Soalan Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Masih tercari-cari rujukan contoh soalan temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 (calon Semenanjung) yg bagus untuk digunakan sebelum hadir sesi iv kelolaan SPA pada 05 Disember 2021 – 10 Disember 2021 ini untuk penempatan di Jabatan Kebajikan Masyarakat Dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar? Teruskan membaca jika jawapan anda adalah ya. Kerana di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19. Siapa tahu, mungkin perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda!

Untuk anda yg dipanggil ke PSEE Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 ambilan Jabatan Kebajikan Masyarakat Dan Kementerian Pembangunan Luar Bandar pada  27 Julai 2021 ni. Dapatkan tips dan rujukan yg sesuai di contoh soalan peperiksaan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

Soalan Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Sekiranya anda ingin mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 secara rasmi di sektor awam, pendaftaran boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Pendaftaran adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.

Makluman Terkini : Jadual Temuduga

PEMBANTU PEMBANGUNAN MASYARAKAT GRED S19 DI JABATAN KEBAJIKAN MASYARAKAT DAN KEMENTERIAN PEMBANGUNAN LUAR BANDAR MALAYSIA SERTA DI PELBAGAI KEMENTERIAN/JABATAN

Tarikh Temu Duga : 05 Disember 2021 – 10 Disember 2021

Pautan Alternatif:

https://online.spa.gov.my/online/temuduga-pembantu-pembangunan-masyarakat-s19-semenanjung

Portal SPA :

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-temu-duga

Panduan Temu Duga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Anda dipanggil ke peperiksaan Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat S29? Sila baca Rujukan Peperiksaan Online PSEE S29.

Awal kalam, kami mengucapkan tahniah andai anda dipanggil ke temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19. Bukan mudah untuk terpanggil daripada ribuan calon yang lain. Dalam artikel ini, anda boleh lihat contoh soalan temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19. Perkongsian ini merupakan hasil daripada maklum balas yang kami terima daripada calon-calon lepas dan juga daripada beberapa siri temuduga yang kami terlibat secara tidak langsung yang lain.

Info : Gred asal perjawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat ialah S17. Telah ditambahbaik dan kini dinaikan kepada S19.

Unjuran pengambilan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Untuk maklumat pengambilan 2020, kami masih belum  mendapat informasi rasmi. Unjuran yang kami perolehi sudah agak lama. Namun, masih boleh digunakan untuk memberi gambaran.

Statistik berkaitan pengambilan jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 pada Tahun 2014 adalah seperti berikut:

  •  Jumlah permohonan: 301,517 orang
  •  Jumlah dipanggil temuduga: 2,521 orang
  •  Jumlah kekosongan jawatan: 22 orang

Baca juga: Panduan temuduga Pembantu Tadbir Perkeranian / Operasi N19

Kadar Gaji Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Sebagai info, sifir gaji bagi skim S19 ini adalah :

  • Gaji minimum – RM1,352.00
  • Gaji maksimum – RM4,003.00
  • KGT – RM100.00

*Di samping elaun dan imbuhan yang seorang penjawat jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 layak terima.

Pengambilan Pembantu Pembangunan Masyarakat di JKM

Untuk pengetahuan anda, Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 adalah suatu jawatan yang tidak ditentukan secara spesifik dimanakah kelak anda ditugaskan sekiranya lulus temuduga ini. Walaubagaimanapun, untuk temuduga yang akan dikendalikan SPA pada bulan Oktober ini, calon yang berjaya akan ditugaskan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jadi nasihat kami, sila jangan abaikan maklumat dan info yang boleh diperolehi daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia misalnya TASKA, PSK, perkhidmatan pemulihan akhlak, perkhidmatan anak pelihara, Rumah Seri Kenangan, Rumah Ehsan, Desa Bina Diri, kes keganasan rumahtangga, penderaan kanak-knanak, operasi menyelamat pengemis dan lain-lain..

Pengambilan Pembantu Pembangunan Masyarakat di KEMAS

Selain di atas, SPA juga membuat pengambilan Pembantu Pembangunan Masyarakat untuk Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS).

Seperti yang anda sedia maklumi, KEMAS merupakan jabatan yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Jangan lupa layari portal rasmi KEMAS untuk mendapatkan informasi mutakhir mengenai mereka.

Kemungkinan adalah amat tinggi bagi soalan temuduga berkaitan jabatan-jabatan ini dan perkhidmatan di bawahnya akan diajukan.

10 Tips Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Pada post kali ini, kami akan kongsikan 10 tips sebagai panduan temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19.

01. Tahukah anda apakah diskripsi tugas seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat S19?

” Bidang tugas seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 ialah membantu dan bertanggungjawab dalam segala urusan bagi pemulihan kanak-kanak cacat, perkhidmatan pemulihan akhlak dan lain-lain. “

” Di samping itu memberi khidmat nasihat kepada Pertubuhan Sukarela seperti Pusat Harian Kanak-kanak Terencat Akal, Rumah Orang-orang Tua dan Asrama Anak Yatim. “

Skop kerja Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Selain itu juga, sebagai seorang bakal Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19, perkara-perkara di bawah harus anda ambil tahu kerana ia akan mencerminkan kompetensi fungsional anda yang baik dan mantap.

Baca mengenai: Panduan temuduga Penolong Juruaudit W29

a) Pengendalian Perkhidmatan Kanak-kanak dan Keluarga

  • Institusi Kanak-Kanak

Skim bantuan berkaitan, contoh: Bantuan Sekolah, Bantuan Kanak-Kanak, Bantuan Anak Pelihara, Bantuan Cermin Mata, Bantuan Am Negeri

b) Pengendalian Perkhidmatan Warga Tua dan Orang Papa

  • Keperluan dan penjagaan warga tua
  • Institusi warga tua
  • Institusi Pemulihan Pengemis
  • Kaedah dan Peraturan berkaitan
  • Pusat Jagaan Harian Warga Tua

Skim bantuan berkaitan, Contoh: Bantuan Orang Tua, Bantuan Cermin Mata, Geran Pelancaran, Bantuan Am Negeri, Komitmen Antarabangsa

c) Pengendalian Perkhidmatan Orang Kurang Upaya

  • Pemulihan Dalam Komuniti (PDK)
  • Insentif-insentif OKU
  • Pendaftaran OKU
  • Institusi OKU

Skim bantuan berkaitan, Contoh: Elaun Pekerja Cacat, Bantuan Alat Otopedik/ Alat tiruan, Bantuan Cermin Mata, Geran Pelancaran, Bantuan Am Negeri

d) Pengendalian Program Pembangunan Komuniti

  • Pasukan Perlindungan Kanak-kanak (PPKK)
  • Jawatankuasa Kebajikan Kanak-kanak Daerah / Bahagian (JKKD)
  • Briged Kebajikan Perdana
  • Pengurusan NGO
  • Lembaga Pelawat Institusi
  • Geran Pelancaran
  • Pengurusan Bencana

02. Ketahui di jabatan manakah anda akan ditugaskan nanti.

Biasanya di Pentadbiran Kerajaan Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Perlis, di Sabah dan pastinya di Sarawak. Tapi seperti yang dinyatakan di atas, untuk sesi kali ini calon akan ditugaskan di Jabatan Kebajikan Masyarakat. 

03. Dimanakah mencari maklumat terkini berkaitan struktur organisasi, kempen dan aktiviti-aktiviti terkini Jabatan Kebajikan Masyarakat Malaysia?

Calon boleh mendapatkan maklumat tersebut dengan melayari portal rasmi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jangan lupa, untuk selalu menyemak dan mengemaskini permohonan SPA9

04. Apakah dua contoh soalan temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 yang paling lazim diajukan kepada calon temuduga untuk kerja kerajaan?

 Biasanya dua soalan yang paling lazim ditanya kepada calon adalah: a. Calon diminta memperkenalkan diri, dan;

Tips – memperkenalkan diri dengan memastikannya ringkas, padat dan menyeluruh.

b. Alasan kenapa calon memohon jawatan sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat.

Tips – bagi sebab memohon pula, gunakan kreativiti anda tetapi jangan lupa menyatakan bahawa jawatan ini merupakan peluang untuk anda memberi sumbangan dan berbakti kepada negara.

 Dua soalan ini merupakan peluang terbaik untuk mempamerkan kesesuaian diri anda dengan jawatan ini.

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 berkaitan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

(Untuk makluman, selain Jabatan Kebajikan Masyarakat, SPA juga sering membuat pengambilan jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 untuk Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat).

05. Seterusnya, sila sediakan jawapan untuk contoh soalan berkaitan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat seperti di bawah:

a) Siapakah menteri yang menerajui Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat tersebut ketika ini?
b) Namakan timbalan kepada beliau?
c) Sebutkan motto Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan apakah warna rasmi bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat?
d) Sila sebutkan agensi-agensi yang berada di bawah Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
e) Apakah objektif penubuhan Jabatan Pembangunan Wanita?
f) Sebutkan lima dasar teratas Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
g) Apa pula akta-akta yang berkaitan dengan kementerian ini yang anda tahu?
h) Apa yang awak faham tentang Kempen Sunshine dan apakah objektif utamanya?

Tips tambahan: Jangan hadkan diri anda dengan mencari maklumat setakat untuk mendapatkan jawapan bagi soalan (a)-(h) di atas saja. Luaskan bacaan dan rajin-rajinlah bertanya kepada mereka yang punya pengalaman ditemuduga untuk jawatan ini.

Baca: 6 contoh jawapan PADU soalan temuduga

06.  Penguasaan Bahasa Inggeris

Satu lagi yang turut amat penting dititikberatkan ialah daya usaha meningkatkan penguasaan bahasa Inggeris.

Anda harus bersedia ditemuduga dalam Bahasa Inggeris untuk jawatan Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 ini. Anda pun tahu peraturannya,

‘penemuduga tanya dalam Bahasa Melayu jawab dalam BM yang amat baik’

‘penemuduga tanya dalam Bahasa Inggeris jawab dalam BI yang fasih’.

07. Pengetahuan Am

Kerap kali, panel penemuduga ingin mengetahui sejauh mana pengetahuan am anda atau mungkin cuma sekadar untuk berbual kosong tetapi dengan tujuan tertentu. Macamana kalau perkara pertama yang keluar daripada mulut panel selepas anda duduk ialah – ‘JDT Vs Kelantan semalam, berapa skor ya?’ Apa nak jawab kalau tak tahu. Sila sediakan diri anda dengan pengetahuan am termasuklah: 

  1. Isu politik semasa
  2. Perkembangan sukan semasa
  3. Isu sosial hangat semasa

Bacaan tambahan juga : contoh soalan exam online Pembantu Tadbir N19

Contoh Soalan Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 yang popular

Berikut merupakan antara koleksi soalan temuduga popular yang biasa ditanya semasa temuduga. Anda harus ingat bahawa koleksi soalan ini hanyalah sebagai panduan sahaja.

  1. Siapakah yang layak menjadi penerima Bantuan Pesakit/OKU Terlantar (BPT) dan berapakah jumlah bantuan yang layak diterima?
  2. Apakah sekolah selamat yang dinyatakan di dalam Akta Kanak-Kanak 2001?
  3. Berapa kategori OKU dan apakah tujuan pendaftaran OKU dibuat?
  4. Apa yang anda faham mengenai etika pekerja sosial?
  5. Apakah prosedur menangani kes-kes bencana?
  6. Apa sumbangan anda terhadap masyarakat?
  7. Apa yang anda faham tentang konsep pembangunan dan konsep masyarakat?
  8. Jelaskan peranan anda sebagai Pembantu Pembangunan Masyarakat.
  9. Apa perkdimatan yang disediakan oleh Jabatan Perpaduan Negara Dan Integrasi Nasional
  10. Berapa peratuskah Penjawat Awam yang ditangkap kerana terlibat dengan rasuah pada bulan Jun 2018?
  11. Apakah komen anda tentang larangan kepada Penjawat Awam untuk menyertai Skim Cepat Kaya?
  12. Apakah tujuan penubuhan Unit Integriti?
  13. Terangkan apa itu My Integrity Assesment (MyIA).

08. Rujukan khas persiapan temuduga

Anda amat disarankan untuk mendapatkan panduan utama menghadapi sesi temuduga kerja sektor kerajaan di bawah.

Rujukan contoh soalan temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Ni?

Ada lapan sebab kenapa anda kena dapatkan rujukan temuduga kerja kerajaan ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu adalah yg paling mustahak!

1) Anda jadi insan mulia

Untuk makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan contoh soalan temuduga ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.

2) Hati jadi riang gembira

Nota ringkas & padat dlm rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menghadiri temuduga kerja kerajaan yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..

3) Anda dibimbing oleh panel penemuduga sendiri

Rujukan contoh soalan temuduga kerajaan ini ditulis oleh Puan Jud Jamil.

Siapakah beliau?

Puan Jud telah berkhidmat sebagai Ketua Unit Sumber Manusia di salah sebuah agensi kerajaan sejak 8 tahun yang lalu. Beliau terlibat secara langsung dalam proses temuduga jawatan kosong serta kerap menjadi panel temuduga.

Anda rasa?

4) Lebih masa main COC

Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan contoh soalan temuduga (yg sesuai digunakan oleh calon temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19) ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll. Jom.. streaming sampai pagi!

5) Guna pengalaman 13 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan temuduga dan skema jawapan temuduga yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar temuduga kerajaan. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan temuduga yang hampir sama.

Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 13 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan temuduga kerajaan.

6) Memudahkan hidup anda

Skema cara menjawab soalan temuduga dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer caranya. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan temuduga tu yang diajukan semasa iv nanti. Memang kacang goreng la kan..

7) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Rujukan contoh soalan temuduga ni murah giler. Cuma RM30 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM30 pada masa ini? Tiada apa sangat. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Malah, ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

8) Dan lagi hawau..

Disebabkan kemurahan rujukan temuduga kerja kerajaan ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku ni?

Panduan soalan temuduga kerja kerajaan ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku (tambah-tambah lagi dalam musim COVID ni) dah la banyak tempat PKPD / PKPB. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Anda akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 2 jam (kalau anda beli menggunakan billpliz / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.

Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!

09. Apakah akta-akta yang berkait rapat dengan tugas saya sebagai seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 nanti?

 Manalah tahu kalau-kalau anda rajin mencari dan membaca akta-akta tersebut. Berikut adalah akta yang amat berkait rapat dengan bidang tugas seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat S19:  

  1. Akta Kanak-Kanak 2001
  2. Akta Taman Asuhan Kanak-Kanak 1984
  3. Akta Pusat Jagaan 1993
  4. Akta Orang Papa 1977
  5. Akta Orang Kurang Upaya
  6. Akta TASKA 1984
  7. Akta Pengangkatan 1952
  8. Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952
  9. Akta Keganasan Rumah Tangga 1994

Baca : Panduan temuduga Penolong Pegawai Farmasi U19

10. Apakah pula dasar-dasar negara atau pelan tindakan kerajaan atau hasil konvensyen yang sesuai saya baca bagi meluaskan lagi pengetahuan saya?

  1. Dasar Kebajikan Masyarakat Negara
  2. Dasar Warga Tua Negara
  3. Dasar Sosial Negara
  4. Pelan Tindakan Dasar Warga Tua Negara
  5. Pelan Tindakan Kanak-Kanak Negara
  6. Konvensyen Mengenai Hak Kanak-Kanak
  7. Dekad Orang Kurang Upaya Asia Pasifik 1993-2002
  8. Biwako Millennium Framework of Action 2003 – 2012

Adalah menjadi harapan kami agar sedikit panduan yang kami kongsikan ini membantu persediaan anda menjadi lebih lengkap sebelum hadir ke sesi temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 itu nanti.

Semoga berjaya! 

Beberapa FAQ Mengenai Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Tugas Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Seorang Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 adalah bertanggungjawab:

Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan program-program pembangunan masyarakat Orang Asli dari segi pendidikan, latihan, minda, prasarana, kesihatan, kebajikan dan sosioekonomi masyarakat Orang Asli di peringkat negeri dan daerah. Bertanggungjawab membantu menyediakan khidmat sokongan operasi bahagian, menyelaras kursus-kursus, menyemak dan menguruskan tuntutan bayaran, merekod data peserta, penceramah dan fasilitator, menyediakan dokumentasi menerusi media cetak dan elektronik.

Gaji Pembantu Pembangunan Masyarakat S19

Basic gaji Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 ialah RM1,352.00. Itu belum masuk elaun lagi tau.

Demikianlah perkongian kami mengenai tips dan beberapa contoh soalan temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 untuk kali ini.

Jangan lupa, baca semula tips temuduga yang kami sediakan di atas kalau dah mula tak ingat.

Penutup

Panggilan temuduga utk jawatan Pembantu Perawatan Kesihatan U11 telah dikeluarkan. Sekiranya anda juga dipanggil, ahamdulillah. Bukan mudah nak dapat panggilan temuduga sekarang ni tau. Baca contoh soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11 ni untuk menambahbaik persediaan temuduga anda.

Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) melalui SPA telah selesai menapis calon yg sesuai utk jawatan Pembantu Hidupan Liar G19 dalam exam PSEE baru-baru ini. Dan panggilan ke sesi temuduga kepada calon yang berjaya telah dikeluarkan. Jika anda dapat panggilan ni, baca info penting contoh soalan temuduga Pembantu Hidupan Liar G19.

Kekosongan jawatan Pembantu Tadbir N19 di Jabatan Perkhidmatan Awam sudah diiklankan. Dan kini panggilan temuduga Pembantu Tadbir N199 kepada calon yang berjaya telah dikeluarkan. Jika anda dapat panggilan temuduga ini, mohon dibaca info penting contoh soalan temuduga Pembantu Tadbir N19 ni.

KKM sedang menantikan kehadiran bakal Penolong Pegawai Farmasi U29 yang akan menyertai mereka. Tapisan terakhir akan berlangsung tidak lama lagi. Tapisan itu adalah stage temuduga yg digeruni ramai calon. Sila baca contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Farmasi U29 ni utk persediaan awal.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan iklan pengambilan utk Penolong Pegawai Perubatan U29. Proses pengambilan sedang giat dijalankan. Kepada anda yang berjaya dipanggil ke stage temuduga, buat bebaik. Sementera itu, anda boleh rujuk contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Perubatan U29 ni sebagai persiapan awal.

Juruteknologi Makmal Perubatan U29 adalah jawatan yg ‘rare’ dan agak jarang dibuat pengambilan oleh SPA. Mungkin ini peluang baik anda. Buat persediaan sebaiknya dan jangan lupa baca soalan temuduga Juruteknologi Makmal Perubatan U29 ini.

Kpd anda yg berjaya dipanggil ke stage temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29, dikatakan soalan temuduga ni merupakan antara yang agak ‘rumit’ nak dijawab. Baca contoh soalan temuduga lepas di soalan temuduga Penolong Pegawai Penguatkuasa KP29 ni.

Calon yang berjaya dipanggil ke stage temuduga Penyelia Asrama N19 dah diemelkan jadual dan alamat lokasi temuduga. Utk persediaan yang lebih mapan lagi, sila baca soalan temuduga Penyelia Asrama N19 ini.

Semoga berjaya menjawab semua soalan temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19 itu nanti dengan baik!

6 thoughts on “Soalan Temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19”

  1. Bulan 1 saya dapat temuduga bgi jawatan ni. Dan result dah keluar berjaya temuduga, masa interview dia tnya tugas sya sbgai pembantu tadbir PSH smasa bkhidmat dan apa yg kita thu mgenai jabatan mreka. Dan salah ssorg pgawai bagi sya satu soalan minda dh sya lepas mjawapnya. Senang cerita kalu nk jawatan ni, amat sesuai jika calon ada mlibatkan diri dlm sukarelawan. Mcm sya ahli anggota RELA atau mna2 bdn NGO. Yang penting tenang mjawap. Tuan tu jga tanya sya ktua jbatan dan menteri. Kalau diikutkan sgala tmuduga tu tk lah rumit. Mcm sembang kosong. Saya fikir susah tpi biasa2.. Yg penting kita kna lah prepare dgn sgala kemungkinan. Dan byk kan berdoa.

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!