Cara Reset Password mySTR (STR 2023)

Nak semak Bayaran Fasa 1 STR 2023 tapi terlupa password la pula. Jangan risau, di sini kami kongsikan cara reset password mySTR 2023..

Cara Reset Password mySTR (STR 2023)

Apa itu STR (Sumbangan Tunai Rahmah)?

Sumbangan Tunai Rahmah atau STR adalah program bantuan tunai untuk golongan B40 di bawah Kementerian Kewangan. Ia dijenamakan semula yang sebelum ini dikenali sebagai Bantuan Tunai Rakyat (BTR) kepada Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan kerajaan komited untuk terus menambahbaiknya.

Baca: Tarikh Bayaran Pencen Veteran ATM 2023

Pembayaran STR Fasa 1 akan disalurkan kepada 8.7 juta golongan B40 dengan nilai keseluruhan RM1.67 bilion. Pembayaran STR Fasa 1 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima yang berdaftar di dalam pangkalan data Sumbangan Tunai Rahmah secara berperingkat mulai 17 Januari 2023 (Selasa).

Pembayaran STR Fasa 1 itu melibatkan 4 juta kategori isi rumah yang akan menerima RM300. 1.2 juta warga emas tiada pasangan yang akan menerima RM100 dan 3.5 juta golongan bujang yang juga mendapat RM100.

Penerima STR Fasa 1 di kawasan pedalaman termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai akaun bank atau tiada akaun bank akan turut menerima pembayaran STR Fasa 1 ini pada tarikh yang sama.

Baca: Cara Solat Perempuan Dan Bacaan

Notis Amaran Oleh LHDNM

Sebelum itu, untuk mengelakkan kekeliruan dan menjamin keselamata anda, sila baca dan fahami 3 notis amaran yang dikeluarkan oleh pihak LHDNM di bawah:

1) LHDNM tidak menyediakan perkhidmatan semakan kelayakan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023 secara bergerak melalui Pegawai BKK, LHDNM yang hadir ke rumah penerima.

2) LHDNM menafikan ada membuat panggilan keluar menggunakan talian bebas tol 1-800-88-2747. Panggilan semula (jika perlu) hanya dibuat kepada individu yang ada membuat panggilan di talian bebas tol Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Di mana individu berkenaan akan dimaklumkan terlebih dahulu semasa aduan / semakan diterima.

3) Tiada caj yang dikenakan bagi semakan Fasa 1 Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2023. Penerima dinasihatkan untuk sentiasa berhati-hati dengan skim penipuan atau ‘scam’ yang aktif di media sosial. Penerima dinasihatkan untuk merujuk Portal Rasmi STR bagi sebarang semakan dan makluman terkini.

Ok jom kita ke cara reset password mySTR 2023..

Cari Password mySTR/myBKM Di Google Chrome

Cara pertama ini adalah yang paling mudah sekali. Dengan syarat, semasa anda mendaftar myBKM sebelum ini anda membenarkan google menyimpan password anda.

Jadi, kalau anda pernah save password di Google, anda boleh lihat semula password mySTR/myBKM dengan langkah-langkah di bawah:

  • Buka Google Chrome
  • Klik pada 3 titik di bahagian atas sebelah kanan
  • Klik ‘Setting’
  • Klik ‘Auto Fill’
  • Klik ‘Password’

Semua password dan ID yang anda save di Google akan disimpan di sini. Cuba cari adakah password dan ID untuk mySTR/myBKM tersenarai di sini? Harap-harap ada la kan..

Cara reset password mySTR/myBKM melalui emel

Jika cara pertama di atas tidak berjaya. Jom kita cuba pula cara yang kedua ini. Ini kerana bukan semua orang suka save password di Google. Rasa sangsi dan was-was terhadap keselamatan privasi itu tetap ada.

Ikuti langkah-langkah reset password mySTR/myBKM melalui emel berikut:

  • Buka portal mySTR
  • Klik log masuk
  • Klik ‘Terlupa Kata Laluan’
  • Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan
  • Klik ‘semak’
  • Masukkan emel yang didaftarkan
  • Klik ‘seterusnya’
  • Semak emel (password sementara dihantar ke emel yg anda masukkan)
  • Kalau belum sampai, tunggu
  • Kalau emel dah sampai, Log masuk semula menggunakan password sementara dan reset semula password baru.

Cara reset password mySTR menggunakan soalan keselamatan

Bagi yang emel tidak sama seperti yang didaftarkan pada myBKM sebelum ini atau emel tidak sah maka boleh menggunakan kaedah ini. Selain itu, ada sebahagian pemohon memang tidak memiliki emel. Terutamanya kalangan warga emas.

Maka, pemohon perlu menjawa soalan keselamatan yang telah didaftarkan sebelum ini sebelum boleh meneruskan ke langkah reset password seterusnya.

Cara reset password mySTR menggunakan talian LHDNM

Cara terakhir untuk korang boleh reset semula password mySTR adalah dengan menghubungi pihak LHDNM.

Andainya anda tersilap jawab soalan keselamatan atau terlupa jawapannya. Akaun anda akan disekat sementara. Tapi jangan panik.

Anda boleh melakukan salah satu daripada dua perkara di bawah:

1) Jika tersilap jawab saja sedangkan anda ingat jawapannya, anda boleh cuba login semula selepas 24 jam.

2) Jika memang terlupa jawapannya, anda boleh hubungi Hotline Bantuan Khas Kerajaan (BKK) di 1-800-88-2747 untuk set semula password mySTR anda.

Cara reset password mySTR melalui cawangan LHDNM

Kalau dah habis semua cara di atas dan masih juga gagal untuk login ke portal mySTR, jalan terakhir adalah dengan pergi sendiri ke cawangan LHDNM berdekatan untuk meminta bantuan.

Diharapkan perkongsian mengenai cara reset password mySTR 2023 ini sedikit sebanyak membantu para penerima yang menghadapi kesulitan untuk log masuk ke portal mySTR.

5 thoughts on “Cara Reset Password mySTR (STR 2023)”

Leave a Comment

error: Content is protected !!