Anda dah buat tuntutan MySalam tapi tak pasti apakah statusnya? Tak tahu dokumen yang disertakan semasa tuntutan dibuat tu lengkap atau tidak? Duiti dah masuk bank ke belum? Jadi, dalam perkongsian kali ini, kita akan belajar cara-cara semakan tuntutan mysalam.
Sebagai ulangkaji, kot ada yang dah lupa. MySalam merupakan sebuah inisiatif skim takaful perlindungan kesihatan percuma oleh Kerajaan Malaysia yang memberikan perlindungan takaful kepada individu yang layak menerima manfaat skim Perlindungan Masyarakat mySalam melalui Tabung Amanah mySalam. Pembayaran tunai RM8,000 dibayar sekali seumur hidup apabila didiagnos dengan salah satu daripada 45 Penyakit Kritikal atau pembayaran tunai RM50 sehari hospitalisasi untuk maksimum 14 hari (yang ini sekali sahaja untuk setiap tahun).
Penerima mySalam adalah merupakan individu yang menerima bayaran bantuan khas kerajaan, bagi program seperti Bantuan Rakyat 1 Malaysia (2019), Bantuan Sara Hidup (2020 dan 2021) dan Bantuan Prihatin Rakyat (2021) / Bantuan Keluarga Malaysia (2022).
Kelayakan mySalam akan dimaklumkan secara berperingkat kepada penerima mySalam, melalui kiriman SMS ke nombor telefon seperti yang dikemaskini untuk program-program yang dinyatakan di atas.
Ok, jangan buang masa lagi. Jom lihat cara membuat semakan dokumen yang diperlukan kerana tidak lengkap semasa membuat tuntutan.
Baca juga: Tarikh Bayaran pencen Veteran ATM 2023
Cara Semakan Tuntutan MySalam Bagi masalah Dokumen sokongan diperlukan
Berikut adalah cara cek status MySalam untuk anda mengetahui apakah dokumen atau maklumat tambahan yang diperlukan untuk tuntutan yang berstatus tuntutan tidak lengkap.
Langkah 1: Layari www.mysalam.com.my dan log masuk menggunakan No. Kad Pengenalan (No. KP) dan kata laluan yang dihantar kepada anda melalui SMS (atau kata laluan terkini yang anda telah tetapkan).
Langkah 2: Klik ikon ‘Tuntutan‘.
Langkah 2: Kemudian, klik ikon ‘Status Tuntutan‘.
Langkah 3: Klik pada Nombor Tuntutan yang berstatus ‘Dokumen Sokongan Diperlukan‘
Langkah 4: Lihat di ruang ‘Catatan‘ bagi mengetahui tentang Dokumen/Maklumat tambahan yang diperlukan.
Langkah 5: Sila muat naik dokumen/maklumat tambahan yang diperlukan dan klik ikon ‘Choose File‘ untuk memuat naik semula dokumen dalam format *.pdf atau *.jpeg. Kemudian, klik ikon ‘Lampirkan‘.
Langkah 6: Skrol ke bawah laman dan klik butang ‘Hantar‘
Cara Semakan Tuntutan MySalam bagi masalah Status Pembayaran Unsuccessful
Bagi anda yang mana dokumen dah lengkap, dan dah lepas 10 hari tapi masih belum ada apa-apa info. Anda boleh rujuk kepada arahan berikut bagi mengetahui langkah-langkah yang diperlukan untuk menyemak status pembayaran tuntutan MySalam:
Langkah 1: Log masuk ke portal mySalam. Guna No KP dan Password sedia ada.
Langkah 2: Klik ikon Tuntutan
Langkah 3: Klik ikon Status Tuntutan
Langkah 4: Isikan Nombor Tuntutan
Langkah 5: Klik pada simbol seperti di bawah:
Langkah 6: Status Tuntutan akan dipaparkan, samada “Successful” atau “Unsuccessful”
Paparan Jika Status Pembayaran Tuntutan Successful:
Paparan Jika Status Pembayaran Tuntutan Unsuccessful:
Jika semua dokumen yang diperlukan sudah lengkap, ada tiga sebab kenapa pembayaran tuntutan Unsuccessful atau Tidak Berjaya, yakni:
Pertama: Memasukkan Akaun Bank bukan milik Ahli (milik pihak ke-3 atau ahli keluarga).
Tindakan Diperlukan: Ahli perlu memasukkan atau mengemas kini Akaun Bank / Nombor Akaun penerima manfaat. Selepas kemas kini baharu butiran akaun, percubaan pembayaran baharu akan dibuat & dijangka diterima dalam tempoh 14 hari bekerja.
Sila pastikan bahawa butiran Akaun Bank yang dimasukkan ke dalam portal MySalam, adalah Akaun Bank kepunyaan Ahli. Kemas kini Akaun Bank milik pihak ke-3 atau orang lain akan menyebabkan percubaan pembayaran Unsuccessful.
Kedua: Kemas kini Akaun Bank tidak aktif.
Tindakan Diperlukan: Ahli perlu mengaktifkan semula akaun bank miliknya. Selepas memasukkan butiran baharu akaun, percubaan pembayaran sekali lagi akan dibuat & dijangka diterima dalam tempoh 14 Hari Bekerja.
Ketiga: Akaun Bank yang dikemas kini telah disekat kerana isu insolvensi atau kebankrapan.
Tindakan Diperlukan: Ahli perlu mendapatkan kebenaran daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI), untuk menggunakan akaun sedia ada / membuka akaun bank baharu. Selepas kebenaran diperolehi dan butiran akaun dimasukkan ke dalam portal MySalam, percubaan pembayaran akan dibuat sekali lagi & dijangka diterima dalam tempoh 14 Hari Bekerja.
Nota: Kebenaran penggunaan akaun bank daripada Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) adalah untuk mematuhi keperluan berkanun di bawah Akta Insolvensi 1967.
Penutup
Itulah dia dua cara semakan tuntutan mysalam yang dikongsikan kali ini. Pertama, cara semakan tuntutan mysalam bagi mereka yang ada masalah dokumen sokongan diperlukan. Dan yang kedua, cara semakan tuntutan mysalam bagi masalah nombor akaun. Diharap perkongsian kali ini boleh membantu menyelesaikan masalah yang anda hadapi.
i aredy change my hand phone number so how i get my password