Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Antidadah SPA/JPA Matematik & Kefahaman Bahasa Inggeris

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Antidadah. Masih blurr dan tak tahu apa nak prepare? Masih mencari rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah yg bagus untuk dijadikan bahan latih tubi untuk persediaan pada kali ni? Teruskan bacaan, if yes adalah jawapan anda.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Antidadah AADK NADA

Permohonan jawatan kosong Pembantu Antidadah

Sekiranya anda mahu mengisi jawatan kosong sebagai Pembantu Antidadah secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA9 di Portal SPA9. Permohonan jawatan Pembantu Antidadah adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara online.

Baca : Peperiksaan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 JKM

Nota: Kepada anda yg baru sahaja menerima panggilan SPA ke ujian psikometrik Pembantu Antidadah S19 (calon Semenanjung) utk ambilan di Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) yg dijadualkan pada 27 Januari 2023 ini. Rezeki tu. Jangan sia-siakan peluang yg diberi. Buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian psikometrik ni boleh diperolehi di contoh soalan ujian psikometrik Pembantu Antidadah S19.

Jadual kadar gaji Pembantu Antidadah

Berikut adalah jadual gaji minimum-maksimum serta kadar kenaikan gaji tahunan bagi seorang Pembantu Antidadah;

Gaji minimum – RM1,352.00

Gaji maksimum – RM4,003.00

Kenaikan Gaji Tahunan – RM100.00

*Di samping elaun-elaun dan imbuhan-imbuhan yang seorang penjawat jawatan Pembantu Antidadah layak terima.

Deskripsi tugas Pembantu Antidadah

Berikut adalah senarai tugas am seorang Pembantu Antidadah :

” Mengendalikan pelaksanaan program pemulihan, program pencegahan, penguatkuasaan undang-undang berkaitan dadah dan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pegawai atasan “.

Baca juga: Exam Pegawai Eksekutif LHDN – Contoh Soalan

Syarat lantikan dan kelayakan Pembantu Antidadah S19

Calon lantikan terus hendaklah mempunyai : Kewarganegaraan Malaysia; Umur 18 tahun atau lebih; Dan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

  • (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,352.00);

Atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan.

  • (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,408.40);

Atau Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan.

  • (Gaji permulaan ialah pada Gred S19: RM1,464.80).

Dan Memiliki Kepujian (tidak kurang daripada Gred C) dalam Bahasa Melayu pada tahap Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau Sijil Vokasional Malaysia (SVM).

Semakan peperiksaan Pembantu Antidadah S19

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE) PEMBANTU ANTIDADAH GRED S19 (SEMENANJUNG) – AGENSI ANTIDADAH KEBANGSAAN

TARIKH PEPERIKSAAN : 20 JANUARI 2022 dan 25 JANUARI 2022

MASA PEPERIKSAAN : 2:00 PETANG – 3:00 PETANG

Pautan Alternatif:

https://e-semakan.spa.gov.my/pembantu-antidadah-s19

Sila layari laman web:

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

*Semua calon akan menduduki peperiksaan pada masa yang sama, bermula pada jam 2:00 petang – jam 3:00 petang.

Peperiksaan Pembantu Antidadah S19

Panggilan peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) Pembantu Antidadah S19 untuk tahun 2022 sudah dikeluarkan oleh SPA. Peperiksaan online Pembantu Antidadah S19 akan dijalankan dua (2) kali dalam bulan Januari ini. Kesemua calon adalah dikehendaki menduduki peperiksaan online memasuki perkhidmatan awam (PSEE) selama sejam untuk setiap sesi peperiksaan yang dijadualkan. Bermula 2:00 petang hingga 3:00 petang tepat.

Baca: Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Awam H11

Senario Peperiksaan Pembantu Antidadah S19

Untuk memasuki skim S19 dan layak menyandang jawatan Pembantu Antidadah S19, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang disyaratkan. Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online dan tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut dipanggil untuk menghadiri sesi temuduga yang akan dijadualkan kemudian. Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan pertama. Antara sebab yang dikenalpasti : kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan Pembantu Antidadah S19.

Baca tambahan: Contoh Soalan PSEE / Temuduga Pembantu Pembedahan Pergigian U19

Format Peperiksaan Pembantu Antidadah S19

Format Peperiksaan Pembantu Antidadah S19 pada 20 Januari 2022 dan 25 Januari 2022 terdapat perbezaan ketara berbanding tahun-tahun lepas. Jika anda perasan, format peperiksaan Pembantu Antidadah S19 untuk sesi 2018 berbeza dengan format 2022. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) ada lakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Format tahun 2018 vs Format tahun 2022

Format Pembantu Antidadah S19 2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Pembantu Antidadah S19 2022

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Sama tapi tak serupa

Nampak macam sama. Tapi tak serupa. Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen tetapi perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM digantikan dengan seksyen KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS. Jadi jika anda gunakan perkongsian yang dibuat mengenai peperiksaan Pembantu Antidadah S19 sesi 2018 memang anda akan buang masa. Masa anda akan terbazir dengan baca tip dan trik cara sukses seksyan Pengetahuan Am. Seksyen ini adalah seksyen yang paling banyak makan masa calon sebenarnya.

Elak tersangkut atas pokok

Calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada seksyen B iaitu kefahaman Bahasa Inggeris. Inilah seksyen yang membuat ramai calon ‘tersangkut atas pokok’. Untuk seksyen A, ia melibatkan penyelesaian masalah. Masalah yang diberi hendaklah diselesaikan dengan menggunakan logik akal. Berikut merupakan sedikit perkongsian daripada kami mengenai beberapa contoh soalan setiap seksyen dan penjelasan ringkas topik.

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Antidadah – Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini mengkehendaki calon menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan kemahiran logik, kemahiran menginterpretasi data dan melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Info: Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Tadbir N19 JPA/SPA

Masalah Alahan

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai ‘alahan’ terhadap soalan yang berkaitan nombor dan pengiraan. Namun, jangan terlalu bimbang kerana dalam Peperiksaan Pembantu Antidadah S19, soalan aplikasi konsep Matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja.

Lega bukan?

Cuma, bukan semua topik Matematik SPM disoal dalam peperiksaan ni. Jadi jangan buang masa study semua topik. Nak tahu topik yang mana? Rujukan yang akan kami edarkan di bawah akan menjelaskan semuanya.

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen A ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  1. Penyelesaian Masalah
  2. Menginterpretasi Data
  3. Soalan Matematik
  4. Pemerhatian dan Logik (lebih kurang IQ test)

Info tambahan: Soalan Temuduga Pembantu Perangkaan E19

Beberapa Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Antidadah – Daya Menyelesaikan Masalah

1. Negara ABC mempunyai bangsa X seramai 0.47 juta orang. Bangsa Y pula seramai ¼ daripada bilangan Bangsa X. Manakala Bangsa Z adalah seramai ¾ dari bilangan bangsa Y. Berapakah jumlah Bangsa Z di negara ABC itu?

A) Bangsa Z : 72 956 Orang
B) Bangsa Z : 88 125 Orang
C) Bangsa Z : 117 500 Orang
D) Bangsa Z : 150 750 Orang

2. Baharom baru pulang dari kedai buku. Sebuah buku rujukan yang baharu saja dibeli oleh Baharom mengandungi lima halaman awal, 441 halaman bahagian teks dan 6 halaman bahagian akhiran. Semua muka surat bercetak. Berapakah bilangan helaian kertas dalam buku rujukan Baharom tersebut?

A) 454
B) 228
C) 452
D) 226

3. Ashtilah seorang gadis yang cantik dan bersopan. Dia dapat menjawab 6 soalan Sains dalam masa 9 minit. Berapakah jumlah soalan Sains yang boleh dijawab oleh Ashtilah dalam masa 1 jam 15 minit?

A) 55 soalan
B) 50 soalan
C) 40 soalan
D) 45 soalan

4. Humairah ialah adik kepada Ashtilah. Humairah mempunyai wang sebanyak RM450 di sebuah bank X dengan kadar faedah 4.5% setahun. Kirakan tempoh masa setahun pinjaman Humairah untuk mendapat dividen sebanyak RM81?

A) 4 tahun
B) 3.5 tahun
C) 5 tahun
D) 4.5 tahun

5. Harga 40 biji Durian D24 ialah RM380. Berapakah harga purata sebiji Durian D24?

A) RM 10.00
B) RM 09.00
C) RM 08.50
D) RM 09.50

6. Bongkah Q lebih ringan daripada bongkah S, bongkah R lebih ringan daripada bongkah P dan bongkah Q lebih berat daripada bongkah P.Susun bongkah bermula dengan yang paling berat.

A) R, P, Q, S
B) S, P, Q, R
C) R, Q, P, S
D) S, Q, P, R

Untuk contoh soalan lengkap (dengan huraian jawapan) bagi seksyen A Pembantu Antidadah S19 ini. Anda boleh dapatkan rujukan Peperiksaan Pembantu Antidadah di bawah.

Contoh soalan matematik Pembantu Antidadah S19

Selain itu juga,

Anda mungkin mahu membaca dan memahami terlebih dahulu post sebelum ini iaitu contoh soalan SPA online Daya Menyelesaikan Masalah yang memperincikan 4 pembahagian skop soalan yang sering disoal dalam exam SPA. Dah tahu belum?

Rujukan : [SULIT] Cara Semudah ABC LULUS Exam Online PTD M41

Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Antidadah – Kefahaman Bahasa Inggeris

Inilah seksyen ‘killer’ yang ‘membunuh’ peluang ramai calon. Walau maciam mana pun, soalan yang diketengahkan dalam seksyen B ini masih tidak melebihi sukatan dalam yang sudah anda pelajari sewaktu SPM. Soalan diolah dalam bentuk, sama ada : petikan ringkas dan diikuti beberapa soalan pemahaman atau soalan berkaitan grammar atau vocabulary.

Contoh soalan adalah seperti berikut :

1. The sentence below does not have any punctuation.

Choose the option with the correct punctuation.

i am a good runner

A. i am a good runner.
B. I am a good runner
C. Im a good runner.
D. I am a good runner.

2. Haninah has three dogs and two cats. They are all brown, but one of the dogs has spots. His name is Spot.

Which of the following is true?

A. Haninah has three animals in total.
B. Haninah has more cats than dogs.
C. One of Haninah’s cats is black.
D. All of Haninah’s dogs have spots.

3. For the little boy, a lolly was tangible, whereas a promise was not.

The word tangible in this sentence means:

A. basic
B. untouchable
C. actual
D. edible

4. Please read the following sentence.

Once Adrianna lifted her pen and made a start, writing the essay became easy.

If we change the start of the sentence to:

Writing the essay became easy ….

What will the ending be?

A. after starting.
B. after lifting her pen.
C. once Adrianna lifted her pen and made a start.
D. once she lifted her pen and made a start.

5. The boy’s incorrigible behaviour puzzled his sister.

The word incorrigible in this sentence means:

A. appalling
B. reformed
C. incurable
D. frustrated

6. A cooking utensil with a wide, flat blade that is not sharp, used especially for lifting pan; this tool called a..

A. whisk
B. colander
C. spatula
D. ladle

Untuk contoh soalan lengkap (dan skema jawapan) bagi seksyen B Pembantu Antidadah S19 ini. Anda boleh dapatkan rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah di bawah.

Contoh soalan bahasa inggeris Pembantu Antidadah S19

Atau pun,

Baca dan fahami terlebih dahulu contoh soalan SPA online Kefahaman Bahasa Inggeris yang menjelaskan apa benda yang dipanggil ‘pecahan dalam pecahan‘ yang tersembunyi dalam seksyen killer ini. Bahaya kalau tak tahu..

Rujukan Penuh Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Antidadah

Untuk sesi Januari 2022, rujukan penuh kali ini telah dikemaskini dengan format terbaharu peperiksaan online SPA yang berbeza daripada sesi terakhir peperiksaan.

Contoh-Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Antidadah

Kenapa Anda kena dapatkan rujukan penuh Contoh Soalan Peperiksaan Pembantu Antidadah S19 ni?

1) Lebih masa main PUBG

Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game anda terganggu? Boleh sgt. Anda grab jer rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19 ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa exam je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..

2) Guna pengalaman 14 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan dan skema jawapan exam yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar exam kerajaan. Bukan soalan exam bocor. Bukan soalan exam ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi jenis soalan yang hampir sama.

Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 14 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan peperiksaan SPA.

3) Memudahkan hidup anda

Skema cara menjawab soalan peperiksaan dalam rujukan ini ada disediakan. Paling senang, anda hafal jer segala rumus yg diberi. Tapi tgk nasib juga la. Kalau kebetulan soalan exam tu yang naik masa exam nanti. Memang kacang goreng la kan..

4) Murah gila gais!

Rujukan contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah S19 ni murah giler gais. Cuma RM40 sahaja. Apa yang anda boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sgt pun. Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube atau Netflix!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

Cara beli rujukan penuh contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah

Arahan:

  1. Klik button tempah ‘Tempah Sekarang’ di atas atau klik Rujukan Penuh contoh soalan peperiksaan Pembantu Antidadah.
  2. Scroll ke bawah dan pilih pakej sama ada nak Platinum, Gold, Super atau Basic.
  3. Scroll ke bawah dan masukkan alamat emel ke dalam ruang disediakan, kemudian klik button ‘Proceed to Checkout‘.
  4. Ikuti langkah seterusnya dengan berhati-hati.

Pasti lulus ke kalau saya beli rujukan ini?

Kami tak janjikan anda lulus. Apa yang kami sediakan adalah rujukan termasuk nota, contoh soalan dan penerangan jawatan untuk memudahkan persediaan peperiksaan Pembantu Antidadah anda. Pernah beli buku rujukan SPM? Camtula lebih kurang situasinya.

Info tambahan: Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Juruukur JA29

Bagi calon yang pertama kali dipanggil menduduki, baca dahulu tutorial cara-cara menjawab peperiksaan online SPA yang kami sediakan.

Selamat menduduki peperiksaan!

Leave a Comment

error: Content is protected !!