Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Laut A19

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Laut A19. Dipanggil exam online SPA tapi masih blurr apa nak buat? Tgh cari rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut? Teruskan bacaan, if yes adalah jawapan anda.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Laut

Nota Penting: Untuk anda yg dapat panggilan ujian psikometrik Pembantu Laut A19 ambilan Jabatan Laut Malaysia pada 20 Oktober 2023 ini. Buat persediaan sebaik mungkin! Takkan nak gagal memanjang kan. Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi anda di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Laut A19.

Kekosongan Jawatan Pembantu Laut A19 Tahun 2022

Mengikut iklan SPA yg dikeluarkan pada 15 Oktober 2021, adalah dinyatakan bahawa kekosongan jawatan sebagai Pembantu Laut A19 di Jabatan Laut Malaysia sebanyak 24 tempat. Sementara, calon simpanan yg diperlukan adalah sebanyak 50 tempat.

Ini suatu peluang baik buat anda. Buat persediaan sebaik mungkin utk memastikan anda layak menjawat jawatan ini!

Semakan peperiksaan Pembantu Laut A19

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PEMBANTU LAUT GRED A19 DI JABATAN LAUT MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : BELUM DIKELUARKAN

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/pembantu-laut-a19

Sila layari laman web:

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada sesi dan masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:20 pagi.

Bacaan lanjut : Soalan Temuduga Pembantu Laut Gred A19

Permohonan jawatan kosong Pembantu Laut

Sekiranya mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Laut secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan kosong Pembantu Laut adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Tempoh sahlaku permohonan

Suka diingatkan, tempoh sahlaku permohonan jawatan kosong Pembantu Laut bagi calon baru yang telah memohon melalui Borang Permohonan Pekerjaan Dalam Perkhidmatan Awam (SPA8i) adalah satu tahun. Calon dikehendaki mengisi semula permohonan selepas tempoh tersebut.

Jadual kadar gaji Pembantu Laut

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Laut; Gaji minimum – RM1,362.00 Gaji maksimum – RM4,034.00 KGT – RM100.00 *Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan yang seorang penjawat jawatan Pembantu Laut layak terima.

Deskripsi tugas Pembantu Laut

Berikut adalah senarai tugas am seorang Pembantu Laut berdasarkan aspek : Aspek Kewangan dan Personel

  1. Melaksanakan pengutipan hasil-hasil negeri dan persekutuan;
  2. Melaksanakan pengumpulan data-data kutipan hasil kerajaan;
  3. Melaksanakan pembelian aset dan perolehan pejabat;
  4. Bertanggungjawab dalam mengurus aset dan stor;
  5. Melaksanakan pengurusan kepatuhan dokumen-dokumen ISO jabatan.

Aspek Industri (Perkapalan)

  1. Melaksanakan pengurusan dokumen pendaftaran kapal dan bot;
  2. Menyediakan dokumen dalam pengurusan dan penyelarasan siasatan untuk tujuan pendakwaan kes-kes marin;
  3. Menyediakan dokumentasi kes-kes saman dan kompaun;
  4. Menyediakan rekod, perangkaan dan laporan pendaftaran kapal dan bot berlesen.

Aspek Keselamatan Pelayaran

  1. Membantu dalam pengurusan peralatan bantuan pelayaran beroperasi mengikut garis panduan International Association Of Marine Aids To Navigation And Lighthouse Authority (IALA);
  2. Membantu dalam urusan yang berkaitan dengan melawan dan mengawal pencemaran marin;
  3. Membantu dalam aktiviti penerimaan bangkai kapal dan salvaj;
  4. Membantu mengumpul maklumat untuk penerbitan buku air pasang surut.

Info tambahan : Panduan Temuduga Penolong Pegawai Arkib S29

Aspek Hal-Ehwal Pelaut dan Pelabuhan

  1. Membantu dalam melaksanakan urusan dokumentasi pelaut;
  2. Bertanggungjawab dalam mengendalikan operasi bot;
  3. Bertanggungjawab dalam senggaraan dan inventori aset dan jeti jabatan;
  4. Melaksana urusan pentadbiran pejabat pelabuhan;
  5. Menyediakan perangkaan bot dan urusan pejabat pelabuhan secara berkala.

Aspek Penyelidikan dan Pembangunan (Latihan dan Infrastruktur)

  1. Membantu penyediaan maklumat dan dokumen dalam membangunkan program kursus latihan pelayaran (nautika); kejuruteraan marin mengikut piawaian yang ditetapkan;
  2. Membantu mempromosi program latihan melalui media cetak dan elektronik;
  3. Membantu dalam penyediaan penilaian dan analisis program latihan;
  4. Membantu dalam penyediaan dokumentasi program latihan dan penyelidikan.

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Laut

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;

Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan Gred A19: RM1,362.00);

atau

Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan. (Gaji permulaan Gred A19: RM1,362.00);

atau

Mate On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan Gred A19: RM1,420.12);

atau

Engineer Officer Of Less Than 750 kW On Domestic and Near Coastal Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan Gred A19: RM1,420.12);

atau

Master On Ships Of Less Than 500 GT On Domestic Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan Gred A19: RM1,478.24);

atau

Officer In Charge Of Navigational Watch Less Than 500 GT Near Coastal Trade Voyages atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan Gred A19: RM1,536.36).

Dan

Memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Info lanjut : Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Antidadah

Peperiksaan Pembantu Laut

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Laut untuk tahun 2019 sudah dikeluarkan oleh SPA. Peperiksaan online Pembantu Laut akan dijalankan satu (1) kali dalam bulan November ini, iaitu pada 13 November 2019. Kesemua calon adalah dikehendaki menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama 1 jam 20 minit untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11.20 pagi.

Senario Peperiksaan Pembantu Laut

Untuk memasuki skim A19 dan layak menyandang jawatan Pembantu Laut, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang disyaratkan. Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online dan tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga yang akan dijadualkan kemudian.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Antara sebab yang dikenalpasti : kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan Pembantu Laut A19.

Format Peperiksaan Pembantu Laut

Format Peperiksaan Pembantu Laut Gred A19 pada 13 November 2019 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas. Jika anda perasan, Peperiksaan Pembantu Laut sebelum ini hanya mengandungi 2 seksyen. Tetapi pada 2019, SPA melakukan perubahan drastik. Bermula pada Peperiksaan Pembantu Laut bulan Jun, ia telah ditambah menjadi 3 seksyen!

Format Peperiksaan Pembantu Laut tahun 2020

  1. Seksyen A: Pengetahuan Am
  2. Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah
  3. Seksyen C: Kefahaman Bahasa Inggeris

Jadi jika anda gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pembantu Laut Semenanjung sesi 2018 memang anda akan buang masa!

Elak tersangkut atas tiang kapal

Calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen C iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon ‘tersangkut atas tiang kapal’. Untuk seksyen B (Daya Menyelesaikan Masalah), masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada kami mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan ringkas topik.

Baca : Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir N19 JPA/SPA

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Laut – Seksyen A

Dalam seksyen ini calon-calon dikehendaki mengetahui cara umum berkaitan dengan pengurusan sumber manusia, perhubungan perusahaan, pentadbiran kerajaan serta lain-lain perkembangan semasa di dalam dan luar negara. Selain itu, calon juga dinasihatkan agar mendapatkan informasi sebanyak mungkin mengenai perjawatan Pembantu Laut. Termasuklah diskripsi tugas dan semua info mengenai Jabatan Laut.

Beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut – Seksyen A yang mungkin adalah seperti di bawah :

1. Ketua dalam bahagian Pengurusan Teknologi Maklumat Kementerian Dalam Negeri (KDN) ialah

A. Setiausaha Bahagian Gred Khas C
B. Setiausaha Bahagian Gred Khas B
C. Timbalan Setiausaha Bahagian Gred F52
D. Ketua Penolong Setiausaha Gred F48

2. Siapa mantan Perdana Menteri yang mengasaskan Transformasi Pembangunan Luar Bandar Pertama pada tahun 1957?

A. Tunku Abdul Rahman
B. Tun Abdul Razak
C. Tun Hussein Onn
D. Tun Dr. Mahathir

3. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk urusan di peringkat antarabangsa melalui agensi di bawahnya TIDAK TERMASUK

A. United Nations Office on Drugs and Crime (UNODC)
B. United Nations High Commissioner on Refugees (UNHCR)
C. Gagasan Malaysia, Filipina dan Indonesia (MAPHILINDO)
D. Office of the High Commissioner for Human Rights (OHCHR)

4. Perdana Menteri perlu merujuk kepada satu pihak sebelum membuat lantikan Hakim Besar. Siapakah pihak tersebut?

A. Ketua Hakim Sabah
B. Ketua Hakim Sarawak
C. Ketua Hakim Negara
D. Hakim-Hakim Besar

5. Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) menyelia agensi dan jabatan kerajaan di bawah KECUALI

A. Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS)
B. Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA)
C. Lembaga Tabung Haji
D. Majlis Amanah Rakyat (MARA)

6. Seorang ahli Dewan Rakyat mempunyai had umur minimum untuk menjadi ahli iaitu bermula pada umur

A. 18 tahun
B. 21 tahun
C. 24 tahun
D. 28 tahun

Untuk lebih banyak Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Laut – Seksyen A (beserta skema jawapan lengkap), dapatkan secepatnya rujukan berikut (sebagai latih tubi) :

soalan peperiksaan pembantu laut gred a19

Atau pun,

Mungkin anda mahu membaca dan memahami terlebih dahulu contoh soalan SPA online Pengetahuan Am yang akan menjelaskan secara terperinci skop soalan dan bidang yang sering disoal dalam seksyen ini.

Baca juga : Soalan Temuduga Pembantu Akauntan W19

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Laut – Seksyen B

Seksyen ini mengkehendaki calon menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Masalah Navigasi

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai ‘masalah navigasi’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan. Menyebabkan jalan pengiraan mereka menyimpang ke laut. Namun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Pembantu Laut, soalan aplikasi konsep Matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Lega bukan?

Cuma, bukan semua topik Matematik SPM disoal dalam peperiksaan ni. Jadi jangan buang masa untuk study semua topik. Membazir tenaga saja. Nak tahu topik yang mana? Supaya navigasi pelayaran anda menuju ke haluan yang betul. Rujukan yang akan kami edarkan di bawah akan menjelaskan semuanya.

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen B ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Beberapa Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Laut – Seksyen B

1. Negara Isketambola mempunyai bangsa S seramai 0.47 juta orang. Bangsa M pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa S. Manakala Bangsa L adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa M. Berapakah jumlah Bangsa L di negara Isketambola itu?

A) Bangsa L : 72 956 Orang
B) Bangsa L : 88 125 Orang
C) Bangsa L : 117 500 Orang
D) Bangsa L : 150 750 Orang

2. Papa Zola baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Papa Zola mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku rujukan Papa Zola tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

3. Atilia seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Sains dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Sains yang boleh dijawab oleh Atilia dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55 soalan
B) 50 soalan
C) 40 soalan
D) 45 soalan

4. Adeliana ialah adik kepada Atilia. Adeliana mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank R dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman Adeliana untuk mendapat dividen sebanyak RM81?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

5. Harga 40 biji Musang King ialah RM380. Berapakah harga purata sebiji Musang King?

A) RM 10.00
B) RM 09.00
C) RM 08.50
D) RM 09.50

6. Bongkah Q lebih ringan daripada bongkah S, bongkah R lebih ringan daripada bongkah P dan bongkah Q lebih berat daripada bongkah P

Susun bongkah bermula dengan yang paling berat.

A) R, P, Q, S
B) S, P, Q, R
C) R, Q, P, S
D) S, Q, P, R

7. Syarikat Ismet Ulam Raja mengadakan majlis ulang tahun. Antara acaranya ialah cabutan bertuah. Setiap orang diberi sekali peluang untuk mencabut nombor bertuahnya daripada sebuah kotak. Kotak itu mengandungi kad-kad bernombor 10 hingga 99. Jika nombor bertuah ialah nombor yang sama digit, cari kebangkalian bahawa seorang pekerja Ismet Ulam Raja tidak memenangi apa-apa hadiah.

A) 0.9
B) 0.8
C) 0.7
D) 0.6

8) Hasil tambah panjang dan lebar sebuah vila satu tingkat ialah 100 m. Vila itu mempunyai ruang lantai sebanyak 2500 meter persegi. Apakah panjang dan lebar vila itu?

A) panjang 50 m dan lebar 50 m
B) panjang 51 m dan lebar 52 m
C) panjang 52 m dan lebar 54 m
D) panjang 53 m dan lebar 58 m

9) Abdul dan Wahub , bila berkerja bersama, habis memasang jubin lantai sebuah bilik dalam masa 6 hari. Bila Abdul bekerja sendiri, dia mengambil masa 5 hari kurang daripada daripada Wahub yang bekerja sendiri. Berapa lama Abdul and Wahub ambil untuk menghabiskan kerja ini sendiri tanpa bantuan?

A) Abdul = 10 hari , Wahub = 15 hari
B) Abdul = 10 hari , Wahub = 16 hari
C) Abdul = 11 hari , Wahub = 17 hari
D) Abdul = 11 hari , Wahub = 18 hari

Untuk lebih banyak Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Laut – Seksyen B (beserta skema jawapan lengkap), dapatkan segera rujukan berikut (sebagai latih tubi) :

contoh soalan peperiksaan pembantu laut a19

Atau,

Anda mungkin mahu memahami terlebih dahulu post sebelum ini iaitu contoh soalan SPA online Daya Menyelesaikan Masalah yang memperincikan 4 pembahagian skop soalan yang kerap disoal dalam exam SPA. Dah tahu belum?

Baca tambahan : Soalan Temuduga Penolong Penguasa Penjara KA29

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Laut – Seksyen C

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘melemaskan’ peluang ramai calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen C ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah anda pelajari sewaktu SPM. Soalan diolah dalam bentuk, sama ada :

  1. Petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan comprehension; atau
  2. Soalan berkaitan grammar; atau
  3. Vocabulary.

Beberapa contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut – Seksyen C yang mungkin adalah seperti berikut :

1. Choose the option which will best replace the underlined words in the sentence to make it correct.

She done it to quick, so it came out looking rough.

A. done it too quickly
B. did it too quick
C. did it too quickly
D. did it to quickly

2. Hanezah has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A. Hanezah has three animals in total.
B. Hanezah has more cats than dogs.
C. One of Hanezah’s cats is black.
D. All of Hanezah’s dogs have spots.

3. For the little boy, a lolly was tangible, whereas a promise was not.

The word tangible in this sentence means:

A. basic
B. untouchable
C. actual
D. edible

4. Please read the following sentence.

Once Ammanina lifted her pen and made a start, writing the essay became easy. If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy..

What will the ending be?

A. after starting.
B. after lifting her pen.
C. once Ammanina lifted her pen and made a start.
D. once she lifted her pen and made a start.

5. The boy’s incorrigible behaviour puzzled his sister.

The word incorrigible in this sentence means:

A. appalling
B. reformed
C. incurable
D. frustrated

6. A cooking utensil with a wide, flat blade that is not sharp, used especially for lifting pan; this tool called a..

A. whisk
B. colander
C. spatula
D. ladle

7. Read the following paragraph to answer the question.

Genealogy is fun. Just as a piece of furniture or a picture takes on much more interest if you know its history, so does an individual become more real once the ancestral elements that shaped him are known. An in-depth family history is a tapestry of all those to whom we owe our existence.

Which statement best conveys the theme of this paragraph?

A. Finding out about our ancestors is more interesting than researching the history of objects.
B. Genealogy is a study of people and their belongings in the past.
C. Genealogy is a study of family history.
D. Genealogical research can bring meaning and life to a family’s history.

Untuk lebih banyak Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Laut – Seksyen C (dilengkapi huraian jawapan), miliki segera rujukan berikut (sebagai latih tubi) :

contoh soalan peperiksaan pembantu laut semenanjung

Sebelum itu,

Anda pastinya mahu membaca dan memahami terlebih dahulu contoh soalan SPA online Kefahaman Bahasa Inggeris yang akan menjelaskan apa yang dipanggil sebagai ‘pecahan dalam pecahan‘ yg tersembunyi dalam seksyen killer ini. Bahaya kalau tak tahu..

Kenapa korang kena dapatkan rujukan tambahan peperiksaan Pembantu Laut ni?

Sebabnya;

  1. Soalan latih tubi (membiasakan anda dengan soalan)
  2. Skema jawapan lengkap (menambah kepandaian anda)
  3. Menjimatkan masa (terus study tanpa pening2)

Demikianlah adanya. Sedikit sebanyak contoh soalan peperiksaan Pembantu Laut yang akan anda hadapi pada tanggal 13 Nov 2019 nanti. Contoh soalan di atas bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai ilustrasi dan rujukan sahaja.

Rujukan tambahan yang dicadangkan di atas berfungsi sebagai latih tubi sahaja.

Selamat menduduki peperiksaan!

Sebelum tu, kepada yang pertama kali dipanggil ke peperiksaan Pembantu Laut, jemput baca dahulu perkongsian kami mengenai tutorial cara-cara menjawab soalan peperiksaan online SPA. Moga bermanfaat!

Leave a Comment

error: Content is protected !!