Kadar Gaji Minimum Di Malaysia

Pelaksanaan kadar gaji minimum di Malaysia sebenarnya telah dikuatkuasakan pada 1 Mei 2022 melalui Warta Kerajaan Persekutuan bertarikh 27 April 2022 dengan Dokumen pewartaan bertajuk Perintah Gaji Minimum 2022 mengikut Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011.

Kadar Gaji Minimum Di Malaysia

Namun, masih banyak kekeliruan yg ditimbul di kalangan majikan. Begitu juga dengan para pekerja. Jadi penjelasan di bawah mungkin boleh memberi sedikit pencerahan kepada anda.

1. Apakah definisi “gaji minimum”?

Definisi “gaji minimum” di bawah seksyen 2, Akta Majlis Perundingan Gaji Perundingan Gaji Negara 2011 [Akta 732] ialah gaji pokok sahaja, tidak termasuk apa-apa elaun atau bayaran lain.

2. Terdapat dua tarikh kuat kuasa PGM 2022 iaitu:

A. Pada 1 Mei 2022, pelaksanaan gaji minimum RM1,500 kepada:

(i) bagi majikan yang mengambil 5 orang pekerja atau lebih; dan

(ii) majikan tanpa mengira bilangan pekerja yang diambil bekerja yang majikan menjalankan suatu aktiviti profesional yang dikelaskan bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (Malaysia Standard Classification of Occupations, MASCO) 2020 sebagaimana yang diterbitkan secara rasmi oleh Kementerian Sumber Manusia.

B. Pada 1 Januari 2023, bagi majikan yang menggajikan kurang daripada lima orang pekerja, tidak termasuk majikan yang dinyatakan di Perenggan 2 A (ii).

Bagi tempoh 1 Mei 2022 hingga 31 Disember 2022, kadar gaji minimum bagi pekerja untuk majikan kategori ini adalah mengikut kawasan tempat kerja pekerja iaitu RM1,200 di kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran dan RM1.100 untuk kawasan selain kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran.

3. Penjelasan mengenai pelaksanaan gaji minimum ke atas majikan yang menjalankan aktiviti profesional di bawah MASCO.

Seseorang majikan yang menjalankan aktiviti profesional iaitu merujuk kepada pekerjaan kategori 2: Profesional di bawah MASCO

Dalam pengkelasan MASCO di bawah Kumpulan Utama 2: Profesional, terdapat sembilan kumpulan sub utama, iaitu

(a) profesional sains dan kejuruteraan;
(b) profesional kesihatan;
(c) profesional perguruan;
(d) profesional perniagaan dan pentadbiran;
(e) profesional teknologi maklumat dan komunikasi;
(f) profesional perundangan;
(g) profesional perkhidmatan hospitaliti dan yang berkaitan;
(h) profesional sosial dan kebudayaan; dan
(i) badan pengawalaturan

*Untuk maklumat lanjut mengenai MASCO sila layari:

https://emasco.mohr.gov.my/masco

4. Siapakah yang layak menerimanya?

Kadar ini terpakai kepada semua pekerja swasta kecuali pekhidmat domestik. Pekerja swasta ertinya mana-mana orang atau golongan orang yang dinyatakan dalam jadual yang berikut:

(i) Jadual Pertama Akta Kerja 1955;
(ii) Jadual Ordinan Buruh Sabah; atau
(iii) Jadual Ordinan Buruh Sarawak.

Oleh itu, pekerja TASKA, pekerja dalam industri mikro, pekerja badan bukan berasaskan keuntungan (non-profit organisations, NGOs), pekerja rumah ibadat, pekerja separa masa, pekerja kasual, adalah layak menerima gaji minimum, tertakluk kepada terma dan syarat kontrak perkhidmatan masing-masing.

Baca juga: Hak-Hak Pekerja Yang Diberhentikan Kerja

5. Mengapakah pekerja asing tidak dikecualikan daripada menerima gaji minimum?

Seksyen 60L Akta Kerja 1955, seksyen 118B Ordinan Buruh Sabah dan seksyen 119B Ordinan Buruh Sarawak tidak membenarkan sebarang bentuk diskriminasi antara pekerja tempatan dan pekerja asing. Di samping itu, Konvensyen ILO No.100: Equal Remuneration telah diratifikasikan oleh Malaysia pada tahun 1997 yang menetapkan seseorang pekerja hendaklah tidak didiskriminasikan atas alasan kewarganegaraan.

6. Apakah implikasi undang-undang apabila Perintah Gaji Minimum 2022 diwartakan?

Implikasi undang-undang apabila Perintah Gaji Minimum 2022 diwartakan ialah:

(i) Perintah Gaji Minimum 2020 adalah terbatal. Walau bagaimanapun, apaapa prosiding undang-undang, pendakwaan atau siasatan yang dibuat di bawah Perintah Gaji Minimum 2020 adalah diteruskan sehingga selesai;

dan

(ii) Semua kontrak dan Perjanjian Kolektif hendaklah mengambil kira semua peruntukan dalam Perintah Gaji Minimum 2022.

7. Bolehkah majikan membayar gaji pokok yang lebih rendah daripada gaji minimum jika pekerja mereka bersetuju?

TIDAK BOLEH. Ini adalah bertentangan dengan undang-undang.

8. Apakah penalti bagi majikan yang tidak membayar gaji minimum?

Majikan yang didapati bersalah kerana tidak membayar gaji minimum kepada pekerja boleh dikenakan penalti seperti berikut:

KesalahanPenalti
Kesalahan PertamaDenda tidak melebihi RM10,000 setiap pekerja. Mahkamah boleh memerintahkan majikan untuk membayar kepada setiap pekerjanya perbezaan di antara kadar gaji minimum dengan gaji pokok.
Penalti AmDenda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap kesalahan jika tiada penalti diperuntukkan.
Penalti bagi Kesalahan BerterusanDenda harian tidak melebihi RM1,000 bagi kesalahan yang berterusan selepas sabitan.
Penalti bagi Kesalahan BerulangDenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun.

9. Adakah gaji minimum bertentangan dengan amalan Productivity-Linked Wage System (PLWS)?

TIDAK. Pelaksanaan Perintah Gaji Minimum tidak bertentangan dengan amalan majikan yang melaksanakan PLWS selagi pekerja tidak menerima kadar yang kurang daripada kadar gaji minimum.

10. Di manakah majikan dan pekerja boleh mendapatkan bantuan dan nasihat mengenai dasar dan pelaksanaan gaji minimum?

Isu-isu Dasar

Sekretariat
Majlis Perundingan Gaji Negara

Kementerian Sumber Manusia
Aras 7, Blok D3, Kompleks D
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel: 03-8886 5156
Faks: 03-8881 0668
E-mel: minimumwages[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: www.mohr.gov.my

Isu-isu Pelaksanaan

Jabatan Tenaga Kerja (Semenanjung Malaysia dan Labuan)
Kementerian Sumber Manusia
Aras 5, Blok D3, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel : 03-88865192
Faks: 03-8889 2368
Emel : jtksm[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jtksm.mohr.gov.my

Jabatan Tenaga Kerja (Sabah)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 1, Blok C & D,
Bangunan KWSP P/S 14557
88852, Kota Kinabalu, SABAH
Tel : 088-238755/233820
Faks : 088-242445
Emel : jtknsabah[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jtksbh.mohr.gov.my

Jabatan Tenaga Kerja (Sarawak)
Kementerian Sumber Manusia
Tingkat 13, Bangunan Sultan Iskandar,
Jalan Simpang Tiga,
93532, Kuching, SARAWAK
Tel : 082-242261/414062
Faks : 082-244909
Emel : gajimin[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jtkswk.mohr.gov.my

Jabatan Perhubungan Perusahaan Malaysia
Kementerian Sumber Manusia
Aras 9, Blok D4, Kompleks D,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62530 PUTRAJAYA
Tel : 03-88865460
Faks : 03-88862355
Emel : jppm[at]mohr[dot]gov[dot]my
Laman sesawang: jpp.mohr.gov.my

Beberapa FAQ Mengenai Kadar Gaji Minimum Di Malaysia

Saya cuma kerja enam (6) hari dalam seminggu. Macamana kiranya tu?

Jika enam (6) hari bekerja, pekerja itu harus dibayar RM57.69 sehari, RM69.23 sehari kalau lima (5) hari bekerja) dan RM86.54 sehari bagi yang empat (4) hari bekerja dengan setiap jam bersamaan RM7.21.

Saya tiada gaji pokok, tetapi dibayar gaji berdasarkan kerja atau tugasan yang boss beri. Macamana tu?

Berhubung seseorang pekerja yang tidak dibayar gaji pokok, tetapi dibayar gaji hanya berdasarkan upah ikut kerja, berat tan, tugasan, perjalanan atau komisen, kadar gaji bulanan yang kena dibayar hendaklah tidak kurang daripada RM1,500.

Leave a Comment

error: Content is protected !!