4 Tips Lulus Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Tips Lulus Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

4 Tips Lulus Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29. Anda nak duduk Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29? Apa-apa pun, tahniah kerana terpanggil ke exam itu.

Berikut dikongsikan 4 tips tip-top untuk lulus exam ini:

1. Anda perlu peka bahawa kesemua calon yang menduduki peperiksaan ini adalah dari pelbagai bidang akademik. Soalan-soalan yang dikemukakan sudah semestinya meliputi kesemua bidang akademik. Oleh yang demikian, terdapat beberapa soalan yang berkemungkinan sukar untuk individu tertentu menjawab (terutama jika ia di luar bidang anda).

Oleh itu, jika terdapat soalan yang tidak boleh dijawab dengan baik dan yakin, anda dinasihatkan agar tidak membuang masa dan terus sahaja menjawab soalan-soalan berikutnya. Akhir nanti, apabila masa masih mengizinkan maka anda kembali semula kepada kepada soalan yang sukar itu tadi.

Baca: 9 Naga Kejayaan Dalam Temuduga

2. Soalan objektif ialah soalan aneka pilihan. Dimana empat (4) pilihan jawapan diberikan dan anda perlu memilih salah satu (1) sahaja jawapan yang betul. Jawapan yang dikehendaki bukan sahaja yang betul tetapi yang paling tepat.

Baca dan mengkaji kesemua pilihan jawapan yang dikemukakan kerana yang diperlukan ialah jawapan yang paling tepat. Dengan meninggalkan jawapan-jawapan yang difikirkan salah, pilihan jawapan akan berkurangan dan ini dapat membantu dalam proses pemilihan jawapan yang benar-benar tepat.

Baca: Contoh Soalan Peperiksaan Penolong Pegawai Tadbir N29 (PDF)

3. Bagi merekodkan jawapan, anda akan dibekalkan borang (kertas jawapan) khas yang akan diproses menggunakan komputer. Ditegaskan agar anda menggunakan pensel 2B sahaja. Jika alat tulis lain digunakan, jawapan anda mungkin tidak diambil kira kerana komputer tidak dapat memprosesnya.

Jika calon perlu membuat perkiraan, jawapan contoh dan sebagainya, gunakan kertas lain atau buku soalan. Kertas jawapan yang dibekalkan adalah khusus untuk merekodkan jawapan sahaja. Jangan conteng atau lipat kertas jawapan khas tersebut.

Baca: Contoh soalan peperiksaan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

4. SPA sudah membuat tapisan sebelum memanggil calon. Mereka membuka peluang berdasarkan kelayakan graduan. Jika anda terpilih, ertinya anda adalah graduan berkelayakan! Tetapi kelayakan sahaja tidak cukup. Sama sekali tidak cukup. Ini kerana yang menggagalkan calon adalah ‘Attitude’. Tapi ‘Attitude’ yang bagaimana? 

‘Attitude’ hadir ke peperiksaan tanpa persediaan dan mengharapkan keajaiban berlaku. Hadir peperiksaan dengan persediaan rambang dengan harapan persediaan itu tepat. Hadir peperiksaan dengan angan-angan tetapi tak sedar angan-angan itu mungkin benar-benar bertukar jadi angan-angan Mat Jenin. Bantulah diri anda untuk lulus dengan melakukan persediaan. Buang ‘attitude-attitude’ itu, tukarkan diri anda menjadi calon yang bakal berjaya dengan buat persediaan rapi dan tersusun.

Rujukan khas dihasilkan untuk calon-calon yang akan menduduki exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 pada 08 Mac ini. Baca di: Rujukan Khas Exam Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29

Leave a Comment

error: Content is protected !!