Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pemelihara Hutan G41

Anda dipanggil ke ujian psikometrik Pemelihara Hutan Gred G41 ambilan Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia pada 4 Februari 2021 ni? Selain jawatan Penolong Jurutera JA29 (Awam), satu lagi jawatan yang juga melalui tapisan ujian psikometrik ialah Pemelihara Hutan G41. Di bawah disertakan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik Pemelihara Hutan G41 untuk kemudahan rujukan sebelum hadir ujian psikometrik nanti.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pemelihara Hutan G41

Sebelum tu, kepada yg dah melepasi tapisan psikometrik dan PSEE Pemelihara Hutan G41. Tapisan seterusnya yg anda kena lalui ialah stage temuduga. Sudah buat persiapan? Bagi yg belum, jemput baca soalan temuduga Pemelihara Hutan G41 ini.

Kembali kepada topik, ujian psikometrik ini anda kena hadapi dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus barulah dipanggil ke sesi temuduga Pemelihara Hutan G41.

Baca – Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Pertanian G29

Gaji Pemelihara Hutan G41

Sebagai calon yang memohon Pemelihara Hutan G41, sudah pasti anda maklum bahawasanya kategori perkhidmatan Pemelihara Hutan G41 termasuk di dalam kategori Pengurusan dan profesional.

Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja sebagai Pemelihara Hutan G41, basic-nya adalah RM2,084.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang anda layak dan bakal terima. Dah la tu, tiap tahun dapat kenaikan gaji sebanyak RM225.00. Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!

Saya tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan Pemelihara Hutan G41 kerana anda sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik. Maknanya anda memenuhi syarat la tu.

Baca: Contoh soalan ujian psikometrik Pengawal Keselamatan KP11

12 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pemelihara Hutan G41

1) Boleh dikatakan saya terlalu kerap menghadapi masalah menguruskan kewangan saya.

A. Betul
B. Salah

2) Saya lebih banyak memasang telinga bagi mendengar pendapat orang lain kalau dibandingkan dengan mengeluarkan pendapat peribadi.

A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah

3) Saya berasa sakit hati apabila rakan sekerja diberi penilaian cemerlang sedangkan saya lebih baik daripadanya.

a. Setuju
b. Tidak Setuju

4) Saya merasa simpati terhadap rakan rapat yang menghadapi kegagalan.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

5) Saya berasa cukup sukar mengelakkan diri daripada perkara yang tidak positif di tempat kerja.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

6) Saya berpura-pura tidak tahu jika kawan saya mengalami kekecewaan. Nanti orang cakap saya jaga tepi kain orang pula.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

7) Saya lebih senang memendamkan perasaan berbanding meluahkan kepada rakan-rakan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

8) Saya berikrar untuk membuktikan pendapat saya adalah betul sepanjang masa.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

9) Saya masih boleh berbaik-baik dengan kenalan yang tidak berpegang pada janji.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

10) Peribahasa ‘Takut di hujung bedil, lari ke pangkalnya’ sudah tidak sesuai digunakan lagi.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

11) Dari nombor 21 hingga nombor 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?

A. 25
B. 35
c. 115
D. 125

12) Berapa kali putaran jarum saat dalam tempoh 3 jam?

A. 180
B. 150
C. 120
D. 60

Aik.. Apa pasal ada soalan Math pula ni?

Iya. Memang betul. Dalam ujian psikometrik Pemelihara Hutan G41 kadang-kadang turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yg melibatkan pengiraan.

Biasanya tak sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi). Bagi yang memerlukan penjelasan lebih lanjut mengenai hal ini, sila baca contoh soalan ujian psikometrik SPA (numerical type) ini.

Selain itu, bagi yg memerlukan tips lebih lengkap cara-cara menjawab soalan matematik Pemelihara Hutan G41 ini. Termasuk 200 contoh soalan, skema jawapan dan nota-nota padat. Boleh dapatkan versi penuh rujukan psikometrik Pemelihara Hutan G41.

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pemelihara Hutan G41

Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik Pemelihara Hutan G41. Semoga berkongsian kali ini boleh membantu sedikit sebanyak persiapan anda menghadapai ujian online yang akan anda duduki kelak.

Pilih Lokasi Menjawab Ujian Psikometrik Pemelihara Hutan G41

Oleh kerana ujian ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.

Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:

  • bising
  • panas
  • laluan orang
  • liputan internet kurang baik

Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang anda terjejas.

Baca: Contoh soalan ujian psikometrik Penolong Pegawai Perancang Bandar dan Desa JA29

Selami Sikap Baik Anda

Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman anda. Bunyi macam takda apa kan?

Tapi percayalah, dalam ujian psikometrik Pemelihara Hutan G41, anda dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.

Ingat kenyatan kami seterusnya ini. Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.

Nampak? Anda dah mula keliru kan.

Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian psikometrik Pemelihara Hutan G41 ini memang direka khas untuk mengelirukan musuh!

Tidak seperti peperiksaan online yang lain, anda perlu mahir mengira, pengetahuan am, bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.

Bagi ujian psikometrik, ia semua bukan persoalan yang utama. Persoalan terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.

Baca juga : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Perikanan G29

Awasi personaliti dan keperibadian anda. Kerana – kebiasaan anda, tabiat anda, perangai anda amat mempengaruhi apa yang bakal anda jawab sewaktu ujian psikometrik ini.

Mari saya berikan satu contoh supaya anda faham apa yang saya maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.

Saya selalu didenda semasa zaman persekolahan dahulu.

Jawab sama ada: a) BETUL, b) SALAH atau c) TIDAK PASTI.

So.. nak pilih yang mana? Secara teknikalnya anda boleh pilih keduanya. Boleh YA dan boleh TIDAK. Tiada masalah dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.

SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan anda.

Serem tak? Haha..

OK berbalik kepada soalan di atas, untuk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.

Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.

Nampak tak di situ!

Nak lagi banyak contoh soalan Ujian Psikometrik Pemelihara Hutan G41? Nak jawapan sekali serta nota ujian psikometrik yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik ini.

Ketekalan Dalam Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pemelihara Hutan G41

Saya percaya anda sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah ke poin ketiga.

Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif. Mustahil? Tidak!

Jika anda lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikomtertik Pemelihara Hutan G41 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.

Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak. Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!

Hal ini memang mereka sengajakan.

Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.

Bagaimana perangkap ini boleh berkesan?

Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad!

Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.

Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!

Jadi ketekalan anda hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur!

Berita yang paling tidak baik ialah perangkap dalam soalan-soalan ujian psikometrik Pemelihara Hutan G41 tidak terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar untuk dikesan.

Rujukan tambahan : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Jurutera JA29

Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Psikometrik Pemelihara Hutan G41?

Bagaimana mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian psikometrik?

Jawapan pendek – buat latih tubi.

Jawapan panjang – dapatkan rujukan khas untuk ujian psikometrik. Dan kenapa kami cadangkan? Ini kerana ia dilengkapi dengan:

✓ Tips jawab soalan psikometrik
✓ Contoh soalan psikometrik
✓ Cara jawab soalan agar tidak tersasar
✓ Penerangan tentang perangkap psikometrik
✓ Penerangan tentang apa yang bakal menggagalkan psikometrik

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pemelihara Hutan G41
Beli Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pemelihara Hutan G41

Atau,

Anda juga boleh baca dahulu penerangan dan penjelasan yg detil mengenai ujian psikometrik ini di contoh soalan ujian psikometrik SPA (numerical type). Dijamin kekeliruan dan keserabutan anda akan beransur hilang apabila lebih faham bagaimana ujian ini ditadbir.

Apa yang lebih baik daripada ini? Tiada.

Jadi dapatkan segera sebelum jualan ditutup.

Beberapa FAQ Mengenai Ujian Psikometrik Pemelihara Hutan G41

Apa tugas Pemelihara Hutan G41?

Seorang Pemelihara Hutan G41 adalah bertanggungjawab:

Merancang, mengurus dan mengawal aktiviti-aktiviti perhutanan supaya sejajar dengan peraturan-peraturan dan dasar-dasar Kerajaan.

Apakah konsep penilaian dalam Ujian Psikometrik Pemelihara Hutan G41?

Bagi konsep ujian psikometrik (penilaian personaliti/kompetensi) jawatan Pemelihara Hutan G41, ia direkabentuk untuk mengukur trait-trait individu berasaskan keserasian individu terhadap pekerjaan (job-fit), organisasi (organization-fit) serta sifat kerja berpasukan (team-fit).

Penutup

Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.

Ya.. betul sekarang anda bukan calon Pemelihara Hutan G41.

Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran anda akan dapat panggilan ke ujian psikometrik Pemelihara Hutan G41 ini (walaupun anda memohon jawatan lain).

Ujian ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti.

Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil.

Demikian perkongsian kami kali ini mengenai contoh soalan Ujian Psikometrik Pemelihara Hutan G41.

Selamat menduduki ujian psikometrik SPA!

Leave a Comment

error: Content is protected !!