Apa patut dilakukan sebelum hadir temuduga? Anda kena hadir temuduga dalam masa terdekat ini? Pasti berdebar dan tak berapa lena nak tidur kan?
Apa itu temuduga?
Tafsiran paling ringkas adalah – temuduga merupakan perbualan atau dialog yang terkawal antara pihak yang mencari kerja dan pihak yang akan menawarkan pekerjaan.
Apa yang patut dilakukan sebelum hadir satu-satu temuduga?
1. Dapatkan serba sedikit maklumat tentang syarikat yang menemuduga anda.
2. Jelas dengan jawatan yang dipohon
3. Pakailah pakaian yang sesuai untuk sesi temuduga (penampilan yang baik ada bonus)
4. Pastikan betul-betul, tarikh, masa dan tempat temuduga. Adalah suatu yang tidak menghairankan calon tersesat atau tidak jumpa pusat temuduga. Ia sering kali berlaku. Satu kerugian besar sebab anda terlepas peluang mengubah masa depan!
5. Datanglah lebih awal(sekurangkurangnya 1/2 jam awal.
6. Bercakaplah dengan yakin dan penuh hormat.
/s: Selalu sematkan hal-hal ini di dalam ingatan anda..