Semakan Daftar Mengundi

Tora datang lagi! Lima tahun sekali, rakyat Malaysia akan turun mengundi. Kalau anda ingat, kali terakhir kita mengundi ialah pada 09 Mei 2018. Anda dah boleh mengundi belum masa tu? So, kali ini kita akan kongsikan beberapa cara membuat semakan daftar mengundi.

Semakan Daftar Mengundi

PRU kali ini, rakyat Malaysia akan undi sebelum Mei 2023. Inilah tika dan saatnya anda berpeluang menjadi penentu kepada masa depan negara. Inilah waktu dan masa yg ditunggu-tunggu untuk anda sebagai pengundi untuk turun mengundi calon dan parti pilihan anda untuk mewakili kawasan anda. Sekaligus menerajui kerajaan Malaysia untuk 5 tahun akan datang.

Masalahnya adakah anda sudah membuat semakan daftar mengundi? Jangan sampai, semangat berkempen dah berkobar-kobar, last-last tak boleh mengundi sebab belum berdaftar. Naya Pak Karim..

Melalui semakan daftar mengundi PRU15, ini membolehkan anda mendapatkan info-info mustahak misalnya lokasi mengundi anda bagi DUN dan PARLIMEN pada pilihan raya umum.

Baca juga: Jenis-Jenis Cuti Perkhidmatan Awam

Di bawah adalah diberikan 4 cara membuat semakan daftar mengundi:

Cara semakan daftar mengundi secara online

Senang sahaja untuk semakan alamat & lokasi mengundi secara online ni.

1) Klik semakan daftar pemilih SPR ini.

2) Isikan No. Kad Pengenalan anda (cth: 98xxxxxxxxxx) atau No. Perkhidmatan Tentera (cth: Txxxxx) atau No. Perkhidmatan Polis (cth: RFxxxxx/RFSxxxxx/Gxxxxx). Semasa mengisi nombor-nombor tu, pastikan tanpa tanda (-) atau jarak.

3) Masukkan aksara ‘Captcha’ yg tertera.

4) Dan tekan butang SEMAK, nanti akan terpaparlah hasil lokasi anda membuang undi.

Cara semakan daftar mengundi melalui SMS

Hantar pesanan ringkas (SMS) anda ke nombor di bawah ini untuk mendapatkan lokasi mengundi terus ke telefon bimbit anda.

Caranya:

Taip SPR SEMAK <jarak> Nombor Kad Pengenalan dan hantarkan ke nombor 15888.

Nota: Dan setiap mesej yang anda terima daripada Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia anda akan dikenakan caj sebanyak 20 sen.

Semakan Daftar Pemilih SPR melalui panggilan telefon (Hotline)

Selain itu, anda juga boleh menghubungi terus talian telefon (Hotline) ke pejabat SPR. Staff Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia yang bertugas akan melayan pertanyaan anda, termasuk butiran semakan daftar pemilih anda.

Sila hubungi no telefon: 03-88927018

Semakan Daftar Pemilih melalui Apps MySPR Semak

Mungkin ini antara kaedah yang ramai akan pilih. Semakan melalui aplikasi. Hanya download dan install Apps ‘MySPR Semak’ telefon pintar anda.

Install MySPR Semak di Google Play Store atau MySPR Semak di Apple Store ini.

Selain membuat semakan daftar mengundi, anda juga boleh membuat semakan calon pillihanraya dan semakan keputusan pilihanraya.

Baca juga: Contoh Pengiraan Zakat Pendapatan

Tarikh-tarikh penting PRU15

Berdasarkan pengumuman yg telah dibuat oleh SPR, berikut adalah tarikh hari penamaan calon, hari mengundi awal dan hari pengundian.

Hari Penamaan Calon5 November 2022 (Sabtu)
Hari Mengundi Awal15 November 2022 (Selasa)
Hari Pengundian19 November 2022 (Sabtu)

Beberapa FAQ

Apakah dokumen yang perlu saya bawa ke pusat mengundi?

Pengundi hendaklah membawa dokumen pengenalan diri. Sama ada kad pengenalan atau passport atau lesen memandu atau dokumen pengenalan sementara (JPN. KPPK09) atau resit laporan kehilangan kad pengenalan (JPN. KPPK11) yg disahkan JPN. Ini bagi tujuan pengesahan identiti semasa di saluran mengundi.

Bolehkah saya berswafoto (selfie) dengan kertas undi saya?

Berswafoto (selfie) atau apa-apa tindakan mendedahkan kertas undi di dalam saluran merupakan kesalahan di bawah Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

Apakah maksud pendafaran undi automatik?

Pendaftaran undi automatik ialah seseorang individu yang layak didaftarkan secara automatik sebagai pengundi oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia tanpa perlu berdaftar secara manual atau atas talian.

Ia melibatkan calon pengundi yang layak dan mempunyai hak untuk mengundi serta melepasi syarat-syarat wajib untuk menjadi pengundi yang sah kecuali bagi pengundi pos.

Leave a Comment

error: Content is protected !!