17 Contoh Soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah

Anda dipanggil Peperiksaan SPA Online bulan ni? Sampai saat ini masih tak sure apa benda nak kena prepare? Dan masih lagi tercari-cari contoh soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah yg bagus? Gagal Peperiksaan SPA Online akan ‘meranapkan’ peluang anda untuk dipanggil ke peringkat temuduga dan seterusnya dilantik ke jawatan tetap dalam sektor awam.

Contoh soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah

Gagal peperiksaan SPA Online juga akan ‘menghancurkan’ harapan anda untuk menjadi ‘Abang Pegawai Kerajaan yang macho lagi bergaya’ atau ‘Akak Gomen yg cantik manis lagi bersopan’. Gagal peperiksaan SPA Online juga semestinya ‘memadamkan’ impian anda untuk menjadi anak yang soleh dan solehah yg menjadi permata keluarga – yg bakal byk berbakti kelak.

Khas orang Kedah: Asalnya, rujukan ini digunakan untuk calon-calon yang akan menduduki PSEE under SPA Pusat. Namun, kebanyakan skop dan nota yang terkandung di dalam rujukan ini juga turut sesuai digunakan untuk peperiksaan-peperiksaan online yang lain termasuk Peperiksaan Atas Talian kelolaan SPA Kedah. Jadi, kepada anda yang akan menduduki Peperiksaan Atas Talian SPA Kedah bagi jawatan Penolong Jurutera (Mekanikal) Gred JA29 (Tetap) pada Bulan November 2023 ini. Kalau anda ada duit lebih, boleh jadikan ini sebagai bacaan tambahan untuk meningkatkan pengetahuan sedia ada anda.

Nota Penting: Khas untuk anda yang dipanggil ke peperiksaan REQT Sarawak pada bulan Oktober dan November 2023 ini. Setinggi tahniah kami ucapkan! Bahan-bahan ulangkaji dan latih tubi untuk ujian REQT Sarawak ini boleh anda dapatkan di contoh soalan REQT Sarawak.

Gagal peperiksaan SPA ini sudah pasti ‘menenggelamkan’ hasrat anda untuk menjadi nama anak yg sering menjadi’sebutan’ mak di hadapan kawan-kawannya semasa membawang. Dan gagal peperiksaan SPA ini sudah pasti ‘memudarkan’ anganan anda untuk menjadi nama anak yg selalu menjadi ‘kebanggaan’ ayah di hadapan rakan-rakannya semasa kupi-kupi di kedai mamak.

Di bawah merupakan koleksi Contoh Soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022) yang boleh dijadikan latihan calon peperiksaan / ujian. Calon yang terlibat juga dicadangkan agar cuba mendapatkan jawapan bagi setiap contoh soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah yang disediakan di bawah.

Ini adalah hari bertuah anda kerana anda juga boleh dapatkan rujukan khas contoh soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah yang disarankan di bawah untuk dijadikan rujukan utama menghadapi peperiksaan online (PSEE) pada tahun ini.

Semakan Penjadualan Peperiksaan SPA

Semakan penjadualan peperiksaan online SPA boleh dibuat dengan melayari:

Facebook SPA:

https://www.facebook.com/SPAMalaysia.gov/

Atau

Portal SPA :

https://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

Pihak SPA akan mengeluarkan makluman mengenai jadual PSEE terkini menggunakan kedua-dua saluran di atas. Di samping menghantar emel panggilan kepada calon yang terpilih.

Pengenalan Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah

Apa itu Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah?

Pada asasnya, Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah adalah bertujuan menguji dan mengukur kebolehan calon dari aspek Numerical Reasoning, seperti yang telah dijelaskan oleh Bahagian Pengambilan SPA.

Calon-calon dikehendaki menjawab item-item yang mengukur gagasan dan kebolehan calon dalam menggunakan logik, interpretasi data dan penggunaan angka.

Soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah digunakan untuk mengukur keupayaan calon-calon untuk berurusan dengan nombor dengan cepat dan tepat. Ujian ini mengandungi soalan yang menilai pengetahuan anda tentang nisbah, peratusan, kos dan analisis jualan, kadar, trend dan penukaran mata wang.

Baca juga : Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah PTD M41

Senario Semasa Peperiksaan SPA Online

Untuk menyandang jawatan dalam perkhidmatan awam, calon perlu, terlebih dahulu lulus peperiksaan yang diisyaratkan.

Sekiranya calon tersebut berjaya dalam peperiksaan online / tapisan awal ini, maka barulah calon tersebut layak untuk dipanggil menghadiri temuduga yang akan dijadualkan kemudian.

Namun berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal dalam proses tapisan awal. Dan ini amat malang sekali.

Antara sebab yang dikenalpasti iaitu kegagalan untuk menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukan dalam Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah di bahagian A.

Format Peperiksaan Online SPA

Format Peperiksaan online SPA telah mengalami evolusi dan menerima perubahan ketara berbanding tahun-tahun lepas.

Sebagai contoh, jika anda perasan, format soalan SPA untuk jawatan gred S19 dan N19 untuk sesi 2017/2018 berbeza dengan format 2022. Pihak Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) dah lakukan perubahan drastik untuk format sesi ini.

Untuk lebih jelas, teliti contoh di bawah.

Format 2017/2018 Vs Format 2021/2022

Format Peperiksaan Online SPA 2017/2018

Seksyen A: Pengetahuan Am

Seksyen B: Daya Menyelesaikan Masalah

Format Peperiksaan Online SPA 2021/2022

Seksyen A: Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen B: Kefahaman Bahasa Inggeris

Eh.. Bukan Sama Ker?

Nampak saja macam sama. Penilaian tetap 2 (dua) Seksyen TETAPI perasan tak, ada perubahan di situ. Seksyen PENGETAHUAN AM ditiadakan dan telah digantikan dengan KEFAHAMAN BAHASA INGGERIS.

Elak Daripada ‘Menangis Tak Berair Mata’

Jadi, calon adalah dinasihatkan agar lebih fokus pada Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah. Inilah seksyen yang membuat ramai calon ‘menangis tak berair mata‘ dek kerana gagal dalam keputusan peperiksaan online SPA.

Sementera, untuk Seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris, ia melibatkan soalan-soalan comprehension dan grammar, termasuk;

  1. Pronoun (Kata Ganti)
  2. Noun (Kata Benda)
  3. Verb (Kata Kerja)
  4. Adjective (Kata Sifat)
  5. Adverb (Kata Keterangan)
  6. Determiner (kami lupa lal pula)
  7. Preposition (Kata Depan)
  8. Conjunction (Kata Hubung)

Untuk penjelasan lanjut mengenai seksyen kefahaman Bahasa Inggeris ini, baca Contoh Soalan SPA Online Kefahaman Bahasa Inggeris yang membincangkan seksyen ini dengan teliti.

Satu lagi, yang turut tidak kurang pentingnya ialah Seksyen Pengetahuan Am. Ia melibatkan soalan-soalan berkaitan kenegaraan, seperti:

  1. Isu-isu semasa,
  2. Hal ehwal politik,
  3. Dasar-dasar awam,
  4. Pengurusan sumber ekonomi,
  5. Pengurusan sumber kewangan,
  6. Pengurusan teknologi maklumat dan komunikasi,
  7. Serta keselamatan negara

Untuk penjelasan detil mengenai seksyen Pengetahuan Am ini, anda boleh baca Contoh Soalan SPA Online Pengetahuan Am yang membincangkan seksyen ini dengan jelas.

Pendekatan Dalam Menjawab Soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah

Seksyen ini memerlukan anda menyelesaikan permasalahan yang dikemukakan dengan menggunakan pendekatan :

  1. kemahiran logik,
  2. kebolehan menginterpretasi data
  3. melalui pemahanan konsep-konsep matematik.

Nyampah Nombor

Kebiasaannya, sesetengah calon memang mempunyai penyakit ‘nyampah nombor‘ terhadap soalan yang berkaitan angka dan pengiraan. Asal tengok masalah yang melibatkan persamaan dan rumus saja terus rasa nak pitam dan hampir-hampir give up.

Namun, jangan terlalu bimbang, kerana dalam Peperiksaan SPA untuk gred 29 dan ke bawah, soalan aplikasi konsep matemaik yang diajukan tidak melebihi sukatan pelajaran di peringkat SPM sahaja. Amat melegakan jiwa bukan?

Melalui pemerhatian yang dilakukan juga, kami cerakinkan soalan dalam Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah ini kepada 4 bahagian utama iaitu;

  • Penyelesaian Masalah
  • Menginterpretasi Data
  • Soalan Matematik
  • Pemerhatian & Logik (macam IQ test)

17 Contoh Soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah Dan Jawapan

Soalan di bawah merupakan versi update. Jawapan turut disediakan untuk setiap soalan. Anda boleh cuba jawab contoh soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah di bawah.

Kami tekankan – cuba jawab dahulu tanpa melihat jawapan. Dapat ke tak anda mencari jawapannya.

Markah penuh ialah 17 (satu markah untuk setiap item).

Sila bandingkan jawapan anda dengan skema jawapan yang telah disediakan di bahagian bawah.

17 Contoh Soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022)

1) Satu garis lurus terhasil apabila menghubungkan 3 titik R, S dan T. Titik S adalah titik tengah bagi garisan tersebut. Koordinat titik R, S dan T masing-masing adalah (-8, p), (5,4) dan (q,-7). Apakah nilai bagi r dan s?

A. r = 13 ; s = 11
B. r = -15 ; s = -18
C. r = 15 ; s = 18
D. r = -13 ; s = -11

2) Diberi satu persamaan garis lurus – 1/2 (y – 5) = x . Tentukan kecerunan.

A. – 5
B. 2
C. – 2
D. 5/2

3) Puan Ashida menghantar anaknya ke tadika pada pukul 9.00 pagi dan menjemput anaknya pulang pada pukul 11.45 pagi. Jika masa rehat anaknya di tadika itu selama 1/2 jam, berapakah tempoh masa aktiviti pembelajaran anaknya?

A. 2 Jam 15 Minit
B. 2 Jam 25 Minit
C. 2 Jam 35 Minit
D. 2 Jam 45 Minit

4) Sebuah kiub berisipadu 216 cm3 dicairkan menjadi tiga kiub baru bersisi 3 cm , x cm dan 5 cm. Bahagian kiub baru x adalah

A. 3.0 cm
B. 3.4 cm
C 4.0 cm
D. 4.5 cm

5) Diberi a : b = 3 : 9, hitungkan nilai b jika a = 27

A. 81
B. 21
C. 27
D. 40

6) Sekiranya harga petrol RON 95 meningkat daripada RM2.72 kepada RM 3.70 seliter, berapakah peratus peningkatan harga petrol RON 95 tersebut?

A. 42.34%
B. 35.52%
C. 40.33%
D. 36.03%

7) Kelas 4 Orkid ada 50 orang murid, 80% daripada pelajar telah memasuki kuiz dan 1/2 daripadanya gagal. Berapakah bilangan pelajar yang lulus dalam kuiz tersebut?

A. 23
B. 32
C. 20
D. 25

8) Dalam Persatuan Silat SMK Taman Seri , terdapat 10 orang berat 35 kg, 20 orang berat 40 kg. Berapakah purata berat pesilat dalam persatuan tersebut?

A. 45.3 kg
B. 50.3 kg
C. 38.3 kg
D. 48.3 kg

9) Hitungkan 144 ÷ (14 – 6 + 4) x ( – 6) =

A. -72
B. -60
C. -54
D. -46

10) Amna Insyirah mempunyai RM220. Dia membelanjakan semua wangnya untuk membeli X buah buku dengan harga RM22 seunit dan Y batang pensil dengan harga RM2 seunit. Persamaan yang menyambungkan X dan Y ialah

A. X + 11Y = 110
B. 11X + 2Y = 220
C. X + Y = 22
D. 22X + Y = 120

11) Hurin Amanina mempunyai 5 gulung tali. Panjang setiap gulung tapi adalah 3.5 meter. Dia menggunakan 3 gulung tali dan 145 cm daripada satu gulung yang lain. Cari panjang dalam meter, baki tali yang belum digunakan.

A. 2.05
B. 5.55
C. 8.45
D. 10.55

12) x(x-2y)-(y-x)2 =

A. –y2
B. 2×2-y2
C. 2xy-y2
D. -2xy-y2

13) Cari median bagi taburan nombor berikut:

| 23 | 25 | 23 | 23 | 24 | 25 | 24 | 25 |

A. 23.5
B. 24
C. 24.5
D. 25

14) Kereta Encik Kinchin menggunakan 5 liter 500ml petrol setiap hari. Berapakah isi padu petrol yang digunakan dalam masa 4 hari ?

A. 21 liter
B. 21 liter 500 ml
C. 22 liter
D. 22 liter 500ml

15) Dalam satu pertandingan Bola Sepak 9 sebelah. Sebanyak 8 pasukan telah mengambil bahagian. Jika perlawanan diadakan secara liga (setiap pasukan mesti bertemu antara satu sama lain). Bberapakah jumlah perlawanan yang akan dilangsungkan dalam pertandingan tersebut?

A. 28
B. 49
C. 56
D. 62

16) Jemal mempunyai 280 biji buah Manggis. Dia menyimpan 1/7 daripada jumlah keseluruhan buah Manggis untuk dirinya dan bakinya dibahagikan sama rata kepada rakannya iaitu Zakir, Herman dan Jakson. Berapakah biji buah rambutan yang diperoleh oleh setiap rakannya ?

A. 40 biji
B. 60 biji
C. 70 biji
D. 80 biji

17) Dalam satu pertandingan jalan kaki, Marlinda berada 15m di depan Sandra Evliani. Marlinda melangkah 1m setiap kali kaki Sandra Elviani melangkah 0.8m. Berapa kali langkahan perlu dibuat oleh Sandra Elviani bagi menyamai Marlinda?

A. 70 langkah
B. 75 langkah
C. 80 langkah
D. 85 langkah

Skema Jawapan Soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022)

  1. C
  2. C
  3. A
  4. C
  5. A
  6. D
  7. C
  8. C
  9. A
  10. A
  11. D
  12. C
  13. C
  14. C
  15. A
  16. D
  17. B

Da semak? Dapat berapa betul?

Anda yang dapat markah sebanyak 16 atau 17. Tahniah diucapkan. Ada harapan la tu utk exam nanti..

Bagi yang dapat markah 15 dan ke bawah. Anda berada dalam kedudukan merbahaya. Segera dapatkan rujukan di bawah untuk meningkatkan persiapan anda!

Jadi, demikianlah beberapa Contoh Soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2022) yang sempat dibincangkan dalam perkongsian ni. Sekali lagi diingatkan, anda cuba dulu jawab sendiri soalan di atas sebagai uji diri. Kemudian barulah semak jawapan tu betul ke idok dengan skema yang disediakan.

Tolong ya. Tolong jangan tipu diri sendiri..

Kami Tahu Anda Tentu Perasan, Dan Tertanya-Tanya Dalam Hati..

Mana cara penyelesaiannya ?

Camna bole dapat jawapan C pula ni?’

Tak faham la, cara kira nak dapat jawapannya.

Jadi, jika anda mahu lebih banyak contoh soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah yang dilengkapi dengan skema jawapan yang lebih padu dan penjelasan jalan kira yang terperinci. Segera dapatkan rujukan di bawah.

Rujukan & Contoh Soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah

17 Contoh Soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2020)
Beli Rujukan Contoh Soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah (Updated 2020)

Mungkin ada yg bertanya di dalam hati:

Rujukan ni sesuai tak untuk dijadikan bacaan tambahan dan bahan latih tubi untuk calon PSEE Pembantu Keselamatan KP19 CGSO (calon Sabah) dan Penolong Pegawai Penyelidik Q29 pada 28 April 2021 ni?

Jawapan sebenarnya adalah:

Iya. Oleh kerana rujukan extra Kefahaman Bahasa Inggeris ini bersifat umum dan sesuai dijadikan bahan ulangkaji untuk hampir kesemua peperiksaan online. Ini termasuklah jawatan Pembantu Keselamatan KP19 CGSO (calon Saah) dan jawatan Penolong Pegawai Penyelidik Q29.

Rujukan ini mengandungi Contoh Soalan SPA – Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah yang berkualiti tinggi dan menepati standard ujian yang telah ditetapkan oleh SPA.

Cara tempah :

  1. Klik Rujukan Daya Menyelesaikan Masalah.
  2. Scroll ke bawah, klik ‘Pilih Rujukan Anda’
  3. Scroll ke bawah, pilih ‘Pilihan Single #2’ (yg kaler hijau tu).
  4. Scroll ke bawah,masukkan emel dan klik ‘Proceed to checkout’.
  5. Pada halaman seterusnya, tak perlu isi ruangan ‘cupon’ tu. Lengkapkan billing information dan klik butang ‘complete your order’.
  6. Di laman seterusnya, pilih online banking anda, tick kotak yg ada dan klik ‘pay’.
  7. Kemudian, anda kena login ke MyBSN atau CIMBClicks atau apa-apa internet banking anda utk selesaikan bayaran.
  8. Anda akan menerima emel yg mengandungi link download rujukan dlm tempoh 1 – 2 jam sahaja.

Kenapa Saya Kena Beli Rujukan Ni?

1) Hati anda jadi riang ria

Nota Ringkas & padat yang akan menjimatkan masa persediaan exam SPA anda. Tak perlu berlari ke sana ke mari cari rujukan. Tak perlu buang berjam-jam masa berharga anda mengadap skrin merantau satu internet. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati jadi riang.

2) Guna pengalaman 14 tahun kami

Contoh soalan diberikan akan membiasakan anda dengan format exam SPA. Bukan soalan bocor, tetapi jenis soalan yang hampir sama. Anda pinjam pengalaman kami selama 14 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan SPA. Semenjak dari era exam SPA masih bertulis (pen & paper) dan masih berpusat!

3) Memudahkan hidup anda

Skema jawapan yang disediakan pastinya menambah kepandaian anda. Ada jalan kira diberi. Tak perlu pecah kepala cari jawapan. Tak perlu susah-susah buat pengiraan. Rumus dan persamaan turut dihulur. Formula matematik yang dah lupa, jadi segar diingatan. Pendek kata, ia memudahkan hidup anda.

4) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)

Boleh beli asing2, misalnya nak rujukan seksyen Daya Menyelesaikan Masalah saja pun boleh. Nak rujukan seksyen Kefahaman Bahasa Inggeris pon takda masalah. Ala carte la kiranya. Ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu. Buat kawin.

Tak pon buat beli smartphone model baharu yang jadi idaman kalbu. Realme X50 5G Pro ke, Oppo Reno4 Pro ke, tak pon Huawei Nova 7SE ker.. Kan..

5) Honda City

Lastly, rujukan ni murah giler. Hanya laburkan beberapa ringgit sahaja modal untuk meningkatkan peluang anda memperolehi masa depan yang cerah. Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya sepanjang hayat. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Malah boleh beli rumah cantik. Honda city sudah la pasti. Inilah pelaburan terbaik yang pernah anda buat.

Tu la sebab kenapa anda bukan setakat kena beli. Tapi kena beli sekarang juga rujukan ni!

Confirm Lulus Ke Kalau Saya Beli Rujukan Ini?

Kami tak berani janji apa-apa. Kerana dalam kehidupan ini, tiada yang pasti. Esok pun belum tentu kita masih hidup. Apatah lagi lulus.

Rujukan ini hanya sekadar sedikit usaha. Usaha untuk meningkatkan peluang anda untuk lulus.

Pernah beli buku rujukan SPM? Haaa.. Camtu la lebih kurang situasinya.

Namun, kami berani cakap, rujukan yang kami recommend ni adalah rujukan contoh Soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah terbaik yang ada di pasaran setakat ini.

Jika Ia Tidak Membantu Saya, Camna?

Jika anda sudah hadir exam online SPA dan dapati rujukan ini langsung tidak membantu walau 1 sen pun, anda boleh buat permohonan pengembalian wang dalam tempoh 24 jam selepas exam. Jadi tiada apa yang perlu anda risaukan!

Duit anda dapat, rujukan ni anda simpan. Anggap ni sedekah daripada kami dan syarikat Infokerjaya.

Cuma, pastikan anda da baca dan da buat semua latihan dalam rujukan Daya Menyelesaikan Masalah ini. Kami yakin & percaya ia bakal membantu anda menjawab soalan-soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah itu nanti. InsyaAllah..

Sempat Ke Pos Buku Ni?

Rujukan & Contoh Soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah ni bukan buku. Tetapi eBook dalam versi download.

Anda akan diberikan akses ke laman download untuk memuaturun semua komponen rujukan selepas bayaran sudah disahkan. Jadi anda tak payah duduk tercongok depan pintu, tunggu orang yang hantar barang tak kunjung sampai.

Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!

Walau bagaimanapun, kalau anda yang banyak sangat ink printer tu, boleh print eBook ni untuk dijadikan buku.

Namun, harus diingat. Contoh-contoh soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah yang kami bawakan ini bukanlah soalan sebenar. Hanya sebagai rujukan sahaja.

Selamat menduduki ujian peperiksaan SPA Online!

FAQ Mengenai Rujukan Daya Menyelesaikan Masalah

Betul ke seksyen Daya Menyelesaikan Masalah ini ditanya dalam semua exam SPA?

Tidak juga. Ada exam yg mempunyai seksyen ini dan ada yg tiada. Cuma, hampir kesemua exam di bawah kelolaan SPA ada seksyen Daya Menyelesaikan Masalah.

Adakah rujukan Daya Menyelesaikan Masalah ini adalah soalan bocor?

Sama sekali bukan. Ini hanya rujukan yang mengandungi latih tubi dan nota-nota padat sahaja. Berfungsi sebagai alat bantu mengulangkaji.

Apakah cara terpantas mendapatkan rujukan ini?

Klik rujukan Daya Menyelesaikan Masalah ini. Ikuti arahan di laman tempahan. Rujukan akan dihantar kepada anda dalam tempoh 24 jam sahaja.

Berapa lama saya dapat rujukan ini selepas bayaran dibuat?

Selepas bayaran diproses. Biasanya, kurang daripada 2 jam dah dpt link download (klu pilih pembayaran menggunakan billplz / online banking). Tetapi tempoh maksimum adalah 24 jam (klu pembayaran secara manual / ATM).

17 thoughts on “17 Contoh Soalan SPA Online Daya Menyelesaikan Masalah”

    • Hi Zurezat,

      Tiada rujukan khas untuk PSEE Pegawai Perikanan G41. Jadi, daripada jawab PSEE tanpa rujukan. Rasanya elok pakai rujukan ni utk membantu Zurezat study. Ia adalah rujukan umum dan sesuai untuk kebanyakan seksyen daya menyelesaikan masalah SPA.

      Reply
    • Salam pn,

      Utk bacaan tambahan. Boleh.

      Cuma utk persediaan lebih lengkap, mmg kena tambah dgn bahan bacaan lain dan kena explore Internet la.

      Teruama seksyen pengetahuan am. Skop dia mmg luas.

      Reply
  1. Untuk soalan ke 13
    utk mencari Median. bukan ke kita seharusnya susun dahulu nombornya
    23,23,23,24,24,25,25,25
    dan no tengah iaitu 24 dan 24
    (24+24)/2 : 24

    maafkan saya sekiranya saya salah dan mohon pencerahan.

    Reply
  2. salam. sy akn menduduki ujian 12/8 ni utk jawatan pembantu tadbir n19. sy nk beli ebook dgn latihan tubinya. mcm mana ya nak beli? sy dah cari tdi tpi mcm xjumpa

    Reply
    • Wkslm fiqa,

      Utk makluman fiqa, jualan rujukan khas Pembantu Tadbir N19 ini masih belum dibuka. Kami akan buka dalam masa terdekat ini. InsyaAllah. Sementara itu, sila dapatkan preview copy percuma N19 ini. Nanti kami akan maklumkan fiqa melalui emel yg dimasukkan apabila julan sudah dibuka.

      Reply
  3. Hi,
    Untuk soalan no 4 . Andai jawapan c =4.0 , (3*4*5)* 3kiub =180 ,kenapa bukan 216cm3, bukan sepatutnya X=4.8 , (3*4.8*5)*3=216cm3 .Betulkan jika saya salah

    Reply
    • untuk kiub, semua sisi adalah sama panjang. jadi maksud soalan tu, 1 kiub semua sisi 3cm, 1 lagi kiub bersisi 5cm. berapa sisi untuk kiub lagi satu. jadi jawapannya, (3*3*3) = 27 , (5*5*5) = 125. total kedua dua kiub = 152.
      baki yang tinggal (216-152)=64. square root kuasa 3 pada 64 = 4cm

      Reply
  4. Maaf nak bertanya untuk soalan yang ke 11 jawapan dia bukankah 5.55m?

    5 x 3.5 = 17.5
    jadi dia menggunakan 3 gulung dan 145cm dari SATU GULUNG yang lain.
    3 x 3.5 + 1.45 = 11.95
    baki yang dia tinggal
    17.5 – 11.95 = 5.55

    Reply
  5. Soalan 4 math tu mcam salah je pilihan jwapan.

    216 cm3 / 3 = 72 cm3

    3 x 5 x X = 72
    X= 72/15
    = 4.8 cm
    Tpi jwapan betul 4.0cm. Soo?

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!