6 Contoh Soalan dan Jawapan Padu Dalam Temuduga Kerja

Kebanyakan calon yang pertama kali dipanggil ke sesi temuduga (tidak kira temuduga SPA, SPP, JPA atau swasta) akan berasa gementar dan resah. Boleh tak lena tido malam, apa lagi kalau tarikh iv yg dijadualkan sudah hampir nak dekat. Siapa tidak kan?

6 Contoh Soalan dan Jawapan Padu Dalam Temuduga Kerja

Namun, tidak dinafikan, mungkin ada calon yang rasa ‘biasa’ dan ‘tiada apa’ yang perlu dirisaukan. Tapi jumlahnya tidak ramai tapi ada. Kebanyakan calon, mcm yg atas la. Ok.. kali ini topik yg dikongsikan berkisar kepada beberapa contoh soalan dan jawapan padu dalam temuduga kerja

Baca: Senarai tugas Penolong Pegawai Farmasi U29

Dan mereka ini rata-rata terdiri daripada mereka yang sudah memperkemaskan diri dengan persediaan yang lengkap. Bagi yang lain – tidak ada idea apakah soalan yang bakal ditanya dan bagaimana cara menjawab yang tepat menjadi perkara yang merunsingkan mereka.

Kali ini kami akan membincangkan apakah contoh soalan temuduga kerajaan dan jawapan yang bukan sahaja sesuai tetapi padu. Ini kupasan ringkas mengenai contoh soalan lazim temuduga.

Baca juga: Panduan temuduga Penyelia Asrama N19

Anda kena tahu, soalan tidak sama untuk setiap calon yang dipanggil. Panel mengajukan soalan tambahan berdasarkan resume yang dihantar dan ‘rotation’ soalan yang disediakan. Ikut nasib la..

Antara soalan lazim temuduga, merangkumi skop berikut;

  • Pengenalan diri
  • Kelayakan dan pengalaman
  • Info jawatan
  • Penyelesaian masalah
  • Kenegaraan
  • Isu Semasa

Baca: Panduan temuduga Pembanttu Perangkaan E19

Skop Pengenalan diri

Soalan temuduga berkenaan pengenalan diri berfungsi mengesan kelemahan dalam diri calon. Dan juga untuk melihat sejauh mana kesediaan calon dalam aspek peribadi. Anda boleh menjawabnya menggunakan kaedah kronologi, kreatif atau retorik. Perhatikan contoh di bawah;

Soalan 1 : Sila terangkah mengenai diri anda.

Jawapan Padu: Nama saya Abu bin Ali. No kad pengenalan, 909090-90-9090. Sejak dari sekolah lagi, saya telah berusaha membentuk kerjaya untuk menjadi Penolong Pegawai Kesihatan yang akan berkhidmat kepada negara. Untuk mencapai matlamat ini, saya telah mengambil pengajian dalam bidang diploma kesihatan awam. InsyaAllah selepas ini, jika berpeluang saya akan menyambung pengajian ke peringkat ijazah sarjana muda kesihatan awam di UMS. Saya berusaha bersungguh-sungguh sehingga mendapat keputusan terbaik dalam bidang pengajian saya. Saya mempunyai pengalaman 1 tahun bekerja dalam bidang kesihatan awam di sektor swasta dan terlibat dalam projek-projek berkaitan kesihatan awam. Saya yakin dan percaya, dengan gabungan kelayakan akademik dan pengalaman yang saya miliki, saya mampu memikul tanggungjawab yang diberi.

Baca: Panduan temuduga Penolong Juruukur J29

Skop Kelayakan dan pengalaman

Soalan temuduga berkenaan kelayakan dan pengalaman berperanan melihat sejauh mana kesungguhan, kreativiti dan daya usaha calon. Anda akan diteliti dari segi kesesuaian dan kaitan pengalaman dengan tugas yang dipohon dan bagaimana pengalaman tersebut membantu calon menjalankan tugasan kelak.

Soalan 2 : Oleh kerana kamu baru saja habis pengajian, adakah kamu mempunyai pengalaman kerja?

Jawapan Padu 2: Walaupun saya baru sahaja menamatkan pengajian, saya tidak duduk diam tanpa berusaha. Buat masa ini, saya menghabiskan masa membantu keluarga di kedai makan. Selain dapat mencari wang tambahan, saya boleh membantu keluarga menguruskan kedai makan. Semasa bekerja, saya belajar bagaimana menguruskan pembelian barang-barang dapur, menguruskan akaun perniagaan, berkomunikasi dengan pelanggan. Saya juga menimba ilmu bagaimana berhubung dengan pelanggan agar mereka lebih kerap datang dan melipatgandakan keuntungan kedai kami.

Baca juga: Panduan temuduga Juruteknik Komputer FT19

Skop Info jawatan

Soalan temuduga berkenaan info jawatan. Di sini anda akan dilihat adakah anda mengambil tahu jabatan atau kementerian yang bakal anda ditugaskan kelak. Ini menjadi kunci kepada panel untuk melihat minat sebenar anda. Jadi ambil tahu sebanyak mungkin mengenai bidang tugas yang anda mohon. Soalan boleh berkisar mengenai misi, visi, bidang tugas, indeks KPI dan lain-lain.

Tips – Sekiranya panel penemuduga bertanya dalam bahasa Melayu, jawab dengan bahasa Melayu yang amat bagus. Panel soal dalam bahasa Inggeris, jawab dengan dalam bahasa Inggeris yang amat baik. Ingat!

Soalan 3 : What do you learn from your practical training?

Jawapan Padu 3 : I gained a lot of new knowledge anda also practice the knowledge that I have dduring my study before this. I feel very happy because i can observe how the system and also the work are implemented. Therefore it is a best time for me to know about my field more deeply.

Skop Penyelesaian masalah

Soalan temuduga berkaitan penyelesaian masalah turut sering diajukan. Mana tahu anda ‘terkena’ soalan jenis ini, anda boleh ambil tips bagaimana menjawab temuduga kerja di bawah.

Soalan 4 : Apakah yang anda dapat sumbangkan untuk mewujudkan situasi bekerja yang positif dalam jabatan sekiranya anda diterima?

Jawapan Padu 4: Bagi menjadikan sesuatu jabatan / unit / pasukan itu bekerja dengan gembira, setiap anggotanya perlulah mempunyai bebanan kerja seimbang. Ini akan mewujudkan rasa keadilan di samping rasa diri masing-masing adalah penting kepada jabatan / unit / pasukan. Oleh itu, saya berpendapat, pembahagian tugas kepada semua anggota adalah penting berdasarkan kelemahan dan kekuatan setiap andggita. Hal ini dapat memberikan produktiviti yang tinggi dan menjadikan situasi kerja lebih baik dari sebelumnya.

Baca: Panduan temuduga Pegawai Penguatkuasa KP41

Skop Kenegaraan

Soalan temuduga jenis kenegaraan ini memang azab sikit. Lebih-lebih lagi bagi calon yang kurang memberi perhatian kepada soal-soal nasional. Cuba ambil tahu apa kempen kerajaan yang sedang dijalankan sekiranya anda dipanggil ke temuduga.

Soalan 5 : Boleh terangkan secara ringkas dan padat apa itu Malaysia Madani?

Jawapan Padu 5: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memperkenalkan ‘Malaysia Madani’ pada19 Januari 2023 sebagai langkah mengangkat semula martabat negara dan dihormati semula sebagai negara makmur berteraskan enam teras utama. Enam tonggak dasar itu ialah:

KeMampanan, KesejAhteraan, Daya cipta, HormAt, KeyakiNan dan Ihsan.

Madani menyentuh pencorakan masa depan, penuhi potensi rakyat dan negara. Madani menjadi dasar setiap teras bagi memperkukuh lapan keperluan yakni Ekonomi, Kewangan, Perundangan, Pendidikan, Kemasyarakatan, Budaya, Bandar dan Luar Bandar.

Skop Isu Semasa

Soalan temuduga jenis ini memang lazim sekali diajukan. Pasti anda sering mendengar cadangan agar membaca akhbar bercetak / akhbar online daripada rakan atau saudara mara apabila anda beritahu mereka yang anda dipanggil ke temuduga. Soalannya boleh jadi apa saja yang sedang menjadi trending semasa di dalam dan luar negara. Persiapkan diri. Di bawah hanya contoh sahaja.

Soalan 6 : Apa pendapat anda mengenai kenaikan harga barang?

Jawapan Padu 6 : Jika kenaikan tersebut adalah disebabkan oleh kenaikan harga barangan mentah dan minyak seperti di pasaran minyak global, saya boleh menerimanya. Tapi sekiranya kenaikan tersebut adalah disebabkan oleh pihak yang memonopoli pasaran seperti yang terjadi di musim perayaan dan musim kenaikan gaji, ia adalah suatu yang tidak sepatutnya berlaku sama sekali. Pihak kerajaan perlu memantau kenaikan harga barang yang tidak sepatutnya berlaku ini.

Penutup

Jadi itulah dia 6 contoh soalan dalam temuduga dan contoh jawapan-jawapan padu yang boleh kami cadangkan kepada anda. Soalan temuduga kerajaan dan jawapan ini boleh jadi pelbagai ragam dan aneka. Tapi kebiasaannya, skop soalan itu tidak lari jauh daripada apa yang kami bincangkan di atas.

Baca: Panduan Temuduga Pembantu Perpustakaan S19

Bagaimanapun untuk memantapkan lagi persediaan anda, kami kuat mencadangkan anda memiliki dan membaca rujukan lengkap temuduga berikut:

Rujukan cara jawab soalan temuduga spa

Atau pun,

Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan temuduga (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada lapan sebab utama kenapa anda kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling mustahak!

1) Anda jadi insan mulia

Untuk makluman anda, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi temuduga yg akan dihadiri kelak, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.

2) Hati jadi riang gembira

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..

3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil.

Siapakah beliau?

Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.

Anda rasa?

4) Lebih masa main COC

Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga SPA ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

5) Guna pengalaman 16 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.

Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 16 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga SPA.

6) Memudahkan hidup anda

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan temuduga SPA ni murah giler. Cuma RM30 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM30 pada masa ini? Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Dan lagi hawau..

Disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

Rujukan soalan temuduga Kerja Kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Anda akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 2 jam (kalau anda beli menggunakan billpliz / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!

Selain itu, mungkin anda nak tahu apakah 44 Faktor Kegagalan Dalam Temuduga Kerja. Ini kalau tidak dielakkan, mmg naya.

Beberapa FAQ Mengenai Temuduga SPA

Bilakah keputusan temuduga diumumkan?

Dalam tempoh 30 hari dari tarikh terakhir urusan temu duga dilaksanakan.

Bagaimana saya boleh menyemak keputusan temuduga?

Keputusan temuduga akan dimaklumkan kepada calon melalui emel pemakluman ke alamat emel calon serta semakan melalui Keputusan Temu Duga dalam Portal Rasmi SPA dan Facebook Rasmi SPA.

Bolehkah saya menukar tarikh atau pusat temuduga?

Boleh, tetapi tertakluk kepada faktor-faktor berikut :

1. Kecemasan;
2. Keagamaan;
3. Kesihatan; dan
4. Lokaliti (Sabah/Sarawak/Semenanjung).

Demikianlah perkongian kami mengenai contoh soalan dan jawapan padu dalam temuduga kerja. Kami harap anda boleh manfaatkan dalam menjawab soalan temuduga SPA nanti.

3 thoughts on “6 Contoh Soalan dan Jawapan Padu Dalam Temuduga Kerja”

    • Soalan tu agak tricky sebenarnya. Soalan tersebut mahu melihat sejauh mana pandangan anda terhadap diri dan hidup ini. Yg penting, jawapan hendaklah positif dan berunsurkan semangat yg membara..

      Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!