Contoh Pengiraan Zakat Pendapatan

Sebagai orang Islam kita diwajibkan untuk membayar zakat. Seperti yang semua ketahui, zakat merupakan rukun Islam yang ketiga. Ia wajib dibayar oleh semua umat islam yg layak. Zakat dari segi istilah bermaksud mengeluarkan harta tertentu dengan kadar tertentu. Zakat terbahagi kepada dua yakni zakat fitrah dan zakat harta. Walau bagaimanapun, masih terdapat sesetengah umat islam yang masih bingung dengan kaedah pengiraan zakat pendapatan. Oleh itu, bagi mereka yang masih ingat-ingat lupa kaedah pengiraan zakat pendapatan, di bawah ini akan ditunjukkan bagaimana contoh pengiraan zakat pendapatan.

Contoh Pengiraan Zakat Pendapatan

Bagi orang islam yang berkemampuan, anda diwajibkan untuk membayar zakat sebagai tanggungjawab kita sebagai orang islam. Namun begitu, setiap pengeluaran zakat telah pun ditentukan dan ianya hendaklah mengikut syarat-syarat yang telah disyariatkan bagi membantu golongan yang lebih memerlukan.

Bagi yang masih tertanya-tanya tentang zakat pendapatan. Zakat pendapatan sebenarnya termasuk dalam kategori zakat harta. Zakat pendapatan ialah pengeluaran wajib ke atas sebahagian pendapatan yang diperolehi yg meliputi upah, gaji, elaun, imbuhan dan bonus.

Cara Mandi Wajib Haid Yang Benar Menurut Islam

Oleh itu, mari kita mengkaji pula bagaimana kaedah kira zakat pendapatan yang masih menjadi kekeliruan sebahagian orang. Zakat pendapatan mempunyai dua kaedah pengiraan iaitu kaedah pengiraan secara tanpa tolakan dan seterusnya kaedah pengiraan dengan tolakan.

Kaedah Tanpa Tolakan

Kaedah tanpa tolakan merupakan kaedah yang lebih mudah dan ringkas untuk dilakukan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kaedah tanpa tolakan ini hanya perlu mengira jumlah pendapatan kasar yang diperoleh sahaja.

Bagaimana kaedahnya? Jumlah keseluruhan pendapatan tahunan yang anda telah perolehi akan dikirakan sebanyak 2.5 peratus. Daripada jumlah itu akan mendapatkan hasil akhir pembayaran atau jumlah zakat yang wajib anda bayar. Lihat contoh berikut,

Kaedah Pengiraan Zakat Tanpa Tolakan

Pendapatan kasar setahun X 2.5 peratus = RM 60 000 X 2.5 = RM 1 500 (zakat yang wajib dibayar).

Oleh hal yang demikian, contoh pengiraan zakat pendapatan ini merupakan salah satu kaedah bagaimana zakat pendapatan dikira menggunakan kaedah tanpa tolakan.

Kaedah Dengan Tolakan

Kaedah pengiraan dengan tolakan pula akan dikira berdasarkan jumlah pendapatan bersih iaitu selepas ditolak dengan jumlah pelepasan-pelepasan zakat pendapatan. Hal ini dikatakan demikian kerana, kadar pelepasan zakat pendapatan adalah berbeza bagi setiap negeri dan zakat pedapatan ini juga boleh dikatakan sama seperti pelepasan cukai pendapatan.

Selain itu, terdapat beberapa perkara yang boleh ditolak untuk pengiraan zakat antaranya adalah:

  • Perbelanjaan asas diri sendiri,
  • Nafkah anak-anak,
  • Nafkah isteri,
  • Caruman KWSP,
  • Caruman kepada institusi kewangan
  • Pemberian kepada ibu bapa

Ini merupakan antara perkara yang boleh ditolak ketika pengiraan zakat untuk kaedah dengan tolakan. Mari lihat contoh berikut,

Kaedah Pengiraan Zakat Dengan Tolakan

Jumlah nisab semasa = RM 18 143.08
Jumlah pendapatan tahunan = RM 60 000

Diri sendiri = RM 10 000.00
Isteri = RM 3 000.00
Anak-anak = RM 2 000.00 (2 org X 1000)
Ibu bapa = RM 3 000.00 (RM 250 X 12 bulan)
KWSP = RM 4 620.00 (RM 385.00 X 12 bulan)
Tabung haji = RM 2 400.00 (RM 200 X 12 bulan)
Jumlah pelepasan zakat pendapatan = RM 25 020

Jumlah pendapatan layak zakat
RM 60 000 – RM 25 020 = RM 34 980.00

Jumlah zakat pendapatan = 2.5%
RM 34 980 X 2.5% = RM 874.5 (setahun) / RM 72.87 (sebulan)

Setelah melihat kaedah pengiraan di atas, mungkin ada yang tertanya-tanya – nisab semasa tu apa pula? Nisab semasa ialah jumlah pendapatan minimum seseorang yang layak dikenakan zakat iaitu paras minima yang menentukan sama ada wajib atau tidak sesuatu pendapatan itu dikeluarkan zakat.

Kalau pendapatan layak zakat seseorang (selepas semua tolakan pelepasan zakat) kurang daripada RM 18 143.08 setahun. Maka, beliau tidak perlu membayar zakat pendapatan. Ada faham?

Oleh itu, kesimpulannya jika seseorang itu mempunyai jumlah pendapatan layak zakat melebihi jumlah nisab yang ditetapkan, maka orang tersebut perlulah mengeluarkan zakat pendapatan. Justeru, ini merupakan kaedah kedua atau kaedah dengan tolakan untuk contoh pengiraan zakat pendapatan.

Kesimpulannya

Terdapat dua kaedah pengiraan zakat pendapatan yang boleh dipelajari oleh orang ramai. Bukan itu sahaja, bagi mereka yang keliru, anda boleh melihat kaedah-kaedah di atas untuk memahami bagaimana cara untuk mengira zakat pendapatan. Diharapkan contoh pengiraan serta huraian menggunakan dua contoh pengiraan zakat pendapatan ini dapat difahami dan di pelajari oleh anda semua.

Leave a Comment

error: Content is protected !!