Sudah tentu, kebanyakan daripada anda sudah pun mendaftarkan diri sebagai pemohon pekerjaan Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9) di Portal SPA9 secara online dengan mengisi Borang SPA9 (nama lama untuk SPA9 ialah SPA8i). Semua sudah memaklumi bahawasanya permohonan untuk memasuki perkhidmatan awam persekutuan hendaklah dibuat secara online. Tidak perlu surat menyurat dan tidak perlu kabel.
Baca : Step by step Tutorial cara menduduki peperiksaan online SPA
Apa itu Portal SPA 9?
Nama penuh portal ini ialah Sistem Pendaftaran Pekerjaan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA9). Sistem ini adalah sebahagian daripada Sistem Pengambilan Sepanjang Masa atau lebih dikenali sebagai SMSM. Urusan pengambilan melalui SPA bermula dengan permohonan yang diterima melalui ePengisian dari Kementerian/Jabatan.Terlebih awal, status calon simpanan jawatan yang dipohon akan disemak. Secara ringkas, proses yang terlibat adalah:
1. proses pemerolehan calon dari Bank Data SPA,
2. penyediaan Penyata Lembaga Permulaan (PLP),
3. urusan temu duga,
4. penyediaan Kertas Suruhanjaya, dan
5. kemudian proses tawaran kepada calon yang berjaya.
Jadi pendek kata, sekiranya anda tidak mengisi permohonan SPA9, maka data anda tiada dalam Bank Data SPA. Camtu je kisahnya..
Baca juga – faedah, manfaat dan imbuhan bekerja di sektor awam
Bagi yang sudah mengisi permohonan spa9 2023, hanya doa dan tawakal yang mampu dilakukan moga adalah panggilan exam online dan seterusnya temuduga untuk mana-mana jawatan yang dipohon hendaknya. Aaminn..
Bagi yang belum pernah membuat permohonan apa tah lagi login masuk SPA9, sebelum anda mulai mengisi borang SPA9, suka kami kongsikan video di bawah mengenai tatacara pendaftaran borang SPA 9 yang betul.
Nota: Satu lagi, ramai yang menyangka portal SPA9 ni ada huruf ‘i’ macam spa8i dulu tu. Tak, ia bukannya spa 9i tetapi spa 9 saja. Tanpa huruf ‘i’ di belakangnya.
Berikut video ringkas manual cara-cara daftar masuk SPA9 secara online.
Sudah tonton video pendaftaran spa9 di atas? Jadi, sekiranya anda ingin membuat permohonan atau kemaskini atau semakan SPA9 di portal SPA9, bolehlah berbuat demikian dengan melayari pautan yang kami sediakan ini.
Soalan lazim mengenai Portal SPA9
1. Saya telah membuat pendaftaran spa9 untuk mendapatkan MyID dan kata laluan tetapi sehingga kini masih belum menerima e-mel daripada pihak SPA untuk mengaktifkan akaun dan kata laluan?
– Sejak tahun 2014, pendaftaran SPA9 telah ditambahbaik dan ia tidak memerlukan pengaktifan melalui e-mel. E-mel hanya digunakan untuk pengumuman SPA atau sekiranya anda melepasi tapisan serta dipanggil untuk menduduki peperiksaan atau temuduga.
2. Mengapa semakan spa9 perlu dibuat kalau-kalau tidak didaftarkan?
– Sesuatu permohonan itu tidak didaftarkan disebabkan kegagalan calon mengisi borang dengan tepat mengikut panduan yang telah ditetapkan. Ini penting kerana urusan pendaftaran kini dibuat secara berkomputer sepenuhnya. Walau bagaimanapun, permohonan calon yang berstatus KIV akan mengambil masa 3 hari untuk didaftarkan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia.
Baca seterusnya – 44 sebab utama gagal dalam temuduga
3. Pendaftaran spa9 saya sudah berjaya jadi mengapa saya perlu memperbaharui atau kemaskini pendaftaran?
– Setiap pendaftaran SPA9 perlu diperbaharui dengan menggunakan ID yang telah diberikan walaupun pemohon tidak pernah dipanggil peperiksaan atau temu duga dalam tempoh lima tahun. Ini membolehkan SPA mendapatkan serta menyimpan maklumat terkini pemohon yang benar-benar berminat di dalam bank data SPA.
Info untuk anda : Apa itu ujian psikometrik SPA?
Selain itu, ia juga mengelakkan pemohon terlepas peluang untuk dipertimbangkan panggilan temuduga disebabkan tempoh sah laku pendaftaran yang telah luput selepas tempoh lima tahun. Bagi pemohon KPSL dan Pegawai Sedang Berkhidmat, pembaharuan pendaftaran SPA9 juga perlu dilakukan sendiri dengan mendapatkan ID terlebih dahulu di Borang Pendaftaran Pekerjaan di Sektor Awam (SPA9).
Bagaimana mendapatkan MyID bagi mengisi permohonan pendaftaran SPA9?
MyID adalah nombor kad pengenalan anda. Anda perlu mendaftar akaun baharu terlebih dahulu menggunakan MyID sebelum mengisi SPA9.
Kenapa bila daftar SPA9 baharu keluar mesej ‘Harap maaf! MyID telah wujud’?
Pendaftaran MyID hanya dibenarkan sekali sahaja. Jika anda mendapat mesej tersebut, klik pada pautan LUPA KATA LALUAN dan ikuti arahan di skrin dan Panduan Pengguna ms 4-6.
Bagaimana mendapatkan semula kata laluan SPA9 sekiranya terlupa?
Cmna boleh cuai ni? Ok takpa. Bagi yg terlupa kata laluan SPA9. Tonton video berikut:
Sekiranya terlupa kata laluan, sila klik pautan LUPA KATA LALUAN dan pilih cara reset kata laluan menggunakan dua pilihan iaitu:-
i. Nama Ibu dan Negeri Kelahiran Calon (Sewaktu Pendaftaran)
ii. Alamat Pada Kad Pengenalan
Secara automatik pilihan (i) akan dipilih. Jika anda ingin mengubah pada pilihan (ii), sila tukar pilihan anda di medan Jenis Soalan Keselamatan.
Bagi pilihan (i), anda diminta memasukkan Kad Pengenalan dan Nama Penuh (seperti di dalam Kad Pengenalan).Masukkan nama pertama ibu dan negeri kelahiran anda. Kemudian masukkan kata laluan baharu (minima 8 aksara), sahkan kata laluan, masukkan Kod Keselamatan (case sensitive) dan klik HANTAR. Anda perlu mengingati nama pertama ibu (first name tanpa last name) dan negeri kelahiran sama seperti yang didaftarkan semasa pendaftaran MyID.
Bagi pilihan (ii), anda diminta masukkan alamat anda sama seperti di dalam Kad Pengenalan.
Pastikan semua medan bertanda * diisi. Selepas semua medan diisi, klik butang HANTAR. Anda boleh log masuk terus ke SPA9 sekiranya reset kata laluan berjaya.
Sekiranya masih gagal untuk reset kata laluan, mohon baca dan fahami Panduan Pengguna ms 4-6.
Sekiranya masih juga bermasalah, sila salurkan pertanyaan atau aduan anda kepada ePertanyaan SPA :
i. Nombor Kad Pengenalan
ii. Nama Penuh
iii. Nama Pertama Ibu (Ketika Pendaftaran MyID)
iv. Negeri Kelahiran Calon (Ketika Pendaftaran MyID)
v. Alamat Seperti Di Dalam Kad Pengenalan
Selamat mencuba dan semoga berjaya.
Lain-lain soalan mengenai SPA9
Jika masih ada persoalan mengenai spa login yang belum terjawab, boleh muaturun senarai soalan lazim SPA9 ini.
Selain itu juga, anda boleh memahami bagaimana sistem ini berfungsi dengan bantuan infografik SPA ini.
Untuk lain-lain soalan lazim (FAQ) yang ditanya berkaitan urusan berkaitan SPA9, anda boleh rujuk senarai soalan lazim (FAQ). Kalau persoalan di minda anda masih juga belum terjawab, tiada masalah, hantarkan saja kemusykilan anda terus ke pihak SPA melalui pautan ePertanyaan / Maklumbalas ke SPA.
Sekian dahulu.
Jangan lupa untuk selalu login masuk spa9, bagi membuat semakan panggilan peperiksaan online, atau membuat semakan panggilan temuduga.
Tahniah, jika anda dipanggil ke temuduga kerja kerajaan! Hargai peluang ini dan buat persediaan yang paling rapi untuk hadir ke temuduga penting tersebut melalui pautan Pakej Rujukan Temuduga Kerja Sektor Awam.
Dah lama tercari-cari maklumat cara semak status permohonan SPA8. Terimakasih.
Terima kasih spa,terjawab sudah yang bermain di minda saya…..saya sentesa berdoa supaya mendapat panggilan temuduga..amin
Maksud perbaharui tu adakah kita perlu memohon balik jawatan yang kita inginkan?
xboleh nak semak status permohonan..knp ehh
ssh la mcm ni,..mcm mana nak tau kita di ambil ke x..
hadoiii
nak perbaharui borang pun xblh,,,
saya tak boleh semak, nak perbaharui borang pun tak boleh..
saya pun boleh semak…
Assalam tuan/puan,knp sy xblh nk log in id sy sdgkn id yg sy key in da btl ..n da byk kli sy try tp msh invalid password..apa sbnrnya yg trjd ?? Stiap hri sy trima email jawatan ksong dr plbgai jabatan tp sy amt brduka cita skali krn xdpt nk isi form spt yg di tawarkan Olh jabatan2 yg trbbit ..mslh sy skg,sy xblh nk semak status pngglan tmuduga yg Di tawarkan ..sy mtk tlg pihak spa8 lbh peka trhadap mslh ini ..sekian .
Awk kena call pihak spa and dyorg akan reset balik password
Apple gojes…klu nak tau sama ada kita dipanggil atau ada temuduga.kena log in dlu.lpas tu semak permohonan.
Log in lpas tu semak permohonan.
tak boleh nak semak . kenape ?
Maksud cij yanie xbleh smak ni.xdpt nak log in ke atau macam mana.
hari tu saya dah buat PEPERIKSAAN ONLINE LATIHAN SEPARA PERUBATAN BERTARAF DIPLOMA ,tp knp ujian psikometrik xkeluar.sedang kn masa sdg berjln dan jadual exam pukul 10.55 lps tu,sya dpt maklumat dr kwn saya yg ujian tu bermula pada pukul 12.30 tgh hari.
Dr tahu 2008 saya daftar spa.x ada satu oengambika yg sy dapat.
assalamualaikum..Boleh tak sya menyemak semula permohonan yang telah saya buat pada julai 2014 dan bagaimana caranya.
Log in je kat spa8.kt dlm tu tu bila semak permohonan.semua jawatan2 yang anda telah apply akan terpapar.bleh tau sama ada dapat ke xdpt.
log in kat mana?x boleh pun
Bertahun2 sy daftar spa.tp x pernah dpt.temuduga pun x dpt.sy nk semak permohonan oun x dpt bkak
Harap llus…
apa yang dimaksudkan dengan tidak melepasi syarat yang telah ditetapkan oleh pihak spa?
Cik syafiqah…sebelum membuat permohonan pada mana2 jawatan.cik kena cek dlu dia punya required tu.dama ada spm..stpm..sijil…dip.deg atau apa.bru apply.
kenapa tak boleh semak dah banyak kali saya buat tapi tak boleh juga…
tak boleh semak macam mana nak semak status terkini ????
Myid tu dia sruh msuk apa? Sorry sya xtau bru dftar…sy dah dftr tpi sy msokan nma dgn no ic pon xbole…
kenapa tak boleh semak permohonan 2014 ??
Kenpa tk bole semakk…ape sebenarnyer neyy???
dah lama tnggu,tpi belum pnggil2 lg
Suruhan jaya penipuan awam…dri umur saya 21-29…saya update..turun naik gi interview….cuma dpt satu kli simpanan…yang lain…saya cuma dtg utk temuduga…..yang gagal fizikal test pun boleh dapat pasal ada KABEL….telus ke….
x bleh nk semak pon
nape x bleh semak pon
Bila ada tmuduga utk spara perubatan? Sgt2 berminat with nursing
serabut gile, nk log in pun,,pheh….payoh amat.
Kenapa bila semak panggilan temuduga asyik keluar perkataan ini "maaf, maklumat anda tiada dalam urusan" sedangkan saya membuat permohonan. Susah la macam ni bila tak boleh semak.
knpa semakan permohonan saya tak ada.
susah nak semak sama ada kita dapat atau layak spa ke tak.hmm.
Insyallah ada rezeki..dont give up….
kenape permohonan sy masih keadaan draf ? sy dah kemaskini sebaik mungkin . bantu sy please 🙁
susahnya nak dapatttawaran spa ni .asyik2 x melepasi syarat aduii ..
nk semak status mcm mna???kmaskini bleh…??plsss
apehal nie jem jee nie.. stu hal lg invalid p/s dh knape nie?? nk kne daftar p/s bru kew???? aduh… knape lr makin rumit nie..
Asslam….sy dah lbih 10 kli d pgl tmuduga…simpnan pun pnh p dh luput kot..ada skli tu intrview bhgian attndent ksihatn x bjya jga..x tau lah apa sbab yg heran adalh kwnni dah keja pun dia bjya biaslah kabel kuat..sush bkan sy nak slhkan mn2 phak…tolnglah bg pluang dgn org yg mmrlukan kerja…ni dah dpt.kja smbl lewa plk….
Ini jabatan haram jadah ni..kencing orang liaw..
salam en saya nak tanya kenapa saya punya spa dalam spa tu takda ehh? saya try tekan semak permohonan pastu saya tengok permohonan draf. mksudnyaa???
Salam. Maaf bertanya. Kenapa saya tak boleh nak bukak laman web putra6.spa tu ek? Ada waktu2 tertentu je ke boleh bukak? Boleh sesape bantu? Terima kasih.
mcm mana nak tau dpt pngilan temuduga.tunjukajar sikit
Kenapa tak boleh semak status permohonan ni??sy dh semak tmpt atas tu tpi tak boleh,,boleh tlong jwap tak??
Laman web yang tidak mesra pelanggan, setiap kali semak status pendaftaran, web tidal di temui, apakah benda///
;'(…..tak boleh nak buka saya punya SPA…why????
busuk betol….. dh 10 thn isi… x pnggil2 pown…. kencing kuat…. popelaq…. popundek… popoen..
Sy pn sama x blh nk semak. Pa bnda ni????
X bgs sngt sbb sy slu ggl nk semak status
Kenapa tak boleh nak masuk spa tu ye? Dah sign in tp bila dah masuk ntah apa2 je kuar..ada masalah ke laman spa ne? Nak kemaskini pun tak boleh..hmmm
kenapa saya tak boleh nak reset kata laluan. sekarang sya dah x blh nak semak permohonan saya.
saya xdapat exam hari ni sbb xdpt log in…knp???
Assalamualaikum dan salam sejahtera. Encik, kenapa saya tak dapat tengok pendaftaran saya dalam spa8i ni?
salam, tumpang tanya..saya dah apply menggunakan SPA..tapi kenapa slip permohonan tak keluar ye? dia just tulis kt situ permohonan telah di simpan.
balik2 da apply ni x dapat2 juha hairan betul laaaa…sekrg mau log in log in balik2 tak dapat lagi niii…apa hal niii…cuba la bagi aku peluang kerja ..kan bagus….lama da apply nii dr 2003 niii….
sy buat permohonan dari tahun 2010.. smpai sekarang masih 'tidak melepasi syarat2 blaaa blaaa….' . kawan suami sy.. suami isteri tak de isi pon borg2 or permohonan kejadah semua ni. tp dorg dapat keje kerajaan. dapat secara serentak.. nak tau knpa.. sbb ada isu ORANG DALAM. adil ke mcm tu? pelik betol lah… -.-
apa dh jadi ni..npa x leh nk semak permohonan?????
xblh2 nk semak…
Kenapa status saya asyik draf je..xdpat chek..
assalamualaikum…sy pon ad masalah same..da dftar nk semak xbleh nk log in..nk semak tp tiada dlm permohonan plak bila masukkan no ic….mcmner nk semak ni..
same lah..da daftar tp bila semak..maaf tiada dalam urusan..mcmner nk buat yer..nk semak @ daftar br x boleh..
nk login cm mana
Hai saye dah daftar hari tu p kenapa smua butiran tu pndai x de..
kenapa sy langsung tak boleh buka semakn permohonan@pendaftarn?,makin kna upgrade,makin susah pula nak check,adeh
Ta ble semak la…
Knape sye lngsung xdpt pnggikn utk intrview??????,
Saya Daftar Spa8 , tapi Kenapa Jadi MAAF MYID TELAH WUJUD , sedangkan Saya Baru Je Nak Daftar , kenapa Jadi Macam Tu ?
Terbaik bagi mengubah taraf belia''malaysia.. .
Knapa x boleh semak ni…apa lagi nak kemaskini…esok tarikh hantar permohonan..30 nov 2015
asssalam mcm mna nk semak…sbelum niee bleh jew buka,knapa?????tolong kongsi sesiapa y tau…tq krana bgi kerjasama …
assalam….mcm mna nk semak spa…sbelum dpt jew,mohon kongsi maklumat sesiapa y tau mna caranya???,tq krana bgi kerjasama keorg smua
saya terlupa password. apakah yang harus saya patot buat?
Macam mana nak kemaskini??
Knpa xblh nak semak,cmna nk tw dpt ke tak prmohonan tu..nk prbaharui pn x leh..
Knpa spa8 dh xbleh bka?? Dia ckap page not available..
knpa tak ble login masuk eh keh permohonan kita nk update tk dpt
Kenapa tak boleh semak pndftran ?
Asslmmualaikm..ni sya nk tnye..knpe sye pnye semakan pemohonan tu..asyik lepas tarikh jer..tp email/surat temuduga xsmpai2 dekt sy..sedngkn org same tmpt tinggl sy..senang2 jer dpt kerja krajaan..sy pn nk jugk cmtu..spe blh jwb..
Bila nama saya nak di panggil..dah 2tahun saya nanti..harap maklum tau..kesihankan laa anak2 muda malay ni..sekarang kerja semua susah nak hidup zaman sekarang..perbagai bende perlukan duit..
assalam, tuan/puan maaf bertanya . knapa bila saya dh kemaskini tp tarikh permohonan still tahun 2015 dan jawatan yg dpohon pon tetap x berubah dh hampir berpuluh kali saya kemaskini. pelik tetap jdi benda yg sama jgk pada permohonan jawatan yg dipohon. harap diambil tindakan segera , ramai lg yg memerlukan pekerjaan, trima kasih.
Saya harap dapat peluang pekerjaan seperti yang saya mohon.. Terima kasih
kalau lupa password account spa8 macam mana yer?
Kenape lpas updte spa jawatan yg kita mohon yg baru isi xkluar,,kluar jwatn yg lama yg kite pohon
Lupa kata laluan
napa xboleh semak permohonan?hmmmmmmmmmm
tn knapa x bole kemaskini status permohonan
Saya dapat panggilan ujian psikometrik 24-28 julai ni.. masalahnya saya x tahu bila jadual saya sebab saya tak dapat buka emel yg saya sudah daftarkan di spa8.. mcmna ya? Mcmna sya nak tahu jadual sya ambil exam.. dekat portal SPA pun takda jadual. Dia hanya beritahu ujian tu 24-28 shj. Takda bagitahu masa dan tarikh yang tepat.
maksudnya sistem spa8i tu dah x ade lah ye ?? kene daftar baru untuk sistem spa9 ni ? then maklumat dlm spa8i tu memg dah x ade lah ?? sebelum ni saya log in spa8i tapi skrg nak login spa8i cari link dah x de semua kelua spa9 , tlong jawab kekeliruan saya ni tuan .
saya nak kemaskini permohonan untuk pilih jawatan pembantu awam H11 tapi tak boleh. kenapa ya?
Kenapa status keputusan spa tidak boleh dibuka?
Knpa sy dah isi no kad pengenalan sy yg btul but still tak dapat nak daftar?semua dh btul but kad pngenalan sy still tak dapat. ..
saya ingin mengemaskini dibahagian Mata Pelajaran tapi tidak dapat buat.byk yg silap isi gred matapelajaran.
mcm mna nk tukar result spm sbb sblum ni isi result trial spm pastu nak tukar tkblh
Semakan status spa9 tidak hadir assessment, padahal check emel xdapat pun, mcm mana tu
kenapa saya dah isi maklumat semua dalam spa9 tp xboleh hantar permohonan saya. bila semak status permohonan xde rekod? boleh sapa2 bantu x?
Kenapa saya tak dapat nak simpan result PMR saya. kat ruang result PMR saya kosong. boleh sapa2 tolong tak?
Mohon admin bantu saya..
Masalah tidak dapat KLIK KEMASKINI:
✓maklumat akademik ijazah
✓tarikh SENAT
✓ maklumat biasiswa
Macam mana nak padam maklumat/edit pengajian tinggi kalau terlupa letak tarikh pengiktirafan senat tu ye??
sama macam sy…xboleh nak hantar kalau xlengkap. sampai ke sudah
pengisian spa9 Bahagian akademik punya page error tiap kali saya klik butang + hijau,
sy dpat email peperiksaan tapi sy ter spam email tu boleh ke sy dapatkan balik email untuk peperiksaan tu ? sy buntu tktahu nk buat mcm mana? boleh ke pihak psee hantar semula email kepada sy
Lambat ??? sya sdh isi tpi lmbt yaa kna pnggil
Hai , saya tersilap isi data gred PMR , bagaimana saya hendak mengemaskini data terbaru ?
Mcm mna nk tukar Emal salah tulis emel
Saya nak kemaskini spa9, spa9 saya dah tamat tempoh 2021.. saya tak tahu nak kemaskini? Minta bantuan dari pihak tuan..
Saya baru daftar spa9 ni die tulis perdaftaran tidak berjaya..die keluar “Pendaftaran tidak berjaya bagi mendaftar SPA9. Sila layari portal SPA untuk maklumat lanjut”. Mohon bantuan..
Macam mana saya nak tukar email dalam spa ya??