Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41

Anda dipanggil ke Peperiksaan Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) SPA untuk jawatan Penguasa Bomba KB41 pada 19 November 2020 ini? Sampai sekarang masih tak pasti apa nak prepare dan masih lagi tercari-cari contoh soalan daya menyelesaikan masalah Penguasa Bomba KB41 SPA/JPA yg bagus? Anda sudah tentu sedar, gagal dalam Peperiksaan online Penguasa Bomba KB41 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia akan ‘memusnahkan’ peluang untuk dipanggil ke stage temuduga dan memang amat jauuuh sekali daripada menerima lantikan jawatan. Nampak gayanya hasrat suci dalam sanubari anda itu terpaksa ditunda lagi. Ini sudah kali keberapa.. Hurmmm..

Tapi nanti sebentar!

Anda sudah sampai ke tempat yang betul. Sudah tidak perlu ke mana-mana web lain lagi. Siapa tahu post ini bakal mengubah nasib dan masa depan anda! Jadi sila beri perhatian penuh dalam bacaan.

Lebih daripada itu, anda kena buat yg terbaik kali ini. Sebab..

Rujukan Penguasa Bomba KB41

Baca: Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pegawai Penjara KA19

Sebelum itu, bagi yg dah berjaya melepasi ujian psikometrik Penguasa Bomba KB41, cabaran getir seterusnya yg anda kena hadapi ialah sesi temuduga Penguasa Bomba KB41 pada 21 Sept 2021 – 24 Sept 2021 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir sesi temuduga ini. Beberapa contoh soalan temuduga KB41 boleh anda baca di soalan temuduga Penguasa Bomba KB41 ini.

Sementara, untuk anda yg dapat panggilan exam online Penguasa Bomba KB41. Rezeki tu. Selain bahan-bahan ulangkaji utk exam KB41 dalam post ni, anda juga boleh perolehi lain-lain contoh soalan KB41 di contoh soalan peperiksaan Penguasa Bomba KB41.

Berikut adalah makluman terkini yang sudah dikeluarkan oleh SPA.

Sila buat semakan semula nama anda untuk memastikan bahawa anda memang dipanggil menduduki exam online Penguasa Bomba KB41 ini.

SEMAKAN PANGGILAN PSEE PENGUASA BOMBA KB41

Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

MAKLUMAN TERKINI : JADUAL PEPERIKSAAN ONLINE MEMASUKI PERKHIDMATAN AWAM (PSEE)

PENGUASA BOMBA GRED KB41 DI JABATAN BOMBA DAN PENYELAMAT MALAYSIA

TARIKH PEPERIKSAAN : 19 NOVEMBER 2020

MASA PEPERIKSAAN : 10.00 PAGI – 11.40 PAGI

Pautan Alternatif:

http://e-semakan.spa.gov.my/psee-penguasa-bomba-kb41

Sila layari laman web:

http://www.spa.gov.my/web/guest/senarai-penjadualan-peperiksaan/

PERHATIAN :

“Segala pemakluman terkini mengenai peperiksaan akan dipaparkan di Portal Rasmi SPA dan Laman Facebook Rasmi SPA semasa peperiksaan dijalankan. Pastikan anda tidak ketinggalan dengan maklumat mutakhir pihak SPA!”

PERUBAHAN FORMAT PSEE PENGUASA BOMBA GRED KB41 2020

Kalau anda perasan, tahun ini SPA telah membuat sedikit perubahan lagi terhadap format exam online.

Tidak seperti tahun-tahun lepas. Pada tahun 2020 ini, ada tiga (3) seksyen dijadualkan dalam peperiksaan online Penguasa Bomba KB41. Iaitu :

  • Seksyen A – Pengetahuan Am
  • Seksyen B – Daya menyelesaikan masalah
  • Seksyen C – Kefahaman Bahasa Inggeris

Dalam perkongsian ini, kami akan perincikan Seksyen B termasuk format dan contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41.

Calon yg layak menduduki exam online Penguasa Bomba KB41 sudah pasti sedang membuat persediaan. Pasti anda pun sama kan?

Calon peperiksaan Penguasa Bomba KB41 yang sedang mencari maklumat tambahan seperti nota padat, contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah (serta skema jawapan) boleh mengambil peluang dalam peperiksaan kali ini dengan mendapatkan rujukan contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41 yang akan kami edarkan di bawah.

Baca: Contoh soalan daya menyelesaikan masalah Pembantu Awam H11

KEKOSONGAN JAWATAN PENGUASA BOMBA GRED KB41

Berdasarkan iklan terkini kekosongan jawatan SPA iaitu sekitar 30 Jun 2020 lalu, jumlah kekosongan jawatan Penguasa Bomba KB41 yang diperlukan di Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia cuma seramai 40 orang. Calon simpanan pula adalah seramai 40 orang sahaja.

Bagi melayakkan anda menyandang jawatan Penguasa Bomba KB41, calon wajib lulus terlebih dahulu dalam peperiksaan online Penguasa Bomba KB41 yang dijalankan.

GAGAL MENJAWAB SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH PENGUASA BOMBA KB41

Andai calon terbabit berjaya dalam tapisan awal ini, barulah calon itu dipanggil ke temuduga. Akan tetapi, berdasarkan maklumbalas yang diterima, kebanyakan calon gagal melepasi tapisan pertama iaitu : kegagalan menjawab dengan baik soalan-soalan yang dikemukakan dalam peperiksaan online Penguasa Bomba KB41.

Terutamanya di Seksyen B yg mengandungi soalan-soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41.

Tahukah anda bahawa peperiksaan Penguasa Bomba KB41 diadakan khusus oleh pihak SPA Malaysia dengan objektif menguji kemahiran dan daya pemikiran calon mengaplikasikan informasi melalui latihan, pendidikan akademik dan pengalaman.

Untuk itu, sekiranya ingin lulus dengan cemerlang anda perlu bersedia dengan sebaik mungkin menjawab soalan-soalan yang dikemukakan di seksyen Daya menyelesaikan Masalah.

Berikut adalah cadangan persediaan awal yang boleh calon lakukan :

  • Mengetahui tugas sebagai Penguasa Bomba KB41 SPA
  • Mengetahui cara menjawab exam online Penguasa Bomba KB41 SPA dengan betul
  • Melengkapkan diri dengan skema jawapan exam Penguasa Bomba KB41 JPA
  • Bersiap sedia dengan topik peperiksaan Penguasa Bomba Gred KB41 yang berkemungkinan besar disoal
  • Membuat penyesuaian diri dengan contoh soalan exam Penguasa Bomba Gred KB41 SPA

Basically, itulah antara persiapan yang boleh calon-calon buat. Lebih dari itu, calon exam juga boleh mendapatkan rujukan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41 di bawah yang telah membantu ramai calon terdahulu.

JADI ADAKAH ANDA CALON PENGUASA BOMBA KB41?

Calon peperiksaan Penguasa Bomba KB41 yang sedang mencari bacaan tambahan seperti nota padat, contoh soalan peperiksaan Penguasa Bomba KB41 (serta skema jawapan) mungkin boleh mengambil peluang dalam peperiksaan kali ini dengan mendapatkan contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41 yang kami edarkan di bawah.

PROSES LANTIKAN PENGUASA BOMBA KB41

Bagi menjawat jawatan ini, calon mesti memenuhi syarat permohonan. Menduduki dan lulus peperiksaan Penguasa Bomba KB41 dan melepasi tapisan temuduga.

Ini adalah ringkasan proses pengambilan kakitangan awam. Proses aliran diringkaskan seperti di bawah :

1. Memenuhi syarat permohonan

2. Lulus peperiksaan

3. Lepas temuduga

4. Surat lantikan sementara

PEPERIKSAAN PENGUASA BOMBA KB41 JPA SESI 2020

Exam online Penguasa Bomba KB41 merupakan peperiksaan tahap tinggi kerana mempunyai skor penilaian yang akan mengasingkan calon daripada latar akademik berbeza dan lingkungan persekitaran berlainan.

Pihak kami ingin berkongsi beberapa maklumat berkaitan peperiksaan tersebut dalam entri khas ini dan bagaimana anda boleh mendapatkan panduan khas Penguasa Bomba KB41 nanti.

CONTOH SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH PENGUASA BOMBA KB41 SPA

Di dalam seksyen ini, calon dikehendaki menyelesaikan masalah dengan menggunakan pendekatan-pendekatan di bawah :

(I) SKILL LOGIKA

Calon Penguasa Bomba KB41 dikehendaki menggunakan segala pengetahuan yang ada, kemahiran berfikir serta kemahiran mengaplikasi maklumat-maklumat tersebut bagi memilih jawapan yang betul.

(II) SKILL MENGINTERPRETASI DATA

Calon exam Penguasa Bomba KB41 akan diberi soalan jenis penyelesaian masalah yang menggunakan perangkaan atau statistik. Anda perlu membuat analisa untuk menyelesaikan masalah-masalah yang dikemukakan. Penggunaan graf, jadual dan sebagainya digalakkan agar mudah untuk calon mencari jawapan.

(III) KONSEP MATEMATIK

Konsep matematik yang perlu digunakan dalam exam Penguasa Bomba KB41 ini merangkumi (tetapi tidak terhad) kepada algebra dan geometri.

Konsep-konsep asas matematik tersebut bagaimanapun tidak melebihi Sukatan Pelajaran SPM. Oleh yang demikian, aras soalan-soalan ini dianggap sesuai untuk kesemua calon yang terlibat, tanpa mengira latar belakang akademik calon.

Baca : Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Pembantu Pertahanan Awam KP19

Berikut diberikan beberapa contoh soalan daya menyelesaikan masalah Penguasa Bomba KB41:

1) Syarikat Acuan Pantas Technology Sdn Bhd mengadakan majlis ulang tahun. Antara acaranya ialah cabutan tiket bertuah. Setiap pekerja diberi sekali peluang untuk mencabut nombor bertuahnya daripada sebuah kotak. Kotak itu mengandungi kad-kad bernombor 10 hingga 99. Jika nombor bertuah ialah nombor yang sama digit, cari kebangkalian bahawa Hamdan Tahan tidak memenangi apa-apa hadiah.

A) 0.9
B) 0.8
C) 0.7
D) 0.6

2) Hasil tambah panjang dan lebar sebuah homestay berkonsepkan vintage style satu tingkat ialah 100 m. Homestay berkonsepkan vintage style itu mempunyai ruang lantai sebanyak 2500 meter persegi. Apakah panjang dan lebar homestay vintage style itu?

A) panjang 50 m dan lebar 50 m
B) panjang 51 m dan lebar 52 m
C) panjang 52 m dan lebar 54 m
D) panjang 53 m dan lebar 58 m

3) Isey dan Duan, bila berkerja bersama, habis memasang jubin lantai sebuah bilik dalam masa 6 hari. Bila Isey bekerja sendiri, dia mengambil masa 5 hari kurang daripada daripada Duan yang bekerja sendiri. Berapa lama Isey dan Duan ambil untuk menghabiskan kerja ini sendiri tanpa bantuan?

A) Isey = 10 hari , Duan = 15 hari
B) Isey = 10 hari , Duan = 16 hari
C) Isey = 11 hari , Duan = 17 hari
D) Isey = 11 hari , Duan = 18 hari

4) Mr. Wing Han menunggang motosikalnya sejauh 30 km dari rumahnya ke Hospital Besar Muar. Jika Mr. Wing Han menambah laju puratanya sebanyak 10 km/j, masa yang diambil untuk perjalanan itu akan dikurangkan sebanyak 30 minit. Laju purata awalnya ialah..

A) 10 km/j
B) 20 km/j
C) 30 km/j
D) 40 km/j

5) Sebuah bekas mengandungi 98 batang ais krim coklat, 82 ais krim oren dan 76 ais krim Honey Flavour. Jika sebatang ais krim di pilih secara rawak, apakah kebarangkalian mendapat sebatang ais krim Honey Flavour?

A) 1/3
B) 9/32
C) 1/4
D) 19/64

6) Diberi 1010212YY232. Apakah YY?

A) 01
B) 02
C) 12
D) 13

7) 15 liter air mengalir melalui sebatang paip dan masuk ke dalam takungan berbentuk tetrakaidekagon dalam tempoh masa 4.5 minit. Berapakah tempoh masa yang diambil untuk mengisi air sebanyak 727.5 liter ke dalam takungan berbentuk tetrakaidekagon itu menggunakan 2 paip air yang serupa?

A) 1 jam 49 minit
B) 1 jam 57 minit
C) 3 jam 38 minit
D) 7 jam 17 minit

8) Sebuah bekas mengandungi 3,000 biji gula-gula perisa Honey Lime. Amin mengambil 3/4 daripada jumlah gula-gula Honey Lime tersebut. Kemudian Ali mengambil 2/5 pula jumlah gula-gula Honey Lime daripada Amin. Berapakah jumlah gula-gula perisa Honey Lime yang tinggal pada Amin?

A) 450
B) 900
C) 1,350
D) 2,250

9) Sebuah kotak mengandungi 780 biji buah tin diagihkan kepada 6 kumpulan pelajar iaitu P, Q, R, S, T dan U. Kumpulan P mendapat 1/4 daripada jumlah buah tin tersebut. Kemudian kumpulan Q mendapat 1/5 daripada baki buah tin tersebut manakala selebihnya kumpulan R, S, T dan U mendapat sama banyak. Berapakah bilangan buah tin yang akan diperolehi oleh kumpulan R?

A) 117
B) 142
C) 468
D) 568

10) Diberi [100, 85, 70, 55, P, 25, X]. Apakah 2P bahagi X?

A) 5
B) 8
C) 10
D) 15

11) Hayya Afizee memandu dari rumahnya ke satu tempat peranginan yang mengambil masa 5 jam 35 minit. Sekiranya Hayya Afizee bertolak dari rumahnya pada pukul 8.50 pagi, pukul berapakah dia akan tiba di tempat peranginan tersebut?

A) 1.50 petang
B) 1.55 petang
C) 2.15 petang
D) 2.25 petang

12) Ketinggian bangunan baharu Syarikat Keranjang Emas Holding ialah 135m. Cari ketinggian (dalam cm) bangunan tersebut pada kertas lukisan jika dilukis dengan menggunakan skala 1:200.

A) 13.5cm
B) 60.7cm
C) 67.5cm
D) 135.0cm

13) Harga sepotong Kek Premium Nimaz ialah RM15.35, manakala dua potong Kek Premium Mimaz pula ialah RM29.55. Berapakah peratus penjimatan jika Amsani membeli 8 potong dari Kek Premium Mimaz berbanding Kek Premium Nimaz?

A) 3.75%
B) 4.60%
C) 96.25%
D) 122.80%

14) Satu nombor adalah 1 lebih daripada suatu nombor yang lain. Beza kuasa dua nombor ini ialah 17. Apakah nombor-nombor ini?

A) 10, 9
B) 10, 11
C) 9, 8
D) 7, 6

15) Dewan kuliah Jabatan Bomba Malaysia ada 108 kerusi disusun dalam barisan dengan bilangan kerusi yang sama dalam setiap baris. Andaikan anda menghapus tiga baris dengan menambah enam kerusi dalam setiap baris. Berapa baris yang ada sekarang? Berapa kerusi dalam setiap baris ?

A) 8, 11
B) 9, 12
C) 10, 13
D) 11, 14

Setelah meneliti dan cuba menjawab contoh-contoh soalan daya menyelesaikan masalah Penguasa Bomba KB41 di atas. Apa pendapat anda? Agak pening dan sakit kepala bukan?

Berita baiknya ialah..

Calon-calon yang mempunyai kelulusan ijazah Matematik atau bidang pengajian berkaitan Matematik tidak memperolehi kelebihan di seksyen Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41. Ini kerana soalan yang dikemukan adalah soalan jenis logik sahaja. Tidak memerlukan rumus yang rumit-rumit.

Proses penyelesaian masalah tersebut cuma pengaplikasian konsep matematik di peringkat silibus SPM. Bak kata orang, semua calon “bertarung di gelanggang rata”.

Untuk koleksi lengkap contoh-contoh soalan beserta skema jawapan (termasuk jalan kira), anda boleh mendapatkan rujukan contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41 di bawah.

Rujukan contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

Atau,

Anda mungkin mahu membaca terlebih dahulu dan memahami contoh soalan SPA online Daya Menyelesaikan Masalah yang menerangkan 4 jenis skop soalan yang selalu disoal. Dah tahu belum? Kalau belum. Elok baca cepat!

Baca seterusnya : contoh soalan daya menyelesaikan masalah Pembantu Keselamatan KP19

MENGENAI RUJUKAN SOALAN DAYA MENYELESAIKAN MASALAH PENGUASA BOMBA KB41

Secara ringkas, rujukan ini mengandungi perkara-perkara berikut:

Rujukan persediaan exam online ini disusun khas mengikut format exam 2020 yang jauh berbeza dengan format 2017-2018

Dah tolong ramai calon lulus sebelum ini dan tahun ini kami doakan giliran anda pula!

Contoh soalan dan cara penyelesaian setiap soalan. Jadi anda boleh dapat idea jelas apa dan bagaimana soalan ditanya. Tak perlu blurrr lagi!

Nota-nota ringkas Matematik. Tajuk-tajuk yang menjadi soalan lazim penilaian Seksyen Matematik SPA. Buat apa studi topik-topik yang tak pernah ditanya dalam exam SPA seperti “Plan & Dongakan”. Studi yang pernah ditanya jer! Kami tunjukkan.

Semua maklumat yang terkandung didalamnya adalah ilmu dan informasi yang benar dan tepat, yang dikumpul dan dihimpunkan daripada pengetahuan serta pengalaman calon-calon yang telah pun berjaya dalam peperiksaan online Penguasa Bomba KB41.

Inilah satu-satunya rujukan dan panduan yang boleh anda gunakan untuk mencapai impian menjawat jawatan di sektor awam.

Berikut adalah apa yang anda akan miliki sekiranya mendapatkan rujukan daya menyelesaikan masalah ini :

  • Panduan lengkap yang menyentuh semua bahagian yang perlu dijawab oleh calon-calon exam Penguasa Bomba KB41.
  • Huraian secara terperinci Seksyen Daya Menyelesaikan Masalah Peperiksaan online Penguasa Bomba KB41.
  • Contoh Soalan Peperiksaan Penguasa Bomba KB41 beserta skema jawapan untuk memudahkan ulangkaji pantas.
  • Nota khas matematik merupakan satu komponen dalam pakej ini yang bakal membantu anda!

Info lanjut: Contoh Soalan Daya Menyelesaikan Masalah Jurutera J41

SEDIKIT PERINGATAN

Sebelum anda melompat keriangan dan menyangka hidup ini begitu mudah. Suka kami ingatkan bahawa setiap panduan, contoh soalan Penguasa Bomba KB41, tips dan sebagainya yang dihantar kepada anda hanyalah merupakan rujukan sahaja.

Sekadar rujukan dan bukan soalan bocor. Bukan juga jaminan anda akan lulus.

Namun, dengan adanya rujukan & contoh soalan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba sebegini, anda boleh memperkemaskan diri sebaik mungkin untuk menghadapi peperiksaan Penguasa Bomba Gred KB41 pada 10 November 2020 ini.

SENARAI FAQ

Apakah cara terpantas mendapatkan rujukan Daya Menyelesaikan Masalah Penguasa Bomba KB41?

Klik pautan rujukan Penguasa Bomba KB41 ini. Ikuti arahan pembelian di laman tempahan berkenaan.

Adakah ini soalan bocor Penguasa Bomba Gred KB41?

Maaf. Bukan sama sekali. Ini cuma pakej rujukan yang mengandungi koleksi soalan latih tubi dan nota-nota padat. Ia hanya berfungsi membantu korang study dan mengulangkaji sahaja.

Apakah deskripsi tugas seorang Penguasa Bomba KB41?

Tugas seorang Penguasa Bomba KB41 terbahagi kepada lima aspek utama di bawah:

Aspek Operasi
Memantau dan memastikan operasi pemadaman dan penyelamatan mencapai standard dan prosedur ditetapkan.
Mengawalselia urusan pengurusan khdimat tugas-tugas khas berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988

Aspek Penguatkuasaan
Mengawalselia dan membuat pemeriksaan bagi tujuan penghapusan bahaya kebakaran di premis berdasarkan Akta Perkhidmatan Bomba 1988

Aspek Pencegahan dan Keselamatan Kebakaran
Menjalankan pemprosesan pelan bangunan baru yang dikemukakan kepada jabatan berdasarkan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam 1984

Aspek Latihan
Menjalankan program latihan dalam perkhidmatan kepada pegawai dan anggota

Aspek Penyelidikan, Perancangan dan Pembangunan
Menguruskan pembinaan balai-balai bomba baru dan rumah kakitangan di seluruh Malaysia selaras dengan pembangunan negara

Berapa gaji Penguasa Bomba KB41?

Gaji basic ialah RM2,094.00 (belum termasuk kenaikan gaji tahunan dan lain-lain elaun jawatan Gred KB41 layak terima).

Leave a Comment

error: Content is protected !!