Masih tercari-cari rujukan contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 yg bagus untuk digunakan sebelum hadir sesi iv kelolaan SPA kali ini? Teruskan membaca jika jawapan anda adalah ya. Kerana di bawah kami kongsikan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Farmasi U29. Siapa tahu, mungkin perkongsian ini bakal mengubah masa depan anda!
Permohonan jawatan kosong Penolong Pegawai Farmasi U29
Sekiranya ingin memohon jawatan Penolong Pegawai Farmasi U29 secara rasmi di sektor awam, permohonan boleh dilakukan dengan melengkapkan borang SPA8 di Portal SPA8i. Permohonan jawatan Penolong Pegawai Farmasi U29 adalah terbuka sepanjang masa dan perlu dibuat secara atas talian atau secara maya atau online.
Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita lihat terlebih dahulu beberapa definisi yang berkai rapat dengan dunia seorang Penolong Pegawai Farmasi.
Definisi farmasi
Kamus Webster mentakrifkan farmasi sebagai – “seni atau praktis penyediaan, pengawalan, pencampuran dan pendispensan ubat-ubatan”.
Sementara, Wikipedia pula, mendefinisikan Farmasi atau pharmacy sebagai “berasal daripada perkataan Greek pharmakov (bermaksud dadah). Secara istilah dianggap kerjaya kesihatan yang melibatkan penyediaan, peramuan, penstabilan pengawetan dan pendispensan ubat-ubatan serta membekal maklumat tentang ubat.”
Baca juga : contoh soalan temuduga Pembantu Pembangunan Masyarakat S19
Maksud farmaseutikal
Kajian tentang penghasilan ubat daripada bahan kimia (entiti kimia baru).
Pengertian ahli farmasi
Juga disebut sebagai farmasis. Ahli farmasi ialah penjaga kesihatan profesional yang bekerja di farmasi, bidang sains kesihatan yang menumpu pada kegunaan ubat-ubatan secara berkesan dan selamat. Ahli farmasi (melalui pendidikan dan latihan) berupaya memahami mekanisma biokimia termasuk tindakan dadah, kegunaan dadah, dan peranan terapeutik, kesan sampingan, potensi tindak balas dadah, dan parameter pemantauan. Pengetahuan ni digabungkan dengan anatomi, fisiologi, dan patofisiologi.
Jabatan Farmasi
Sebuah jabatan di bawah KKM yang berfungsi dalam menyediakan perkhidmatan farmasi penjagaan farmaseutikal secara menyeluruh. Perkhidmatan ini melibatkan pelbagai jenis perkhidmatan farmasi klinikal yang bertujuan peningkatan kualiti dalam penyampaian perkhidmatan, penjagaan serta rawatan yang diterima oleh pesakit.
Skop dan Bidang farmasi
Sebenarnya, di Malaysia, skop dan bidang farmasi terbahagi kepada 5 bidang utama. Iaitu :
- Farmasi Hospital (Hospital Pharmacy)
- Farmasi Komuniti Tersendiri (Idependent Pharmacy)
- Farmasi Komuniti Rantaian (Chain Pharmacy)
- Industri farmaseutikal
- Akademia
Akan tetapi, untuk jawatan Penolong Pegawai Farmasi U29. Oleh kerana ianya adalah ambilan yang dijalankan oleh SPA, sudah pasti farmasi yang dimaksudkan adalah farmasi hospital.
Baca juga : contoh soalan exam online Pembantu Pembedahan Pergigian U19
Jadi, berikut adalah pecahan bidang farmasi hospital :
- Pentadbiran Farmasi
- Farmasi Pesakit Luar dan Kaunseling
- Perkhidmatan Maklumat Ubat
- Farmasi Bekalan Wad atau Farmasi Satelit
- Perkhidmatan Farmakokinetik
- Farmasi Onkologi
- Perkhidmatan Nutrisi Parenteral Total
- Perkhidmatan Sediaan Admikstur Intravena
- Farmasi Perolehan dan Iventori
- Farmasi Nuklear atau Radiofarmasi
Fungsi dan Bidang Tugas Penolong Pegawai Farmasi U29
Antara Skop Fungsi dan Bidang Tugas seorang Penolong Pegawai Farmasi Gred U29, ialah: 01. Sebelum gedung ubat dibuka untuk perkhidmatan, Pembantu Farmasi memastikan kebersihan farmasi ubat, khasnya di kaunter farmasi ubat, kebersihan gelas-gelas sukatan dan semua alatan lain. 02. Memeriksa dan memenuh semua botol-botol bancuhan yang kosong, pil-pil, losen untuk penyediaan perkhidmatan pada hari itu. 03. Pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang jelas dan betul atas kegunaan ubat yang diberikan dengan bahasa yang difahami oleh pesakit.
04. Membekal campuran, losen dan ‘ointments’ kepada wad-wad dengan menentukan label-label dengan terang dan bersih.
05. Membantu Pembantu Farmasi Kanan di dalam pungutan hasil. 06. Membantu di dalam menyediakan stok-stok yang banyak seperti butir-butir campuran, losen, ‘ointments’ dan membotolkan dengan segera untuk pembahagian. 07. Menjalankan kerja di gedung ubat atau klinik sebagaimana di arah oleh Penguasa Ahli Kimia Ubat untuk memastikan kelicinan perkhidmatan farmasi.
Senarai Tugas Lain Penolong Pegawai Farmasi Gred U29
1. Melaksana aktiviti-aktiviti dalam perkhidmatan farmasi pesakit luar, farmasi pesakit dalam dan farmasi makmal.
Baca juga : 6 Jawapan mantap ketika disoal dalam temuduga
2. Melaksana aktiviti kawalan inventori ubat-ubatan dan alat-alatan gunahabis. 3. Menjalankan aktiviti kualiti dan penambahbaikan. 4. Menunjuk ajar pembantu farmasi pelatih dalam melaksanakan aktiviti-aktiviti perkhidmatan farmasi. 5. Menyelenggara peralatan supaya sentiasa berfungsi dengan baik.
Maklumat lanjut senarai tugas
Senarai tugas di atas hanya ringkasan senarai tugas sahaja. Untuk maklumat lebih terperinci, sila rujuk dokumen tambahan di bawah :
- Surat edaran senarai tugas Penolong Pegawai Farmasi
- Senarai tugas Penolong Pegawai Farmasi pelbagai gred di hospital dan klinik kesihatan
Jadual gaji Penolong Pegawai Farmasi U29
Berikut jadual gaji minimum-maksimum bagi seorang Penolong Pegawai Farmasi; Gaji minimum – RM1,797.00 Gaji maksimum – RM5,753.00 KGT – RM145.00
Kelayakan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29
Kelayakan asas untuk memohon jawatan ini ialah: 1. warganegara Malaysia; 2. berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan; 3. Diploma dalam bidang farmasi yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred U29: RM1,797.00) 4. Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
Bacaan tambahan : soalan temuduga Penolong Pegawai Perubatan U29
Latihan separa perubatan Penolong Pegawai Farmasi
Bagi melayakkan anda dilantik ke dalam skim perkhidmatan Penolong Pegawai Farmasi Gred U29 di atas, terlebih dahulu anda kena memperolehi diploma dalam bidang farmasi melalui latihan separa perubatan. Latihan adalah selama 3 tahun yang dibahagikan kepada 6 semester. Anda akan melanjutkan pengajian di :
- Institut Latihan KKM Sultan Azlan Shah
- RM835.57 sebulan
Biasiswa sepanjang pengajian : Topik utama dalam sukatan pelajaran latihan separa perubatan Penolong Pegawai Farmasi :
- Kimia
- Biologi
- Fisiologi
- Farmaseutik
- Farmakolgi
- Keselamatan & Kesihatan Perkerjaan
- Pengenalan Amalan Farmasi
- Mikrobiologi Asas
- Kemahiran Teknikal Farmasi
- Sains Tingkahlaku
- Mikrobiologi Farmaseutik
- Bahasa Inggeris
Anda dipanggil ke temuduga Penolong Pegawai Farmasi Gred U29?
Bagi mereka yang pertama kali menduduki sesi temuduga, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya.
Topik ulangkaji soalan temuduga Penolong Pegawai Farmasi U29
Sebelum itu, sila sediakan diri mengenai topik-topik ulangkaji soalan temuduga Penolong Pegawai Farmasi berikut :
- Nama Menteri Kesihatan
- Nama Ketua Pengarah dan timbalan
- Misi dan Visi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)
- Tugas dan tanggungjawab penolong pegawai farmasi
- Nama dan jenis-2 ubat
- Kegunaan Ubat
Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Farmasi U29
Selepas anda akan dibenarkan masuk. Mula-mula sekali para penemuduga akan meminta sesuatu daripada anda. Apakah ia? Iya betui! Fail. Dalam fail tersebut, selain sijil-sijil akademik. Ada sijil-sijil kurikulum, kokurikulum dan lain-lain sijil luar / tambahan. Itu semua biasa. Semua orang sediakan benda yang sama (kalau dia ada).
Apa yang memberi perbezaan besar di antara fail anda dengan fail calon lain ialah sehelai kertas yang dipanggil sebagai resume. So, sediakan resume terbaik anda. Next.. Anda dibenarkan duduk dan bermulalah sesi temuduga yang sebenar.
Baca juga mengenai : soalan temuduga Penolong Pegawai Sains C29
Contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Farmasi yang popular
- So, could you please introduce yourself?
- Kenapa pilih bidang farmasi ni? Kan jauh daripada kos asal.
- Sekiranya awak kerja nanti, tidak semestinya di KL. Mungkin di Sabah atau Sarawak. Adakah awak sanggup?
- Baiklah, apa tugas dan tanggungjawab seorang penolong pegawai farmasi?
- Selain tu, ada lagi?
- Andaikan, seorang penolong pegawai farmasi tersalah bagi ubat. Boleh ke kita saman dia?
- Bagimana mengelakkan kesilapan seperti itu berlaku?
Selain itu, anda juga patut miliki dan baca panduan menduduki temuduga separa perubatan di bawah untuk kemudahan.
Atau pun,
Bagi anda yang tengah berjimat, balance tinggal beberapa puluh saja lagi dalam akaun. Boleh tengok rujukan temuduga (versi rahmah) ni. Harga memang murah tak boleh bawa bincang!
Selain itu,
Anda juga boleh baca tujuh (7) soalan temuduga kerja dan jawapan ni. Soalan temuduga yang lazim naik dlm temuduga. Hafal cara menjawab yg kami berikan di sana.
Satu lagi,
Jangan lupa semak lokasi temuduga anda beberapa hari lebih awal. Jangan sampai, sesat pulak pada hari kejadian kan. Nanti free-free je gagal temuduga latihan separa perubatan. Bahkan boleh di-blacklist oleh SPA. Peluang anda boleh musnah sama sekali.
Atau anda dipanggil ke peperiksaan ONLINE Penolong Pegawai Farmasi Gred U29?
Bagi anda yang lain, yang dipanggil ke peperiksaan ONLINE separa perubatan, pasti belum tahu apakah situasi yang berlaku dan bagaimana menanganinya.
Semakan panggilan PSEE Penolong Pegawai Farmasi
Sudah semak adakah anda dipanggil ke PSEE separa perubatan? Semak sekali lagi untuk memastikan. Semakan separa perubatan (Farmasi) 2019
Contoh soalan peperiksaan online Penolong Pegawai Farmasi
1) Produk farmaseutikal yang berdaftar perlu mempamerkan ciri pada setiap pek jualan ubat-ubatan. Ciri-ciri itu ialah
i. Nombor Pendaftaran MAL
ii. Nombor pengaktifan
iii. Pelekat Hologram Meditag
iv. Pelekat keselamatan
A. i, ii
B. i, iii
C. i, iv
D. ii, iii
2) Sebelum dipasarkan di Malaysia, semua produk farmaseutikal termasuk suplemen kesihatan dan ubat-ubatan tradisional perlu berdaftar dengan
A. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT)
B. Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD)
C. Pihak Majlis Daerah
D. Pihak Hospital Daerah
3) Dalam aspek pengumpulan data, Penolong Pegawai Farmasi mengumpul data berkaitan
i. Pengurusan Farmasi (PF)
ii. Key Performance Index (KPI)
iii. Quality Assurance Programme (QAP)
iv. renal failure
A. i, ii, iii
B. ii, iii, iv
C. iii, iv
D. i dan iv
4) Dietary conseling kepada pesakit termasuklah
i. dengue
ii. diabetis
iii. hipertensi
iv. renal failure
A. i, ii, iii
B. ii, iii, iv
C. iii, iv
D. i dan iv
5) Indeks Pencemaran Udara (IPU) yang manakah adalah SALAH
A. 51 – 100 Sederhana
B. 101 – 200 Tidak Selamat
C. 201 – 300 Sangat Tidak Sihat
D. 301 – 500 Berbahaya
6) Manakah kesan-kesan yang akan dialami setelah terdedah secara berterusan kepada jerebu yang TIDAK BENAR
A. Terasa gatal-gatal di bahagian kerongkong dan batuk-batuk.
B. Terasa sukar untuk bernafas atau sesak nafas.
C. Pening kepala dan muntah-muntah.
D. Mata terasa pedih dan berair.
7) Bilakah anda perlu mencuci tangan?
i. Sebelum dan selepas mengendalikan makanan
ii. Sebelum dan selepas mandi
iii. Selepas menggunakan tandas
iv. Selepas mengendalikan sisa makanan
A. i, ii, iii
B. ii, iii, iv
C. i, iii, iv
D. i, ii, iv
*Nota – mesti diingat, soalan di Seksyen A (Pengetahuan Am) dalam exam online selain aspek teknikal (seperti contoh yang kami beri di atas). Juga turut mengandungi soalan aspek kenegaraan. Sila ulangkaji juga mengenai isu semasa, pentadbiran, menteri-menteri, undang-undang, ekonomi dan lain-lain.
Info tambahan : Soalan temuduga Pembantu Perawatan Kesihatan U11
Rujukan separa perubatan (PPF)
Anda amat disarankan mendapatkan panduan menduduki peperiksaan ONLINE di bawah untuk kemudahan anda. Semua mengenai exam online separa perubatan ada di dalamnya:
Beberapa FAQ Mengenai Penolong Pegawai Farmasi U29
Tugas Penolong Pegawai Farmasi U29
Seorang Penolong Pegawai Farmasi U29 adalah bertanggungjawab:
1. Sebelum gedung ubat dibuka untuk perkhidmatan, Pembantu Farmasi memastikan kebersihan gedung ubat, khasnya di kaunter gedung ubat, kebersihan gelas-gelas sukatan dan semua alatan.
2. Memeriksa dan memenuhi semua botol-botol bancuhan yang kosong, pil-pil,losen untuk penyediaan perkhidmatan di hari itu.
3. Pembahagian ubatan kepada pesakit dan memberi keterangan yang betul atas kegunaan ubat yang diberikan dengan bahasa yang difahami oleh pesakit.
4. Membekal campuran, losen dan ‘ointments’ kepada wad-wad dengan menentukan label-label dengan terang dan bersih.
5. Membantu Pembantu Farmasi Kanan di dalam pungutan hasil.
6. Membantu di dalam menyediakan stok-stok yang banyak seperti butir-butir campuran, losen, ‘ointments’ dan membotolkan dengan segera untuk pembahagian.
7. Menjalankan kerja di gedung ubat atau klinik sebagaimana di arah oleh Penguasa Ahli Kimia Ubat untuk memastikan kelicinan perkhidmatan farmasi.
Gaji Penolong Pegawai Farmasi U29
Basic gaji Penolong Pegawai Farmasi U29 ialah RM1,797.00.
Demikianlah perkongian kami mengenai tips exam dan beberapa contoh soalan temuduga Penolong Pegawai Farmasi U29 untuk kali ini.
Selamat menduduki menjalani peperiksaan online (PSEE) atau temuduga Penolong Pegawai Farmasi (PPF) daripada kami dan semoga berjaya!