Contoh Soalan Temuduga Jurutera Gred J41

adakah anda dapat panggilan temuduga Jurutera Gred J41 (Awam) utk ambilan Kementerian Kesihatan Malaysia pada 10 Mei 2022 – 24 Mei 2022 ini? Atau adakah anda dapat panggilan temuduga Jurutera Gred J41 (Mekanikal) utk ambilan Jabatan Pengairan Dan Saliran Malaysia pada 10 Mei 2022 – 24 Mei 2022 ini? Atau mungkin anda dapat panggilan temuduga Jurutera Gred J41 (Mekanikal) utk ambilan Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia pada 10 Mei 2022 – 25 Mei 2022 ini? Alhamdulillah. Kerana bukan mudah nak sampai ke stage temuduga sekarang ni. Kena buat betul-betul tu. Bak kata orang – da sebelah kaki masuk kerja kerajaan. Di bawah kami kongsikan beberapa contoh Soalan temuduga Jurutera Gred J41 dan pada bahagian kedua pula kami akan kongsikan contoh-contoh soalan peperiksaan Jurutera Gred J41 untuk rujukan anda.

Memetik kenyataan oleh Ketua Setiausaha Negara (mantan), Tan Sri Dr. Ali Hamsa – Seorang Jurutera J41 hendaklah memiliki ciri-ciri kempimpinan, kreatif dan inovatif.

Sebelum itu, bagi yang dipanggil ke ujian psikometrik Jurutera Gred J41 (Awam) dan ujian psikometrik Jurutera Gred J41 (Mekanikal) utk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia pada 8 Mac 2022 ini. Sila dapatkan bahan ulangkaji dan latih tubi utk ujian ni di contoh soalan ujian psikometrik Jurutera Gred J41.

contoh Soalan Temuduga & peperiksaan Jurutera Gred J41

Nota – Post ini dibahagikan kepada dua bahagian utama, iaitu :

A) Contoh Soalan Temuduga Jurutera Gred J41

B) Contoh Soalan Peperiksaan Online Jurutera J41

a) Temuduga Jurutera Gred J41

Kejuruteraan Awam atau Civil Engineering merupakan salah satu daripada bidang kejuruteraan. Di mana, ia melibatkan teknik dan kaedah merekabentuk, mengukur, membina dan menyelenggara bangunan atau struktur. Struktur yang bagaimana? Ini termasukan lapangan terbang, pelabuhan, jambatan, empangan, sistem bekalan air dan sisa buangan, sistem pengangkutan dan struktur-struktur yang lain.

Penjadualan Temuduga Jurutera J41 Tahun 2022

Deskripsi Tugas Jurutera Gred J41

Di Malaysia, seorang Jurutera Gred J41 biasanya melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan. Jadi, calon jurutera awam J41 seharusnya dilengkapi dengan ilmu dan kepakaran yang sesuai bagi menguruskan sesuatu projek dengan lebih efektif di dalam suatu persekitaran yang selamat.

Baca juga : Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Antidadah

Bidang Jurutera Gred J41

Bidang ini terbahagi kepada lima bidang utama, iaitu;

  1. Kejuruteraan Geoteknik
  2. Kejuruteraan Jalan Raya dan Lalulintas
  3. Kejuruteraan Struktur dan Bahan
  4. Kejuruteraan Alam Sekitar
  5. Kejuruteraan Hidraulik dan Hidrologi

Penempatan Jurutera Gred J41

Ramai yang terkeliru dan beranggapan bahawa panggilan temuduga untuk jawatan Jurutera Gred J41 hanya ditempatkan di KKR (Kementerian Kerja Raya). Tidak semestinya, SPA juga mengeluarkan panggilan untuk ambilan di kementerian lain misalnya pada tahun 2014, ambilan dibuat untuk (KKM) Kementerian Kesihatan Malaysia. Sebab itu di dalam portal SPA dinyatakan – ‘Kem/Jab: Pelbagai Kementerian/Jabatan’.

Kumpulan perjawatan & jadual gaji Jurutera Gred J41

Jawatan Jurutera Gred J41 dikategorikan sebagai Pengurusan dan Profesional. Berikut adalah kadar gaji minimum, maksimum dan KGT.

Gaji Minimum RM2,529.00

Gaji Maksimum RM9,643.00

Kadar Kenaikan Gaji Tahunan RM225.00

Syarat lantikan Jurutera Gred J41

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut: 

(a) warganegara Malaysia;
(b) berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; dan
(c) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

Syarat kelayakan Bahasa Melayu

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/ Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan                

Peningkatan secara lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Jurutera J29 adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk Peningkatan Secara Lantikan ke jawatan Jurutera Gred J41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan:     1) mempunyai kelayakan di perenggan 1 (c); dan     2) lulus Peperiksaan Badan Ikhtisas Bahagian I dan II anjuran Lembaga Arkitek Malaysia/Persatuan Arkitek Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; dan     3) had umur pelantikan:

  • berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 55 atau 56 tahun; atau
  • berumur kurang dari 56 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 58 tahun; atau
  • berumur kurang dari 58 tahun pada tarikh lantikan bagi pegawai yang umur persaraan paksa 60 tahun.

Info tambahan : 6 Contoh Soalan dan Jawapan Padu Dalam Temuduga Kerja

Dokumen yang perlu di bawa semasa temuduga Jurutera Gred J41

Kami tahu, anda sebagai calon sudah menerima emel mahupun SMS daripada SPA berkenaan panggilan temuduga Jurutera Gred J41. Tapi, suka kami ingatkan sekali lagi, antara dokumen penting yang perlu di bawa semasa temuduga adalah seperti di bawah. Salinan (yang disahkan) dan asal;

  • Kad pengenalan & sijil kelahiran
  • Sijil kewarganegaraan (jika berkaitan)
  • Sijil SPM atau SPMV & STPM atau setaraf
  • Sijil membuktikan kelulusan Bahasa Melayu (jika tak pakai SPM/SPMV/STPM)
  • Ijazah dan diploma dan transkrip-transkripnya
  • Surat panggilan temuduga Jurutera Gred J41
  • Lain-lain dokumen (yang difikirkan perlu-untuk sokongan)

Contoh soalan temuduga Jurutera Gred J41

Sebenarnya amat sukar untuk kami senaraikan apakah soalan temuduga yang bakal diajukan kepada calon-calon Jurutera Gred J41. Selain soalan-soalan lazim temuduga, soalan lain amat berkait rapat dengan situasi peribadi calon.

Penemuduga akan bertanyakan soalan spesifik berdasarkan kelayakan akademik, pengalaman kerja dan lain-lain faktor personal anda. Misalnya, jika anda calon yang sedang menyambung study di peringkat master dan mempunyai pengalaman kerja, kemungkinan besar antara contoh soalan temuduga yang akan diajukan adalah seperti berikut;

Penemuduga : Sila kenalkan diri awak.

Penemuduga : Awak pernah bekerja di Syarikat XYZ. Kenapa berhenti?

Penemuduga : Mengapa awak sambung belajar?

Penemuduga : Adakah gaji di Syarikat lama awak tidak mencukupi?

Penemuduga : Kenapa mahu kerja kerajaan?

Penemuduga : Apa pasal tak sambung ke peringkat PHD? Supervisor awak tak suruh sambungkah? Kan ada tajaan daripada KPM, boleh jadi pensyarah.

Penemuduga : Master awak tentang apa?

Penemuduga : Apa yang awak boleh sumbangkan jika dilantik ke jawatan ini?

Penemuduga : Apa tugas jurutera awam?

Penemuduga : Apa beza tugas jurutera elektrik dengan mekanikal.

Penemuduga : Sanggup dihantar ke Sabah atau Sarawak?

Soalan temuduga seterusnya akan berkaitan dengan teknikal pengurusan sesuatu projek dan lain-lain. Jangan lupa ajukan beberapa soalan kembali kepada panel penemuduga. Apa-apa soalan releven dan yang difikirkan sesuai.

Apa yang panel penemuduga kehendaki sebenarnya?

Penemuduga bukan setakat melihat kelayakan akademik anda, kerana ada ramai calon lain yang lebih cemerlang dan lebih baik keputusannya. Dalam mana-mana temuduga kerajaan – tidak kira sesi temuduga soal jawab atau pemeriksaan fizikal, pancaindera dan kecergasan. Penilaian oleh panel terarah lebih kepada sahsiah, kesantunan, etika, pemakaian, komunikasi dan paling penting kesesuaian untuk jawatan berkenaan.

Hal-hal ini pula perlu diketahui dengan jelas satu persatu. Ia tidak mampu dilakonkan secara spontan. Kerana ia memerlukan latihan dan harus selalu diamalkan. Jadi temuduga bukan semata-mata berkaitan akademik!

Sila jangan terlalu bergantung kepada kelayakan akademik anda. Ia memainkan peranan yang agak skecil sahaja.

Sebab itulah, anda amat disarankan memperkemaskan diri dengan rujukan tambahan menghadapi sesi temuduga seperti di bawah.

Rujukan contoh soalan temuduga Jurutera Gred J41

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada lapan sebab kenapa anda kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada dijelaskankan di bawah. Yang nombor 3 tu paling mustahak!

1) Anda jadi insan mulia

Untuk makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi temuduga Jurutera Gred J41, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini. Malah anda dikira berjaya sebenarnya!

2) Hati jadi riang ceria

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang ceria di hari raya. Haha..

3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga kerja kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil.

Siapakah beliau?

Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.

Anda rasa?

4) Lebih masa main COC

Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga (yg sesuai digunakan oleh calon temuduga Jurutera Gred J41) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll. Marii.. streaming sampai pagi!

5) Guna pengalaman 14 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.

Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 14 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga kerajaan.

6) Memudahkan hidup anda

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan temuduga ni murah giler. Cuma RM30 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM30 pada masa ini? Tiada apa sangat pun. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Malah, ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Dan lagi hawau..

Disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bersinar-sinar.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

Panduan soalan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada sebarang pengeposan berlaku (tambahan lagi dalam musim COVID ni). Dah la banyak tempat PKPD / PKPB. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Anda akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun kesemua komponen rujukan selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 2 jam (kalau anda beli menggunakan billplz / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!

Anda harus dapatkannya hari ini juga!

Diharap perkongsian yang tidak seberapa ini memberi sedikit tambahan input kepada anda. Selamat menduduki temuduga daripada kami dan didoakan semoga sukses.

First time dipanggil exam online, rujuk : Tutorial Cara-Cara Menduduki Peperiksaan Online SPA

Ok.. Habis bab temuduga. Sekarang kita beralih ke exam online Jurutera J41 pula.

b) Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Jurutera J41

Suka kami mengingatkan bahawasanya : segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA  semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!

SPA telah mengeluarkan panggilan untuk Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) bagi jawatan Jurutera J41.

Peperiksaan online ini akan diadakan pada 25 September 2019. Jam10.00 am hinga 11.00am.

Satu (1) exam online Jurutera (Mekanikal) J41 untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Manakala, dua (2) exam online iaitu Jurutera (Mekanikal) Gred J41 dan Jurutera (Awam) Gred J41 ialah untuk ambilan di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Bagi calon-calon yang layak menduduki kedua-dua peperiksaan, anda hanya perlu menduduki satu (1) peperiksaan sahaja iaitu Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) Jurutera (Mekanikal) Gred J41 (Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan).

Kepada yang dipanggil ke peperiksaan online (PSEE) Jurutera (Awam) J41 dan Jurutera (Mekanikal) J41, tahniah diucapkan.

Ciri seorang Jurutera J41

Jika ingin mengalas tanggungjawab sebagai seorang Jurutera Malaysia, sila pastikan diri anda memiliki ciri-ciri yang dicari seperti mana yang dikatakan oleh KSN di atas.

Sebagai seorang  Jurutera J41 juga merupakan wakil kerajaan, gaya kepimpinan, pengetahuan dan cara pemikiran memainkan peranan dalam hubungan dengan masyarakat tempatan dan antarabangsa.

Jadi, exam online Jurutera Gred J41 direka khusus untuk menguji Pengetahuan Am sebagai rakyat Malaysia.

Sebagai calon exam , seseorang itu bukan sahaja perlu mempersiapkan diri dengan hal-ehwal semasa dan mutakhir politik, ekonomi, sosial juga hal-hal penting yang berlaku beberapa tahun yang lepas.

Baca juga mengenai : Soalan Temuduga Penolong Pegawai Sains Gred C29

Format peperiksaan online Jurutera J41

Seharusnya anda tahu, format asas peperiksaan online J41 adalah :

Seksyen A – Daya Menyelesaikan Masalah
Seksyen B – Kefahaman Bahasa Inggeris

Berikut kami kongsikan beberapa contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah.

Contoh Soalan Matematik Peperiksaan Online Jurutera J41

  1. Isikan nombor yang sesuai di hujung garisan bertanda S
contoh soalan matematik jurutera j41

A. 469
B. 220
C. 110
D. 55

Teknik Menjawab:
= 59 – 4 = 55x 2
= 117 – 7 = 110x 2
= 235 – 15 = 220x 2
= 469 – 29 = 440

  1. Antara nombor-nombor berikut, yang manakah ganjil?
contoh soalan matematik peperiksaan online jurutera j41

A. 64
B. 54
C. 49
D. 4

Teknik Menjawab :
Kesemua nombor adalah hasil kuasa dua kecuali 54.

  1. Carta berikut menunjukkan bilangan pelancong tempatan dan luar negara yang melawat ke Zoo Negara dari bulan Januari hingga Mac.
contoh soalan matematik exam online jurutera j41

Pada bulan April , bilangan pelancong luar negara telah menurun sebanyak 40 peratus manakala bialngan pelancong tempatan adalah 1/3 berbanding bulan sebelumnya. Hitung jumlah perbezaan antara pelancong tempatan dan pelancong luar negara yang datang melawat ke Zoo Negara bagi bulan April.

A. 20 orang
B. 40 orang
C. 60 orang
D. 80 orang

Teknik Menjawab :

Pelancong luar negara:
40/100% x 400 = 160
400 – 160 = 240

Pelancong tempatan :
1/3 x 600 = 200

Beza pelancong Bulan April :
240 – 200 = 40

Sebagai latihan, cuba cari sendiri jawapan bagi contoh-contoh soalan berikut :

  1. Diberi a – 4b = 9 dan 2a + 4b = 15. Cari nilai bagi a.

A. 10
B. 8
C. 1/8
D. – 10

  1. Kamariah mempunyai RM110. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli P helai baju dengan harga RM50 seunit dan Q helai seluar dengan harga RM5 seunit. Persamaan yang menyambungkan P dan Q ialah

A. 10Q + 5P = 22
B. 50P + Q = 22
C. 10P + Q = 22
D. 10P + Q = 220

  1. Apakah nombor x dalam urutan berikut 1, 3, 6, 10, x, 21, 28?

A. 11
B. 13
C. 15
D. 17

  1. Lee dapat menjawab 6 soalan Matematik Tambahan dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Matematik Tambahan yang boleh dijawab oleh Lee dalam masa 1 jam 15 minit?

A. 55
B. 50
C. 40
D. 45

  1. Seorang pelajar mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman untuk mendapat dividen sebanyak RM81?

A. 4 tahun
B. 3.5 tahun
C. 5 tahun
D. 4.5 tahun

Contoh soalan kefahaman Bahasa Inggeris Jurutera J41

Malay food derives its flavor from the use of spices and ingredients such as lemon grass, shallots, ginger, coriander, tamarind and many others. Another ingredient commonly found in Malay cooking is santan ( coconut milk). The milk is squeezed from the flesh of grated coconut.

The staple food of Malays is rice, boiled to a white fluffy texture and usually served with dishes of meat (chicken or beef), fish and vegetables. Meat and fish are usually fried or prepared as a sambal (chilly paste) or curry dish. As far as Muslims are concerned, the meat used in their cooking must be ‘halal’ (slaughtered according to the Islamic rites).

Malay food is prepared and enjoyed by all races. A staple breakfast favourite is nasi lemak, a simple but satisfying meal of rice cooked in coconut milk with fragrance pandan leaves and accompanied by side dishes such as sambal ikan bilis, boiled egg, peanuts, sliced cucumber, prawns and fried fish.

The traditional Malay way of eating is by using the right hand. The use of the left hand is considered bad manners. However, those who are comfortable using the fork and spoon may do so if they want to. Using the right hand also applies to giving or receiving things.

In eating stalls or homes where the hand is used to eat, guests will be provided with a small pot of water to wash their hands before and after the meal. Remember, this water is not for drinking!

(Adapted from The Langkawi Tourism Newsletter)

  1. From the passage below, we know that Malays

A. use flavouring when they cook.
B. use spices in their cooking.
C. eat vegetables everyday.
D. eat spicy food only.

  1. The phrase ‘staple food’ (line 5) means

A. main ingredient in a dish
B. main food that a person eats
C. food that is eaten by everyone
D. Dfood that is everyone’s favourite

  1. The main reason people take ‘nasi lemak’ for breakfast is that it

A. has coconut milk in it
B. has local ingredients
C. is cooked with spices
D. is simply delicious

PERHATIAN : Contoh-contoh soalan yang dikongsikan di atas hanyalah sekadar gambaran sahaja, bukan soalan ramalan dan bukan bocor soalan. Ia hanya sebagai rujukan sahaja!

Rujukan Peperiksaan Jurutera J41 2020

Untuk memudahkan anda membuat persediaan, kami mengesyorkan anda rujukan di bawah :

contoh soalan dan jawapan exam online Jurutera J41

Bagaimana rujukan ini membantu persiapan anda?

1. Menjimatkan masa
Tak perlu ke hulu hilir mencari bahan. Ntah betul, ntah ke lauta bahan yang diperolehi tu.

2. Contoh soalan
Dalam rujukakn ini, anda dibekalkan dengan puluhan kalau bukan ratusan contoh soalan berkaitan tugas dan topik berkaitan Jurutera J41.

3. Format terkini

Anda akan lebih jelas dengan format ecam online 2019. Jika anda menggunakan rujukan yang out of date, anda kerugian besar! Rujukan ini sesuai untuk calon Jurutera (Mekanikal) Gred J41 atau Jurutera (Awam) Gred J41.

Nota: Untuk contoh soalan daya menyelesaikan masalah bagi jawatan Jurutera Gred J41 yang lebih updated dan terkini, sila rujuk post terbaharu kami di Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Jurutera J41 ini.

Beberapa FAQ Mengenai Jurutera Gred J41

Tugas Jurutera Gred J41

Secara umum, seorang Jurutera Gred J41 adalah bertanggungjawab:

Melaksanakan penyelenggaraan dan pembaikan ke atas semua bangunan dan kemudahan awam serta mengawasi aspek kejuruteraan.

Gaji Jurutera Gred J41

Basic Jurutera Gred J41 ialah RM2,529.00. Kenaikan gaji tahunan ialah RM225.00.

Selamat menjalani temuduga dan peperiksaan semoga berjaya..

Leave a Comment

error: Content is protected !!