Menulis resume dan membangunkan resume killer adalah tiket anda untuk mencari kerja atau bertukar pekerjaan baru. Bukan sahaja resume boleh membantu anda anda mendapatkan pekerjaan, tetapi ia juga turut memainkan peranan penting dalam membantu anda mendapatkan gaji yang lebih tinggi atau mungkin jawatan yg lebih tinggi. Siapa tidak mahu bukan? Jadi kali ini kita akan merungkaikan 5 panduan cara menulis resume kerja yang killer! Enjoy..
Secara ringkasnya, resume ialah dokumen pemasaran diri.
Harus diketahui, dalam resume ‘killer’ terdapat banyak perbezaan antara mempromosi diri anda secara berkesan dan bunyi orang yang sombong.
Untuk menonjolkan diri berbanding pesaing anda, resume perlu ditulis, dibentang dan diformat dengan betul. Jangan lupa bahawa untuk setiap jawatan kerja yang anda berkemungkinan besar akan bersaing dengan pencari kerja yang lain, yang turut berkongsi kemahiran dan pengalaman yang sama seperti diri anda.
Baca juga: Resume Kerja Kerajaan Yang PASTI Memikat Bakal Majikan!
Jadi bagaimana untuk kita memastikan resume anda kelihatan profesional, killer dan memudahkan mendapat perhatian?
Apa yang anda perlu lakukan untuk memberi diri anda peluang terbesar untuk dipanggil ke temuduga kerja?
Jawapannya adalah mudah: kuncinya ialah terletak pada cara menulis resume yg killer.
Meningkatkan kemahiran adalah penting. Pengalaman dan kejayaan masa lalu harus dimasukkan ke dalam resume supaya pembaca (iaitu pengurus pengambilan atau penemuduga) dapat memahami betapa bernilainya anda. Dan boleh membawa anjakan baharu kepada organisasi atau syarikat mereka.
Berikut adalah 5 panduan cara menulis resume kerja killer:
1. Tumpuan kepada pencapaian bukan tugas dan tanggungjawab
Seorang pengurus pengambilan / penemuduga adalah kurang mengambil berat tentang tugas-tugas harian anda dan lebih berminat dalam pencapaian dan kejayaan lepas anda. Jika bunyi resume anda seperti senarai panjang tanggungjawab sehari-hari, maka ia adalah masa untuk menjadikan resume anda resume berasaskan pencapaian yang memfokuskan kepada menyampaikan nilai yang anda beri kepada majikan anda pada masa ini dan yang lepas-lepas.
Penyata pencapaian boleh menjadi amat berkesan dan menarik perhatian pembaca dan membezakan resume diri anda ke atas pesaing anda.
2. Contoh pencapaian yang anda perlu beri fokus
– Bagaimana anda mengurangkan kos atau memaksimumkan kecekapan perniagaan.
– Idea-idea baru, inovasi atau perubahan yg anda laksanakan yang membuahkan hasil yang positif.
– Anugerah Khas, penghormatan atau penghargaan (latihan kokurikulum atau pensijilan).
– Latihan atau Mentor kakitangan.
3. Gunakan contoh-contoh kuantitatif
Penting kerana ia memberi tumpuan kepada pencapaian anda, cara terbaik untuk menyerlahkan kejayaan anda adalah melalui contoh-contoh. Menggunakan nombor, angka dan statistik untuk membuat sandaran penyataan anda.
Sebagai contoh, daripada menyatakan : “jualan meningkat, membawa kepada hasil yang lebih besar”, masukkan nombor-nombor yang tepat untuk menyampaikan gambaran lengkap kepada pengurus pengambilan / penemuduga seperti ini : “meningkatkan jualan sebanyak 25% dalam tempoh 6 bulan”.
4. Gunakan kata kunci yang strategik
Menggunakan kata kunci yang strategik sepanjang kerja-kerja penulisan resume killer. Anda tidak hanya menangkap perhatian penemuduga, tetapi ia juga memastikan resume anda kelihatan profesional. Resume kerja killer yang terbaik akan mencipta kesan pertama yang hebat yang membuatkan orang yang membaca resume anda akan membaca lebih lama lagi.
5. Buang maklumat yang tidak perlu
Hanya masukkan maklumat penting dalam resume killer anda. Maklumat yang memberi nilai tambah kepada permohonan kerja anda.
Maklumat yang tidak relevan hanya akan mengambil ruang pada resume anda dan memberi alasan kepada pengurus pengambilan / penemuduga / bakal majikan untuk menapis seterusnya menolak resume anda.
Pastikan anda mensasarkan resume anda ke arah penghuraian kerja. Sebagai contoh, jika anda memohon pekerjaan sebagai Pengurus Projek, pastikan resume killer anda mengetengahkan kemahiran pengurusan projek anda.
Ingat, bahawa resume anda adalah satu dokumen pemasaran diri. Jadi pastikan dokumen anda memasarkan diri anda dengan betul.
Menulis resume killer akan membantu membuka pintu dan peluang-peluang baru yang akhirnya akan membawa kepada peningkatan bilangan temuduga kerja. Tumpuan resume anda adalah bagi menonjolkan semua kemahiran hebat yang anda miliki dan akan menjadikan anda seorang yang sesuai untuk diambil bekerja!
Demikian 5 panduan cara menulis resume kerja yang killer yg kami kongsikan kali ini. Kalau anda baru sahaja mula mencari pekerjaan pertama. Baru habis sekolah atau baru lepas graduate. Maka perkongsian ini sedikit memeningkan anda. Ini kerana anda belum mengenali apa itu resume, apa itu cover letter dan apa pula kandungan keduanya.
Jangan risau. Rujukan tambahan di bawah akan menerangkan secara jelas dan terperinci sampai anda tidak pening lagi.
Rujukan Tambahan
Bnyak kali gagal dipanggil ke temuduga kerja kerana lemah dalam penulisan resume? Anda patut tahu bagaimana untuk menulis resume kerja yang benar-benar menarik minat bakal majikan! Semuanya yang dibincangkan di atas dan banyak lagi teknik-teknik penulisan resume killer eksklusif lain ada dihuraikan dalam rujukan di bawah..
Tapi, Kenapa Saya Kena Dapatkan Panduan Cara Menulis Resume Kerja Killer Ni?
Ada tujuh sebab utama kenapa anda kena dapatkan panduan cara menulis resume kerja killer ini sekarang juga. Ada diterangkan di bawah. Nombor 3 tu paling tak boleh blah!
1) Anda jadi insan mulia
Untuk makluman anda, sebahagian daripada hasil jualan panduan cara menulis resume kerja killer ini akan disalurkan ke dana atau tabung bantuan mangsa-mangsa banjir, gempa dan mangsa peperangan serta pelarian.
Disebabkan itu, andai anda gagal dipanggil ke sesi temuduga sekali pun, anda tak gagal total. Sekurang-kurangnya anda berjaya membantu saudara-saudara kita yg sedang diuji oleh malapetaka dan musibah dan amat-amat memerlukan pertolongan anda pada saat ini.
2) Hati jadi riang gembira
Nota ringkas & padat dlm panduan cara menulis resume kerja killer ni akan menjimatkan tenaga anda. Tak perlu berlari seluruh Internet cari bahan utk menulis resume yg betul. Tak perlu berjam-jam mengadap skrin. Mata tak letih. Pikiran pon tak kusut. Hati pon jadi riang gembira di hari raya. Haha..
3) Lebih masa main Mobile Legend
Anda jangan acah-acah tak bersalah. Anda kaki game kan? Takut masa bermain game terganggu? Boleh. Tiada masalah. Anda grab jer panduan cara menulis resume kerja killer ni. Pastu baca nota-nota tu. Guna template resume yg diberi. Habis ceta.
Tinggal tunggu masa dipanggil temuduga je. Sementara tu, ada lebih masa terluang utk layan PUBG, ML, COC dll..
4) Guna pengalaman 13 tahun kami sepenuhnya
Panduan cara menulis resume kerja killer yg diberikan akan membiasakan anda dengan format sebenar penulisan resume kerja kerajaan dan kerja swasta. Anda pinjam dan guna semaksimumnya pengalaman kami selama 13 tahun dalam dunia kerjaya di Malaysia (semenjak 2008) meneliti dan mengkaji resume yg mantap.
5) Memudahkan hidup anda
Template resume pasang siap tu memang memudahkan hidup. Tak payah susah-payah karang resume daripada kosong. Ada saja kekosongan kerja dimana-mana, terus hantar resume anda. Memang kacang goreng la kan..
6) Boleh simpan duit lebih (untuk kawin)
Panduan cara menulis resume kerja killer ni murah giler. Cuma RM40 sahaja (pakej basic). Apa yang anda boleh dapat dengan RM40 pada masa ini? Utk topup data sebulan pun hampir tak cukup, kalau kuat layan Youtube!
Oleh kerana betapa murahnya panduan cara menulis resume kerja killer ni. Tiada apa yang anda akan rugi mendapatkannya. Ini akan menjimatkan duit anda. Simpan duit lebih tu buat kawin. Tak pon utk beli phone model baharu yang jadi idaman kalbu. Merecik hawau ko..
Baca juga – Resume – Pelajari ‘Kemahiran Rahsia’ Dapat Kerja Cepat!
7) Dan lagi hawau..
Disebabkan kemurahan panduan cara menulis resume kerja killer ni juga. Anda hanya perlu laburkan beberapa ringgit sahaja sebagai modal untuk meningkatkan peluang memperolehi masa depan yang bergemerlapan.
Kalau dapat kerja kelak, ratusan ribu pulangannya seumur hidup. Simpanan KWSP lagi la jangan cerita. Honda Civic yg ada lubang utk angin lalu kat tepi tu dah tentu dalam genggaman. Lagi la merecik! Peerrgh, inilah pelaburan terbaik yang pernah anda lakukan.
Sempat ke pos buku ni?
Panduan cara menulis resume kerja killer ini BUKAN BUKU. Tiada pengeposan barang berlaku (tambah-tambah lagi dalam musim COVID ni) dah la banyak tempat PKPD / PKPB. Rujukan ini adalah eBook dalam versi download (format PDF).
Anda akan diberikan akses ke laman download untuk download semua komponen selepas bayaran diselesaikan. Biasanya proses ni memakan masa kurang daripada 1 jam – 2 jam (kalau anda beli menggunakan FPX (billplz) / online banking). Jadi tak perlu lagi tunggu J&T atau Ninja Van datang ke rumah.
Cara ni lebih cepat untuk anda mula menulis resume power!