Cara Memohon Jawatan Jururawat

Cara Memohon Jururawat U19 U29

Terdapat  banyak cara dan saluran untuk menjadi seorang jururawat.  Kita akan bincangkan beberapa di sini. Ada satu lagi cara iatu menggunakan kabel. Tetapi cara yang ini kita tidak akan bincangkan. Ia tidak profesional dan tidak beretika!

a) Permohonan Melalui Portal SPA – Suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Cara paling famous menjadi seorang jururawat ialah dengan mengikuti latihan separa perubatan (Jururawat U29) melalui SPA. Cara ini disukai ramai kerana, setelah menamatkan pengajian selama 3 tahun di institut KKM, peluang dilantik sebagai jururawat dan menjadi kakitangan awam adalah agak terjamin.

Bacaan tambahan : Sekiranya anda dipanggil ke exam online jururawat oleh SPA, jemput baca rujukan exam online (PSEE) latihan jururawat.

Malah sepanjang pengajian, anda akan menerima elaun bulanan di samping elaun-elaun tahunan yang lain. Memang heaven la.

Syarat layak mengikuti Latihan jururawat di KKM

1. Warganegara Malaysia 2. Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 17 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan. 3. Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM)/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) Bahasa Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. 4. Keutamaan:

  • Kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sains/Sains Tulen dan Matematik;
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan;

Calon yang mempunyai kelulusan seperti yang dikehendaki di atas adalah layak untuk memohon jawatan Jururawat dengan mengisi Borang SPA8i melalui laman web Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) di pautan SPA8i. Malangnya, bukan semua berpeluang, ia bergantung kepada tuah badan la juga. Even kelayakan mencukupi, tapi tak lepas-lepas temuduga pula. Namun, kepada yang tetap berkemahuan tinggi menjadi seorang jururawat, di bawah ada beberapa lagi cara alternatif yang boleh dipertimbangkan.

Baca juga: Panduan temuduga jururawat pelatih U29

b) Permohonan Melalui Program USM – Diploma Kejururawatan

Antara alternatif terbaik yang boleh kami syorkan kepada anda ialah program Diploma Kejururawatan daripada Universiti Sains Malaysia (USM). Ia merupakan program profesional yang diiktiraf oleh Lembaga Jururawat Malaysia. Ditawarkan di bawah kelolaan Pusat Pengajian Sains Kesihatan, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan.

Alamat & nombor dihubungi:

UNIT PENGAMBILAN PELAJAR Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan Pendaftar, Bangunan Canselori Universiti Sains Malaysia, 11800 Pulau Pinang, Malaysia. Tel :1 300 888 876 / +604-6533196 fax +6046533328 emel admissions@usm.my Untuk memasuki program ini, permohonan boleh dilakukan secara online melalui pautan saluran pohon @ USM atau saluran UPU Online.

Baca juga yang ini: Soalan lazim dalam temuduga kejururawatan

Namun, pastikan terlebih dahulu anda memenuhi kelayakan yang diperlukan. Sekurang-kurangnya mendapat gred C6 / 6C dalam lima subjek di peringkat SPM termasuk (Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sains atau Biologi serta satu lagi subjek lain).

Jika berjaya, anda akan ditemuduga sebelum layak mengikuti program ini.

c) Permohonan Melalui Program KUIM – Diploma & Ijazah Kejururawatan

Kolej Universiti Islam Melaka melalui Fakulti Kejururawatan dan Sains Kesihatan, turut menawarkan peluang kepada anda yang meminati bidang ini untuk melanjutkan pelajaran. Mereka menawarkan program Diploma Kejururawatan dan ijazah sarjana muda Sains Kejururawatan (Kepujian).

Syarat dan kelayakan bagi program diploma :

1. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat sekurang-kurangnya 5 kepujian (kredit) termasuk matapelajaran Bahasa Melayu, Matematik dan *Sains / Biologi (*salah satu) serta 2 matapelajaran lain ATAU; Kredit Kimia atau Fizik dan lulus Biologi dan; 2. LULUS mata pelajaran Bahasa Inggeris dan; 3. LULUS temuduga oleh KUIM

Syarat dan kelayakan bagi program ijazah :

1. LULUS Malaysia University English Test (MUET) dengan minimum Band 3; Dan 2. LULUS Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mempunyai 5 KEPUJIAN termasuk Bahasa Melayu, Matematik, salah satu daripada subjek;                        i. Sains  ii. Biologi   iii. Kimia/ Fizik dan LULUS Biologi Dan; 2 subjek yang lain serta LULUS Bahasa Inggeris; 3. Dan mesti mempunyai salah satu daripada berikut:

  • Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM) dengan minimum CGPA 2.5 atau;
  • Lepasan Matrikulasi/ Asasi dalam bidang Sains dengan minimum gred PNGK (CGPA) 2.50; 
  • Lulus Asasi Sains dengan minimum CGPA 2.5 ATAU
  • Lulus A level dengan minimum Gred C bagi 3 matapelajaran ATAU 
  • Lulus Diploma (Level 4 Malaysia Qualification Framework,MQF) dalam bidang Sains dengan minimum gred PNGK (CGPA) 2.50 (pindah kredit tidak dibenarkan); DAN;

4. Lulus Temuduga oleh KUIM 5. Kelayakan-kelayakan lain yang diiktiraf setara denganya oleh Kerajaan Malaysia

Alamat dan nombor untuk dihubungi :

Fakulti Kejururawatan Dan Sains Kesihatan Kolej Universiti Islam Melaka, Batu 28, Kuala Sungai Baru,78200 Melaka, Malaysia Tel : +606-3876272 Fax : +606-3876291 Email : fksk.info@kuim.edu.my Sekiranya anda berminat, boleh buat permohonan secara online di KUIM.

d) Permohonan melalui program UNIKL

UNIKL juga tidak ketinggalann menjalankan program pengajian kejururawatan melalui Diploma in Nursing. Program ini telah mendapat akreditasi (rujukan : MQA/FA 8735).

Alamat dan nombor untuk dihubungi :

MARKETING, STUDENT RECRUITMENT & ADMISSION DIVISION (MeSRA) Universiti Kuala Lumpur Level 3, 1016, Jalan Sultan Ismail, 50250 Kuala Lumpur Tel: +603 – 2175 4422 / 4031 / 5408 Mobile: +6011 – 596 56805 Fax: +603 – 2175 4446 Email: marketing@unikl.edu.my Permohonan boleh dibuat melalui Portal UNIKL.

Berdasarkan kelayakan dan situasi semasa anda, dan sekiranya anda lebih meminati kerjaya sebagai Jururawat Masyarakat (JM) U19. Kami anda tulis mengenai panduan menjadi jururawat masayrakat U19. Diharap ia memberi manfaat kepada anda.

e) Permohonan diploma kejururawatan melalui INTEK – Education Consultant

Intek – konsultan pendidikan yang menjalankan aktiviti pengambilan  pelajar ke IPTA dan IPTS. Anda boleh mencuba nasib menggunakan perkhidmatan mereka. Lagipun, anda boleh memohon PTPTN untuk menampung pengajian.

Kelayakan diperlukan :

  • Lulus SPM (BI & Sejarah)
  • Minimum (5 Kredit)
  • Kredit Dalam B.Melayu, Matematik, Sains atau Biologi, Kimia (Lulus Biologi), Fizik (Lulus Biologi)
  • Dan Kredit Dua (2) Subjek Lain

Tel: +60147185400 / 0105635258 Emel: info@intek.my Maklumat lanjut, anda boleh terus ke laman INTEK.my

f) Permohonan melalui Program kejururawatan KPJ University College

KPJUC adalah anak syarikat kepada KPJ healthcare berhad group – sebuah institusi penjagaan swasta yang terkemuka di Malaysia. Mereka turut menawarkan program kejururawatan. Selepas menamatkan diploma selama 3 tahun di KPJUC, anda akan layak menduduki peperiksaan lembaga kejururawatan kebangsaan (LJM) dan akan dianugerahkan status jururawat berdaftar negeri (SRN). Untuk maklumat lanjut program ini, sila layari diploma kejururawatan KPJUC.

Permohonan Berkhidmat Di Agensi Kerajaan

Bagi pelatih kejururawatan sama ada melalui IPTS atau IPTA yang berhasrat untuk berkhidmat dalam agensi kerajaan, perlu memohon melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dengan mengisi borang permohonan SPA8i yang boleh didapati dari laman web SPA.

Baca – Gaji pokok dan elaun jururawat.

Bagi permohonan yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan akan dipanggil untuk menjalani sesi temuduga separa perubatan yang dilaksanakan oleh SPA dimana keputusan akan dapat diketahui dalam masa satu bulan selepas temuduga melalui laman web SPA atau emel.

Lanjutan daripada itu, surat tawaran akan dikeluarkan oleh SPA dan surat penempatan pengajian akan dihantar oleh Bahagian Sumber Manusia, Kementerian Kesihatan Malaysia.

59 thoughts on “Cara Memohon Jawatan Jururawat”

  1. erm…sy skrg ni bertugas sbgai Jururawat gred u29, shj nak kongsi pendapat kat sini.. sebab xlayak dan xmelepasi syarat2 nak memasuki latihan jururawat tu , jika nak terpilih masuk temuduga masuk ke KKM 10 jawatan paramedik, calon seharusnya sekurang2 mendapat gred KREDIT dalam SPM untuk matapelajaran BAHASA MELAYU,BAHASA ENGLISH,MATEMATIK, SAINS,wajib dan kalau boleh klu dpt kredit matapelajaran lain lagi bagus ๐Ÿ™‚

    Reply
  2. boleh saya tahu tak link or anythg mana saya boleh aaply for this job..cari tapi tak jumpa la any1 please help me thank u

    Reply
  3. saya berminat untuk menjadi jururawat..saya cuma lepasan spm shj…boleh bagi saya panduan untuk jadi jururawat..mintak kerjasama..sila email saya untuk membantu=fariz_kill12[at]yahoo.com

    Reply
  4. sy ada soalan…psl kelulusan spm..dh kwn dpt kkm dgn kelulusan math gagal,bi lulus..sdgkn syarat msk kkm bm bi math sains krdt…even dh juga kwn yg dpt msk kkm dgn cgpa below 2.5???

    Reply
  5. Sy nak tnya kalau pelajar lepasan spm nak mem0hon msuk latihan separa perubatan gred u29 ,dgn subjek math n bi d pringkat lulus shj, adakah dpggl tmuduga ?

    Reply
  6. sy dah keje nurse dkt bdn berkanun di hukm 2thn..tp sy nak tukar kerja kat sabah ikut suami..dah isi kkm tp masih blm dpt jawapan..mcm mana ya nk cpt lulus..

    Reply
  7. Syarat Lantikan Ke Jururawat Gred U29
    – Memiliki Diploma Kejururawatan daripada Kolej Latihan Kementerian Kesihatan Malaysia, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia; dan

    – Telah berdaftar dengan Lembaga Jururawat Malaysia.

    – Lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

    Reply
  8. Sy Rafizah Binti Harun dh pnh dpt intview dec last year,tp x dpt blh sy thu
    kelayakan apa yg KKM nk.i dh 4 thn join hsptal swasta.

    Reply
  9. asyik tunjuk "TIDAK MELEPASI SYARAT" je.. tak fhm tol ngan sistem SPA nie.. syarat apa lg yg diperlukan. member aku CGPA x cecah 3.00 pon dah dpt panggilan n msk kj.. aku dpt 3.41 masih x dpt memenuhi syarat mrk??? Frusted////

    Reply
  10. aku nk login spa xboleh la plak tension nyer..bynk kali try xdpt jgak..ish ape xkene entah…aku tngok xde pn soala dan aduan kita ni di balas oleh pihak berkenaan….

    Reply
  11. SYA JURURAWAT U29 DI HUKM BLEH KE SYA NK BT PERTUKARAN DARI HUKM KE HUSM. ADKH PERTUKARAN PERLUKAN SYARAT SEPERTI SUKA SAMA SUKA???

    Reply
  12. Lau umur dh lbih blh apply lg x??? Sya pun minat jd nurse smpai tbwa2 kam mmpi, tunang pun smpai mmpi sya jd nurse.. dh apply msa hbis spm tp xde rzeki

    Reply
  13. mgkn sbb xrenew lesen?y dh de dip nursing nk apply gov,kena aktive lesen nurse y mn klo dh keje company akn renew utk kita y d pggil APC.lesen kena renew stp setahun skli lps 2thn gred.malangnya sy pn xrenew lgutk thn lps.slalu trlmbat renew then mcm biasa rm25 denda xsilap lbh krg tu je then tmbh lg rm25 utk renew setahun lesen lps pd tarikh kita mohon tu.dlm ms setahun dh renew tu mntk lah kje mn2 sbb klo dh kje bwh cmpny,xpyh dh nk ssh2 g spa kt ptrjya utk renew.sy suka g sndri ke sana sbb sy byk soal sikit.cerewet..asyk nk tahu knpa sy msh x dpggil.sekian..hrp info ini brkesan.pmbyrn adlh melalui wang pos xkira d kaunter atau pos.sbr ye smua…sbb sy pn dh xsbr nk lerja gov.

    Reply
  14. Nak tnya intrv untk spra prubtn 1thn 2015 dy buka bila…sya umr 18….sya brmnt sngt2 nk jdi nurse…sya spm dpt 6A…sya dri keluarga susah….ni emel sya….ainmaz97[at]gmail.com….

    Reply
  15. Salam, saya Dr.Zamir pengasas Careninja, sebuah startup baru yang sedang 'recruit' caregiver seperti Nurse dan Physiotherapist. Kami adalah Home Health Care Online Platform yang akan membantu client mencari caregiver terdekat dengan mereka. Caj servis kepada client adalah sekitar RM60-80 per hour. Kami hanya akan caj commission yang rendah sekitar 15% dan selebihnya adalah milik anda. Anda hanya perlu mengisi borang online di join.homecareninja.com atau email kami di hello@homecareninja.com atau call +60133332910 .
    Just stay at home and be your own boss.

    Reply
  16. saya dah 29 dah menunggu spa tp xpernah dpt.kawan2 yg cgpa bawah 3.00 semua dah dipanggil dan kerja.sy apply sejak umur 24 smpai skang.tp skang xtaw la lepas lagi ke x..dengan umur nye lagi.huhuhuhu

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!