8 Punca Stress Di Tempat Kerja!

Apa Itu STRESS? Stress adalah reaksi terhadap tekanan yang berlebihan. Ia bukan penyakit. Namun begitu, jika beban tekanan adalah tinggi dan berlaku dalam jangkamasa yang panjang, ia boleh menjejaskan kesihatan. Stress juga merupakan tindak balas fizikal dan emosi yang berlaku apabila kehendak kerja tidak standing dengan kemajuan, sumber atau keperluan pekerja. Jom lihat 8 punca stress di tempat kerja!

Punca Stress Di Tempat Kerja

8 Punca Stress Di Tempat Kerja!

Berikut lapan punca yang boleh menyebabkan tekanan di tempat kerja:

1. Jenis kerja

– kerja yang menjemukan atau kerja yang berulang-ulang

– terlalu banyak kerja dan kurang masa

2. Tanggungjawab

– tiada tanggungjawab yang jelas (konflik tugas)

– bertanggungjawab terhadap kerja lain selain kerja sendiri

3. Hubungan rakan sejawat

– komunikasi tidak berkesan

– gangguan kerja (bullying) dan gangguan seksual

4. Persekitaran yang tidak selesa

– bising, panas dan sempit

5. Pengurusan dan organisasi

– budaya menyalahkan pekerja

– tiada sokongan terhadap kerja seperti peralatan yang tidak lengkap

6. kenderaan, kurang penghargaan dan tiada insentif

– kurang sokongan untuk meningkatkan kerjaya seperti tiada kursus dan

7. sukar untuk naik pangkat

– tiada penglibatan dalam membuat keputusan atau polisi

8. Ketidakseimbangan kerjaya dan rumahtangga

– waktu kerja yang tidak fleksibel

Kesan stress di tempat kerja

Apabila anda sebagai seorang pekerja sudah tidak tahan berdepan dengan stres yang dihadapi, anda akan menerima kesannya secara langsung. Ia akan menyusutkan kualiti kesihatan mental dan fizikal anda.

Tanda-tanda adalah berbeza mengikut keadaan kesihatan seseorang individu. Berikut antara kesan-kesan stress di tempat kerja yang mungkin akan dialami:

Baca: 3 Jenis Konflik Di Tempat Kerja

Perasaan negatif dan kemurungan

Perasaan negatif boleh terbentuk dalam pelbagai cara. Ia mungkin bersifat sementara seperti perasaan yang teruk apabila tidak berjaya melakukan sesuatu tugaan. Kemudian ia mula bertukar kepada perasaan ragu-ragu terhadap keupayaan sendiri dan anda mula mempersoalkan kebolehan anda. Masalah kecil yang berlaku boleh mengakibatkan perasaan yg sangat kecewa pada diri. Hilangnya keyakinan diri boleh menyebabkan kemurungan dan jiwa tidak tenteram.

Sifat Agresif

Pekerja menjadi marah terhadap semua orang. Jenaka yang anda selalu ketawakan bersama rakan-rakan sudah menjadi tidak lucu dan bertukar menjadi satu penghinaan. Ini membuat seseorang pekerja merasakan perlu untuk melawan mereka kembali. Cepat melatah dan naik angin di tempat kerja.

Peralihan mood yang luar biasa

Ada hari seseorang pekerja datang ke tempat kerja dengan perasaan riang, namun setengah jam kemudian, dia berasa sangat kecewa dan mula menitiskan air mata. Apabila beliau selesai melalui mood ‘blue’ itu dia akan berasa sangat malu dan tidak pasti mengapa moodnya berubah dengan sekelip mata.

Masalah mental

Cepat lupa mengenai sesuatu. Perhatian atau fokus pekerja menjadi semakin mengurang. Pekerja tidak boleh fokus pada pekerjaan yang selama ini dia mungkin pakar. Juga cepat rasa keliru.

Perubahan terhadap gaya hidup

Stres di tempat kerja mempengaruhi kehidupan di luar tempat kerja. Seseorang pekerja mungkin mengalami tidur yang tidak mencukupi, mungkin juga terlebih tidur. Begitu juga habit pemakanannya. Mungkin seleranya bertambah atau berkurang dengan mendadak.

Penyalahgunaan bahan terlarang

Bagi menghadapi stres, ada sesetengah pekerja akan menyalahgunakan alkohol atau dadah. Dia juga akan mula ketagih kepada alkohol, dadah rekreasi mahupun kedua-duanya.

Masalah ketepatan masa

Akibat daripada kurangnya motivasi atau perasaan takut pada kerja, pekerja akan tidak sengaja datang lewat ke tempat kerja dan mempunyai keinginan untuk pulang seawal yang mungkin.

Pengurusan stress di tempat kerja

Berikut adalah beberapa cara yang dapat membantu dalam pengurusan stress di tempat kerja:

1. Menentukan sumber stress

Langkah pertama dalam mengatasi stress di tempat kerja adalah menentukan apa yang menyebabkan stress. Jika anda tahu sumber stress, anda dapat membuat perancangan mengatasinya.

2. Bersukan

Sukan atau olahraga mampu membantu mengatasi stress dan membuat anda merasa lebih baik. Walau sibuk sekali pun, carilah waktu untuk bersukan atau melakukan aktiviti aktif setiap hari, walaupun hanya selama beberapa minit. Dicadangkan dalam julat 15 – 30 minit untuk setiap sesi.

3. Mengambil angin

Mengambil angin atau jalan-jalan untuk menikmati alam atau mengunjungi tempat-tempat baru dapat membantu membuat fikiran dan tubuh anda lebih rileks.

4. Jangan bawa pulang kerja

Cubalah untuk tidak membawa hal kerja ke rumah. Ini akan membantu anda mengawal stress. Di samping tidak melibatkan keluarga dengan stress dari tempat kerja.

5. Berbincang dengan pihak atasan atau rakan sekerja

Berbincang dengan pihak atasan atau rakan sekerja tentang tekanan yang anda alami dapat membantu anda mengatasi tekanan di tempat kerja. Ini juga dapat memperbaiki hubungan anda dengan orang atasan dan rakan kerja.

6. Belajar untuk mengatasi stress

Belajarlah untuk mengatasi stres dengan teknik seperti meditasi, yoga atau latihan pernafasan.

7. Berjumpa dengan profesional

Jika anda mengalami stress yang parah, adalah digalakkan berjumpa dengan profesional kesihatan mental. Ini dapat membantu anda mengatasi stress yang dialami.

Cuba mana-mana cara di atas. Harus diingat, bahawa setiap orang berbeza dan beberapa cara mungkin lebih efektif daripada yang lain bagi setiap orang. Apa yang penting, adalah mencari kaedah atau cara pengurusan stress di tempat kerja mana yang sesuai dengan anda dan menerapkannya secara teratur untuk mengatasi stres di tempat kerja.

Demikian perkongsian ringkas kali ini mengenai lapan punca yang boleh menyebabkan tekanan di tempat kerja dan tujuh cara pengurusan stress di tempat kerja. Diharapkan dengan pendedahan ini, kita boleh elakkan punca yang menjadi penyebab seterusnya membina iklim tempat kerja yang lebih kondusif.

Leave a Comment

error: Content is protected !!