Contoh Soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 (PDF)

Anda dah dapat panggilan exam SPA untuk jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 ambilan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 14 April 2021 – 22 April 2021 ni? Rileks. Sebab di bawah ada contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29. Dipanggil exam SPA tapi masih blurr apa nak buat? Jgn risau, sebab anda boleh download contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 PDF di sini (link ada di bahagian bawah post ini).

Contoh Soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 (PDF)

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA) secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA. Permohonan jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA) adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Khas bagi anda di Terengganu yang terlibat dengan peperiksaan pelbagai jawatan Gred 29 pada 31 Mac 2022 ini. Sila buat persediaan dan dapatkan bahan ulangkaji di contoh soalan peperiksaan Gred 29 Terengganu.

Bagi anda yang dipanggil ke temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 ambilan Jabatan Perkhidmatan Awam pada 04 Oktober 2021 – 05 November 2021 ini. Kami jemput anda membaca beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Tadbir N29 sebagai rujukan.

Sebelum itu, kepada anda yang terlibat dengan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir Gred N29. Baca penerangan, tips dan contoh soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Tadbir N29 ni.

Info : Contoh Soalan PSEE & Temuduga Penolong Pegawai Perubatan U29

Jadual gaji Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA)

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA);

Gaji minimum – RM1,493.00
Gaji maksimum – RM5,672.00
KGT – RM145.00

*Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan lain yang seorang penjawat jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA) layak terima.

Deskripsi tugas Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA)

Berikut adalah senarai tugas am seorang Penolong Pegawai Tadbir (JPA) :

Bertanggungjawab menguruskan kerja-kerja yang berkaitan :

  1. Pengurusan kewangan
  2. Perolehan bekalan dan pembangunan
  3. Pengurusan
  4. Perkhidmatan personel
  5. Pengurusan pentadbiran pejabat
  6. Pengurusan majlis rasmi
  7. Mengendalikan urusan Konsuler
  8. Penguatkuasaan Undang-undang.

Baca: Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Keselamatan KP19

Syarat lantikan dan kelayakan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA)

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai :

Kewarganegaraan Malaysia;
Umur 18 tahun atau lebih;

Dan

Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)

Atau

Sijil Tinggi Agama Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,493.00)

Atau

Diploma dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred N29: RM1,770.95).

Dan

Memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Baca: contoh soalan Pembantu Tadbir (Kewangan) W19

Semakan peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA)

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PENOLONG PEGAWAI TADBIR GRED N29 (SEMENANJUNG/SABAH/SARAWAK) DI JABATAN PERKHIDMATAN AWAM MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : 14 APRIL 2021 – 22 APRIL 2021

MASA PEPERIKSAAN : 10.00 PAGI – 11.00 PAGI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-penolong-pegawai-tadbir-n29-jpa

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 10:00 pagi hingga 11:00 pagi.

Info tambahan : Soalan Temuduga Penolong Pegawai Sains Gred C29

Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA)

Panggilan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA) untuk tahun 2021 beum lagi dikeluarkan oleh SPA.

Peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA) mungkin akan dijalankan 1 kali dalam tahun 2021 ini.

Kesemua calon adalah dikehendaki menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula jam10 pagi sampai la jam 11 tepat.

Senario Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA)

Untuk menyandang jawatan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA), calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang dijalankan.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan dan tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut akan dipanggil untuk menghadiri temuduga.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan pertama. Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA).

Baca juga : Panduan Temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA)

Format Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA) pada tahun 2021 terdapat sedikit perbezaan berbanding tahun-tahun lepas. Kali ini Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA) tidak melibatkan seksyen psikometrik.

Cumanya, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon ‘tersangkut atas pokok’.

Untuk seksyen A, ia melibatkan penyelesaian masalah. Masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Selain itu, aplikasi konsep matematik bertaraf SPM turut diperlukan bagi mencari kaedah penyelesaian.

Secara ringkas, Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA) mengandungi 2 bahagian utama iaitu :

  1. Daya Menyelesaikan Masalah -Seksyen A
  2. Kefahaman Bahasa Inggeris – Seksyen B

Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada kami mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan topik.

Contoh Soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA) – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengkehendaki anda menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai ‘alergi sepi’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan.

Namun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA), soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Lega bukan?

Berikut beberapa contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA) :

1. Jika kadar tukaran matawang antara Ringgit dan Dolar Singapura ialah RM100 = S$31.56.

S$157.78 bersamaan..

A) 500
B) 550
C) 600
D) 650

2. Negara Beringin Tunggal mempunyai bangsa A seramai 0.47 juta orang. Bangsa B pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa A. Manakala Bangsa C adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa B. Berapakah jumlah Bangsa C di negara X itu?

A) 72 956 Orang
B) 88 125 Orang
C) 117 500 Orang
D) 150 750 Orang

3. Upin dan Ipin baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Ipin mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

4. Atiqah seorang gadis yang manis. Dia dapat menjawab 6 soalan Sains dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Sains yang boleh dijawab oleh Atiqah dalam masa 1 jam 15 minit?

A. 55
B. 50
C. 40
D. 45

5. Aqilah ialah adik kepada Atiqah. Dia mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman Aqilah untuk mendapat dividen sebanyak RM81?

A. 4 tahun
B. 3.5 tahun
C. 5 tahun
D. 4.5 tahun

Untuk download contoh soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 dalam bentuk PDF (Preview Copy), boleh dapatkan di laman rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA) di bawah.

Atau pun,

Selain contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 – Daya Menyelesaikan Masalah di atas. Anda juga boleh membaca beberapa lagi contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 Math di Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penolong Pegawai Tadbir N29 ini. Ia akan menjelaskan skop yg sering disoal dalam seksyen merbahaya ini.

Bacaan tambahan : Download Preview Rujukan Penolong Pegawai Penerangan S29

Contoh Soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA) – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah anda pelajari sewaktu SPM dolo-dolo.

Soalan diolah dalam bentuk; sama ada petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan pemahaman atau soalan berkaitan grammar atau vocabulary.

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1. The clown pulled silly faces to make the children laugh.

The word silly in this sentence means:

A: funny
B: pretty
C: tricky
D: scary

2. The sentence below does not have any punctuation. Choose the option with the correct punctuation.

i am a good runner

A: i am a good runner.
B: I am a good runner
C: Im a good runner.
D: I am a good runner.

3. Emiliya has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A: Emiliya has three animals in total.
B: Emiliya has more cats than dogs.
C: One of Emiliya’s cats is black.
D: None of these.

4. For the little boy, a lolly was tangible, whereas a promise was not.

The word tangible in this sentence means:

A: basic
B: untouchable
C: actual
D: edible

5. Please read the following sentence.

Once Ruhainis lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy……..

What will the ending be?

A: after starting.
B: after lifting her pen.
C: once Ruhainis lifted her pen and made a start.
D: once she lifted her pen and made a start.

6. The boy’s incorrigible behaviour puzzled his sister.

The word incorrigible in this sentence means:

A: appalling
B: reformed
C: incurable
D: frustrated

Untuk download contoh soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 dalam bentuk PDF (Preview Copy), dapatkan di laman rujukan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA) di bawah.

Sebelum itu,

Selain contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 – kefahaman bahasa inggeris di atas. Anda juga boleh membaca beberapa lagi contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 BI di soalan kefahaman Bahasa Inggeris Penolong Pegawai Tadbir N29 ini. Ia akan menjelaskan apa yang mereka panggil sebagai ‘pecahan dalam pecahan‘ yg tersembunyi dalam seksyen killer ini. Bahaya kalau tak tahu..

Download contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 (PDF)

Download contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 PDF

Arahan:

  1. Klik butang ‘Download PDF‘ di atas.
  2. Pastu, skroll ke bawah sampai nampak dan klik button ‘DOWNLOAD PREVIEW COPY
  3. Pastu, klik pula butang ‘SAYA NAK
  4. Masukkan nama dan emel anda, kemudian klik button ‘DAFTAR
  5. Tunggu fail PDF dihantar ke dalam emel anda.

Bagi yang nekad dan bersungguh-sungguh dalam peperiksaan kali ni, sila dapatkan rujukan penuh.

Baca juga: Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pelukis Pelan (Seni Bina) JA19

Rujukan Penuh Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA)

Untuk sesi tahun 2021, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA).

Kenapa anda kena dapatkan rujukan penuh?

  1. Nota Ringkas & padat (jimat masa persediaan anda)
  2. Contoh Soalan (biasakan anda dengan format)
  3. Skema jawapan (menambah kepandaian anda)

Baca juga: Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Tadbir N41 (Rekod Perubatan)

Cara beli rujukan penuh Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA)

Arahan:

  1. Klik Rujukan Penuh Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA).
  2. Scroll ke bawah dan klik button ‘BELI SEKARANG‘.
  3. Scroll ke bawah dan pilih pakej sama nak ada RM40 / RM60 / RM80 / RM100.
  4. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout‘.
  5. Tunggu cara pembayaran akan dihantar melalui emel (yang anda masukkan tadi).

Demikianlah adanya, sedikit sebanyak contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 (JPA) yang akan anda hadapi pada tahun 2021 ini.

Contoh soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 (PDF) yang kami bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Kepada yang pertama kali menerima panggilan exam online, baca dahulu tutorial cara-cara menduduki peperiksaan online SPA yang kami kongsikan sebelum ini.

Selamat menduduki peperiksaan!

13 thoughts on “Contoh Soalan Penolong Pegawai Tadbir N29 (PDF)”

  1. Sy akan menduduki peperiksalan psl utk N29 pa jun 2022 ni, boleh saya dptkandna beli bahan rujukan / cth soalan dan jawapan.

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!