Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19

Anda dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Penguatkuasa Gred KP19 untuk ambilan Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada kali ini? Selain daripada jawatan Juruteknik Komputer Gred FT19, satu lagi jawatan yang juga melalui tapisan ujian psikometrik ialah Pembantu Penguatkuasa KP19. Di bawah disertakan beberapa contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19 utk kemudahan rujukan anda sebelum hadir ke ujian psikometrik pada kali ini.

Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19

Ujian psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19 ini anda kena duduki dengan baik dan kena lepas dengan cemerlang. Sekiranya lulus ujian psikometrik ini maka barulah dipanggil ke sesi temuduga Pembantu Penguatkuasa KP19.

Nota Penting: Sebelum itu, bagi yg dah berjaya melepasi Ujian SPiER ini dengan jayanya. Cabaran getir seterusnya yg anda kena hadapi ialah sesi temuduga Pembantu Penguatkuasa KP19 untuk penempatan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang dijadualkan pada 23 Oktober 2023 – 27 Oktober 2023 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh anda baca di soalan temuduga Pembantu Penguatkuasa KP19 ini.

Kepada anda yg baru saja dipanggil ke ujian SPiER Pembantu Penguatkuasa KP19 pada kali ini. Tolong jangan sia-siakan peluang yg diberi dan buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk ujian ini boleh anda perolehi di contoh soalan SPiER Pembantu Penguatkuasa KP19.

Khas untuk anda yg baru sahaja dapat panggilan untuk menghadiri ujian fizikal Pembantu Penguatkuasa KP19 bagi ambilan di Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada kali ini. Apa yang berlaku di sana? Apa persediaan perlu anda buat? Baca di ujian fizikal Pembantu Penguatkuasa KP19.

Kepada anda yg dapat panggilan PSEE Pembantu Penguatkuasa KP19 pada kali ini. Tolong jangan sia-siakan peluang yg diberi dan buat persediaan sebaik mungkin! Bahan-bahan ulangkaji utk peperiksaan online ni boleh diperolehi di contoh soalan peperiksaan Pembantu Penguatkuasa KP19.

Kekosongan Jawatan Pembantu Penguatkuasa KP19 Tahun 2023

Mengenai jumlah kekosongan, jika berpandukan hebahan yang telah dikeluarkan SPA pada 13 Jun 2023, bilangan kekosongan jawatan sebagai Pembantu Penguatkuasa KP19 di Kementerian Dalam Negeri adalah sebanyak 9 tempat. Manakala, calon simpanan adalah seramai 30 orang.

Tidak perlu ditekankan betapa perlu dan peri pentingnya anda membuat persediaan sebelum tarikh ujian psikometrik tiba. Anda da besar panjang dan da bleh pikir sendiri..

Ini satu jumlah yang amat terhad kalau mengambilkira jumlah calon yang tinggi dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19 oleh SPA sebenarnya. Oleh sebab itu, sila beri tumpuan penuh anda terhadap perkongsian ini!

Semakan Ujian Psikometrik

  • Pembantu Penguat Kuasa Gred KP19
    (Kementerian Dalam Negeri)
    (Penilaian Online Memasuki Perkhidmatan Awam (PSEE) – Ujian Psikometrik)
    [Tarikh PSEE : 1 Ogos 2023]

Baca : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Antidadah S41

Gaji Pembantu Penguatkuasa KP19

Sebagai calon yang memohon, sudah pasti anda sedia maklum bahawasanya kategori perkhidmatan Pembantu Penguatkuasa KP19 ini termasuk di dalam kategori sokongan dan pelaksana.

Mengenai gaji, kalau baru masuk kerja sebagai Pembantu Penguatkuasa KP19, basic-nya adalah RM,360.00. Paling best ialah – itu belum termasuk elaun-elaun lain yang anda layak dan bakal terima. Dah la tu, tiap tahun dapat kenaikan gaji sebanyak RM100.00. Wow.. Patutlah ramai giler orang nak masuk kerja kerajaan!

Kami tidak mahu menyentuh mengenai syarat lantikan kerana anda sudah pun dipanggil ke ujian psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19 ni. Maknanya anda telah memenuhi syarat la tu.

Baca: Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Meteorologi C29 (Sains Komputer)

13 Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19

1) Boleh dikatakan saya agak selalu juga menghadapi masalah menguruskan kewangan.

A. Betul
B. Salah

2) Saya lebih banyak mendengar pandangan orang lain, daripada mengeluarkan pendapat peribadi.

A.Sangat Kerap
B. Kerap
C. Jarang-jarang
D. Sekali-sekala
D. Tidak Pernah

3) Saya berasa geram apabila rakan sekerja diberi penilaian cemerlang sedangkan saya fikir saya lebih baik daripadanya.

a. Setuju
b. Tidak Setuju

4) Saya merasa kasihan terhadap sahabat yang menghadapi kegagalan.

a. YA
b. TIDAK
c. KURANG PASTI

5) Saya berasa amat sukar mengelakkan diri daripada perkara-perkara yang negatif di tempat kerja.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

6) Saya sedaya-upaya buat-buat tidak tahu jika kawan saya mengalami kekecewaan. Nanti orang cakap saya jaga tepi kain orang pula.

a. Tidak pasti
b. Kadang-kadang
c. Tidak pernah

7) Saya lebih selesa memendam perasaan berbanding meluahkan kepada rakan-rakan.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

8) Saya berikrar utk membuktikan pendapat saya adalah betul sepanjang masa.

a. Sangat kerap
b. Kerap
c. Tidak pasti
d. Kadang-kadang
e. Tidak pernah

9) Saya masih boleh berbaik-baik dengan kenalan yang tidak berpegang pada janji.

a. Sangat tidak setuju
b. Agak tidak setuju
c. Tidak setuju mahu pun setuju
d. Agak setuju
e. Sangat setuju

10) Peribahasa ‘Takut di hujung bedil, lari ke pangkalnya’ sudah tidak sesuai digunakan lagi.

a. Sangat setuju
b. Setuju
c. Tidak pasti
d. Tidak setuju
e. Sangat tdak setuju

11) Saya cenderung untuk membuat contengan apabila saya fokus

A. Ya
B. Tidak

12) Dari nombor 21 hingga nombor 29, semua jumlah nombor ganjil ditolak dengan jumlah nombor genap berapa hasilnya?

A. 25
B. 35
c. 115
D. 125

13) Berapa kali putaran jarum saat dalam tempoh 3 jam?

A. 180
B. 150
C. 120
D. 60

Aik.. Apa pasal ada soalan Math pula ni?

Iya. Memang betul. Dalam ujian psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19 ‘kadang-kadang’ turut diselitkan dengan soalan-soalan Matematik atau soalan yang melibatkan pengiraan. Sila ambil perhatian – perkataan ‘kadang-kadang’ di situ. Boleh jadi ada, boleh jadi juga tiada.

Biasanya tak sukar, cuma dibuat agar mengelirukan. Operasi asas sahaja (tambah, tolak, darab dan bahagi). Bagi yang memerlukan penjelasan lebih lanjut mengenai hal ini, sila baca contoh soalan ujian psikometrik SPA (numerical type) ini.

Update terkini : Bermula tahun 2020, pihak SPA sudah tidak memasukkan lagi soalan berbentuk pengiraan dalam ujian psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19. Ini memang suatu kelegaan buat anda..

Selain itu, bagi yang mahukan tips yang lebih lengkap mengenai cara-cara menjawab ujian psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19 ini. Termasuk 200 contoh soalan, skema jawapan dan nota-nota padat. Boleh dapatkan versi penuh rujukan psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19.

Baca: Contoh Soalan Ujian Psikometrik Penolong Pegawai Penyediaan Makanan C29

Tips Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19

Apa yang ingin dibincangkan ialah beberapa tips menjawab soalan psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19. Semoga berkongsian kali ini boleh membantu sedikit sebanyak persiapan anda menghadapi ujian online yang akan anda duduki kelak.

Pilih Lokasi Menjawab Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19

Oleh kerana ujian ini diadakan secara online. Sesetengah calon, sukati dia nak lepak mana sambil menjawab.

Pesan kami – pilih lokasi menjawab ujian yang bersesuaian dan hindarilah keadaan-keadaan berikut:

  • bising
  • panas
  • laluan orang
  • liputan internet kurang baik

Faktor luaran ini jika dibiarkan boleh menjejaskan tumpuan dan boleh mengakibatkan peluang anda terjejas.

Baca: Contoh Soalan Ujian Psikometrik Juruteknik Komputer FT19

Selami Sikap Baik Anda

Berbanding dengan faktor luaran di atas. Tips kedua ini lebih kepada faktor dalaman anda. Bunyi macam takda apa kan?

Tapi percayalah, dalam ujian psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19, anda dikehendaki menonjolkan sikap yang baik, menarik dan positif.

Ingat kenyatan kami seterusnya ini. Seseorang calon cenderung menyatakan sesuatu perbuatan itu baik walaupun hakikatnya orang ramai menganggapnya tidak baik.

Nampak? Anda dah mula keliru kan..

Iya. Antara hal yang paling sukar dalam ujian psikometrik ialah tahap kekeliruan yang tinggi. Ujian psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19 ini memang direka khas utk mengelirukan musuh!

Tidak seperti peperiksaan online yang lain, anda perlu mahir mengira, pengetahuan am, bahasa Inggeris dan sebagainya. Ia hanya berdasarkan logik akal dan fakta. Cabarannya adalah meningkatkan tahap kemahiran dan menghafal banyak fakta.

Bagi ujian psikometrik, ia semua bukan persoalan yang utama. Persoalan terletak pada perangkap ‘kekeliruan nilai’.

Baca juga : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Jurubahasa LA19

Awasi personaliti dan keperibadian anda. Kerana – kebiasaan anda, tabiat anda, perangai anda amat mempengaruhi apa yang bakal anda jawab sewaktu ujian psikometrik ini.

Mari saya berikan satu contoh supaya anda faham apa yang saya maksudkan. Di bawah ialah satu contoh soalan psikometrik.

Saya selalu didenda semasa zaman persekolahan dahulu.

A) BETUL

B) SALAH

C) TIDAK PASTI

So.. nak pilih yang mana? Pada dasarnya anda boleh pilih mana-mana satu di antara ketiga-tiga pilihan jawapan yg diberi. Boleh YA, boleh TIDAK dan boleh TIDAK PASTI. Tiada masalah. Dan tiada jawapan salah dalam soalan psikometrik.

SPA bukan nak jawapan betul pun, sebab semua jawapan adalah betul secara teknikal. SPA semata-mata hendak membuat pengukuran terhadap nilai teras dan pertimbangan anda.

Serem tak? Haha..

OK berbalik kepada soalan di atas, utk memilih jawapan yang baik adalah dengan memilih sikap yang lebih baik.

Tips: Orang yang sering didenda sewaktu zaman persekolahan biasanya nakal, tidak beretika, suka melanggar disiplin dan suka memberontak.

Nampak permainannya tak di situ!

Nak lagi banyak contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19? Nak sekali nagn jawapan serta nota ujian psikometrik yang lebih lengkap dan komprehensif? Boleh baca rujukan ujian psikometrik ini.

Ketekalan Dalam Menjawab Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19

Saya percaya anda sudah faham maksud poin kedua di atas. Sekarang calon-calon menjadi lebih berhati-hati. Mari kita pindah ke poin ketiga.

Malangnya ramai yang akan kecundang disebabkan ketidaktekalan mereka memilih jawapan yang mengandungi nilai baik dan positif. Mustahil? Tidak!

Jika anda lihat dengan lebih teliti, soalan-soalan psikomtertik Pembantu Penguatkuasa KP19 ada yang diulang lebih daripada sekali, cuma awas kerana bentuk soalan atau cara penyoalan sudah diubah.

Adakah pihak SPA tersalah memilih soalan? Tidak. Server atau sistem mereka bermasalah? Tidak!

Hal ini memang mereka sengajakan.

Ada yang mungkin perasan, ada yang tidak.

Bagaimana perangkap ini boleh berkesan?

Jawapannya ialah – pada masa ujian yang terhad berbanding jumlah soalan yg amat banyak!

Oleh kerana masa yang semakin suntuk, calon cuba menjawab soalan seberapa banyak yang boleh. Bagi yang cuai, mereka akan ‘menembak’ jawapan yang difikirkan betul.

Ada antara ‘tembakan’ ini tidak sama dengan jawapan sebelumnya bagi soalan yang sama!

Jadi ketekalan anda hancur, begitu juga dengan peluang yang lebur!

Berita yang paling tidak baik ialah perangkap dalam soalan-soalan ujian psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19 tidak terhad setakat dua di atas sahaja. Ada lebih daripada itu dan sukar utk dikesan.

Rujukan tambahan : Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pegawai Kesihatan Persekitaran U41

Bagaimana Meningkatkan Ketekalan Semasa Menjawab Soalan Psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19?

Bagaimana mempelajari perangkap-perangkap dan meningkatkan ketekalan dalam menjawab soalan ujian psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19?

Jawapannya – buat latih tubi.

Sebab itulah anda amat disarankan utk mendapatkan rujukan umum ujian psikometrik di bawah sebelum menduduki ujian psikometrik..

Rujukan Psikometrik ini tidak spesifik utk jawatan Pembantu Penguatkuasa KP19. Ini merupakan rujukan umum. Namun, rujukan ini sesuai dijadikan bahan bacaan tambahan dan latih tubi utk kebanyakan ujian psikometrik SPA termasuklah Pembantu Penguatkuasa KP19. Peringatan: Adalah lebih baik anda hadir dgn sedikit persediaan, berbanding hadir tanpa apa-apa persiapan!

Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19
Beli Rujukan Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pemelihara Hutan G41

Atau pun,

Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan psikometrik (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!

Selain itu,

Anda juga boleh baca dahulu penerangan dan penjelasan yang detil mengenai ujian psikometrik ini di contoh soalan ujian psikometrik SPA (numerical type). Dijamin kekeliruan dan keserabutan anda akan beransur hilang apabila lebih faham bagaimana ujian ini ditadbir.

Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Rujukan Umum Psikometrik Ni?

Ada enam sebab utama kenapa anda kena dapatkan rujukan umum psikometrik ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Sebab nombor 3 tu paling win sekali!

1) Anda jadi insan mulia

Sebagai makluman, sebahagian daripada hasil jualan rujukan psikometrik ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.

Disebabkan itu, andai anda gagal sekalipun dalam sesi ujian psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yang sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.

2) Hati jadi riang gembira

Nota ringkas & padat dlm rujukan psikometrik ni akan menjimatkan tenaga anda. Tidak perlu berlari seluruh Internet mencari bahan utk menghadiri psikometrik yang betul. Tidak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..

3) Lebih masa main ML

Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer rujukan umum psikometrik (yang sesuai digunakan oleh calon ujian psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19 ni. Pastu baca nota-nota tu. Habis ceta.

Tinggal tunggu masa ujian psikometrik je sampai. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll. Jom.. streaming sampai pagi!

4) Guna pengalaman 14 tahun kami sepenuhnya

Contoh soalan psikometrik dan skema jawapan yang diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar ujian psikometrik. Bukan soalan bocor. Bukan soalan ramalan. Bukan sama sekali. Tetapi format soalan psikometrik yang hampir sama.

Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 14 tahun (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji soalan-soalan psikometrik kerajaan. Semenjak ujian psikometrik masih bertulis dan berpusat lagi. Pada ketika itu masih dikenali sebagai ujian sahsiah dan minat!

5) Boleh simpan duit lebih (utk kawin)

Rujukan ujian psikometrik ni murah giler. Cuma RM40 sahaja untuk pakej basic. Pakej basic ini sebenarnya sudah memadai utk kegunaan anda. Oh.. ya, apa yang anda boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Tiada apa sangat pun. Bahkan, utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!

Oleh kerana betapa murahnya rujukan ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Malah, ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..

6) Dan lagi hawau..

Disebabkan kemurahan rujukan ujian psikometrik ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.

Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yang ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.

Sempat ke pos buku Psikometrik ni?

Rujukan ujian psikometrik ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku (tambah-tambah lagi dalam musim COVID ni). Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).

Anda akan diberikan akses ke laman download utk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan.

Berapa lama tu baru leh dapat rujukan psikometrik ni pas bayar?

Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 1 jam (kalau anda beli menggunakan FPX (via billplz) / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.

Lagi pun..

Cara ni lebih cepat untuk anda mula study!

Apa yang lebih baik daripada ini? Tiada.

Jadi dapatkan segera rujukan contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19 ini sebelum jualan ditutup.

Beberapa FAQ Mengenai Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19

Apakah kriteria penilaian dalam Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19?

Data-data penilaian diperolehi melalui kaedah laporan kendiri (self-report) iaitu individu perlu menjawab jujur dan memberikan jawapan yang paling tepat mengenai dirinya dalam ujian psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19. Kaedah ini sama dengan proses temuduga berasaskan kompetensi, cuma yang membezakannya ialah penemuduga akan menyoal secara verbal kepada calon dengan menggunakan soalan-soalan yang piawai yang telah disediakan.

Manakala ujian psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19 meminta calon sendiri menjawab secara laporan kendiri (self-report) dengan memberikan respon kepada soalan-soalan atau kenyataan yang telah disediakan secara paparan komputer.

Adakah Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19 mempunyai status lulus dan gagal?

Oleh kerana bilangan calon yang memohon Pembantu Penguatkuasa KP19 adalah besar bilangannya, penentuan calon lulus dalam urusan ujian psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19 juga mengambil kira bilangan calon yang akan dipanggil ke peringkat temuduga iaitu berdasarkan nisbah bilangan kekosongan jawatan Pembantu Penguatkuasa KP19 dengan bilangan yang ditetapkan untuk dipanggil ke peringkat temuduga.

Contohnya jika kekosongan ialah 20, maka bilangan calon yang berjaya dipanggil ke peringkat temuduga Pembantu Penguatkuasa KP19 adalah 200 orang (1:10) iaitu yang terbaik berdasarkan merit skor semua calon yang menduduki ujian.

Penutup

Bagi yang lain, jangan senang hati sangat.

Ya.. betul sekarang anda bukan calon Pembantu Penguatkuasa KP19.

Tapi, hanya masa yang akan menentukan bila giliran anda akan dapat panggilan ke ujian psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19 ini (walaupun anda memohon jawatan lain).

Ujian ni tak kenal jawatan, boleh jadi apa-apa jawatan akan pihak SPA adakan ujian Psikometrik nanti.

Kalau nak lagi bijak, baik beli sekarang dan simpan siap-siap sebelum dipanggil.

Demikian perkongsian kami kali ini mengenai contoh soalan Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19.

Selamat menduduki ujian psikometrik SPA!

1 thought on “Contoh Soalan Ujian Psikometrik Pembantu Penguatkuasa KP19”

  1. Kenapa soalan psikometrik numerical macam dalam website seperti link diberi di atas macam soalan daya menyelesaikan masalah pulak? Psiko maknanya test psiko lah kan. Kalau bagi soklan math itu dah uji minda? Peninglah pecahan soalan SPA ni…

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!