Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19

Anda dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 ambilan Jabatan Perkhidmatan Awam pada 3 Ogos 2023 ini? Atau ujian psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 ambilan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis pada 9 Ogos 2023 ini? Berikut disediakan koleksi 10 contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 untuk rujukan anda.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19

Selain jawatan Pembantu Awam Gred H11, satu lagi jawatan yang juga melalui tapisan ujian psikometrik ialah Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19.

Nota Penting: Kepada anda yg berjaya dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19 pada bulan Oktober 2023 ini untuk ambilan di Suruhanjaya Perkhidmatan Negeri Kelantan. Tolong jangan sia-siakan peluang yg diberi dan buat persediaan sebaik mungkin! Baca dan dapatkan bahan temuduga N19 di soalan temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19.

Ujian psikometrik ini anda kena hadapi dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus barulah dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19.

Bagi yang sudah dipanggil temuduga, sila baca – Panduan temuduga Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Sebagai calon yang memohon Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19, sudah pasti anda maklum bahawa kumpulan perkhidmatan Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 termasuk di dalam kategori pelaksana (Skim Perkhidmatan Bersepadu).

Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja, basic-nya adalah RM1,352.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang anda layak dan bakal terima.

Kami tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan kerana anda sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik. Maknanya anda memenuhi syarat la tu.

Baca juga – Ujian Psikometrik Pembantu Awam Gred H11

Kekosongan Jawatan Pembantu Setiausaha Pejabat N19 Tahun 2023

Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 13 Jun 2023, bilangan kekosongan jawatan sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat N19 di Jabatan Perkhidmatan Awam adalah sebanyak 114 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 350 orang.

Satu lagi, iklan SPA bertarikh 27 Jun 2023, bilangan kekosongan jawatan sebagai Pembantu Setiausaha Pejabat N19 di Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis adalah sebanyak 1 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 4 orang.

Tidak perlu ditekankan betapa perlu dan peri pentingnya anda membuat persediaan sebelum tarikh ujian psikometrik tiba. Anda da besar panjang dan da bleh pikir sendiri..

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19 oleh SPA sebenarnya. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh anda terhadap perkongsian ini!

Semakan Ujian Psikometrik

  • Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19
    (Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perlis)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [Tarikh Penilaian : 9 Ogos 2023]

Tips menjawab soalan psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19

Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan ujian psikometrik. Semoga berkongsian kali ini membantu sedikit sebanyak persiapan anda menghadapai ujian psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19 yang akan anda duduki kelak.

Ujian Psikometrik Online Pembantu Setiausaha Pejabat

Pilih lokasi menjawab ujian psikometrik yang betul

Oleh kerana ujian ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.

Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:

  • bising
  • panas
  • laluan orang
  • liputan internet kurang baik

Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang anda terjejas.

Jangan lupa baca kisah Ali dan Ujian Psikometrik. Banyak isi tersirat yang boleh dijadikan panduan di dalamnya.

Selami sikap baik anda

Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman anda. Bunyi macam takda apa kan?

Tapi percayalah, dalam ujian psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19, anda dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.

Ingat kenyatan kami seterusnya ini.

Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.

Nampak? Anda dah mula keliru kan.

Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi.

Tidak seperti peperiksaan online yang lain, anda perlu mahir mengira, pengetahuan am, bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.

Baca juga : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruaudio Visual N19

Bagi ujian psikometrik, ini semua bukan persoalan yang utama. Persoalan terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.

Awasi personaliti dan keperibadian anda. Kerana – kebiasaan anda, tabiat anda, perangai anda amat mempengaruhi apa yang bakal anda jawab sewaktu ujian psikometrik ini.

Mari saya berikan satu contoh supaya anda faham apa yang saya maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.

Saya selalu didenda sewaktu di sekolah menengah.

Jawab YA atau TIDAK.

So.. nak pilih yang mana? Secara teknikalnya anda boleh pilih keduanya. Boleh YA dan boleh TIDAK. Tiada masalah dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.

SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan anda.

Takut tak? Haha..

OK berbalik kepada soalan di atas, untuk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.

Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.

Nampak di situ!

10 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19

OK, kami percaya anda sudah memahami sedikit sebanyak cara mendapatkan jawapan yg sesuai untuk ujian psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19. Sebagai latihan, cuba dapatkan jawapan untuk contoh-contoh soalan psikometrik berikut:

1) Saya seorang yang mudah berputus asa apabila mendapat kritikan oleh orang lain.

A. Tidak
B. Ya

2) Saya __________ bertolak ansur terhadap orang yang berjanji tetapi tidak menepati.

A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah

3) Dari nombor 21 hingg 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?

A. 25
B. 35
c. 115
D. 125

4) Jika orang tidak menghormati saya, saya pun tidak akan menghormatinya.

A. Wajar
B. Tidak Wajar
C. Tidak Pasti

5) Saya kerap merasa bimbang atas kesilapan-kesilapan yang berlaku pada masa lalu.

A. Betul
B. Salah

6) Saya rasa amat gembira apabila bersama ramai sahabat.

A. Betul
B. Salah

7) Saya lebih suka gunakan teknik meminta daripada memerintah.

A. Bukan
B. Ya

8) Saya tidak takut kesunyian kerana saya boleh lupakannya semasa membaca.

A. Ya
B. Bukan

9) Saya harus merendah diri kerana ada ramai orang yang lebih berpengalaman daripada saya.

A. Betul
B. Salah

10) Saya tidak mahu mengambil risiko kerana bimbang kegagalan.

A. Salah
B. Betul

Ketekalan dalam menjawab secara baik

Saya percaya anda sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah ke poin ketiga.

Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif. Mustahil? Tidak!

Jika anda lihat dengan lebih teliti, soalan ujian psikomtertik Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.

Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak. Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!

Hal ini memang mereka sengajakan.

Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.

Bagaimana perangkap ini boleh berkesan? Jawapannya ialah pada masa ujian yang terhad.

Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.

Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!

Jadi ketekalan anda hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur.

Bacaan tambahan : Contoh soalan ujian psikometrik Juruukur J41

Berita yang paling tidak baik ialah perangkap ujian psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat Gred N19 tidak terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar untuk dikesan.

Untuk penerangan yang panjang lebar serta padu mengenai ujian psikometrik ini. Anda boleh baca artikel bertajuk ujian psikometrik SPA- kemasukan ke dalam perkhidmatan awam.

Dalam artikel tersebut semua mengenai ujian ini disentuh, termasuklah definisi, sejarah, format, sukatan ujian, contoh soalan matematik dan lain-lain.

Bacaan tambahan : Contoh soalan ujian psikometrik Pegawai Perhubungan Perusahaan S41

Bagaimana meningkatkan ketekalan semasa menjawab ujian?

Bagaimana mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian psikometrik?

Jawapan pendek – buat latih tubi.

Jawapan panjang – dapatkan rujukan khas untuk ujian psikomterik. Dan kenapa kami cadangkan? Ini kerana ia dilengkapi dengan:

Rujukan contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19

Atau pun,

Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Selain itu,

Anda juga boleh baca penerangan dan penjelasan yg detil mengenai ujian psikometrik ini di contoh soalan ujian psikometrik SPA (numerical type). Dijamin kekeliruan anda akan hilang dan lebih faham bagaimana ujian ini ditadbir.

Apa yg anda dapat dalam rujukan ini, ialah:

✓ Tips jawab soalan psikometrik
✓ Contoh soalan psikometrik
✓ Cara jawab soalan agar tidak tersasar
✓ Penerangan tentang perangkap psikometrik
✓ Penerangan tentang apa yang bakal menggagalkan psikometrik

Apa yang lebih baik daripada ini? Tiada. Jadi dapatkan segera sebelum jualan ditutup.

Baca juga: soalan psikometrik Pegawai Perancang Bandar dan Desa J41

Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.

Ya.. betul sekarang anda bukan calon ujian psikometrik Pembantu Setiausaha Pejabat N19.

Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran anda akan dapat panggilan ke ujian ini (walaupun anda memohon jawatan lain).

Ujian ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti.

Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil.

Leave a Comment

error: Content is protected !!