3 Jenis Konflik Di Tempat Kerja

Konflik Diri

Konflik ini bersifat persendirian atau antara diri sendiri. Dalam tugas dan kehidupan harian anda perlu membuat keputusan yang melibatkan banyak alternatif. Apakah sebabnya konflik begini boleh timbul?

3 Jenis Konflik Di Tempat Kerja

– Pertama, anda terpaksa memilih antara beberapa alternatif yang bersesuaian.

– Keduanya, anda terpaksa memilih alternatif yang mempunyai kedua-dua kesan positif dan negatif.

– Ketiga, anda dihadapkan dengan alternatif yang mempunyai kesan negatif sahaja.

Baca : 14 Tanda-tanda konflik berlaku di pejabat

Konflik Antara Manusia (Interpersonal)

Konflik antara manusia berlaku di mana-mana sahaja terutamanya di tempat kerja. Sumber yang tidak mencukupi, percanggahan pendapat dan persepsi, tersalah anggap dan sebagai merupakan sebab-sebab timbulnya konflik ini. Berlaku di mana terdapatnya hubungan manusia terutamanya apabila mereka perlu berkomunikasi dan bekerja bersama untuk mencapai matlamat yang sama tetapi berlainan peranan, tanggungjawab dan keperluan.

Baca: 8 Punca Stress Di Tempat Kerja!

Konflik Pasukan

Sesuatu pasukan akan menghadapi dua jenis konflik dalam menjalani peranan dan tugas mereka. Konflik dalam Pasukan samalah seperti pasukan mengalami konflik sesama sendiri oleh sebab-sebab tertentu.

Baca juga : Hak-hak pekerja yang diberhentikan majikan

Konflik antara Pasukan merupakan konflik yang tercetus antara satu pasukan dengan pasukan lain umpamanya antara Pasukan Kerja Sumber Manusia dan Pasukan Kerja Kewangan disebabkan mereka bercanggah pendapat tentang perbelanjaan dan faedah kakitangan. Konflik pasukan perlu dititik berat dan diurus dengan baik demi kebaikan dan peningkatan prestasi pasukan dan organisasi.

Baca seterusnya : Apakah tanggungjawab majikan jika membuat pemberhentian pekerja?

Jenis Isu Pencetus Konflik

Menurut Schmidt and Tannenbaum (1972), terdapat 4 jenis isu yang menyebabkan tercetusnya konflik antara manusia.

– Tidak setuju dengan maklumat/tujuan

– Tidak setuju dengan cara melakukan tugas

– Tidak setuju dengan suatu keterangan/fakta

– Tidak setuju dengan nilai (benar/salah)

Leave a Comment

error: Content is protected !!