Cara Mandi Wajib Haid Yang Benar Menurut Islam

Dalam Islam, golongan wanita yang baru lepas kedatangan haid dan nifas diwajibkan untuk melaksanakan mandi wajb. Hal ini demikian kerana, mandi wajib haid yang dilaksanakan adalah untuk membersihkan atau mensucikan diri daripada najis dan mengangkat hadas besar agar boleh melaksanakan ibadah. Masalahnya, ramai yang ingat-ingat lupa cara mandi wajib haid yang benar menurut islam.

cara mandi wajib haid yang benar menurut islam

Bukan itu sahaja, ianya juga wajib dilaksanakan agar kita sebagai umat islam dapat menunaikan kembali solat lima waktu. Selain itu, bagi anda yang belum mengetahui ataupun sudah lupa, mandi wajib haid juga dikenali sebagai mandi junub dan ianya tidak boleh dipandang ringan.

Oleh itu, bagi mereka yang baru selesai haid perlulah mandi wajib dengan betul agar ibadat yang akan dilakukan sah. Hal ini demikian kerana, sekiranya mandi wajib tidak dilaksanakan mengikut tata cara mandi wajib haid yang betul maka ibadah yang dilakukan selepas itu dikhuatiri menjadi tidak sah.

Anda juga boleh menggunakan air apa sahaja untuk mandi wajib haid sebagai contoh air hujan, air sungai, air paip, air pancut atau shower. Kerana apa yang penting ialah air tersebut air mutlak. Justeru setelah mengetahui jenis air yang boleh digunakan dan hukum mandi wajib, mari kita kupas sedikit tentang cara mandi wajib haid yang betul.

Bagi yang belum mengetahui atau yang lupa tentang cara mandi wajib haid yang benar menurut islam, cara mandi wajib selepas haid mempunyai lebih kurang tujuh langkah atau cara dalam melengkapkan urusan mandi wajib.

Baca juga: Jenis-Jenis Cuti Perkhidmatan Awam

Langkah pertama atau cara pertama untuk cara mandi wajib selepas haid ialah hadapkan badan ke arah kiblat terlebih dahulu. Kemudian kedua-dua belah tangan hendaklah dibasuh sebanyak tiga kali.

Seterusnya anda perlulah berinstinjak atau membasuh kemaluan (depan dan belakang) daripada najis-najis yang menghalang sampainya air ke kulit badan. Setelah selesai melakukan langkah pertama, kita akan beralih ke langkah kedua cara mandi wajib haid yang betul.

Langkah kedua cara mandi wajib haid yang betul adalah: setelah selesai berinstinjak, anda perlulah mengambil wudhu sebagaimana anda mengambil wudhu untuk menunaikan solat dengan bacaan niatnya – sahaja aku berwudhu bagi melakukan mandi wajib kerana Allah Taala.

Langkah kedua ini simple berbanding langkah pertama, namun ianya tetap wajib dilaksanakan kerana jika tertinggal salah satu cara tersebut, ibadah yang akan dilakukan kemudian tidak sah.

Langkah seterusnya ialah anda perlulah membaca – ‘Bismillahirahmanirrahim’ kemudian niat untuk mandi wajib. Niat yang perlu dibaca ialah:

Niat mandi wajib haid:

نَوَيْتُ الْغُسْلَ لِرَفْعِ حَدَثِ الْحَيْضِ ِللهِ تَعَالَ

Niat mandi wajib haid rumi:

Nawaitu Ghusla Lirafi’ Hadatsil Haidil Lillahi Ta’ala

Maksudnya:

“Saya berniat mandi wajib untuk mensucikan hadas besar dari haid kerana Allah Ta’ala.”

Namun begitu, pastikan air yang disiram di kepala anda adalah sebanyak tiga kali iaitu dimulai dengan bahagian kanan kemudian bahagian kiri dan yang terakhir bahagian tengah. Setelah melaksanakan langkah ketiga, kita akan melihat pula langkah keempat cara mandi wajib haid yang benar menurut islam yang betul.

Langkah keempat cara mandi wajib haid adalah, anda hendaklah menggosok atau meratakan air yang jatuh ke seluruh tubuh badan termasuk celah-celah jari, pangkal rambut, cuping telinga, lubang hidung, lubang dubur dan pusat.

Selain itu, bagi wanita yang mengikat rambut ketika mandi hendaklah diuraikan agar air yang mengalir mengenai seluruh rambut dan kulit kepala. Hal ini demikian kerana sekiranya ada anggota badan yang tidak mengenai air maka mandi wajib tersebut masih belum dianggap sah mahupun sempurna.

Baca juga: Jadual Pembayaran Gaji Kakitangan Kerajaan 2023

Bagi anda yang mandi wajib di sungai atau kolam, anda hendaklah melakukan selaman sebanyak tiga kali agar airnya merata ke seluruh tubuh badan.  Ini merupakan langah keempat cara mandi wajib haid yang perlu anda tahu.

Langkah terakhir setelah semua yang dilakukan di atas selesai,  anda hanya perlu membaca doa mandi wajib iaitu – aku bersaksi bahawa tiada tuhan melainkan Allah yang Esa dan tiada sekutu bagiNya. Dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasulnya.

Setelah selesai membaca doa mandi wajib maka sempurnalah mandi wajib haid yang anda laksanakan.

Kesimpulannya, mandi wajib haid ini sangat penting dan wajib dilakukan bagi semua wanita kecuali golongan wanita yg sudah mengalami menopause. Kerana ianya mensucikan diri wanita berkenaan sebelum melaksanakan ibadah. Oleh itu, di atas ini telah disenaraikan cara-cara mandi wajib haid yang benar menurut islam. Semoga berfaedah untuk semua..

3 thoughts on “Cara Mandi Wajib Haid Yang Benar Menurut Islam”

Leave a Comment

error: Content is protected !!