK’ diklik, laman di atas akan terpapar. Biarkan sahaja.

peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (psee)

Langkah 13:

Tidak lama kemudian, paparkan seperti d atas pula akan menyusul. Ini akan berterusan selama 15 minit (kebiasaanya). Ini ialah waktu rehat anda. Bolehlah ke bilik air, minum, berehat, mengulangkaji atau sebagainya. Pastikan anda kembali semula ke depan komputer sebelum 15 minit tamat kerana Seksyen B akan dipaparkan sebentar lagi!

Soalan lazim (FAQ) mengenai sistem peperiksaan online 2019

Bolehkah saya dikecualikan daripada menduduki peperiksaan?

Tidak. Hanya calon Peningkatan Secara Lantikan (PSL) yang diberikan pengecualian daripada mengikuti atau menduduki Peperiksaan Online SPA (PSEE). Lantikan Terus dan Pegawai Sedang Berkhidmat (PSB) wajib menduduki peperiksaan.

Bagaimana caranya untuk saya menduduki sesuatu Exam Online SPA9?

Anda hendaklah mendaftar melalui Pendaftaran Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam (SPA9) di pautan http://www.spa.gov.my. Sekiranya terdapat pengambilan bagi jawatan yang dipohon, dan anda memenuhi syarat dan asas tapisan, anda akan dipanggil menduduki peperiksaan yang berkaitan, secara online (dalam talian).

Bilakah sesuatu exam online (spa gov my) diadakan?

Peperiksaan hanya akan diadakan jika terdapat permohonan pengisian jawatan yang mensyaratkan peperiksaan daripada mana-mana kementerian / jabatan kerajaan kepada SPA.

Bolehkah saya menukar tarikh peperiksaan yang telah dijadualkan?

Tidak boleh. Peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam diadakan serentak di seluruh negara. Calon hanya dibenarkan mengambil peperiksaan mengikut tarikh dan masa yang telah ditetapkan sahaja.

Bagaimanakah saya dipanggil untuk menduduki peperiksaan online SPA?

Anda akan dimaklumkan melalui SMS, emel dan paparan di Portal SPA sahaja.

Adakah saya perlu hadir ke pusat peperiksaan untuk menduduki exam online?

Tidak. Tiada pusat peperiksaan disediakan bagi urusan peperiksaan online. Anda boleh mendudukinya di mana saja lokasi, asalkan ada kemudahan talian internet.

Di manakah saya boleh mendapatkan panduan exam online spa?

Calon yang dipanggil menduduki peperiksaan online boleh mendapatkan panduan mengenai peperiksaan melalui empat cara iaitu:

1. Pautan melalui emel panggilan menduduki peperiksaan online (PSEE).
2. Pautan melalui Portal SPA.
3. Video ‘Panduan Peperiksaan Online SPA’ yang kami kongsikan di atas.
4. Ruangan “Update semasa peperiksaan online SPA” dalam artikel ini.

Update semasa peperiksaan online SPA

Berikut senarai peperiksaan online yang sedang dan akan dijalankan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (senarai ini akan dikemaskini dari semasa ke semasa);

Tarikh Ujian Psikometrik untuk bulan januari 2023

  • Pembantu Veterinar Gred G19
    (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [Tarikh PSEE : 20 Januari 2023]
  • Pemandu Kenderaan Gred H11
    (Kementerian Kesihatan Malaysia Serta Di Pelbagai Kementerian/Jabatan)(Sarawak)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [Tarikh PSEE : 20 Januari 2023]
  • Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19
    (Kementerian Kesihatan Malaysia Serta Di Pelbagai Kementerian/Jabatan)(Sarawak)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [Tarikh PSEE : 19 Januari 2023]
  • Pembantu Penyediaan Makanan Gred N19
    (Kementerian Kesihatan Malaysia Serta Di Pelbagai Kementerian/Jabatan)(Sabah)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [Tarikh PSEE : 19 Januari 2023]
  • Penolong Pegawai Pertahanan Awam Gred KP29
    (Angkatan Pertahanan Awam)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [Tarikh PSEE : 18 Januari 2023]
  • Pegawai Undang-Undang Gred L41
    (Jabatan Peguam Negara)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [Tarikh PSEE : 17 Januari 2023]
  • Penolong Penguasa Penjara Gred KA29
    (Jabatan Penjara Malaysia)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [Tarikh PSEE : 13 Januari 2023]
  • Pembantu Arkib Gred S19
    (Arkib Negara Malaysia)(Semenanjung)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [Tarikh PSEE : 12 Januari 2023]
  • Pembantu Pemuliharaan Gred S19
    (Arkib Negara Malaysia)(Semenanjung)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [Tarikh PSEE : 11 Januari 2023]
  • Pembantu Awam Gred H11
    (Kementerian Kesihatan Malaysia)(Sabah)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [Tarikh PSEE : 10 Januari 2023]

Beberapa peringatan penting peperiksaan online:

  • #1. Anda boleh mengambil / menjawab peperiksaan online SPA ini dimana saja termasuk di rumah, pejabat, taman, kafe siber atau lain-lain. TAPI pastikan kawasan di mana anda berada mempunyai talian Internet yang baik dan laju atau ‘line clear’ semasa menduduki peperiksaan ini.
  • #2. Jangan sekali-kali Log Keluar atau menekan butang ‘Keluar Sistem’ di sebelah atas kanan laman peperiksaan ini jika peperiksaan online SPA masih berlangsung.
  • #3. Jangan refresh browser anda sesuka hati.
  • #4. Pada selang waktu rehat (lebih kurang 15 minit itu) sebelum seksyen seterusnya dipaparkan, anda boleh berehat atau buat apa saja. TAPI pastikan komputer tidak dimatikan / ‘shut down’ atau tidak berada dalam keadaan ‘sleep’ atau ‘hibernate’. Pastikan juga talian internet tidak terputus / terganggu.
  • #5. Pastikan lokasi dimana anda mengambil peperiksaan online ini terhindar daripada sebarang gangguan seperti kebisingan, anak-anak, tempat laluan, cuaca hujan, cuaca panas, terlalu berangin dan lan-lain.

Baca ini – sekiranya anda dipanggil ke ujian psikometrik.

Selamat menduduki dan semoga dapat menjawab peperiksaan online SPA dengan jayanya.

P/s: Kami harap perkongsian ini bermanfaat, mohon kongsikan dengan rakan melalui Facebook, Twitter atau lain-lain saluran agar lebih ramai mendapat kebaikannya.

29 thoughts on “Tutorial Cara-Cara Menduduki Peperiksaan Online SPA”

  1. Salam sejahtera,

    Bolehkah menduduki peperiksaan ini melalui telefon bimbit kerana computer rosak?

    Terima kasih

    Reply
  2. Maaf tuan ada ke tips atau contoh soalan bagi menghadapi ujian PSEE SPA9 Pembantu Penilaian W19 29 Julai Ini harap diberikan pencerahan.

    Reply
  3. Maaf tuan..betul ka kalau tk jawab exam kira kita tolak tawaran nanti tk boleh kerja kerajaan? mmg wajib ka jawab wlaupun dah tak berminat dgn tawaran?

    Reply
  4. Tuan admin, bagi anggota yang sedang berkhidmat sebagai kakitangan kerajaan gred29 adakah diperlukan untuk mengambil peperiksaan PSEE bagitujuan kenaikkan pangkat?

    Reply
    • Salam tn Azam,

      Setakat yg saya tahu tidak. Contoh kenaikan daripada Gred 29 ke Gred 32.

      Tetapi jika memohon untuk jawatan baru dan gred baru, memang kena lepas PSEE. Contoh jawatan sebelum ini Penolong Pegawai Penilaian Gred W29, tetapi mohon jawatan baru melalui SPA sebagai Pegawai Penilaian Gred W41.

      Reply
  5. Tuan admin. Saya baru sahaja tidak sempat menjawab exam online Spa disebabkan masalah website saya d chrome apabila saya memasuki link exam online SPA. Adakah saya diberi peluang untuk ujian online SPA seterusnya?

    Reply
    • Jgn risau, akan diberi peluang lain nanti. Cuma kena sentiasa peka dengan emel yg didaftarkan di dalam sistem SPA9 utk memastikan tidak terlepas sebarang panggilan ujian.

      Reply
  6. salam admin nak tanya jika waktu exam diberikan 9-5, sy perlu berada tepat pkl 9 atau boleh mengambil exam bila2 masa asalkan dalam tempoh waktu yang diberikan?

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!