Bagaimana Kalau Tidak Dapat Hadir Semasa Temuduga SPA?

Kalau tiada sebab yang jelas, sesiapa pun tidak mahu mencari alasan untuk tidak menghadirkan diri semasa jadual temuduga SPA tiba. Tapi langit bukan selalunya cerah. Ada masanya masalah yang besar dan sama sekali tidak dapat dielakkan memunculkan diri. Jadi, bagaimana kalau tidak dapat hadir semasa temuduga SPA? Apa yg perlu dibuat?

Bagaimana Kalau Tidak Dapat Hadir Semasa Temuduga SPA?

Walau dengan apa cara sekalipun tidak ia dapat ditolak. Kerana kemungkinan untuk nama anda disenaraihitam (blacklist) ada.

Baca juga: Sistem Pengambilan Jawatan Kosong SPA

Kalau memang situasi seperti ini datang, padahal esok sudah tarikh temuduga anda dijadualkan. Bagaimana?

Tiada masalah!

Sekiranya terdapat sebarang halangan yang tidak dapat dielakkan untuk menghadiri sesi temuduga, anda boleh menghubungi hotline SPA di talian:

03 – 8885 6032

atau

03 – 8885 6354

Dan minta bercakap dengan pegawai yang sepatutnya untuk urusan tidak dapat hadir temuduga.

Kemudian, nyatakan dengan jelas dan teratur apakah masalah yang anda hadapi. Terangkan sebabnya dengan baik dan intonasi yang sesuai. Nyatakan kekesalan anda di samping bincangkan bagaimana dengan peluang anda pada sesi temuduga akan datang.

InsyaAllah mereka memahaminya jika kena dengan caranya..

2 thoughts on “Bagaimana Kalau Tidak Dapat Hadir Semasa Temuduga SPA?”

  1. jika tidak dapat hadir temuduga, adakah email keputusan temuduga yang diterima nanti menyatakan tidak hadir ataupun dinyatakan tidak berjaya?terima kasih

    Reply

Leave a Comment

error: Content is protected !!