Soalan Temuduga Penolong Pegawai Perubatan U29

Masih tercari-cari rujukan contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Perubatan U29 yg bagus untuk digunakan sebelum hadir sesi iv kelolaan SPA kali ini? Teruskan membaca jika jawapan anda adalah ya. Kerana di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Perubatan U29. Juga beberapa contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Perubatan U29. Siapa tahu, mungkin perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda!

soalan temududga & PSEE online Penolong Pegawai Perubatan U29 / MA

Permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Perubatan U29

Sekiranya ingin memohon jawatan sebagai Penolong Pegawai Perubatan U29 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan Penolong Pegawai Perubatan U29 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Sebelum itu, agar anda tidak terkeliru, entri ini dipecahkan kepada tiga topik utama, iaitu :

a) Sejarah kerjaya Penolong Pegawai Perubatan

b) Temuduga Penolong Pegawai Perubatan U29

c) PSEE Penolong Pegawai Perubatan U29

a) Sejarah kerjaya Penolong Pegawai Perubatan di Malaysia

Penolong Pegawai Perubatan adalah antara profesion terawal wujud di Malaysia, semenjak 1786 lagi. Kerjaya ini kini menjangkau lebih daripada 230 tahun.

Pada awalnya, jawatan ini dikenali sebagai Apothecaries yang diperkenalkan oleh British Malaya di Pulau Pinang (1823).

Di bawah pemerintahan British Malaya, Apothecaries dikenali juga sebagai Sub-Assistant Surgeon atau Dressar.

Dalam abad ke 19, profesion ini telah melalui beberapa siri transformasi. Peranan jawatan ini berkembang bersesuaian dengan jawatan profesion ini.

Pada tahun 1961 secara rasminya “National Union Of Hospital Assistant” (NUHA) telah didaftarkan di Malaysia.

Evolusi nama jawatan ini;

  1. Dikenali sebagai Pembantu Rumah Sakit (1963),
  2. Pembantu Hospital (1970),
  3. Pembantu Perubatan / Medical Assistant / MA (1985),
  4. Penolong Pegawai Perubatan / Assistant Medical Officer / AMO (mulai 20 Mac 2007).

Penubuhan pusat latihan

Sekolah Latihan Pembantu Hospital telah dibuka secara rasmi di Seremban Negeri Sembilan pada 1971.

Seterusnya, 4 buah sekolah latihan yang lain iaitu di Ulu Kinta, Alor Setar, Kuching dan Kota Kinabalu.

b) Temuduga Penolong Pegawai Perubatan U29

Temuduga adalah fasa terakhir sebelum seseorang layak mengikuti latihan separa perubatan bertaraf diploma Penolong Pegawai Perubatan.

Sebelum dipanggil temuduga, anda perlu melalui PSEE atau peperiksaan online separa perubatan (Penolong Pegawai Perubatan).

Baca dengan teliti setiap info yang kami berikan di dalam entri ini.

Ia mengandungi maklumat penting yang anda perlukan semasa menghadapi PSEE dan juga sesi temuduga nanti.

Kalau perlu, sila bookmark page ini untuk kemudahan rujukan anda pada masa hadapan.

Tugas Penolong Pegawai Perubatan U29

Bidang tugas seorang Penolong Pegawai Perubatan U29 termasuklah memberi penekanan dalam penyediaan perkhidmatan kuratif, promotif, preventif dan rehabilitative pada tahap yang Perubatan bersesuaian dalam program perkhidmatan perubatan dan kesihatan di bawah pengawasan Pegawai Perubatan.

Deskripsi Tugas Penolong Pegawai Perubatan U29:

Berdasarkan kepada skop kerja asas, seorang Penolong Pegawai Perubatan adalah peranan memberikan perkhidmatan primer dan khusus dalam aspek kesihatan berikut:

i. Perkhidmatan Primer

Memberi rawatan primer dan kecemasan di klinik kesihatan, jabatan pesakit luar, wad dan jabatan kecemasan di hospital-hospital.

• Membuat pemeriksaan saringan ke atas pesakit yang memerlukan rawatan

• Memeriksa, mendiagnos dan merawat penyakit ringan

• Memberi kaunseling/pendidikan kesihatan kepada pesakit atau masyarakat setempat

• Memberi rawatan awal kes-kes kecemasan

Baca : Rujukan exam online separa perubatan

ii. Perkhidmatan Khusus

Memberi perkhidmatan di pelbagai jabatan kepakaran dan program-program seperti berikut:

• Penjagaan khusus di unit-unit khas dan wad-wad seperti Unit Ortopedik, Psikiatri, Kardiologi, Pembedahan Am, Bius dan Unit Rawatan Rapi , Urologi, Neurologi dan lain-lain jabatan/unit di hospital

• Menjalankan tugas-tugas pentadbiran dan mengendalikan latihan di jabatan atau program tertentu.

Kelayakan mengikuti latihan Penolong Pegawai Perubatan U29

Berikut syarat bagi melayakkan seseorang mengikuti latihan Penolong Pegawai Perubatan U29: Pemohon hendaklah mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan dan lulus Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat SPM atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

Kelayakan SPM Mengikut Sistem Terbuka Untuk Lantikan Ke Perkhidmatan Awam

Calon-calon yang menduduki dan memiliki Sijil SPM mengikut sistem terbuka boleh dilantik ke skim-skim perkhidmatan yang mensyaratkan kelayakan demikian sebagai syarat lantikan. Bagi menentukan tahap kelulusan tersebut setaraf dengan kelulusan Sijil Penuh SPM, iaitu sijil yang dikeluarkan sebelum pelaksanaan peperiksaan mengikut sistem terbuka,

Syarat-syarat berikut perlu dipenuhi.

  • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua daripada mata pelajaran adalah di peringkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus dalam satu peperiksaan; atau
  • Lulus enam mata pelajaran termasuk Bahasa Malaysia, dengan dua mata pelajaran adalah diperingkat Kepujian dan selebihnya peringkat Lulus yang dikumpulkan dalam dua peperiksaan dalam tempoh tiga tahun berturut-turut; dan
  • Memenuhi syarat Bahasa Malaysia, sama ada Kepujian atau Lulus dan subjek-subjek tertentu seperti mana disyaratkan dalam skim perkhidmatan.

Keutamaan diberi kepada :

  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang mempunyai kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Malaysia (termasuk lulus Ujian Lisan), Sains / Sains Tulen, Bahasa Inggeris dan Matematik.
  • Mempunyai kesihatan fizikal dan mental yang baik serta tidak mengalami kecacatan yang boleh menyebabkan calon tidak sesuai menjalankan tugas selepas tamat latihan.

Umur calon untuk mengikuti latihan separa perubatan

Umur Calon untuk mengikuti latihan separa perubatan Penolong Pegawai Perubatan U29 bertaraf Diploma : Calon lantikan terus hendaklah berumur tidak kurang dari 18 tahun tetapi tidak melebihi 25 tahun pada tarikh tutup permohonan;

Baca seterusnya : 44 sebab gagal teruk dalam temuduga SPA

Pegawai sedang berkhidmat untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) hendaklah berumur kurang dari 51 tahun pada tarikh permohonan. Pegawai sedang berkhidmat (bukan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan) dalam Perkhidmatan Awam / Badan Berkanun dan Kuasa Tempatan yang telah disahkan dalam perkhidmatan hendaklah berumur tidak melebihi 38 tahun pada tarikh tutup permohonan.

Jadual gaji Penolong Pegawai Perubatan Gred U29

Mungkin ada yang ingin mengetahui, berapakah gaji seorang Penolong Pegawai Perubatan Gred U29 setelah dilantik? Berikut adalah Gaji jadual gaji minimum maksimum gred U29 :

Gaji minimum – RM1,797.00

Gaji maksimum – RM5,753.00

KGT – RM145.00

Itu kadar gaji basic sahaja. Belum termasuk imbuhan dan elaun lain.

*Nota – Ini adalah kadar gaji diterima setelah anda tamat latihan diploma separa perubatan nanti.

Elaun latihan separa perubatan (Penolong Pegawai Perubatan)

Kadar biasiswa yang akan anda terima sepanjang mengikuti latihan adalah sebanyak RM835.57 sebulan. Di samping elaun-elaun tahunan lain dan elaun pakaian seragam.

Institut Latihan Penolong Pegawai Perubatan

Anda akan menjalani latihan selama 3 tahun, di institut-institut di bawah KKM berikut :

  • Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
  • Institut Latihan KKM Johor Bahru
  • Institut Latihan KKM Kuching
  • Institut Latihan KKM Kota Kinabalu
  • Institut Latihan KKM Seremban (Pembantu Perubatan)

Alamat & nombor untuk dihubungi

Sekiranya ada pertanyaan, kemusykilan atau sebarang maklumat berkenaan permohonan boleh menghubungi alamat dan nombor di bawah:

Untuk calon semenanjung :

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Bahagian Pengambilan Khas, Aras 7, Blok C7, Kompleks C, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62502 PUTRAJAYA. Tel : 03-8885 6254/ 6264/ 6296

Untuk calon Sabah :

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Urusetia Cawangan Sabah, Aras 1, Blok A, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan Sabah, Jalan UMS/ Sulaiman, Likas, 88450 Kota Kinabalu, SABAH. Tel : 088-488922

Untuk calon Sarawak :

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia Urusetia Cawangan Sarawak, Tingkat 10, Bangunan Sultan Iskandar Jalan Simpang Tiga, 93520 Kuching, SARAWAK. Tel : 082-240011

Soalan temuduga Penolong Pegawai Perubatan

Contoh soalan yang kami berikan di bawah adalah hasil perkongsian pengalaman daripada calon yang pernah menduduki temuduga jawatan ini, di samping sumber-sumber lain. Walaupun begitu, sila jangan terlalu bergantung kepada contoh soalan yang kami berikan di bawah. Nasib setiap orang tidak sama. Soalan temuduga setiap orang adalah berbeza. Ikut suka hati penemuduga yang bertugas nak soal apa. Saranan kami, perbanyakkan bacaan dan dapatkan rujukan untuk persediaan yang lebih menyeluruh.

Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Perubatan U29

  1. Kenapa pilih Medical Assistant? Kenapa tak letak Pegawai Persekitaran atau Makmal Perubatan.
  2. Awak rasa awak boleh pikul tanggungjawab sebagai MA?
  3. Boleh ceritakan latar belakang awak.
  4. Boleh terangkan siapa sebenarnya MA, tugas-tugas MA dan bidang kuasa MA?
  5. Katakan kalau saya letak awak di pedalaman Sabah, sanggup?
  6. Terangkan sedikit mengenai penyakit cacar.
  7. Boleh bagitau saya, apakah bidang tugas seorang Penolong Pegawai Perubatan?
  8. Pada pendapat kamu, apa yang boleh dikatakan tentang badan sihat?
  9. Orang kata, bila bersenam selalu, badan sihat, betul ke begitu?
  10. Orang ingat sama, tapi apa beza doktor dengan AMO sebenarnya?
  11. Kalau awak dimaki pesakit, apa tindakan awak?
  12. Bayangkan pesakit mengamuk tak tentu pasal, jelaskan cara awak menangani situasi tersebut.

Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Perubatan di atas hanyalah sebagai rujukan sahaja. Tiada jaminan akan diajukan pada hari kejadian. Tapi elok juga kalau dapat cari jawapan dan hafal siap-siap. Nasib kita tak tahu kan..

Topik rujukan dan ulangkaji temuduga Penolong Pegawai Perubatan

  • Portal Rasmi KKM
  • Cara mencuci tangan
  • Isu jerebu
  • Pakaian seragam Medical Assistant
  • Organ manusia
  • Pelbagai jenis penyakit berjangkit
  • Pola pemakanan
  • Sakit jantung
  • Obesiti
  • Influenza A
  • Talesemia
  • Kencing Manis
  • Batuk Kering
  • HIV/Aids
  • Kanser
  • Demam denggi
  • Hypertensi

Anda dipanggil ke temuduga latihan Penolong Pegawai Perubatan U29?

Bagi mereka yang pertama kali menduduki sesi temuduga, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya. Anda patut memiliki dan membaca panduan menduduki temuduga separa perubatan di bawah untuk kemudahan

Ia dikemaskini dan sesuai digunakan pada 2021. Ia mengandungi puluhan contoh soalan temuduga separa perubatan termasuk jawatan ini. Dapatkan hari ini juga.

contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Perubatan U29

Atau pun,

Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan temuduga (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Selain itu,

Anda juga boleh baca tujuh (7) soalan temuduga kerja dan jawapan ni. Soalan temuduga yang lazim naik dlm temuduga. Hafal cara menjawab yg kami berikan di sana.

Panduan ini amat sesuai untuk dimanfaatkan calon-calon temuduga Penolong Pegawai Perubatan U29 dan boleh digunakanpakai untuk semua jenis jawatan separa perubatan ambilan kerajaan yang dipohon.

Ia sebuah pakej lengkap kerana mengandungi banyak topik mustahak kepada seorang calon temuduga Penolong Pegawai Perubatan.

Seperti apakah contoh soalan temuduga separa perubatan yang lazim ditanya, apakah pula skema jawapan yang sesuai, cara menangani situasi cemas ketika temuduga berlangsung, etika pemakaian yang betul dan beberapa topik penting serta tips temuduga. Sekarang kita masuk ke bahagian terakhir entri ini iaitu peperiksaan online.

Selain itu,

Juga jangan lupa semak sekali lagi lokasi temuduga SPA. Jangan sampai, sesat pulak pada hari kejadian. Memang tak pasal-pasal la kan. Nanti free-free je gagal temuduga latihan separa perubatan. Bahkan boleh di-blacklist oleh SPA. Peluang anda boleh musnah sama sekali.

c) Peperiksaan ONLINE (PSEE) Penolong Pegawai Perubatan U29?

Bagi anda yang lain, yang dipanggil ke peperiksaan ONLINE separa perubatan, pasti belum tahu apakah soalan yang bakal dikemukakan. Bagi yang ingin menyemak semula, sila buat semakan panggilan ke exam online (PSEE) separa perubatan 2021. Confirm dipanggil? Ok.. Jadi berikut kami sediakan beberapa contoh soalan yang mungkin disoal dalam exam online itu nanti.

Info tambahan, baca juga : Tutorial cara-cara menduduki exam online SPA

Kami mohon, jangan hadkan pembacaan anda, dapatkan sebarapa banyak input-input berkaitan dan rujukan yang anda boleh perolehi.

Contoh soalan Exam Online (PSEE) Assistant Medical Officer (AMO)

1) Penolong Pegawai Perubatan bertanggungjawab memberi perkhidmatan kesihatan kepada masyarakat dari aspek

A. kualitatif, premature dan preschool
B. kumulatif, pengesanan dan pemberitahuan.
C. kuratif, preventif pencegahan dan pemulihan.
D. kuantitatif, dorongan dan motivasi.

2) AMO memberi rawatan perkhidmatan bantuan kecemasan di pusat-pusat kesihatan termasuk

i. Dispensari Statik dan Bergerak
ii. Jabatan Pesakit Luar Kesihatan Am
iii. Jabatan Kemalangan dan Kecemasan
iv. Jabatan farmaseutikal

A. i, ii, iii
B. i, ii, iv
C. i, iii, iv
D. i dan iv

3) Anda digalakan melibatkan diri dalam kempen-kempen kesihatan peringkat nasional / negeri seperti

i. Sambutan Hari Kesihatan Sedunia
ii. Hari Kesihatan Mental Sedunia
iii. Hari Wanita Sedunia
iv. Hari Tibi Sedunia

A. i, ii, iii
B. i, ii, iv
C. i, iii, iv
D. i dan iv

4) Dietary conseling kepada pesakit termasuklah

i. dengue
ii. diabetis
iii. hipertensi
iv. renal failure

A. i, ii, iii
B. ii, iii, iv
C. iii, iv
D. i dan iv

5) Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang manakah adalah SALAH

A. 51 – 100 Sederhana
B. 101 – 200 Tidak Sederhana
C. 201 – 300 Sangat Tidak Sihat
D. 301 – 500 Berbahaya

6) Manakah kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu yang TIDAK BENAR

A. Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
B. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
C. Pening kepala dan muntah-muntah.
D. Mata terasa pedih dan berair.

7) Bilakah anda perlu mencuci tangan?

i. Sebelum dan selepas mengendalikan makanan
ii. Sebelum dan selepas tidur
iii. Selepas menggunakan tandas
iv. Selepas mengendalikan sisa makanan

A. i, ii, iii
B. ii, iii, iv
C. i, iii, iv
D. i, ii, iv

*Nota – harus anda ingat, soalan di Seksyen A (Pengetahuan Am) dalam exam online selain aspek teknikal (seperti contoh yang kami beri di atas). Juga turut merangkumi aspek kenegaraan. Jadi ambil tahu juga isu semasa, pentadbiran, menteri-menteri, undang-undang, ekonomi dan lain-lain.

Rujukan peperiksaan online separa perubatan

Anda amat disarankan mendapatkan rujukan di bawah. Pelbagai contoh soalan peperiksaan online Penolong Pegawai Perubatan ada di dalamnya. InsyaAllah, ia akan membantu mempermudahkan persiapan anda dalam menghadapi exam pada tahun 2021 ini.

contoh soalan peperiksaan online (PSEE) Penolong Pegawai Perubatan U29 / MA

Beberapa FAQ Mengenai Penolong Pegawai Perubatan U29

Kumpulan perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan U29

Pelaksana (U29) / Pengurusan dan Profesional (U41) (Skim Perkhidmatan Bersepadu).

Gaji Penolong Pegawai Perubatan U29

Basic gaji Penolong Pegawai Perubatan U29 ialah RM1,797.00.

Demikianlah perkongian kami mengenai tips dan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Perubatan U29 untuk kali ini.

Selamat menduduki temuduga latihan separa perubatan Penolong Pegawai Perubatan atau menjalani peperiksaan online (PSEE) Penolong Pegawai Perubatan daripada kami dan semoga berjaya!

Leave a Comment

error: Content is protected !!