Beberapa Isu Alam Sekitar Untuk Exam PTD 2021. Khusus untuk pembaca Blog Tips Kerjaya yang akan menghadiri Exam online PTD gred M41, kali ini kami mengongsikan beberapa isu berkaitan alam sekitar untuk dijadikan pokok rujukan anda.

Sudah tentu isu-isu alam sekitar yang dikemukakan ini disentuh secara ringkas dan ia masih terpulang kepada anda untuk melebarluaskan pembacaan dan pencarian agar dapat menghuraikan isu-isu yang diberikan ini semasa menjawab soalan exam online bertulis PTD itu nanti.
Faktor Tanah Runtuh
Faktor yang berpotensi menyumbang kepada tanah runtuh boleh dibahagikan kepada faktor alam dan faktor manusia. Faktor-faktor alam adalah berkait dengan jenis bahan dan ketebalan, geomorfologi, pemendakan, dan pemototongan cerun. Faktor-faktor manusia termasuk pengubahsuaian cerun, puncak cerun overloading, pengubahsuaian saliran, dan pemindahan tumbuh-tumbuhan.
Berlakunya luluhawa hakisan (erosion) oleh sungai, glasier atau ombak laut yang menghasilkan tebing atau cerun yang curam dan lebih terdedah kepada permukaan luluhawa – Kandungan air yang tinggi menyebabkan tanah menjadi tepu dan hilang sifat kohesifnya. Tanah akan menjadi longgar dan mudah bergerak serta mengalir ke tempat lain. Tekanan air bawah tanah bertindak menjadikan cerun tidak stabil
Proses Pembandaran
Proses pembandaran menyebabkan banyak kawasan yang dipermodenkan. Kawasankawasan tanah rendah telah ditebus guna dengan mengambil tanah dari kawasan bukit. Ada juga anak-anak sungai yang ditimbus untuk dijadikan tapak bangunan.Aktiviti-aktiviti seperti ini merupakan faktor penyebab berlakunya banjir.
Jika dahulu anak-anak sungai dan lembah dijadikan kawasan aliran air, kini kawasan tersebut telah ditimbus dengan tanah. Apabila hujan turun, air akan mengalir dari kawasan bukit ke kawasan yang rendah dan kemudian bertakung. Lama-kelamaan air akan bertambah dan banjir kilat akan berlaku.
Hakisan Sungai
Hakisan sungai yang kerap berlaku disebabkan oleh dua faktor iaitu hakisan berlaku secara semula jadi dan pembuangan sisa domestik manusia. Faktor semula jadi berlaku apabila hujan turun dengan lebat, air akan mengalir deras and menghakis tebing-tebing sungai. Akhirnya tanah tebing akan runtuh dan membentuk satu mendapan di dasar sungai. Seterusnya sungai akan menjadi cetek.
Begitu juga dengan aktiviti manusia yang suka membuang sisa-sisa domestik seperti sampah-sarap dan sisa-sisa industri ke dalam sungai boleh menyebabkan sungai menjadi cetek dan pengaliran air tersekat. Apabila hujan lebat turun, sungai yang telah menjadi cetek akibat hakisan semula jadi atau pencemaran tidak dapat menampung atau megalirkan air hujan yang banyak. Akhirnya air sungai akan melimpah ke tebing dan dengan ini banjir akan berlaku.
Hutan Tadahan
Hutan merupakan satu kawasan yang menempatkan pelbagai jenis tumbuhan dan haiwan. Selain itu hutan juga boleh dijadikan sebagai pengimbang ekosistem dunia dengan merendahkan kadar suhu. Hutan menyerap air hujan yang turun ke permukaan bumi dengan kadar antara dua peratus hingga 20%.
Kemudian air yang diserap akan dialirkan ke anakanak pokok melalui akar. Ada juga proses pemeluwapan dilakukan dengan membebaskan semula titisan-titisan air ke udara. Dengan ini berlaku kitaran air secara semula jadi.
Pemusnahan Hutan
Menyebabkan hujan terus turun ke bumi tanpa diserap oleh tumbuhan. Hujan yang turun dengan lebat menyebabkan air mengalir dengan banyak ke dalam sungai. Sungai tidak mendapat menampung air hujan dalam jumlah yang banyak. Pada masa ini limpahan air sungai akan berlaku mengakibatkan banjir.
Demikianlah beberapa isu alam sekitar untuk exam PTD 2021 yang boleh diambil untuk dijadikan permulaan pencarian bahan anda. Inilah antara isu alam sekitar yang sering menjadi topik perbincangan dan perdebatan saban tahun. Jadi kemungkinan untuk topik ini keluar adalah cerah.
Walaupun begitu, jika anda ingin menjimatkan masa ke hulu-hilir mencari bahan-bahan berkaitan masalah alam sekitar ini kerana tarikh exam yang semakin dekat maka anda bolehlah melihat himpunan nota semasa untuk exam PTD gred M41 yang dipakejkan ini.
Himpunan nota semasa tersebut merangkumi isu-isu hangat yg evergreen. Termasuklah kumpulan isu-isu nasional, isu kesihatan, isu ekonomi, isu subsidi, pencemaran bahkan turut mengandungi dokumentasi 1Malaysia.
Adakah anda terlibat dengan peperiksaan online Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 8 Julai 2021 ini?
Untuk koleksi lengkap contoh-contoh soalan beserta skema jawapan (termasuk jalan kira), anda digalakkan mendapatkan rujukan contoh soalan Pegawai Tadbir Diplomatik M41 di bawah.

Atau,
Anda mungkin mahu membaca terlebih dahulu dan memahami huraian seksyen pengetahuan am PTD M41 & jawapan! Dah tahu belum? Kalau belum. Elok baca cepat!
MENGENAI RUJUKAN PEGAWAI TADBIR Dan DIPLOMATIK M41
Secara ringkas, rujukan Pegawai Tadbir dan Diplomatik M41 ini mengandungi perkara-perkara berikut:
Rujukan persediaan exam online ini disusun khas mengikut format exam 2021 yang jauh berbeza dengan format 2017-2018
Dah tolong ramai calon lulus sebelum ini dan tahun ini kami doakan giliran anda pula!
Contoh soalan & cara penyelesaian setiap soalan. Jadi anda boleh dapat idea jelas apa dan bagaimana soalan ditanya. Tak perlu blurrr lagi!
Nota-nota ringkas Pengetahuan Am. Tajuk-tajuk yang menjadi soalan lazim penilaian Seksyen Pengetahuan Am SPA. Buat apa study topik-topik yang tak pernah ditanya dalam exam SPA? Study yang pernah ditanya jer! Kami tunjukkan.
Semua maklumat yang terkandung didalamnya adalah ilmu dan informasi yang benar dan tepat, yang dikumpul dan dihimpunkan daripada pengetahuan serta pengalaman calon-calon yang telah pun berjaya dalam peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41.
Inilah satu-satunya rujukan dan panduan yang boleh anda gunakan untuk mencapai impian menjawat jawatan di sektor awam.
Berikut adalah apa yang anda akan miliki sekiranya mendapatkan rujukan Pegawai Tadbir dan Diplomatik ini :
- Panduan lengkap yang menyentuh semua bahagian yang perlu dijawab oleh calon-calon exam Pegawai Tadbir Diplomatik M41.
- Huraian secara terperinci Seksyen A, B dan C Peperiksaan online Pegawai Tadbir Diplomatik M41.
- Contoh soalan peperiksaan Pegawai Tadbir Diplomatik beserta skema jawapan untuk memudahkan ulangkaji pantas.
- Nota khas matematik merupakan satu komponen dalam pakej ini yang bakal membantu anda!