Gaji & Diskripsi Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan U41

Berikut dikongsikan gaji & diskripsi tugas Pegawai Pemulihan Perubatan U41. Kepada anda yang meminati kerja ini dan memiliki kelayakan. Jangan berlengah lagi, terus mohon melalui SPA9 hari ini juga..

Gaji & Diskripsi Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan U41

Nota Penting: Sementara itu, bagi yg dah berjaya melepasi ujian psikometrik ini dengan baik, cabaran getir seterusnya yg anda kena hadapi ialah sesi temuduga Pegawai Pemulihan Perubatan U41 (Fisioterapi) untuk ambilan di Kementerian Kesihatan Malaysia yg dijadualkan pada 09 Oktober 2024 – 17 Oktober 2024 ini. Persediaan secukupnya harus dibuat sebelum hadir. Beberapa contoh soalan temuduga boleh anda baca di soalan temuduga Pegawai Pemulihan Perubatan U41 ini.

Bagi anda yg baru sahaja menerima panggilan ke ujian psikometrik Pegawai Pemulihan Perubatan U41 (Fisioterapi) untuk penempatan di Kementerian Kesihatan Malaysia yg dijadualkan pada 11 Julai 2024 ini. Sila dapatkan maklumat penting di contoh soalan Ujian Psikometrik Pegawai Pemulihan Perubatan U41.

Maklumat Am Pegawai Pemulihan Perubatan U41

a) Jawatan : Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran / Pertuturan / Cara Kerja / Anggota)

b) Gred : U41

c) Kod Skim : 1140

d) Kumpulan : Pengurusan dan Profesional

e) Kem/Jab : Kementerian Kesihatan Malaysia

Jadual Gaji Pegawai Pemulihan Perubatan U41

Gaji minima – RM2,259.08

Gaji maksima – RM6,909.25 Kenaikan Tahunan – RM225.00

Syarat lantikan:

1. Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang Pemulihan Perubatan yang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; DAN

d) Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.

Elaun yang diterima

Elaun Perumahan : RM250.00

Elaun Tetap Perkhidmatan Awam : RM300.00

Elaun Kritikal : RM750.00

Elaun COLA : RM100.00-RM300.00 (mengikut lokaliti)

Elaun On-Call dan lain-lain.

Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL)

Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Jurupulih Perubatan adalah layak dipertimbangkan untuk Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) ke jawatan Pegawai Pemulihan Perubatan Gred U41 tertakluk kepada kekosongan jawatan, berikut syarat asasnya:

1. Disahkan dalam perkhidmatan dan:

2. Mempunyai kelayakan di atas; dan

3. Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan KPSL.

Bidang-Bidang Yang Dipertimbangkan

Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran)

-Audiologi

Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan)

-Sains Pertuturan

Pegawai Pemulihan Perubatan (Anggota)

-Pemulihan Anggota (Applied Rehabilitation)

-Fisioterapi

Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja)

-Occupational Therapy (Pulih Cara Kerja)

Bidang Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran)

-Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) bertanggungjawab menjalankan ujian-ujian diagnostik audiologi yang lengkap untuk menilai tahap pendengaran pesakit serta memberi nasihat, khidmat kaunseling dan terapi serta menyelenggara program rehabilitasi.

Bidang Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan)

-Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) bertanggungjawab menjalankan pemulihan dan rehabilitasi masalah komunikasi, kelancaran bertutur, masalah suara serta memberi khidmat kaunseling.

Diskripsi Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan (Anggota)

-Memberi perkhidmatan fisioterapi berjadual dan tugas gentian yang komprehensif kepada pesakit luar dan dalam wad yang diperlukan berlandaskan “Piawaian Amalan Fisioterapi” merangkumi:

-Menjalankan penilaian terperinci.

-Mengenal pasti masalah-masalah.

-Merangka program rawatan yang bertepatan.

-Melakukan evaluasi/modifikasi rawatan dari semasa ke semasa.

-Memberi maklum balas pesakit kepada doktor yang merujuk.

-Mendokumentasi dan menyimpan maklumat mengenai perawatan fisioterapi secara terperinci iaitu: – merekod maklumat penilaian dan perawatan pesakit di dalam borang menggunakan sistem “Problem Oriented Medical Record”.

-Merekod bilangan pesakit dan rawatan di dalam buku rekod statistik harian.

-Menyediakan statistik perawatan/bilangan pesakit bulanan mengikut disiplin dan modality rawatan mengikut keperluan sistem maklumat perawatan perubatan.

-Mengambil bahagian yang proaktif di dalam rondaan wad dan mesyuarat klinikal khusus.

-Merancang melaksanakan program pendidikan pesakit dan promosi kesihatan.

-Memberi “supportive counseling” kepada pesakit dan penjaga.

-Menyelia dan memberi bimbingan kepada pelatih fisioterapi dari Koleh Fisioterapi dan lain-lain institusi semasa penempatan klinikal.

-Melibatkan diri di dalam sesi program “Continuos Professional Development” di peringkat Jabatan dan Hospital.

-Membantu dan melibatkan diri secara terus di dalam program penyelidikan.

-Tugas Lain: Melaksanakan kerja-kerja yang diarahkan oleh Ketua Jabatan dari semasa ke semasa.

Diskripsi Tugas Pegawai Pemulihan Perubatan (Cara Kerja):

-Menjalankan penilaian tahap kondisi/kecederaan pesakit dan ketidakupayaan (disability) yang mengganggu kefungsiannya.

-Berhubung dengan anggota profesional kesihatan lain dan merancang aktiviti rawatan pemulihan pesakit.

-Menggalakkan pesakit berdikari dalam aktiviti seharian termasuklah mobility, penjagaan diri dan aktiviti kerohanian.

-Menjalankan lawatan ke rumah/tempat kerja/sekolah untuk memastikan pesakit dapat berfungsi dengan optima.

-Memberikan program pendidikan kepada pesakit dan keluarga mereka sebagai langkah pencegahan komplikasi dan disability serta pengekalan tahap optima kefungsian pesakit.

-Memberikan sokongan psikologi untuk memotivasikan pesakit.

-Mengambil bahagian dalam konferens kes pesakit bagi membincangkan tahap kemajuan pesakit.

-Menjalankan aktiviti kembalian pesakit ke pekerjaan (work resettlement) seperti latihan vokasional, terapi industri, bengkel terlindung dan penempatan kerja.

-Menjalankan aktiviti kembalian pesakit ke rumah (home resettlement) termasuklah mencadangkan pengubahsuaian, susun atur perabut dan sebagainya.

-Menjalankan latihan skil sosial untuk meningkatkan kebolehan pesakit berinteraksi di dalam komuniti.

-Menggalakkan pesakit mengambil bahagian dalam aktiviti senggang (leisure) dan sukan yang sesuai.

-Merekabentuk dan membuat alat-alat ortotik/splint untuk membantu kefungsian pesakit.

-Merekabentuk dan membuat pakaian tekanan (pressure garment) untuk pengendalian parut/keloid, edema dan lain-lain.

-Memberikan laporan tentang penilaian, perancangan rawatan dan kemajuan pesakit kepada pegawai perubatan dan pihak yang berkenaan.

-Mengendalikan pusat harian untuk pesakit-pesakit yang mengalami masalah fiizikal dan psikososial termasuk pemantauan dan pengekalan kefungsian mereka.

-Mengendalikan kumpulan sokongan (support group) untuk pesakit-pesakit saling berkongsi masalah mereka.

-Bekerjasama dengan agensi-agensi kerajaan dan bukan kerajaan dalam usaha meningkatkan kualiti hidup pesakit seperti SOCSO, Pembangunan Masyarakat dan sebagainya.

P/s: Sudah banyak kali gagal dalam temuduga kerja? Anda patut ketahui rahsia bagaimana untuk menduduki sesi temuduga di sektor awam dengan baik dan cemerlang! Semuanya ada dibincangkan di sini.

Leave a Comment

error: Content is protected !!